Halaman

Isnin, 13 Mei 2019

Tutorial Share Borang PBD Kelas dalam Google Drive kepada url gg.gg Guna Yes ID

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni nak beri tutorial ringkas berkenaan cara share link borang PBD kelas untuk pengisian pentaksiran guru-guru subjek.

Pastikan guru kelas telah memuat turun, template pelaporan tahun masing-masing di laman web berikut :- Utama - Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum. Selepas muat turun, edit borang tersebut kepada maklumat anak murid kelas sendiri. Dah setel isi semua, barulah ikut langkah dalam tutorial ini.

Mula-mula, login to Frog menggunakan id yang dibekalkan oleh YTL Network tu. Sebenarnya nak guna alamat emel peribadi pun boleh. Jika guna emel peribadi, tidak perlu login to Frog tu..



TUTORIAL DAPATKAN SHARE LINK

Selesai login, klik QUICK LAUNCH dan seterusnya pilih GOOGLE DRIVE.
Quick Launch , icon Kilat tu.

Pilih icon " Google Drive" (warna kuning, hijau, biru tu)

Korang akan dibawa ke paparan ini...

Seeloknya, open Folder no 14 (Rekod Kemajuan Murid) dalam E-RPH korang, kemudian klik buttton "New".

Pilih " File Upload" 
Upload Borang pelaporan yang telah korang siapkan maklumatnya tadi di sini.
Tunggu je progress siap...

Dah siap, jadi macam ini
Klik pada file yang korang baru upload td macam ini

Klik butang kanan, kemudian pilih "Open With" dan klik "Google Sheet". 

Klik  "Share" untuk dapatkan link yang boleh diberikan kepada guru-guru subjek kelas anda.

Apabila korang klik butang SHARE tu, Message box ini akan kelihatan

Nampak tak perkataan "advance" (kecil je kat bawah belah kanan kotak)
Klik Advance, 
kemudian, 


Klik "Change" pada bahagian " Specific People Can Access"

Pilih "On- Anyone with The Link"

Jangan lupa ubah sekali
Access : Anyone (no Sign In required)  : Can View tukar kepada Can Edit

Dah selesai dua kerja tu, boleh klik Save kemudian paparan di bawah akan keluar

tugas korang, 
"Copy Link" dalam kotak yang Dieyna highlight biru tu.... kemudian klik
"Done".

TUTORIAL TUKAR LINK PANJANG GOOGLE DRIVE KEPADA URL SHORTENER gg.gg

Korang klik LINK ini


Kemudian,
masukkan link yang korang copy daripada Google Drive td dalam ruangan atas yang bertulis
"Put Your Long URL here"
Kemudian,
klik Customize Link 
klik
butang Shorten URL




Akhirnya, siap... korang boleh salin shortcut link tu  kepada guru subjek yang mengajar kelas korang...Setel masalah....
Nak mudah, buka je Group Wasap guru subjek kelas korang..pastekan link tu di sini,,,
lepas tu, korang leh goyang-goyang Inul je tunggu cikgu subjek siap isi borang kelas korang...
Tugas selanjutnya, korang copy lah data yang diorang buat tu ke borang asal yang Offline.. 
Google Sheet ni tak mampu nak jadi sebiji-sebiji macam fungsi MS Excell.. Jadi guru kelas, buat kerja sikit jelah berbanding kena kejar guru subjek sorang-sorang sebab nak penuhkan template kelas tu...

BUAT APA SUSAH-SUSAH, JIKA BOLEH BUAT MUDAH

Semoga bermanfaat...
Boleh klik sini untuk






Tiada ulasan:

Catatan Popular