Halaman

Khamis, 31 Mei 2012

Review Blog : Pengomen Sejati Bulan April Bahagian 2

Hari ini 31 Mei 2012. Semua orang tahu kan. Hari ini Dieyna nak sambung entri REVIEW BLOG APRIL, masih berbaki lima blog yang belum direview.. Kalau rajin, bacalah ye kesinambungannya.
Rank 6 : ARINA SAMSUL (Jumlah komen : 24)
Dieyna nak imbas kembali, macam mana Dieyna kenal mama Arina @ Bigboss ni. Dieyna join satu segmen anjuran en Ben Ashaari. Kenal en Ben tu kan, blogger femes tu laa.. Segmen tu bertajuk SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012.  Mama Arina menerjah blog Dieyna daripada segmen tersebut.. Ini adalah komen pertama mama di blog Dieyna.
arina
Bermula daripada detik itu, 2 Mac 2012. Kami berhubung mesra. Mama Arina sangat kreatif dan baik hati. Dia keluarkan entri hadiah header kepada blogger pertama yang komen dalam entri tu. Alhamdulillah, ada rezeki Dieyna. Maka, Dieyna dapatlah header percuma daripadanya.
FREE-HEADER
Ini headernya, comel kan. Lepas tu Dieyna mengada-ngada pulak, nak tulisan bulat-bulat maka dapat pulak header yang Dieyna tengah guna sekarang. Kreatip dan inovatif gitu. Dieyna memang kerap ke blognya sebab dia rajin buat surprise untuk followernya sehinggalah tertubuhnya GROUP SEGAR FOLLOWER. Hasil ilhamnya. Semenjak itu, blog ini tidak sunyi lagi. Entri Dieyna pun tidak lagi sepi tak bermaya (AYAT TAK LEH TAHAN). Terima kasih Mama Arina. Akak takkan sesekali lupakan jasa Arina. Korang pun nak kenal dia jugak eik. Silalah klik banner cun di bawah ni. Mama Arina sangat menghargai followernya. Percayalah.
comel-2.png

Rank 7 : Yumida (Jumlah komen : 22)
Pengomen sejati seterusnya ialah YUMIDA. Yumida join GA yang Dieyna pernah anjurkan sebelum ni dan dia jadi peserta pertama yang secara automatiknya layak menerima hadiah. (MAAF HADIAH YUMIDA AKAK BELUM POST YE, SESUATU YANG INGIN DIBELI BELUM DITEMUI). Apabila dah lama mengenalinya, Dieyna kenal Yumida seorang yang suka n rajin join contest, ga ataupun segmen. Kitorang saling tag antara satu sama lain. Maka, kepada sesiapa yang suka join sebarang GA, contest atau segmen, terjahlah blog Yumida. Ada sahaja acara terbaru dia sertai.  Nak kenal YUMIDA jugak, klik sini ye. ps: korang takleh ngorat tau.. sebabnya dia ni dah berpunya tau..
yumida

Rank  8 : LELAMAISARA (Jumlah komen : 20)
Namanya Lela, dan nama anaknya Alesya. Kalau dah blog nama anak , maknanya blognya tentang apa? Fikir ye.. Dah fikir dah..Blognya tentang kehidupannya, luahannya. Lela memiliki seorang cahaya mata yang berusia 2 tahun. Kebanyakan entri yang ditulis tentang anak daranya yang sorang tu. Dieyna suka menerjah blognya, kadang terjah tak tegur apa2, silent reader laa. Apa-apa pun, Lela seorang yang mesra alam. Jengahlah dia, pasti berbaloi untuk korang.
mama-lebar

Rank 9 : DyaBunga (Jumlah komen : 18)
Dya suka buat kek. Bebaru ni terbaca entrinya buat kek untuk sambutan hari lahir ayahnya. Pasti bangga ayah dya kan sebab makan kek air tangan anak sendiri.
dya-bunga-header
Dya ni sukakan binatang yang dalam gambar headernya tu. Dieyna tak pasti pula, nama spesis tu. Kalau korang nak kenal, terjahlah blognya. Klik banner ye.

Rank 10 : Deqla Norumara (Jumlah komen : 17)
Dieyna suka Deqla.. Happy go lucky orangnya. Manja pun ada gak. Mesti en abang bertambah sayang dengan telatahnya. Hehe kalau melawat blog Deqla, mesti dapat habuan telinga. Loading sahaja maka berkumandanglah lagu Yuna “Terukir di bintang”. Mungkin Deqla dedikasikan lagu tu untuk suami tercinta kan???
4-DEQLA
Cuba tafsir header Deqla tu, gambar sepasang pengantin sedang bertatapan. Maknanya kasih sayang mereka tetap utuh seperti baru berkahwin. hehe Pandai- pandai Dieyna je kan. Apa- apa korang berkenalan dengannya, pasti suka hati.
Sekian terima kasih.

PS: Review mama Arina lebih skit dari yang lain sebab dia istimewa dalam hati kami, Group Segar Follower. Yang lain jangan jeles ye. hehe. Korang dah baca belum review bahagian pertama? Kalau belum, klik sini Review. Korang pun berpeluang untuk direview jika KORANG BACA SINI JUGAK.

Selasa, 29 Mei 2012

Tutorial Mudah Untuk Letakkan Widget Top Commentator


Dedikasi untuk Deqla Norumara.. Ini jawapannya dik.... Senyum skit yer..

Sudah banyak kali, Deqla Norumara tanya tentang widget Pengomen Sejati yang Dieyna pasang kat bawah sekali tu... Ini dia
Hari ni ada kelapangan jadilah bolehlah menulis tutorial begini... Widget ni Dieyna dapat daripada sebuah laman web. Dieyna try dan terus meletakkan di blog ini dengan tujuan menghargai insan yang selalu berkunjung di blog ini.

Rupa bentuk asas sebelum siapnya widget Pengomen Sejati di atas adalah begini

Apa yang korang perlu buat ialah masukkan semua maklumat yang diperlukan

Widget Title : korang boleh letak apa sahaja tajuk yang korang nak

Blog URL : letaklah blog url korang, kena letak dalam bentuk macam ni ye, wardahilmu.blogspot.com

Period of time : Pilih je korang nak kira ikut bulan atau minggu atau tahunan

Maximun number : letakklah 5 atau 10 atau berapa sahaja bilangan pengomen yang korang nak tengok

Exclude Commenters : Korang tekan button Add Commenter Name, kemudian letaklah nama korang sendiri, sebab takkan nak kira bilangan komen sendiri kan..

Dah selesai semua, klik button ADD THIS WIDGET TO YOUR BLOG .. widget ni akan terus masuk ke layout blog korang, cuma korang kena pilih sendiri lokasi mana nak letak

Dah siap tutorial ni, sekarang korang pergi buat sendiri widget ni


P/S : SEBESAR- BESAR ALAM DIEYNA LETAK TULISAN LINK TU KAN, TAKUT KORANGG TAK NAMPAK HAHA . JANGAN LUPA BACA ENTRI REVIEW BLOG APRIL YE

s

Review Blog : Pengomen Sejati Bulan April


 “Datang mengambil sesuatu” inilah perkataan yang Dieyna tinggalkan di blog diorang sewaktu hendak mencilok header mereka. hehe Ambil tanpa izin tapi takpelaah, mesti diorang suka punya tatkala dah tahu tujuan sebenar Dieyna ambil kan. Entri review kedua yang Dieyna buat, setelah entri review blog pengomen sejati bulan Mac. 1 dan 2.

Rank 1 : ETUZA (Jumlah komen : 65)

Kali kedua Dieyna review blog Cikgu Etuza. Nyatanya kedudukan Cikgu Etuza sebagai pengomen sejati nombor satu dalam blog ini masih belum digugat. Hehe Cikgu Etuza sangat baik hati. Dek kerana, Dieyna menyediakan ruang FEED URL blog untuknya di bahagian atas blog Dieyna. Beliau dengan ikhlas hatinya, menghadiahkan satu kraftangan indah dari Sabah. Terima kasih Cikgu. Korang terjahlah blog beliau, pasti banyak input yang akan korang terima.  
.PESONA (1)12
Memandangkan cikgu masih mendahului maka FEED URL blog cikgu masih berada di puncak blog ini sehingga 6 Jun 2012. Tahniah ye cikgu.

Rank 2 : 9NoL4 (Jumlah komen : 62)
Pengomen sejati seterusnya ialah 9NoL4.  Sebenarnya Dieyna sendiri tak tahu nak sebut macamana id blognya. Dieyna tahu namanya Fariza dan dipanggil Jaa.. Hehe baru je berblogging selama 6 bulan. Tetapi gayanya macam dah otai dah. Follower di blognya pun dah nak mencecah seribu dah. Hebatkan?? Jaa pernah berkongsi rahsia macam mana nak dapatkan ramai follower, kalau korang berminat, Sila terjah ke blognya. Jawapannya ada di situ untuk korang ikuti. Klik banner yer.
buang-tarikh

Rank  3 : Chic Na (Jumlah komen :48)
Chic Na gadis manis dari Kelantan. Sangatlah pandai mendeko coklat. Chic Na turut mengambil tempahan coklat untuk sebarang majlis . Orangnya kreatif kan.. Kalau tak, tak mampu menghasilkan coklat-coklat kecil pelbagai rupa dan bentuk. Kita yang tengok dalam gambar pun rasa sayang nak makan. Apa-apa pun jom terjah blognya…
chic na

Untunglah siapa yang bertakhta di hati ye, hehe gurau je

Rank 4 : Cik Nur(Jumlah komen : 37)
Cik Nur blogger yang sangat rajin berkunjung ke mana- mana blog. Kalau Dieyna terjah sesebuah blog tu, pasti ada juga dia di situ. Rajin kan? Tetapi semenjak dua menjak ni, Cik Nur agak sibuk. Sibukkan hal apa? Itu Dieyna tak pasti.. Mungkin hal peribadi lah kot.. Jangan pulak, muncul semula dengan status berlainan ye Cik Nur. Hehe Untuk pengetahuan korang, Cik Nur masih single mingle tau.. hehe Klik banner untuk mengenalinya.

cik nur

Rank 5 : Sweet Honesty (Jumlah komen : 33)
Sweet  Honesty nama bloggernya.. Ntah mengapa, Dieyna suka panggilnya Sweety.. hehe sebabnya.. Orangnya memang manis.. rugi tau korang tak ngorat hehe eh salah tak kenalnya.. Masih single and available, jadi pi isi borang cepat-cepat.. Mana tau ada rezeki hehe. Jangan marah ye Cik Sweety manisku sayang… Korang nak kenal jugak eik.. Hehe tak perlulah malu-malu, terjahlah blognya.. Cuma pastikan speaker pc or lappy anda ready kerana ada lagu jiwang di blognya.. Cik Sweeety kan gadis jiwang.. hehe betul kan betul kan kan kan …

sweety

Sekian terima kasih.


PS: Baru sempat lima blog pengomen sejati dapat direview. Sambungannya akan dibuat nanti yer… Jadi tunggu yer. Korang pun berpeluang untuk direview jika KORANG BACA SINI JUGAK.  


Minat Iphone 4S tak??

Korang minat iphone 4s tak??? Apa, tak kenal?? Kalau nak kenal gajet pintar ni, korang boleh klik kat SINI >>>> iPhone 4s.. Dah tengok dah?? Menarik kan.. Simpan pitih banyak2 lepass ni boleh beli..

Dulu, Dieyna ni suka mengikuti dunia gajet ni.. dan biasanya jenama NOKIA yang jadi pilihan.. Tetapi skarang ni dah tak terkejar.. Telefon yang hebat- hebat dah ada di pasaran.. Pendek kata, tak perlu bawa lappy, semuanya boleh buat dalam telefon.. macam Galaxy Note tu.. Apabila telefon pintar dah banyak di pasaran, maka syarikat telekomunikasi bertungkus lumus menawarkan perkhidmatan terbaik untuk pengguna telefon ini.

Sekarang ni, MAXIS menawarkan kadar penggunaan yang menarik untuk pengguna iPone4s... Nak tengok kadar yang ditawarkan?? ini dia

Sebenarnya jadual tu panjang lagi, ada banyak lagi tawaran yang menarik.. Korang boleh klik kat perkataan ni  >>>> iValue Plan.. kalau nak tengok yer...

Maxis juga menawarkann kadar panggilan untuk pengguna yang inginkan penjimatan .. tengok jadual di bawah ye

Sebenarnya banyak lagi tawaran menarik yang ditawarkan oleh pihak MAXIS.. Korang tengok jelah sendiri kat sini ye.. kemudian, buatlah keputusan.. Jika korang pengguna iphone, tak salah mencuba pelan penjimatan ni. cuba bandingkan dahulu dengan syarikat komunikasi yang lain.. Jika oke, bolehla bertukar pelan yer...

p/s : entah bila boleh pakai telefon mahal macam ni.. huhu

Sabtu, 26 Mei 2012

Dari Dapur Dieyna : Homemade Nugget

 

Rasanya dah lama tak share resepi kat sini kan? Jadi, hari ini Dieyna berbesar hati nak kongsi resepi membuat nugget sendiri di rumah.. Resepi Dieyna dapat daripada laman web Jintanmanis.com. Dah banyak kali dah buat, Alhamdulillah berjaya. Rasanya boleh tahan.. Kalau nak kata mana yang lebih sedap, mesti ramai yang kata nugget segera di pasaran lebih sedap.. Hehe fikirlah semula, banyak mana bahan perasa tambahan yang digunakan untuk menyedapkannya.. Yang buat sendiri ni, lain skit sebab kita tahu bahan apa yang kita letak dalam tu. Betul tak kengkawan?

nugget

Kepada yang ingin mencuba.. Ini dia resepinya, Dieyna copypaste dari SINI

Bahan-bahannya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

  • 400gram daging ayam kisar
  • 250gram taufu lembut
  • 1/2 biji telur
  • sedikit garam
  • 200gram serbuk roti warna putih ( boleh guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)

Bahan Coating*

  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

  1. Toskan taufu  bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari.
  3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. . Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba.

:Tips

  1. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya
  2. Kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
  3. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

P/s: Entri ni guna Windows Live Writer tau.. KLIK SINI..

Jumaat, 25 Mei 2012

Percubaan Windows Live Writer

Hari ni dapat ilmu baru daripada adik Muhammad Zulhafiz Mohd Tahir.. Korang pun mesti nak tahu kan.. Pastinya ilmu dunia blogging.. Kita boleh tulis entri kita walaupun OFFLINE.. Kalau nak tahu penerangan lanjut, korang terjahlah blog adik Hafiz ni.. Tanya dia, bertanyalah pada yang pakar hehe… Dalam ENTRI ni , adik Hafiz ceritakan segalanya… cewah, KLIK SINI yer

Entri yang ditulis ni menggunakan Windows Live Writer.. Dieyna baru je install dalam lappy ni.. Lepas ni, bolehlah taip entri bila- bila masa walaupun takde internet.. Waktu ada internet baru kita publishkan.. Maknanya idea yang ada boleh diluahkan dahulu  kemudian baru publish..

Bahagian yang paling best dalam Windows Live Writer ini ialah kita menulis entri seolah-olah pada blog asal… Tak faham eik?? hehe Korang cuba sendiri dulu, lepas tu mesti faham apa maksud akak.. Tak payah cerita panjang lebar, sebabnya Dieyna bukan pakar.. Baru je mencubanyapun..

Berminat nak INSTALL… Klik link ini yer…
JANGAN RISAU YE, PROGRAM NI TAK BERATKAN LAPPY ANDA…

P/S : DIEYNA DAH CUBA, KORANG BILA LAGI EHEHE

Penghargaan #2: Pengomen Sejati Bulan April

Bulan Mei dah hampir ke penghujungnya, tetapi Dieyna baru nak buat entri pengomen sejati untuk Bulan April.. Maaf ye.. Macam biasa, Dieyna nak berikan award ni untuk 10 pengomen sejati blog Dieyna..

 Ini dia senarai 10 blogger yang Dieyna isytiharkan sebagai Pengomen Sejati Bulan April... Mari kita lihat, siapa yang kena....

Nampaknya Cikgu Etuza masih menjadi Pengomen utama blog ini.. Terima kasih cikgu.. Dan dengan ini feed blog cikgu masih layak berada di puncak blog ini sehingga 6 Jun 2012. Kepada pengomen sejati yang lain, terima kasih juga Dieyna ucapkan kerana sudi memeriahkan entri Dieyna dengan pendapat dan pandangan yang bernas. Seperti biasa juga Dieyna akan review blog korang ye...

P/s : Korang tengok sendirilah, betapa mantapnya Group Segar Follower ... Majoriti Pengomen Sejati Blog Dieyna adalah dari group kesayangan Dieyna tu.. Cayalah korang...KLIK LAGI DI SINI

Sebagai perempuan.. Kita perlu tahu tetapi mampukah??

Macam biasa, setiap hari Dieyna akan berjalan- jalan ke blog sahabat GSF dan rakan pengomen... Terjumpa pulak, satu entri menarik, tulisan 9NOL4... nak tau entri apa.. SILA KLIK SINI YER.. Tercetus pula di fikiran nak kongsi cerita yang lebih kurang sama tetapi situasi berbeza... Ini ceritanya..
..............BACA YE...............
Cerita ini dah lama.. masa tu baru je beli kereta.. Cuti sekolah, sahabat baik ajak pi jamuan kenduri kahwin kat area Jerangau kalau tak silap laa... Kami pun bertolak lebih kurang pukul 2.00 petang. Perjalananan tidak membosankan sebab asyik bercerita maklumlah cuti sekolah je baru jumpa.. Tiba- tiba, Dieyna nampak ada sebatang kayu melintang di atas jalan.. Tak sempat nak elak, terus langgar je.. Nak wat macam mana kan??

Tiba di tempat kenduri, kami pun santap dengan begitu berselera.. siap bergelak ketawa sakan.. mengusik- usik rakan yang baru mendirikan rumahtangga.. Lebih kurang pukul 4 lebih, kami minta izin nak balik.. Tak berani nak drive petang- petang sangat.. Kami pi kat kereta, dan rakan tersedar.. "Na, aku rasa tayar kereta mu ni bocor ni, xdok angin langsung".. huhu blur sekejap.. "guane nak buat ni, aku bukan reti pun nak tukor tayar kereta ni".. Kejadian berlaku di tempat orang, langsung tak kenal orang.. dan yang penting kami ni perempuan... Perasaan masa tu, nak menangis ada, nak menjerit ada.. pendek kata MACAM-MACAM ADA laa...

ALLAH membantu kami.. Datang seorang hamba Allah bertanyakan keadaan kami.. Agaknya, dia nampak kami duk blur- blur tepi kereta sambil pandang tayar kan.. Sambil buat muka sedih, memang sedih pun.. kitorang pun bagitahu dia, kereta kami pancit.. Dengan baik hatinya, dia membantu menukarkan tayar kereta tersebut.. Fuh lega rasanya.. Kalaulah hamba ALLAH tu takde.. Tak baliklah kami... Terima kasih banyak- banyak.. Kesian pulak, pakai kemas2 nak pi makan kenduri tapi kena tukar tayar kereta pulak... hehe Takde pilihan kami terdesak perlukan bantuan.. 

Perjalanan balik, kami sibuk duk wat spekulasi.. Mesti tayar kereta tu bocor sebab langgar paku yang ada pada kayu tu.. 

..............CERITA TAMAT.............

Moralnya.. walaupun kita perempuan, kita perlu tahu serba sedikit pasal penukaran tayar kereta ni.. Sebab tu, ada sesetengah tempat latihan memandu, mereka juga menyediakan modul latihan menukarkan tayar kereta.. Beruntunglah mereka yang dapat menyertai modul tersebut.. Sekiranya, berlaku kecemasan di tempat yang sukar mendapatkan bantuan, ilmu yang ada boleh dipraktikkan.. 

P/s : Suami pernah ajar buka tayar kereta.. alamak, ketatnya nat.. macam mana nak buka.. sakit tangan.. (manja) haha... Dah pernah kena sekali, tak serik-serik... Harus belajar ni.. harus... KLIK JE



Khamis, 24 Mei 2012

Malang yang tidak berbau atau malang yang diundang.

Bila dengar berita kemalangan, dalam hati terbit satu rasa iaitu takut. Dah jadi rutin harian, pandu kereta sejauh 23km untuk ke tempat kerja. Letih dan kadang-kadang mengantuk tetapi mujur pergi berdua dengan rakan sekerja, xdelah rasa bosan.
Waktu memandu sentiasa beringat, ingat keselamatan dri dan penumpang, ingat suami dan anak, ingat mak ayah dan macam2. Tujuannya supaya diri ini lebih berhati-hati.
Kadang tu jadi hairan tengok gelagat pemandu lain, pandu kereta xingat apa. Pagi tadi ada kereta memotong motosikal siap makan laluan Dieyna lagi. Kita plak kena ngelak. Sakit hati tuhan je tahu.
Cerita petang kelmarin pulak lagi best, Dieyna kat jalan lurus, tiba2 ada kereta nak keluar simpang, Dieyna terpaksa brek dan pandang muka driver kereta tu... Nak tau macammana reaksi dia.. Dia pandang Dieyna dengan pandangan yang tajam seolah-olah Dieyna yang wat salah. Apa korang rasa kalau kena macam tu? Bengang tak?
Sebenarnya banyak lagi yang boleh cerita, gelagat penunggang motosikal lagi hebat tapi malas nak cerita. Nak salahkan siapa? Bukan semua macam tu kan. Atas diri masing2. Nak rasa hebat atas jalan. Keselamatan fikir kemudian.
Kita rasa diri kita berhati-hati dah tetapi pandangan orang lain mungkin berbeza.
Sekiranya berlaku kemalangan kecil atau besar..Tengok puncanya.. Disebabkan diri sendiri atau orang lain.. Maka, fikirkanlah semula, sesuai tak kita kata MALANG TIDAK BERBAU? ataupun sebenarnya MALANG YANG DIUNDANG?

ps: Dieyna akui kadang-kadang cuai jugak dalam memandu maka entri ini juga UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI.

Rabu, 23 Mei 2012

#Wordless Wednesday : Hadiah yang korang inginkan?

Tak tahu nak buka topik apa.. jadinya Dieyna buka topik ni...

HADIAH YANG KORANG INGINKAN?? 

Sebenarnya Dieyna suka buku... Kalaulah orang hadiahkan Dieyna benda ni.. Dieyna suka sangat- sangat.. Nak tahu benda apa??? hehe 
Ini dia
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Buku... Tak kira buku apa.. Novel ke buku motivasi ke buku keagamaan ke.. Yang penting buku.. Bagi Dieyna buku ni sangat berharga.. Banyak ilmu yang ada...

KORANG MACAM MANA PULAK???

Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Datang Ahli Baru Group Segar Follower

Entri ini ringkas je.. Group Segar Follower dah tambah ahli baru... Asalnya 20 blogger kemudian jadi 25 blogger dan sekarang ahli bertambah lagi,, Group Segar Follower dah ada 30 ahli... Seronok bukan??

Kalau korang nak tahu Siapa ahli lama Group Segar Follower.. korang boleh klik kat >>>> SINI <<<<<.. dan merekalah ahli baru GSF...






Untuk pengetahuan korang, pengasas Group Segar Follower ini adalah Mama Arina.. Seorang ibu dan blogger yang sangat pemurah.. Kebanyakan header blog kami yakni ahli GSF adalah hasil air tangannya yang kreatif tu.. 

Nak tahu tak apa fungsi group ni??
1. Persahabatan alam maya... 
2. Pengunjung tetap ke blog setiap ahli.. maknanya tak sombonglaa... 
3. Rajin memeriahkan entri setiap ahli  dengan mencurahkan pendapat yang bernas lagi jitu serta padu.. hehe
4. Korang fikirlah sendiri setelah mengunjungi blog diorang n diri ini .. Hehe Tak kenal maka tak cinta tau... Sekadar peribahasa yer.. Bukan nak suruh bercinta.. hehe walaupun ada yang masih bujang trang tang tang.. Akhir kata....
Akhir kata.... 

Sabtu, 19 Mei 2012

Blogging.. buang masa ke???

Kali ni nak kupas satu isu.. Isu apa?? Sila baca tajuk entri di atas ye. hehe.. Benarkah ber"blogging" ini hanya membuang masa? Kata- kata ini memang ada di fikiran orang kan... Yang pastinya bukan blogger la.. Kalau blogger yang kata macam ni, ibarat Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri lah kan...:))

Pendapat Dieyna pasal isu ni...

Blog macam diari.. Ada orang suka tulis diari kan.. so, tulis diari tu buang masa ke?? Blog tempat kita luah rasa, kadang- kadang macam- macam cerita kita nak kongsi, dan bezanya, blog ada orang yang baca.. Jadi, cerita kita tu bertapis laah.. bukan kategori 18sx, cukup sekadar kategori U.. yakni untuk tontonan umum.. hehe


Blog sebagai wadah perkongsian.. Ada orang suka membeli buku, novel ataupun majalah untuk dibaca.. Membaca tu buang masa ke?? Sekarang ni semua cerita dah ada dalam blog.. Nak cerita gossip, resepi, petua, dekorasi dan macam- macam lagi.. boleh dapat hanya dalam blog.. Kalau majalah, kita kena belek- belek manakala dalam blog, kita hanya perlu klik.. dunia hanya di hujung jari sahaja..  so, masih fikir blog ni hanya buang masa ke???



Blog sebagai jambatan persahabatan.. Kita boleh mendapat kawan dengan berblog.. Kita lawat dia di blognya, kita komen setiap entrinya.. dan dia pun juga begitu.. akhirnya tali persahabatan terjalin.. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa, sorang di Malaysia timur dan sorang lagi di semenanjung Malaysia tetapi dengan berblog jarak yang jauh boleh menjadi dekat.. Buang masa ke tu???

Sudah cukup- cukup sudah.. hehe macam lirik lagu je yye... Ini sahaja pendapat Dieyna .. Pendapat korang macam mana pulak??? Masih fikir berblog ini membuang masa ke>?? Jom kongsi pendapat korang pulak.. kita berdiskusi tentang isu ni... sekian....

p/s : Jangan lupa klik sini sekali.. ada yang SANGAT SANGAT SANGAT MENARIK MENANTI ANDA,, PERCAYALAH..... KLIK YE JANGAN TAK KLIK..

Jumaat, 18 Mei 2012

Kisah dan lagu

Rasanya semua pernah mengalami perkara ni.. Ada lagu yang kena dengan perjalanan kehidupan korang. Kadang- kadang bila dengar lagu tu.. Hati jadi sayu atau gembira kerana terimbas kembali kenangan lama... Meh nak bagitahu lagu apa yang sangat terkesan di hati sehinggakan apabila mendengarnya pasti kenangan lama terimbau di kepala..

Semasa Tingkatan 3, lagu yang tengah femes ialah lagu Kembali Terjalin dan Tak Mungkin Berpaling.. Sebut je tingkatan 3 tetapi perangai masih kebudak- budakan.. Tapi dah tahu minat dan meminati.. Hehe perasan sekejap sebab dah ada peminat masa ni.. ala, budak- budak.. masih tak dapat beza perasaan kan... Kenangan tu berlalu macam tu je...

Seterusnya, kenangan di alam belajar di maktab, pada tahun akhir sebelum masing- masing membawa haluan sendiri.. Dieyna rapat dengan seorang teman.. Berlaku salah faham .. Hubungan tergantung begitu sahaja.. Semasa perasaan tengah berkecamuk,, dapat panggilan telefon, tiada suara yang ada hanya lah lagu yang kedengaran.. Nak tahu tajuk lagu tu tak?? "Insan ku sayang Kini Menghilang" nyanyian kumpulan Spin kalau tak silaplah... Konfius sebab tak tahu siapa sebenarnya yang menghantar lagu tu pada Dieyna.. Mungkinkah teman rapat tu????? Misteri tak terjawab...

Kemudian, Dieyna memasuki alam pekerjaan.. Hidupnya suka- suki.. Berat badan dah makin bertambah, almaklumlah dah makan gaji sendiri.. Nak makan apa sahaja sesuka hati.. Orang kata kemaruk makanan.. Feveret food masa tu ialah KFC.. Mana tak bertambah berat badan ye tak?? Bukan pasal makanan Dieyna nak cerita, tetapi lagu- lagu yang menyengat di hati Dieyna.. Sebabnya, terlalu peribadi untuk dikongsikan.. Cuma Dieyna boleh kongsikan nama- nama lagu yang membuat Dieyna sedih bila mendengarnya.. Hingga Akhir Nanti.. Ketahuan.. Kiss Kiss.. Dealova.. 


Kenangan hanya tinggal kenangan.. ALLAH dan Tetapkan yang terbaik untuk KITA.. Bahagia dengan apa yang ada sekarang.. Kita belajar daripada kenangan.. Kita kutip pengalaman juga daripada kenangan... Kenangan hanya tinggal kenangan..

Sekarang ni.. tengah layan lagu ni.. RAPUH OPICK... Menyentuh hati....

P/s : Lagu apa pulak yang ada dalam kisah hidup korang?? Jomlah kongsi sama- sama... sekadar mengimbau kenangan je hehe

Rabu, 16 Mei 2012

Segmen: Kenangan Bersama Guru

..Sticky post ni..

Kali ni Dieyna nak anjurkan segmen plak. Harap ada yang sudi sertai ye. Caranya mudah sahaja.


1. Follow blog Dieyna ni wardahilmu.blogspot.com
2. Letak banner segmen dan linkkan ke entri ni.
3. Ceritakan kenangan korang bersama guru. Kalau ada kenangan korang sebagai guru pun boleh jugak, boleh baca kisah masing- masing. Tak kirala, kenangan manis ke kenangan kena hukum ke, apa2 laa yang penting kenangan korang...
4. Akhir sekali, jangan lupa letak link entri korang kat sini yer. Boleh pakat pi terjah baca...

Tarikh tutup : 16 Mei 2012

Terima Kasih...

Pertama sekali, Dieyna nak ucapkan terima kasih kepada insan yang sudi menyertai segmen Dieyna.. Kalau ada yang masih terlepas baca entri Segmen.. Bolehlah klik SINI ye.. Ada banyak kenangan bersama guru yang sangat menarik untuk korang semua baca.. Percayalaa.. Terimbas semula alam persekolahan dulu-dulu...

Entri ini juga khas untuk rakan- rakan blogger yang mengucapkan ungkapan keramat untuk Dieyna.. Terima kasih semua kerana mengingatinya.. Korang memang best...

Terima kasih juga kepada anak murid yang sudi memberikan hadiah- hadiah ini.. Terharu dan teruja.. rasa glemer sekejap sebab dapat hadiah heehe.. Ini koleksi hadiah yang diterima hari ini,, sebelum dibuka..


Apabila siap dibuka.. inilah rupa hadiah yang diterima.. Terima kasih banyak- banyak.. walaupun hadiah ni biasa pada pandangan orang lain tapi bagi Dieyna ianya cukup berharga.. Percaya tak.?? Dieyna masih simpan lukisan murid yang hadiahkan pada Dieyna semasa praktikum 2001... Sangat bernilai pada Dieyna..  Korang mesti nak tahu kan apa hadiah yang Dieyna dapat kan?? Hehe ini dia
Seperti biasa, time hari Guru hadiah paling popular ialah MUG.. Hadiah yang berbentuk makanan dah selamat dimakan dah.. Terima kasih Kak Ti ye sebab bagi kek tu hehe.. Erm.. korang nampak tak dua tong sampah tu.. hehe Tahun ni dapat hadiah TONG SAMPAH .. Bukan daripada murid tau, tapi TONG SAMPAH ni hadiah untuk acara pertukaran hadiah guru.. Suka sangat kat hadiah ni sebab Dieyna memang nak beli TONG SAMPAH macam ni untuk letak sabun basuh kain.. ALHAMDULILLAH.. rezeki TUHAN tetapkan Dieyna dapat hadiah TONG SAMPAH ni.. Hehe JIMAT DUIT.. Suka suka... 

Terima kasih juga untuk CIKGU ETUZA... Kerana hadiah  yang sangat spesial tu..Dieyna suka sangat2.. Selamat Hari Guru ye Cikgu.. 

Dan untuk semua.. layanlaah lagu ni.. best sangat.. first time dengar terus jatuh cinta.. 


Isnin, 14 Mei 2012

Segmen : Blogwalking Sampai Lebam


Nak join segmen ni jugak ke?? Sila klik banner di atas ye.. Segmen ni dianjurkan oleh ahli Kelab GSF iaitu Deqla Manjew...

Soalan Deqla senang je.. KENAPA KORANG PERLU BLOGWALKING BLOG INI??

BLOG INI tu blog siapa yer?? Hehe Blog Dieyna laa.. Blog siapa lagi kan.. So, kenapa korang perlu BW ke sini.. sebabnya XDE SEBAB haha.. Hanya korang yang ada jawapannya.. Pertama kali singgah sini APA KORANG RASA.. APA KORANG FIKIR TENTANG BLOG INI.. dan sekiranya KORANG DECIDE nak follow BLOG ni.. Seribu Penghargaan Dieyna ucapkan kat KORANG.. Sekali korang meninggalkan jejak di sini... Pasti sepantas kilat Dieyna akan terjah blog korang...
Tentang blog ini.. Apa yang ada di sini , itulah identitinya.. Segalanya dikongsikan di sini.. Tanpa was- was hehe

HARAP KORANG FAHAM ENTRI INI YE.. TAK FAHAM JUGAK, SILA AJUKAN PERTANYAAN HEHE

Keputusan Wardah-Persona GA Fever 2012 Bahagian Akhir


Entri ni sambungan dari ENTRI PERTAMA

Untuk bahagian kedua, Dieyna akan umumkan hadiah daripada para sponsor.. Pastikan para pemenang ni JUJUR YE.. WAJIB FOLLOW YE.. hehe kan tak pasal dapat hadiah Hxxxm.. Hehe faham- fahamlah ye..

Hadiah Tajaan FatmashaFatma-indahnyabahasa

Top Up RM 5 (Untuk sebarang talian telefon) x 2 orang pemenang
untuk hadiah topup ni, pemenang diminta memberikan no. telefon sahaja , penaja akan sms no reload (topup) korang..

Hadiah tajaan Bunga Hati Mama
Homemade keychain
Insan yang bertuah memiliknya ialah


Hadiah tajaan daripada FB Farishah FashionFarishah Fashion Blogspot 

Pemilik topi ini ialah

Hadiah tajaan pertama datang daripada UKBaby Stuff. Hadiah paling mahal dalam GA ni yang berbentuk ini...


dimiliki oleh peserta bernombor

Pesanan Penting Kepada Semua Pemenang


Hadiah ini perlu dituntut dalam tempoh 5 hari. Sekiranya tiada sebarang maklumbalas daripada pemenang, cabutan semula akan dijalankan. Pemenang hanya perlu meninggalkan butiran berikut di ruangan komen. 


Nama
Alamat
No. telefon




Jangan risau komen korang takkan dipublishkan kepada umum...

Sabtu, 12 Mei 2012

Keputusan Wardah-Persona GA Fever 2012 Bahagian 1

Keputusan GA akan diumumkan sekarang... Setelah semakan semula dibuat, semua peserta dah memenuhi syarat.. Kalau ada yang terlepas pandang tu, tak tahulaa pulak..Harap2 semua peserta JUJUR ye... TANGGUNGJAWAB KORANG .. Dieyna akan mulakan dengan random. org untuk setiap hadiah.. Satu pemenang hanya perlu memiliki satu hadiah sahaja.. Sekiranya random memilih nombor yang sama untuk hadiah berlainan, cabutan kedua akan dijalankan.. Pengadilan untuk GA ni adalah adil dan saksama, tanpa pilih kasih ye.. Pengumuman juga akan dijalankan secara berperingkat yer... Nanti payah korang nak scroll down kalau entri panjang berjela, so untuk Bahagian 1 ini, 4 pemenang akan diumumkan terlebih dahulu..

Mari kita lihat, pemenang untuk  
Hadiah Tajaan Dieyna 

http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/04/wardah-persona-giveaway-fever-2012.html


Pemenang bagi hadiah tajaan Butik Persona




Tudung yang bernilai RM 35 ke bawah
( pemenang boleh pilih sendiri tudung yang berkenan di hati)
Sila pilih di blog Butik Persona ye..

Pesanan Penting Kepada Semua Pemenang


Hadiah ini perlu dituntut dalam tempoh 5 hari. Sekiranya tiada sebarang maklumbalas daripada pemenang, cabutan semula akan dijalankan. Pemenang hanya perlu meninggalkan butiran berikut di ruangan komen. 


Nama
Alamat
No. telefon


Jangan risau komen korang takkan dipublishkan kepada umum...

Eh, banyaknya soalan dia!

Ada rakan share benda ni kat Facebook.. Menarik gak kalau Dieyna share kat sini.. Dah minta izin tuannya.. Jawabnya,  boleh, silakan.. letak ja.. kita kongsi sama2.. Terima kasih ye Sharhizam Hadi..



P/s : Selamat Hari Jururawat kepada misi- misi seluruh dunia.... 

Khamis, 10 Mei 2012

Sokong Gay @ Perkahwinan Sejenis???

Dunia sekarang ni memang dah di akhir zaman.. Dah jelas nyata, hubungan songsang dilaknat Allah.. Tapi kenapa ada yang terang- terangan menyokong perbuatan tersebut.. Guna jela lojik akal.. Kalau belajar sains sekalipun, medan magnet yang sama akan menolak.. Jadi, fikir- fikirkanlah.. Rasanya mana- mana agama sekalipun menentang perkahwinan sejenis ni.. Namun, masih ada yang menyokong.. Kerana apa?? Pastinya kerana kedudukan, pangkat dan kuasa.. " AKU SOKONG PASTI KAUM TERSEBUT AKAN MENYOKONG KEDUDUKAN AKU SEBAGAI PEMIMPIN".. 

Tergamam seketika tonton berita TV3 tadi, ada presiden sebuah negara menyokong perkahwinan sejenis atas dasar faktor yang dirasakan lojik pada fikirannya... Pada fikiran Dieyna pula, sokonganya terhadap perkahwinan sejenis ini disebabkan faktor politik, maklumlah dah kena bertanding semula tak lama lagi... Rasa konfius lagi bertambah sebabnya presiden ini mempunyai  ahli keluarga yang ada latar belakang Islam... Erm,.Inginkan kuasa sehinggakan kemanusiaan ditolak jauh ke belakang...

Ingatkah kita dengan sejarah Nabi Luth.. Kaumnya di Kota Sadum memang terkenal kerana mengamalkan hubungan songsang.. Lelaki berhubungan dengan lelaki manakala perempuan dengan perempuan.. Nabi Luth a.s sentiasa menyeru kaumnya supaya meninggalkan perbuatan tercela mereka ini namun mereka enggan menerimanya sehinggakan kaumnya sanggup menghalaunya dari kota. Kerana kedegilan kaumya, Allah menurunkan bala bencana yang amat dahsyat sehinggakan Kota Sadum lenyap di muka bumi.. yang tinggal hanyalah LAUT MATI... Sumber lengkap boleh dibaca di sini ye---> Ibnuzain KAUM NABI LUTH


Manusia tidak pernah serik.. sejarah kaum Nabi Luth berulang kembali di Kota Pompeii.. Kawasannya juga lenyap beribu tahun dan muncul kembali selepas dikaji oleh kumpulan pakar.  Yang ditemui juga cukup dahsyat.. patung- patung batu dalam keadaan mengerikan dan mengaibkan. Malah ada patung batu yang dalam keadaan berhubungan sejenis... Bukti nyata sejarah telah berulang kembali.. Korang boleh baca cerita lengkap tentang kemusnahan Kota Pompeii di sini ---> Kota Pompeii, Itali..

Tidak cukupkah lagi bukti yang ada bahawa Allah akan menurunkan bala atas kaumnya yang melampau... Tolonglaa.. berfikirlah dengan fikiran yang waras... Jangan dibiarkan nafsu beraja..  Jangan juga dibiarkan syaitan bertakta kerana bala yang turun tak mengira siapa.. Nauzubillah.. Semoga Allah melindungi kita semua...

Rabu, 9 Mei 2012

Homeschooling : Tampal - menampal

Dah lama tak kongsi cerita si kecik Hannah... teman seperjuangan, teman bergaduh, teman sembang dan kalau dia tidur, pasti diri ini kebosanan.. Aktiviti ni dah lama dah.. baru je berpeluang nak kongsi kat sini.. mana tahu kot ada yang berminat nak join kan... hehe

Kali ni, Dieyna cuba memperkenalkan kemahiran menampal kepada Hannah yang mana aktiviti sebegini elok untuk mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak, antaranya menggunting, memasukkan duit dalam lubang tabung, mengikat tali kasut dan sebagainya. Walaupun anak kita masih kecil, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk mempamerkan kreativiti mereka. Insya Allah, Dieyna akan cuba untuk melakukan aktiviti  homeschooling bersama Hannah bagi membantu potensi dirinya. 

Untuk aktiviti menampal ini, Dieyna menampal kertas mahjong di dinding. Sebelum ni Dieyna pernah buat aktiviti bermain warna bersama Hannah, jadi hasil kerjanya Dieyna tampal di dinding. Bagi tidak membazirkan ruang, Dieyna menggunakan kertas yang sama untuk Hannah lakukan aktiviti menampal. Layanlah gambar- gambar ini ye..
"Cantik tak hasil kerja saya ni??? " :))

Bahan- bahan yang Dieyna gunakan untuk aktiviti ini ialah Kertas mahjong, kertas sticker ready made, stick it note dan gam. Alhamdulillah, Hannah berjaya melakukan aktiviti ini. Tengoklah hasilnya tu.. hehe 

Bagi memperkukuhkan kemahiran, Dieyna lukis pula bunga atas kertas A4 pada hari yang berlainan dan minta Hannah menampal kertas sticker di atas gambar bunga tersebut.. Tak jumpa cari pula gambarnya untuk dikongsikan di sini...

Sekian sahaja, perkongsiaan aktiviti bersama Hannah kali ini... Masih ada beberapa lagi entri tertangguh.. Tunggu jela aa ye.. hehe



Catatan Popular