Halaman

Jumaat, 23 Mac 2012

Review blog : Suara dan ceritaku

Setiap kali Dieyna mengunjungi blog suara dan ceritaku pasti air mata ini mengalir. Sedih dan simpati atas dugaan yang dia hadapi. Membesarkan tiga orang putera yang istimewa dan dirinya sendiri menghidap penyakit yang berbahaya, kanser. Berat dugaan yang diterimanya namun dia laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Bukan kewangan yang dipinta cuma blog itu tempat dirinya meluahkan rasa, berkongsi derita dengan insan yang sudi membacanya. Punyai anak namun tiada panggilan "ibu" untuknya dek kerana ketiga- tiga anak tak mampu berbicara. Pagi ini, Dieyna berkunjung lagi ke blognya, membaca luahannya diselitkan pula lagu kisah dongeng, air mata ini tak berhenti mengalir. Sayu sangat dalam hati. Tak mampu menolong namun kata-kata semangat sahaja yang mampu dititipkan kepadanya. 

Kagum dengan semangatnya, ketabahannya dan kesabarannya. Pasti Allah menghidangkan yang terbaik buatnya nanti. Hadiah atas keikhlasannya menerima dugaan yang berat. Lawatilah blog nya, korang pasti tahu ceritanya. 

Sokongan kita terhadap dirinya dan suami mungkin mampu menjadi ubat penenang kegalauan hati mereka.  Sokongan kita juga mungkin menceriakan hari- hari mereka. 

Ya Allah, engkau ringankanlah penderitaan keluarga ini, engkau tenangkanlah jiwa mereka, engkau berikanlah ketenangan pada jiwa mereka agar mereka tidak berputus asa atas takdir diri mereka, Engkau tingkatkanlah keimanan mereka ya Allah. Engkau murahkanlah rezeki mereka agar tiada kesempitan dalam menjaga amanah istimewa yang engkau berikan.  Amin.

p/s : Jangan pernah kita merasa hidup kita paling derita padahal ada insan lain yang lebih menderita daripada kita. 

pesanan dari penaja : Ada GA baru dieyna join, klik sini yer http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/03/jom-join-1st-ga-mymommashop.html

20 ulasan:

MISS Z BERCELOTEH berkata...

wah bestnya kena review...miss nak g la blog ne...

PERLU KE ‘BLOGWALKING’

Aine Ainun berkata...

Kisah hidup org lain, boleh buat kita lebih bnersyukur..

dieyna berkata...

perlu bw tu

dieyna berkata...

benar sangat2...

Kazman / Sue berkata...

betul la .... bersyukur dengan apa yang kita ada... berat mata memandang berat lagi bahu memikul....

Arina Shamsul berkata...

kejap lagi nak terjah

oh kak kalau kak nak widget tu terapung,kak tambah code ni

(huhu,kod tu tak dapt nak paste kat sini la kak,) nanti kak cek fibox saya,saya paste kat situ,kalau ada coding kak jumpa dia la tu..hihi)


botom dan left tu kak boleh tukar top / right .

Unknown berkata...

sedih bila baca penderitaan org. terfikir mampukah sy utk melalui saat2 diuji sedemikian..sessghnya Allah beri dugaan adalah tanda Allah syg dan ada himah di sebaliknya. Allah takkan beri ujian itu andai hambaNya x mampu utk lalui.

Siti_btp berkata...

Terima kasih Dieyna selalu memberi sokongan dan doa dkt akak sekeluarga..
Masih mencari kekuatan diri...Malaysia Boleh, Malaysia kadang2 kecundang jugak!!

Tengah demam pulak ni kadang2 terfikir nak masuk perut mak balik, lahir bersih dan suci..Kalau mati pula takut kena azab kubur pulak..

Nasib baik roh akak dan anak2 akak tak ditiup di bumi Palestin..
Bersyukor kpd Allah SWT..

~Cik Sweety~ berkata...

jap lagi sye ke sana..berkongsi merasa lebih baik daripada kta bt xtau je..

9n0L4 berkata...

semoga tabah selalu. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. hanya orang terpilih, diberi dugaan hebat, ;)

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Ana..

Selamat berhujung minggu. :)

Unknown berkata...

eNTRY..sayu..tiada yg dapat diberi, hanya Ya Allah kuatkah hati wanita tabah ini" kita diuji pada pelbagai bentuk. sekalipun kita melihat penderitaan itu.

Abang Karu berkata...

Skrng juga saya berkunjung ke sana.

Cikrosecute berkata...

follow sini dear..

Lara E'dayou berkata...

done polow .. :)

sonata anak kancil berkata...

bersyukur dengan apa yang kita ada seadanya...berat mata memandang berat lagi memikulnya.

Miss N™ berkata...

kisah keliling boleh jadikan pgajaran buat kita..

Unknown berkata...

Jemput mengikuti segmen 3 blog terbaik pilihanku dari blog Nabila Medan ya..manalah tahu terbaik..
klik lah
http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/03/segmen-3-blog-terbaik-pilihan-saya.html

Marsha~ berkata...

Ya Allah... Bila baca kisah mcm ni buat kite bersyukur sgt dgn apa yg ada ye...

Marsha~ berkata...

Sedihnya.... Semoga dipermudahkan segalanya uttk Puan Siti

Catatan Popular