Isnin, 23 Januari 2012

Dari Oven Dieyna : Mexican Bun

Semalam , saya buat Mexican Bun.
Alhamdulillah, mexican bun saya menjadi
Lembut, gebu dan hampir sama dengan 
roti boy yang saya selalu beli RM 2.50 kat Mesra Mall.

Ayat di baris ke tiga tu bukannya puji diri sendiri sebab buat 
roti menjadi tetapi khas untuk pemberi resepi
yang saya ambil dari SINI.

Ini kali ketiga saya cuba buat roti.
Percubaan sebelum ini, roti saya keras apabila dah sejuk..
Ibaratnya  kalau baling ke dinding,
boleh retaklah dinding tu.. :))
tapi roti yang keras tu selamat juga akhirnya
yakni selamat masuk perut..

Sila cuci mata ye

Suami suka sangat2... 
kira okelah tu, pahni tak yah sibuk2 nak beli
buat sendiri lagi puas hati kan..

Siapa2 yang nak resepi ni boleh salin yer.. 
saya copy paste je ni..

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Mexican_bun2
     -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

kalau dah berjaya buat tu, jangan lupa pos entri ye.. hehe
:))

4 Blogger Bersuara:

`Aine`Ainun* berkata...

wah bestnya=))
Rajin nya dieyna..

Nampaknya saya belum rajin nak cuba::=)

fatmasha berkata...

rasanya topping tu letak nescafe lagi sedap...

Dieyna berkata...

@`Aine`Ainun* nanti kalau dah rajin.. cubalah.. tak rugi.. gerenti puas hati.. nak- nak hasil tangan kita sendiri..

Dieyna berkata...

@fatmasha takdok nescafe dumah. hehe kalau dok mesti aromanya lagi terangkat kan...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT