Khamis, 29 Mac 2012

Mudahnya... Ukhuwah Terjalin

Alhamdulillah, hari ini terima jiran baru, rumah yang lama terbiar kosong akhirnya bakal diduduki, Ownernya dah datang hari ini untuk kerja- kerja pembersihan. Dieyna tengah angkat kain, diorang sampai. Sempat bertegur- sapa, almaklumlah jiran kan.. tak baik buat sombong2 dengan jiran tetangga. Memulakan perkenalan dengan tautan jari- jemari, memperkenalkan diri masing-masing. "Saya Dayana, nak panggil apa ye?? " Panggil Mar je".. Maka, terjalinlah satu ukhuwah sesama Islam. Mudah kan??

Sekarang ini, persahabatan sangat mudah terjalin dengan syarat kita pandai beramah- tamah. Jangan over ramah, orang pun tak selesa jugak kan. Bersederhana dalam bertegur sapa... pasti orang pun selesa. Betul Tak???

Kalau dulu, nak cari kawan, kena tunggu pi sekolah.. jiran- jiran sebelah rumah boleh jadi kawan. Tetapi sekarang saluran untuk bersahabat sudah berkembang luas. Akhir tahun 90-an, internet mula glemer. Cyber cafe tumbuh macam cendawan. Orang dah kenal istilah CHATTING, MiRC (termasuk diri sendiri ni.) hehe. Dari situ, kita dapat sahabat maya. Tak kenal rupa, tak kenal suara (kalau nak kenal kena jumpa) .. tapi dah boleh declare sebagai sahabat. Pengalaman sendiri, dapat sahabat baik hanya dengan Chatting.. n masih berhubung dengannya. Indahkan persahabatan? Ada yang sampai ke jinjang pelamin pun, hanya dengan CHATTING.. Mudahkan, Ukhuwah terjalin.

Kini, kita ada FACEBOOK, kita juga ada BLOGSPOT dan pelbagai lagi laman web, membuka ruang untuk kita melebarkan jaringan sahabat yang ada. Dieyna bangga dengan kepositifan dunia teknologi kini. UKHUWAH terjalin hanya di hujung jari. Malas nak bagi contoh yang jauh2, tengok kini Dieyna ada ramai kawan, Follower, Pengomen tegar, rakan- rakan pembaca senyap dan terutamanya group kesayangan Dieyna.. GROUP FOLLOWER SEGAR. Anda semua sahabat Dieyna.. Semoga persahabatan kita terjalin selamanya walaupun hanya di dunia maya. 

p/s : TAK MUSTAHIL KITA SEMUA BOLEH BERJUMPA KAN?? DUNIA NI KECIL JE.. PASTI AKAN ADA PELUANG ITU, SUATU MASA NANTI... SAYANG KORANG SEMUA. :))


23 Blogger Bersuara:

Aine Ainun berkata...

Dieyna...suka entri ni;)

kan....musuh jgn dicari..

~Sweet Honesty~ berkata...

insyaallah..jika niat kita ikhlas, pasti jalinan persahabatan akan kekal..

Deru Ombak berkata...

Ana... Bila nak jumpa? :)

Cik Nur berkata...

Dieyna, insyaALLAH..satu hari nanti pasti kita berjumpa.. :)

Yatie Awang berkata...

InsyaAllah...seperti kita kan? kalau diizinkan Tuhan, pasti bertemu

akak suka kalau ada jiran, alhamdulillah..jiran2 kat sini baik2 belaka

inazamri berkata...

bagus entry ni.Berkawan kena jujur dan ikhlas barulah ukhwah terjalin dgn indah .

etuza berkata...

Syukran alhamdulillah..sunyi jika tak ada berbual2 dengan jiran sahabat maya..apa ja kata2 alangkah indahnya ditegur. Rasanya blog akan segar dengan kehadiran tetangga maya, blog sunyi sepi tanpa sahabat maya.Bersuaralah berdasarkan keikhlasan..diamlah jika itu yang terbaik. Syukran..dah baca entry bagus dari Dieyna.

etuza berkata...

Nampaknya etuza terunggul di laman ini. Sebab best apa ja ada ya. Tq

Dieyna berkata...

Betul tu AA, musuh jangan dicari, berkawan biar beribu kan... hehe

Dieyna berkata...

Insya Allah... pasti kekal kalau kita berusaha untuk mengekalkannya...

Dieyna berkata...

Kak Ya, datang Kuantan tu beritahu laa awal2.. Mana tahu ada rezeki leh jumpa... dekat dah tu

Dieyna berkata...

Insya Allah.. semoga dimakbulkan...

Dieyna berkata...

Alhamdulillah kak.. jiran yang baik ni sangat penting dalam life kita. Apa2 senang nak minta tolong diorang terutamanya tang terima bungkusan pos time kita takde di rumah.

Dieyna berkata...

thanks, betul tu.. tiada kejujuran pincanglah persahabatan.

Dieyna berkata...

betul cikgu Etuza... Pendapat bernas tu... Thanks

Dieyna berkata...

Tahniah.. ada kejutan nanti.

Arina Shamsul berkata...

semoga persahatan yang terjalin ini berkekalan selamanya kak :)

Arina Shamsul berkata...

o ya kak ttg header sy nak bagi akak tu insyaalah saya buat ye kaka,skrg ni bz lagi :)

lelamaisara berkata...

Insyaallah...moga berkekalan..
teringin nak berjumpa 4 mata kan....
Moga ada kesempatan berjumpa semua ya...

Dieyna berkata...

siannya arina, tak payah takpe...banyak sangat lagi nak kena buat kan?? hehe jangan risau yer..

M@W@R Q@SeH berkata...

salam kenal...sy ahli baru dlm group segar follower...dh msukkkan blog ni dlm bloglist sy & sudah follow :)

Dieyna berkata...

betullaaa.... teringin tu ada, jarak membataskan kita semua

Dieyna berkata...

salam kenal juga,,, welcome to our group

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT