Halaman

Khamis, 24 Disember 2015

Cara membuat roda suku kata

Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seorang guru yang mengajar teknik membaca secara fonetik. Memandangkan saya sedang berusaha untuk mengajar Dhia Hannah membaca dan menggalakkannya berseronok dengan apa yang dibaca maka eloklah saya membuat roda suku kata ini. Roda ini boleh saya guna untuk anak murid saya juga nanti.

Langkah pertama.
Saya google gambar menggunakan google image dengan key words "colourful circle clip art" . Alhamdulillah banyak roda warna- warni yang saya jumpa tetapi nak cari yang bersesuaian itu lambat sikit. Saya pilih dua gambar ini. Korang yang berminat dengan gambar roda pilihan saya ini bolehlah klik butang kanan dan save as image ye.



Kemudian, saya print je gambar pilihan di atas. Saya pilih roda yang mempunya 25 pecahan tu sebab huruf2 yang saya nak buat lebih kurang 21 huruf. Selesai print, acara menggunting dibuat dan terus ditampal pada kotak. Gunting lagi. 

Secara manual, saya menulis suku kata terbuka pada setiap pecahan roda ini. Menggunakan kotak lagi saya buat papan untuk roda ini berpusing dengan dibantu paku tekan berkepala. Maka, siaplaaa.

Boleh rujuk gambar ini.

Proses menyiapkan bbm ni kisah semalam dan hari ini , kami dah mula bermain dengan roda suku kata ini. Apa yang saya buat? Saya tulis pada sehelai kertas beberapa suku kata tertutup kemudiannya Hannah akan memutar roda itu, Apabila roda itu berhenti berpusing. Hannah akan menyebut suku kata tertutup tersebut dan mencarinya atas lembaran yang saya sediakan tadi. Dah jumpa, dia perlu warnakan suku kata tersebut...


Alhamdulillah, dia berjaya mewarnakan keseluruhan lembaran kerja tersebut. Namun, Dhia Hannah masih memerlukan latihan membaca secara intensif bagi mengukuhkan kemahiran tersebut. Doakan saya istiqamah dalam mengajar dan mendidiknya ye....

Untuk Dhia Arissa, perlahan- lahan saya libatkan dirinya dalam aktiviti membaca ini. Tetapi cepat juga dia tangkap sebabnya dia berjaya menyebut bunyi a, i dan u . Menggabung suku kata saya belum ajar lagi padanya. Sekurang-kurangnya dia dah berjaya ingat bunyi beberapa huruf.....

Oh ya, saya memilih kaedah membaca secara fonetik untuk mereka. Kaedah ini saya baru je belajar akhir bulan 10 dan saya rasa kaedah ini sangat berkesan untuk ajar anak mudah membaca. In shaa Allah, anak- anak murid saya akan didedahkan dengan kaedah ini juga....

Tiada ulasan:

Catatan Popular