Halaman

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Jun 2017

Dari Dapur Dieyna : Spiral Baked dan Cheese

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni mood baik nak mencuba resepi. Dieyna cuba resepi adik chef cilik Danish Harraz. Tapi macam biasalah, bukan sepenuhnya ikut resepi. Dieyna guna bahan- bahan yang ada je.. 


Untuk kegunaan masa depan.. elok Dieyna tampal kat sini resepinya....

sumber : Danish Harraz
Bahan-bahannya :-
250 grams makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaulkan dgn sedikit olive oil.
300 grams daging ayam kisar (Abang Danish guna fresh minced chicken dan boleh juga guna minced beef)
1 biji bawang besar, dicincang
1/2 biji Capsicum, dicincang 
1/2 tin cendawan butang, dihiris 
2-3 sudu besar rempah kari ayam
parutan cheddar cheese secukup rasa (boleh guna sharp cheddar, american cheddar, irish cheddar atau apa saja cheddar cheese kesukaan)
Sedikit garam

Caranya:-
Dalam bekas, satukan macaroni dan capsicum. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam kisar, dikacau rata dan biarkan hingga ayam masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian masukkan campuran makaroni tadi dan digaul sebati. Tutup api dan pindahkan makaroni kedalam bekas.
Panaskan oven pada suhu 160°C. Sediakan baking tray dan gris dengan sedikit butter.
Bahan Untuk Custard:-
6 biji telur size besar 
1 tin susu cair atau fresh milk
3 suduteh tepung gandum 
1 suduteh gula 
1 suduteh garam


Caranya:-

Dalam bekas, satukan bahan-bahan utk kastard dan diwisk hingga sebati. Kemudian tuangkan bancuhan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hingga rata. Tuangkan adunan tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan parutan cheese. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak. Sedap dihidangkan panas-panas😘 #ResipiDanishHarraz

Alhamdulillah, anak tunjuk ibu jari tanda best kat makanan ni.. Dieyna kena tunggu waktu berbuka petang karanglah baru leh merasa,,,, 


Rabu, 20 Julai 2016

Gambar menu berbuka sepanjang bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Entri ni entri bergambar je. Semua masakan ni sendiri bikin sepanjang Ramadhan lalu. Kadang- kadang tekak xberapa nak makan nasi sewaktu berbuka jadi mi dan lain-lain menu jadi pilihan.

Chicken Chop

Resepi sos blackpaper saya ambil daripada blog ni, 

Untuk rujukan masa depan, saya copy paste je dlu resepi sos blackpapernya di sini... kalau nak resepi lengkap klik link yang sy bagi tu ye.

Sauce/Kuah Chicken Chop : 
5 ulas bawang putih 
2 labu bawang besar 
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 
3 cawan air 
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil 
2 sb lada hitam ditumbuk halus 
1 sb mentega untuk menumis
Caranya
 -satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan. 
-satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul. -panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya. 
-masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api. 

*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.

Mi kari
Masakan ni saya guna resepi dari buku Chef Hanieliza- 365 jenis resepi. 
Tapi tak sepenuhnya ikut resepi tu, sebab mmg jenis suka derhaka resepi ni. 
Alhamdulillah sedap di tekak sendiri n keluarga hehe..

Mi bakso ayam
Menu ni paling mudah. Sumber resepi daripada rakan sekerja yang duduk sebelah meja je. Thanks kak Rohana bagi resepi ni. Resepi ni pun main campak-campak je katanya. Yang penting, campak- campak pun sodap... hehe nak kongsi sini resepinya pun tak reti, sebab anggar- anggar je letak bahan tu.. 

Sup tulang

Sizzling mi lidi

MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
Sebungkus mi lidi
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan mi lidi, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yang lain. Selamat mencuba...


Mi goreng basah

Menu-menu ni sahaja yang sempat shooting, hehe mana yang takde resepi tu maknanya, main campak2 jelah kekdahnya...

Salam lebaran 2016

Sabtu, 28 November 2015

Dari Dapur Dieyna : Resepi kuah nasi impit tanpa bawang dan santan

Lama dah tak share resepi di sini kan. Kali ni nak share resepi kuah nasi impit tanpa bawang dan juga santan. Resepi ni mak belajar daripada kawannya yang juga peniaga sate di Klang.

Bahan yang diperlukan dalam resepi ni simple sangat2. Bahan utamanya

1. Kacang tanah
2. Cili boh/ cili kering
3. Serai

Bahan sampingannya pula
1. Nissan atau gula melaka
2. Garam secukup rasa
3. Gula
4. Minyak
5. Air
6. Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya..

Mula2 panaskan minyak dan tumis semua bahan utama sehingga pecah minyak.


Ini rupanya yer.. sikit lg nak pecah minyak

Kemudian, masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng tanpa minyak dan dikisar. Saya suka kacang tanah yang ada ketul2 jadi saya kisar tak hancur betul2 kacangnya. Gaul rata kemudian masukkan air. Kacau sebati jelah.

Kalau nampak kuah tu dah mendidih.. boleh masukkan gula, gula melaka dan garam. Masukkan juga tepung jagung bagi tujuan memekatkan kuah. Apabila kuah dah pekat, boleh lah dipadam api dapur tu.

Siap.

Nasi impit pun kami buat sendiri. Zaman dulu2.. mak buat nasi impit mak guna batu untuk impitkan nasi tu. Tapi sekarang dah moden.. masukkan je beras dalam plastik.. sealkan kemudian buat lubang2 kecik. Rebus je.

Dah masak semua.. siap untuk dihidang...


.

Ahad, 8 November 2015

Tips menarik mengenai telur oleh Gordon Ramsay

Assalamualaikum..

Balik dari sekolah, berehat depan tv jap. Guna peluang tonton AFC Chanel (703), Gordon Ramsay Ultimate Cooking. Saya memang suka tonton rancangan ini sebab Chef Gordon banyak  kongsi petua- petua masakan yang bagus.

Rancangan kali ni Chef Gordon kongsi tips2 menarik mengenai telur. Tips2 tu saya share kat bawah ini untuk simpanan masa hadapan.

TIPS MENGENAI TELUR
-----------------------------------------
1. Nak kenal telur segar, rendamkan dalam air sejuk.. telur yang tenggelam adalah telur yang segar manakala telur yang timbul adalah sebaliknya.

2. Telur yang elok apabila dipecahkannya di dalam pinggan, bahagian kuningnya terletak lebih tinggi di tengahnya dan lendir putihya terletak cantik.

3. Telur boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi pastikan telur tersebut dikeluarkan dahulu dan dibiarkan dalam suhu bilik untuk mendapat struktur telur yang cantik sebelum memasaknya.

4. Cara goreng telur mata, masukkan sesudu minyak .. pecahkan telur dan masukkan sesudu air.. air berfungsi untuk memberi wap kepada bahagian atas telur. Jangan lupa tutup kuali semasa menggoreng tu.

Ini je tips yg saya sempat salin.. ada peluang saya share lagi tip2 di sini...

Thanks Chef....

Jumaat, 21 Ogos 2015

Buat popcorn dengan mudah

Biasa kita beli je popcorn jagung kat pasar malam kan? Sebelum ni Dieyna fikir buat popcorn ni kena ada periuk khas. Rupanya mudah sangat -sangat .. Tak sampai 10 minit rasanya.. agak-agak je sebab mmg tak set masa pun... cuma nak bagitahu memang sekejap sangat.

Mula-mula kita beli jagung kering.. Dieyna beli di kedai jual bahan kek di Paka ni. RM6 untuk sekilo. Murah dah rasanya.

Proses seterusnya, Dieyna basuh sikit jagung kering tu. Biasalah sebab rasa tak yakin kalau tak berbasuh. Selepas basuh toskan jagung tu.

Dieyna panaskan periuk  atas dapur dan masukkan 2 sudu besar mentega. Apabila mentega itu cair. Dieyna masukkan 2 genggam jagung ke dalam periuk. Rujuk gambar bawah.
 
Kemudian, tunggu jelah jagung tu meletup- letup di dalam periuk tu. Periuk yang digunakan mestilah periuk yang ada penutup ye. Kalau tak, habislah terbang popcorn tu dalam dapur korang.  
Tengok tu... jagung sedikit tadi dah berkembang biak dalam periuk tu. Macam mana nak pastikan proses meletupkan jagung tu selesai? Apabila bunyi jagung meletup2 dah tidak kedengaran bermakna prosesnya selesai. Goyang2 sikit periuk tu nak pastikan tiada jagung kering berbaki. 

Kemudian, dalam kuali berasingan cairkan gula jangan sampai hangit ye. Guna api perlahan dan sentiasa kacau. Gula dah cair masukkan pula 2 sudu mentega. Kacau sehingga sebati barulah dimasukkan popcorn dan gaul rata. Proses ni Dieyna guna kuali je... leh rujuk gambar ye.. 

Sejukkan dahulu popcorn ni barulah dimasukkan dalam tabung . Untuk 2 genggam jagung tu, Dieyna leh dapat satu tabung besar popcorn ni. Untungnya org meniaga popcorn kan???



Sekejap je habis setabung.. ralit je sambil-sambil tengok tv....

Zaman-zaman GST ni selagi boleh buat sendiri buat sendiri je... air tangan sendiri n nak makan banyak mana pun puas hati...

Dayana Bahar
Sid 932071
0192481068

Sabtu, 15 Ogos 2015

Buah asam gelugor.....

Pernah tengok tak buah ni??
Sebenarnya ini kali pertama Dieyna tengok buah ni tau.. Buah asam gelugor namanya..

Kawan sekerja beri 3 biji buah ni. Katanya potong buah ini dan jemur sampai kering. Kemudian, bolehlah digunakan dalam masakan.


Semasa proses memotong buah ni, berkoyan-koyan ulat duk bersarang di dalamnya. Mujurlah tahap geli geleman terhadap ulat takde sangat. Kalau tak, memang tak terpotong dahlah.
Dieyna potong ikut suka hati je. Kawan kata jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Kira sedang-sedang jelaa. Selesai potong, basuh elok-elok dengan air garam. Toskan dan susun atas dulang. Jemur di bawah terik matahari.

Cuaca tak menentu sekarang ni, jadi lambatlah sedikit proses  mengering   tu ... setakat 3 hari selepas dipotong.. Inilah rupanya...
Keadaan fizikalnya dah mengecut..warna pun dah berubah. Dieyna diberitahu semakin lama kepingan ini akan semakin gelap warnanya. Cuma kepingan ini masih lembap akibat xdijemur dengan baik. Hirisan ni mesti betul-betul kering barulah disimpan dalam tabung...

Selepas ni.. masak guna asam keping yang dikeringkan sendiri... yeah...

Dayana Bahar
932071
0192481068
Shaklee Independet Distributor..


Ahad, 9 Ogos 2015

Laksa oh laksa

Dieyna penggemar laksa.. yes... laksa Terengganu kuah  putih.. kalau jumpa menu ni, tak pandang dah makanan lain.. boleh makan berkali-kali tanpa jemu..

Baru-baru ni, rakan sekerja kongsi ilmu membuat  laksa.  Rupanya mudah je caranya yang penting kena ada kebok. Kebok  ni acuan untuk  menghasilkan laksa laa... Kat rumah mak ada kebok ni, sebab mak Dieyna dulu buat jual putu mayam. Sekarang ni kebok dah jadi bahan simpanan je..



Peluang balik ke Kemaman baru ini, Dieyna minta pinjam kebok laksa dengan mak.. Mulut je kata pinjam dalam hati nak ambil je terus buat harta sendiri hahaa

Dah   dapat kebok tu, mula lah menggoogle resepi .. Resepi laksa beras Homemade.. Banyak2 resepi yang dijumpa, Dieyna try buat laksa sendiri..

Percubaan pertama - laksa putus-putus, adunan lak macam keras,,Bila dibelek- belek resepi tu rupanya salah sukatan tepung- tepung yang digunakan.. hehe selamat  dimakan juga  walau kureng kemenjadiannya.

Percubaan kedua - laksa putus-putus jugak, tetapi lebih baik daripada percubaan pertama, putus- putusnya agak panjang sikit la.. Dieyna ttp tak  puas hati dengan rupa paras fizikal laksa tu. Walaupun rupa paras out... anak dara solehah berdua tu siap makan bertambah lagi.. sedap katanya.. kembang semangkuk lak siibu ni hehe

Percubaan ketiga - Setelah mengambil kira faktor bahan yang menjadikan laksa buatan tanganku mudah putus maka Dieyna dengan tahap konfiden yang tinggi telah melakukan inovasi terhadap resepi yang diperoleh sebelum ini.. haha ayat takleh blah.. inovasi lah sangat kan... ternyata percubaan kali ini sangat-sangatlah berhasil... hooreyy....

Maka, dengan berbesar hatinya Dieyna kongsikan di sini bahan asas laksa yang Dieyna buat... 

Laksa

2 cawan tepung beras
1 sd besar tepung gandum
1 sd besar air kapur
1 1/2 cawan air panas mendidih

Cara membuatnya pula
Masukkan tepung beras dan tepung gandum di dalam bekas. Masukkan air kapur dan gaul rata. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul guna senduk.. Letak sikit- sikit tau air tu, jangan letak sekaligus.. anggar2 adunan tadi dah jadi doh tak melekat bolehlah di masukkan dalam kebok. Kalau banyak sangat, buatlah dua atau 3 bahagian.

Panaskan air di dalam periuk. Apabila air dah mendidih, pulas kebok tu sehingga mengeluarkan untaian halus laksa-laksa. Biarkan laksa tersebut terapung sendiri menandakan laksa tersebut dah masak. Cedok laksa tersebut dan masukkan kedalam bekas yang berisi air sejuk. Ulang langkah yang sama sehingga adunan laksa abis. 

Toskan laksa.. Sedia untuk dimakan bersama kuahnya.... yummy

Resepi Kuah laksa ( Cedok ilmu mak n mak mertua hehe)

ikan kembong/ selayang - direbus terlebih dahulu, kemudian ambil isi dan air rebusannya masukkan dalam blender. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam yang telah dikisar halus.kisar semua bahan ini shingga bercampur gaul dengan mesranya. Masukkan ke dalam periuk dan biarkan bahan-bahan ini mendidih. Masukkan santan yang sederhana cair. gaul rata. boleh masukkan garam. Tutup api.

ulam-ulaman.
Dieyna bukanlah penggemar tegar ulam-ulaman ini jadi Dieyna cuma sediakan timun sahaja hehe.

Sambalnya pula Dieyna guna lada kering yang dmesen lumat...

Sedia untuk dihidang..

Patutnya letaklah kuah dlu atas laksa, baru letak ulam-ulaman dan cili tu.. ehehe barula menyerlah laksaku ini..
Percubaan kali ketiga ni lebih bermakna sebab MIL rasa sekali. Komennya, menjadi dah laksa kak long ni... uwa uwa sukanya hati.... konfirm lepas ni buat lagi dan lagi dan lagi....

Sekian,, cerita dongeng malam ni.....


Jumaat, 31 Julai 2015

Dari Dapur Dieyna : Roti Buttermilk

Dah lama breadmaker tu tak bekerja.. duk tersadai je atas almari tu. Mulut teringin sangat nak makan BUTTERMILK BOY.. biasanya kat ROTI BOY ada jual.. RM2.50   sebiji tapi nak pergi beli bukannya dekat.

Maka godek2 encik google untuk cari resepi buttermilk .. resepi doh roti mmg dah lama ada dah... bahagian topping atas roti pula ambil resepi topping mexican bun.. pendek kata mmg kombine resepi lah untuk memghasilkan roti ala2 roti Buttermilk boy ni...


Kongsi gambar roti ini di facebook dan we chat moment, ramai pulak yang nak resepinya. Maka, ini lah resepinya ye.. boleh ambil pen dan kertas untuk salin ye hehe

Doh Roti
----------------
120 ml air
11gm yis segera

330 gm tepung roti (Dieyna guna tepung gandum cap bunga Ros)
1/2 sd garam
1 1/2 sd susu tepung
60 gm gula castor
1 sk bread improver
1 sk bread softener

1 bj telur gred A

40 gm mentega

Cara membuatnya
Masukkan bahan semua sekali dalam breadmaker kecuali mentega. Tekan butang doh (breadmaker Cosway no.8) selama 14 minit prosesnya.  Tamat sesi uli kali pertama, barulah Dieyna masukkan mentega n uli lagi 14 minit. Selesai uli kali ke 2, rehatkan doh dalam 5 minit. Kemudian, uli kali ketiga 14 minit.. rehatkan doh dalam 10 hga 15 minit sebelum dibentuk dan dimasukkan inti.

Bahan Inti Buttermilk
----------------------------------
100gm mentega
30 ml susu pekat
70gm gula aising
sedikit garam
2 biji kuning telur
120gm susu tepung

Cara membuatnya
Putar semua bahan sehingga kembang dan sebati.

Doh roti tadi dibahagikan kepada beberapa doh kecil. Dieyna buat 40gm utk satu doh. Kira -kira dapat 15 biji roti. Masukkan bahan inti dan susun atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Tunggu sehingga doh ini mengembang 2 kali ganda daripada saiz asal.

Doh yang telah dimasukkan bahan inti Buttermilk.


Sementara  menunggu doh kembang, bolehlah dibuat topping nya pula. Sebenarnya resepi asal buttermilk bun yg Dieyna jumpa guna topping lain.. Macam taburan tepung mentega yang ditabur atas roti. Macam dalam gambar ni.
google : Buttermilk bun by UmieSOfi

 Tak berkenanlaa.. hehe so Dieyna ubahsuai toppingnya.. guna topping coffee mexican bun. baru lah jadi macam buttermilk boy yang sebenar hehe..


Bahan Topping
------------------------
100gm butter
90gm icing sugar
Telur gred B 2 biji
110 gm tepung gandum
2 sb paste kopi
1/2 st baking powder
coklat cip utk hiasan

Cara membuatnya
Putar butter dan icing sugar sehingga kembang.
masukkan telur dan putar sehingga sebati.
masukkan paste kopi. Kemudian, gandum  yang telah dicampur  dengan baking powder. sebatikan adunan dan masukkan dalam piping bag.

Adunan yang dah kembang, bolehlah diletakkan topping coffee ini. Pipingkan secara spiral atas doh    roti macam dalam gambar kemudian taburkan coklat cip.

Doh  yang sudah siap, bolehlah dibakar  pada suhu 160 - 180 C (bergantung jenis oven) selama 18 hingga 20 minit.

coklat cip dah   abis.. bakar kosong je.. hee

Makan panas2 roti ni sangatlah sedap.. Hannah makan berkali- kali. Siap request lagi, nak makan untuk breakfast sebelum pi sekolah..

Selamat mencuba ye korang.. Kalau takde breadmaker, uli tangan je doh tu kalau larat... Dieyna mmg tak larat nak menguli sendiri, kalau uli sendiri hasilnya tak segebu uli mesin. Maka, pandai-pandailah ye hehe


Dayana Bahar
932071
0192481068
Shaklee Indepedent Distributor




Ahad, 10 Mei 2015

Dari Dapur Dieyna : Resepi Pau Kacang

Dah lama tak bersiaran.. Otak beku nak menulis.. Untuk entri pembukaan blog ini, Dieyna rasa nak berkongsi berkenaan resepi... suka hati jelah kan.. dah namanya blog sendiri, bebas lah nak cerita apa juga topik ..

Semalam Dieyna buat Pau kacang.. resepi di hujung jari, klik-klik google .. taraaa... jumpa resepi ini..
PAU KACANG LEMBUT dari BLOG ini  Terima kasih tuan punya blog sebab berkongsi resepi. Nah Dieyna copy Paste kat sini...

PAU LEMBUT
Resepi:Kak Ton MYR
Sumber:Tun Telani

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau | diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 g (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu makan) gula kaster (saya kurangkan)
20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
2 g (1 sudu teh) bread softener (saya guna bread improver)
1/2 cawan air suam

Cara:
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4.***Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus.
10***Untukinti, bolehlah menggunakan intin apa sahaja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.Kukus pau selama 10 minit.
13.***Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba.

Dieyna guna breadmaker jadi follow cara menggunakan breadmaker cuma isipadu air tu kena tambah skit lagi. Kalau guna 1/2 cawan air, adunan agak keras... jadi Dieyna tambah kepada 3/4 cawan air... dan ini lah hasilnya

menjadi pau kacang ku itu.. cukuplah untuk sarapan kami pagi semalam.




Khamis, 27 November 2014

Koleksi Gajet Dapur Terbaru

Gajet di dapur dah tambah satu lagi... hehe... dulu berkenan kat pengukus Noxxa.. sanggup ku main kutu untuk membelinya.. Memang puas hati guna.. Kali ni berkenan kat Breadmaker lak... request hadiah besday daripada en suami.. Alhamdulillah diluluskan..
Koleksi gajet : Oven , Steamer, Breadmaker & Periuk nasi

Malam ni dah rasmikan Breadmaker tu,.. Dieyna buat roti asas je.. Ikut sebiji resepi yang disediakan dalam buku manual BM  dan hasilnya... taraaaaa


Dieyna pilih warna medium untuk keraknya... takdelaa gelap sangat kan? Ala- ala gold gitu... hehe

Proses mengeluarkan roti ini agak lama, kena goncang-goncang. Sebabnya, pemutar kat bawahnya tu menyebabkan roti tu melekat agak kuat. Roti berjaya dikeluarkan hasil goncangan en suami.. hehe dia nak jugak sedikit saham buat roti kan... hehe

Hooye... my roti dah menjadi.. Kena sejukkan dulu sebelum dibedah siasat hahak.

Tips memotong roti- kena gunakan pisau yang tajam. Kalau pisau tak tajam maka rosaklah struktur roti tu dan kelihatan tidak cantik..



Yang penting, Dieyna dah rasmikan roti ni. Roti asas jadi kuranglah manisnya maka Dieyna makannya bersama air KOKO Tamar.. Yummy.. Sedap.. Macam makan Roti BATA yang ayah selalu beli kat kedai roti Taman Chukai Utama tu...

Esok en suami request nak makan donut.. hehe takpe2.. breadmaker ada untuk menguli.. 

Sedikit info tentang breadmaker yang Dieyna gunakan ini.

BRAND : EMPRESS
BELI DI : COSWAY
HARGA : RM299 + 5 POINT

Berminat??? Sila lah berkunjung ke COSWAY berdekatan di tempat anda ye..




Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi PLAY DOH Tanpa Masak

Sebenarnya dah lama nak kongsi resepi PlayDoh tanpa perlu memasakkannya cuma masa agak mencemburui. Sebelum ni, buat play doh untuk Hannah, Dieyna guna resepi yang perlu dimasak. Agak makan masa jugak sebab nak tunggu dohnya sejuk barulah si anak boleh main. Sejak jumpa resepi Playdoh tanpa masak ni, semuanya jadi mudah. Sekejap  je dah boleh siap, 


 Bahan- bahan yang diperlukan sememangnya sudah tersedia di dapur masing- masing. Bahannya ialah

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak sayuran ( Dieyna guna minyak masak biasa je minyak SAJI)
  • 1/2 cawan garam halus
  • 1 1/2 cawan air panas 
  • Pewarna makanan (ikut warna pilihan masing-masing)

Cara membuatnya ialah campurkan tepung, garam dan minyak. Gaulkan adunan bagi sekata. Kemudian, Dieyna amik adunan tu bahagikan kepada tiga bekas berasingan sebab nak buat playdoh pelbagai warna. Air panas tu pun Dieyna asingkan kepada tiga warna berlainan. Gaulkan sehingga doh tu tak melekat di jari jemari anda. Sedia untuk diberi kepada anak anda.


Doh ini jika disimpan boleh tahan sehingga berminggu- minggu dengan syarat disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bolehlah bermain playdoh bersama anak anda atau biarkan mereka berimaginasi sendiri sekreatif mungkin....


Salam Sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor
932071


Ahad, 5 Oktober 2014

Biskut Bayi Homemade Mudah

Hari ni nak share resepi mudah untuk bayi berusia 7 bulan ke atas kunyah-kunyah.
Bahan yang diperlukan ialah roti dan mentega tanpa garam. Dieyna guna jenama Anchor.

Caranya ialah roti ditekap mengikut acuan. Dieyna guna acuan bintang, hati, dan gingerman. 


Sapu mentega atas roti yang siap ditekap kemudian bakar di dalam oven pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga roti tu nampak kekuningan.

Apabila siap dibakar bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. Kita pun leh sama2 makan. Cicah dengan air kopi...hehe

P/s : Rangup je rasanya tau.. mmg sedap hehe


Ahad, 6 Julai 2014

Kekal cergas sepanjang berpuasa

Kekal cergas sepanjang berpuasa ..

Bila tiba Ramadhan, masalah yang biasa dialami.. letih dan dahaga yang melampau.. Nak- nak pulak sekarang ni musim panas.. fenomena El Nino kan.. 
Nak share kisah sendiri untuk Ramadan 2014 ni ye...

Sebelum menjengah bulan Ramadhan, Dieyna dah puasa terlebih dahulu. Ganti puasa tahun lepas. Memandangkan seorang diri je yang puasa, takdelah Dieyna bersungguh- sungguh masak sahur. Jadinya, bersahur dengan menu yang seringkas- ringkasnya. Hehe apa lagi bersahur dengan Set Mighty 3 Gems ni jelah.. kan peniaga produk Shaklee mestilah kena try produk yang diniagakan kan?? Ini gandingannya ye..

Sahur pertama, Dieyna bancuhkan ketiga-tiga ni dalam satu shaker ditambah dengan 200ml air masak dan 200ml freshmilk. Dengan rajinnya Dieyna siap blender semua tu nak bagi gebu-gebu gitu. Minum.. memang mabeles rasanya.. Sahur last minit jadi takleh nak menghayati minuman lama- lama. Nak dijadikan cerita, hari tu memang banyak aktiviti dan kebetulan pulak jadual kelas agak padat. Yang bestnya, Dieyna tak rasa letih. Serius, TAK LETIH... memang BERTENAGA.. siap Dieyna leh ronda- ronda ke bandar Dungun lagi selepas balik sekolah. Macam orang tak berpuasa lagaknya hehe. Alhamdulillah produk 3 beradik ni berkesan dengan perut Dieyna.


Bila share story dengan rakan-rakan n pelanggan yang amik set ni.. masing-masing puas hati.. sangat puas hati...Antara 3 beradik tu, Dieyna paling jatuh hati dengan PERFOMANCE DRINK. Minuman wajib semasa berbuka lagi. Simpan dulu dalam peti siap-siap macam dalam gambar tu ye. Tiba waktu berbuka terus je minum.. FUH .. memang SEGAR BUGAR.. sejuk je rasa tatkala air tu melintasi ruang leher ni.. memang nyaman sungguh. Tak caya?? Cuba lah try.. dah try sekali nak berkali- kali.. Perfomance drink kat rumah nipun nampaknya nak kena restock dah... dah tinggal separuh balang. Daripada duk minum minuman bergas kan baiklah kita minum minuman tenaga tanpa GAS ni.. Kesihatan diri pun terpelihara. Tak gitu??

Nak bagitahu korang lah, ketiga- tiga minuman ni boleh mix and match.. boleh suai padan gitu.. Tak semestinya korang kena beli ketiga- tiganya sekali. Dieyna kategorikannya kepada tiga kategori, SET PUASA BAJET 1 , SET PUASA BAJET 2 dan SET PUASA PREMIUM. Kelass gitu bunyinya haha..

Kalau korang berminat, boleh order sendiri je.. cuma perlu klik di bawah ni mengikut pilihan hati korang. Yang pastinya Menang Membeli Menang Memakai.. eh Meminumnya...

KLIK SINI UNTUK MEMBELI

Oh ya, kalau korang nak beli berasingan pun boleh juga. Klik je bawah ni untuk pembelian secara ala carte.


 Jika nak tahu lebih lanjut lagi.. hubungi je Dieyna ye 019-2481068.. wasap pun ada.. Seeloknya korang maklumkanlah pada Dieyna ye jika ada buat pembelian sebabnya Dieyna akan berikan pelbagai resepi menarik untuk menyediakan minuman 3 bersaudara ni. 

ps : Keletihan menyebabkan kita malas dan nak terbaring je kan, seeloknya ikhtiarkan sesuatu untuk mengelakkan kita menjadi insan pemalas di bulan mulia. Semua golongan ini sesuai untuk set Mighty 3 gems ni ye






Sabtu, 3 Ogos 2013

Resepi Puding Buih

Hehe.. dah nak penghujung puasa baru nak bagi resepi ni yer.. Jangan marah ye kengkawan.. mood berblog ni macam air laut.. ada pasang surutnya.. time tengah pasang.. sibuk nak buat entri promosi SHAKLEE.. hehe 

Tanpa membuang masa.. ini lah resepi PUDING BUIH yang sepupu n Dieyna buat untuk POT LUCK..


BAHAN-BAHAN
PUDING
7 biji telur B

30gm agar-agar
3sb gula 
6 cawan air

CARA MEMBUATNYA
1. 7 biji telur tu dipecahkan dan dimasukkan dalam mangkuk. Asingkan sebiji telur kuning untuk kuahnya.
2. Putar sehingga kembang.
3. Pada masa yang sama, rebus agar-agar, gula dan air dalam periuk sehingga airnya nampak sedikt surut.
4. Apabila adunan telur tadi dah cukup kembang, tuangkan air agar-agar tadi dan putar sehingga sebati dan rasa suam.
5. Tuang dalam loyang dan masukkan di dalam peti sejuk.
6. 

BAHAN- BAHAN
KUAHNYA
4 sb tepung kastard
Secukup rasa
1 sk esen vanilla
1liter susu segar
1 biji kuning telur yang diasingkan tadi
Fruit cocktail
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu, gula, air buah cocktail, kastard, esen vanilla, sedikit garam dan kuning telur dalam periuk. Masak sehingga gula hancur dan sentiasa kacau supaya tidak mendidih. Tutup api.

Cara nak makan.. senang je.. puding yang disejukkan di dalam peti sejuk tu bolehlah dipotong kecil. Tuang kuah dan masukkan ais ketul. Jangan lupa tambah buah -buahan cocktail. Siap dihidang dan bolh dimakan.

Selamat mencuba ye

Catatan Popular