Halaman

Khamis, 22 Mac 2012

Adegan tak lojik Amukan Pocong

Malam ni layan TV3 slot SERAM.. Ada cerita baru yang ganti cerita SANTAU MERASUK.. Sebenarnya bukannya berani sangat nak tengok hehe tapi dah tertengok maka kenalah buat2 berani.. Lagipun dah takde cerita yang menarik nak ditengok.. haha banyaknya perkataan tengok Dieyna guna eik..

Entri ini ditulis pun semasa cerita ini masih lagi ditayangkan di tv hehe. Tak sabar nak luah ketidaklojikan cerita ini.. hehe Awal cerita, ada dua lelaki, Ezani dengan Iqram Dinzly membunuh dan letak mayat dalam bonet kereta kemudian tolak kereta masuk paya kot. (Masa ni tak fokus sangat). Datang IBLIS puja mayat tu, bonet terbuka mayat tu hidup semula. Habis babak tu..

Babak seterusnya, Nabila Huda pandu dalam kawasan kampung, tiba- tiba kereta terlanggar sesuatu dan dia nampak POCONG nak hempap kereta dia. Dia takut sangat2 dan baringkan diri dalam kereta. Kemudian suasana senyap, dia angkat muka dan perhati keliling.. 
Adegan ini laa. Pinjam gambar kat en GOOGLE
Maka bermulalah babak tak lojik pada pandangan Dieyna laa, Nabila yang takut sangat ni boleh keluar daripada kereta dan lari dalam semak. Kalau ikut lojik akal lah kan, tobat tak keluar kereta dah, start kereta terus lari dari situ.. Ini tak, boleh pulak dia keluar kereta n lari masuk semak kemudian jatuh, muncul plak POCONG tu bunuh dia.. haha betul tak DIeyna kata tak lojik??

Selepas itu, Dieyna alih channel lain sebab en Somi nak tido dah n sudah pasti Dieyna tak berani nak tengok sorang2.. haha koranglah pulak tolong tengok untuk Dieyna yer..

11 ulasan:

Miss N™ berkata...

berani nya Dieyna tgk ye...
cik nur xtgk pun, xberani.hihihi

Rohani Hashim berkata...

hany langsung tak tgk dieyna, sbb memang hany takot. nanti kan smpai tak leh tidu.huhuhu

dieyna berkata...

tertengoklh cik nur.. hehe

dieyna berkata...

buat2 berani je.. hakikatnya penakot.. hehe

Hafiz Abdul Tahir berkata...

wah... amukan pochong... saya pun tak tgk lagi... best x?

p/s: thanks sudi singgah blog saya, regarding nuffnang tu, mmg ramai yang blur...tapi tips tu mmg mambantu untuk dapatkan buffered earning...hehehe....side income....

Ayuni berkata...

hm, memang x lojik pun yg pocong bunuh org tu....

9n0L4 berkata...

haha. tak logik bebenor. tapi ye lah kan, pengarah nak jalan cite gitu. huhu. tak pernah tgk pun cite² slot mlm jumaat ni kat TV3.

Unknown berkata...

haha... betol2... deqla kalo jd dye dah pecut keta laju2 dah... haha... biase la tu, nama pun drama melayu.. tp ada ke hantu yg bunuh org? setahu deqla la kan, hantu cuma boleh kaccau org jew tp xkan boleh bunuh org mcm tu melainkan dgn cara kemalangan jln raya ke, atau santau kan?eh bkn episod pertama la syg semlm tu, tu episod kedua dah..deqla tgk sorang2 semlm sbb incek hubby da tdo...ngee

Arina Shamsul berkata...

Hahaha,mmg tak logik betul kak.hihi.tapi kan kak,kalau dia tak lari keluar kereta,tak jadi filem seram tu kak..hahaha.


kakak kalau tengok cerita hantu melayu macam emak saya pulak..hihi.banyak betul komplain dia tak logik la apa la..haha.

lelamaisara berkata...

saya tak dapat tgok la malam tadi...

Sibuk melayan kan Danish n Alesya yg berperang aje..hehehe

Kazman / Sue berkata...

haaaa3x... dah pengarah nak suruh buat macam tu nak buat apa lagi... pelakon kena la ikutt...

Catatan Popular