Cerita ni dah lama dah.. tiba je rasa nak tulis di sini.. kenangan manis + lawak pun ada gak.. hehe terfikir nak tulis entri ni pun sebab ada baca satu cerita kat blog
Yatie (Segalanya Di Sini),, Korang boleh klik lama blog dia ye kalau nak baca apa ceritanya..
Pengalaman menjadi seorang guru, jumpa pelbagai kerenah murid, maklumlah mengajar murid darjah 1 sejak Tahun 2002.. Skang dah 2012 kan? Bermakna dah 10 tahun bergelumang ngan budak kecik ni.
Selalunya awal tahun masa paling kronik nak layan budak tahun 1 nie.. Ini yang nak dikongsi ni..
Situasi 1
Hari pertama sekolah, adalah seorang budak namanya Fikri, menangis-nangis tak nak masuk kelas, dia nak ibunya duk sekali dalam kelas tu,, tunggu sampai balik.. Last- last ibunya balik juga. Budak ni apa lagi, meraung- raung, meronta-ronta nak lari keluar.. Dalam duk jaga-jaga tu, Fikri terlepas juga keluar kelas, dieyna kejar sambil jerit pada Pak Guard, minta tutup pintu pagar utama,, Dah dapat tangkap tu, Dieyna terpaksa dukung Fikri masuk kelas.. Mujur gak dia kecik,, hehe tu yang boleh dukung tu.. Dah wat masuk semula dia dalam kelas, Dieyna bagi kunci kelas pada Guard, sambil kata " Mat, tolong kunci kelas ni, waktu rehat karang baru buka semula" Haha sudahnya kitorang duk dalam kelas yang dikunci dari luar.. hehe penangan si Fikri..
Situasi 2
Tengah duk mengajar dalam kelas, tiba- tiba datang seorang murid kelas lain bagitahu, dialognya lebih kurang beginilah
Anak murid : Cikgu, anak murid cikgu buang air besar kat tandas.
Cikgu : Takpelah, dia buang air besar kat tandas pun, xde masalah pun.
Anak Murid : Dia tak buang dalam tandas cikgu, dia duk kat luar tandas, dia b...k dalam seluar.
Cikgu : oke, oke cikgu pegi tengok...
Maka, Dieyna pun pegilah ke tandas, rupa-rupanya Hisham tak sempat bukak seluar sebab tak pandai bukak tali pinggang, dah tak tahan dia pun membuanglah... huhu . Hisham ni chubby orangnya,montel gitu... susahlah agaknya dia nak bukak tali pinggangnya.. Dieyna pun, tolonglah bukakan tali pinggang dan bajunya, n suruh dia masuk dalam tandas, mandi .. Lama Dieyna tunggu luar pintu tandas, tapi Hisham tak keluar-keluar. Akhirnya, Dieyna panggil dari luar. Dia pun jawab
Hisham : Cikgu, Icam tak pandai basuh...
Cikgu : Takkan cikgu nak basuh Icam punya plak.
Hisham :
Tolonglah Icam cikgu.. Tak sampai ni
Dengan muka toyenya, Dieyna pun masuk, tolong basuhkan.. Kalau tak basuh, alamak tak baliklah gayanya.. Huhu terkena lagi... Moral of the story, pastikan anak kita dah pandai basuh tut sendiri sebelum masuk ke sekolah, kalau tak, nayalah cikgunya nanti ...:))
Cukuplah dulu, dua situasi ini... lenkali cerita lagi..hehe kenangan sungguh,,, tapi budak skang dah lebih matang, susah dah nak jumpa situasi gini.. harap2lah...