Isnin, 16 Januari 2017

Pembuka tirai 2017

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Rasanya ini entri pertama untuk tahun 2017... Blog ni dah lama sendu... bukannya minat menulis berkurangan tetapi masa untuk mencoret di sini yang terhakis.. :))

Pembuka tirai ni, nak cerita pasal Dhia Hannah dah masuk darjah 1... Daftar satu sekolah dengan ibu, Alhamdulillah hari pertama, dia boleh bawa diri. Ibunya sendiri boleh tengok dari jauh je. Sebabnya ibunya kena handle minggu Orientasi darjah 1... Maka, tidak sempatlah nak posing ngan anak pada hari pertama tu... 

Dhia Arissa pulak, hantar Taska Permata lagi.. Masih terlalu awal lak nak antar dia kat tadika yang dah start belajar tu... Enjoylah dulu zaman kanak- kanak tu ye....

Homeschooling anak- anak belum mula lagi tahun ni, in shaa Allah, akan bergerak kembali.. Semoga Allah beri kekuatan untuk ajar anak- anak di rumah.


Isnin, 26 September 2016

Bahan menarik untuk tarik anak- anak membaca

Assalamualaikum... Saya nak kongsi dua bahan yang saya fikir agak menarik untuk dikongsi. Baru- baru ni, ada dua bahan yang saya buat telah menarik perhatian ramai kawan facebook. Alhamdulillah. Bahan tersebut saya buat untuk anak dan juga anak murid di sekolah bagi mengukuhkan kemahiran bacaan mereka.

i ) "LIFT CARD" Suku kata KVK

Bahan yang pertama dicetuskan hasil idea rakan fb saya, Ayue Rohayu. Ayu memang ibu yang sangat gigih "homeschooling" anak- anaknya. Ayue ada kongsikan bahan ini... "LIFT Card". Macam mana nak bagitahu ye... kad ni boleh alih2 huruf depannya dan anak boleh membunyikannya terus tanpa perlu mengejanya. Ini bahan yang dibuat oleh Ayue

sumber : FB Ayue Rohayu

Saya memang tertarik dengan idea ni, jadi guna idea Ayu ni dan ubahsuai sikit-sikit. Ayu hebat sebab guna tulisan tangan je. Daripada idea ini, saya ubah menjadi begini
sumber asal : FB SENDIRI

Kenapa saya pilih kepala MOO...? Sebab saya rasa macam sesuai je nak letak sukukata KVK di bahagian mulutnya tu plus rasa en MOO ni comel je.. hehe

Saya buat suku kata kv dalam bentuk memanjang merangkumi semua gabungan bunyi suku kata terbuka KV. Manakala di kepala MOO saya letak siap2 huruf akhiran yang biasa ada dalam perkataan bersuku kata KVK.

Dah siap design2, saya print dan laminate. Kemudian toreh kotak pada mulut MOO dengan pisau. Garis torehan tu biar  panjang skit daripada saiz lebar kad yang boleh digerak- gerakkan tu. 

Dah siap, boleh lah mula bermain suku kata KVK dengan anak- anak. Oh ya, pada yang berminat dengan bahan ini, saya sertakan di bawah ni ye. Boleh muat turun je ye dari Google Drive ni


ii) RODA PINTAR

Bahan kedua ni, baru siap malam tadi sambil- sambil layan TV. Bahan- bahan nak tampal pada roda ni dah lama siap gunting, laminate dan gunting lagi sekali.

Memandangkan dalam rumah ni ada kotak besar, maka saya boleh lah buat roda pintar yang agak besar. Roda pintar ni ada 15 bahan bergambar dan suku kata yang diasingkan. Maaflah xde gambar step by step. Ini gambar roda pintar saya ye.


Roda pintar saya ni tiga lapis. Jadi, nak handwriting bulatan tu memang takkan jadi bulat betul lah. harus bujur n berliku-liku. Maka, saya guna je bahan- bahan sedia ada yang berbentuk bulat dalam rumah ni.

Bulatan pertama (warna hijau) saya guna penutup muka depan kipas. Lakar atas kad manila dan gunting kemudian tampal pada kotak. Kemudian saya susun atur gambar- gambar tu. Dah kena selera, baru lekatkan betul- betul guna double side tape.

Bulatan kedua (warna oren) pula saya guna tudung kuali untuk tekap saiz bulatan pada kotak. haha memang saya hentam je sebab sedang elok pulak tudung kuali tu ngam- ngam dengan ruang tengah bulatan hijau. Saya balut kotak guna A4 paper. xcukup sekeping tau, jadi pandai2 guna 2 keping kertas A4 untuk tutup bulatan kotak tu. Gam elok-elok. Kemudian, tampal suku kata pada kotak tersebut. 

Bulatan ketiga ( warna kuning), saya guna jam dinding untuk tekap kotak. Sama macam cara atas, tampal kotak guna kertas warna dan kemudiannya tampal suku kata pada kotak kuning tu. Setel semua tu.

Operasi melekatkan ketiga- tiga bahan menggunakan klip khas, tak tau namanya. Tapi leh tgk ar dalam gambar tu. Klip ni memang sesuai lah digunakan untuk bahan yang boleh pusing- pusing ini. Maka siaplah roda pintar saya ni. Dan dah selamat di bawa ke sekolah dah pun. 

Korang yang berminat dengan bahan Roda Pintar ni boleh muat turun di sini ye.


Selamat menggunakan bahan- bahan ni ye. 
Terima kasih membaca entri yang agak panjang kali ni.

ANDA PEMINAT BUKU??
JOM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI



Rabu, 31 Ogos 2016

Book cafe buat Merdeka Sales 2016

Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni Dieyna merayau- rayau dalam internet. Macam biasa Dieyna masuk laman web BOOKCAFE.COM.MY . Buntang mata sekejap apabila masuk laman web tu.. bookcafe buat promosi Merdeka ... Penggemar- penggemar buku silalah terjah... Banyak benor buku- buku menarik yang dijual dengan harga serenda RM 2.00. 

Tak percaya ke????

Nah Dieyna screen shot...

Tengok tu, buku yang harga RM1 pun ada... Kadang- kadang boleh dapat percuma pos lagi. Buku- buku yang dijual pun  memang sangat menarik perhatian. Kalau buku kanak- kanak, fuyooo memang cun lah.

Dieyna pernah beli siri ini untuk Hannah. Perkataan yang digunakan diwarnakan mengikut suku kata. Ilustrasi buku pun menarik, berwarna-warni. Budak-budak memang suka buku yang warna-warni ni. Dieyna beli sebab nak pupuk minat membaca. Biar buku banyak2 kat rumah. Lama- lama nanti dia pandai menghargai buku..

Gambar ni Dieyna ambil dalam laman web BOOKCAFE. Setakat ni set kombo ni dah OUT OF STOCK. Tapi kalau nak beli satu persatu ada lagi. Boleh cek harga kat laman webnya.

Sila- sila lah terjah laman web ni ye kalau berminat nak dapatkan buku- buku menarik. Memang berbaloi- baloi sangat. Jangan lupa lak, print resit hehe boleh buat claim LHDN....
Klik bawah ni ye kalau nak jenguk...

v
v
v
v
v



Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT