Sabtu, 19 Mei 2012

Blogging.. buang masa ke???

Kali ni nak kupas satu isu.. Isu apa?? Sila baca tajuk entri di atas ye. hehe.. Benarkah ber"blogging" ini hanya membuang masa? Kata- kata ini memang ada di fikiran orang kan... Yang pastinya bukan blogger la.. Kalau blogger yang kata macam ni, ibarat Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri lah kan...:))

Pendapat Dieyna pasal isu ni...

Blog macam diari.. Ada orang suka tulis diari kan.. so, tulis diari tu buang masa ke?? Blog tempat kita luah rasa, kadang- kadang macam- macam cerita kita nak kongsi, dan bezanya, blog ada orang yang baca.. Jadi, cerita kita tu bertapis laah.. bukan kategori 18sx, cukup sekadar kategori U.. yakni untuk tontonan umum.. hehe


Blog sebagai wadah perkongsian.. Ada orang suka membeli buku, novel ataupun majalah untuk dibaca.. Membaca tu buang masa ke?? Sekarang ni semua cerita dah ada dalam blog.. Nak cerita gossip, resepi, petua, dekorasi dan macam- macam lagi.. boleh dapat hanya dalam blog.. Kalau majalah, kita kena belek- belek manakala dalam blog, kita hanya perlu klik.. dunia hanya di hujung jari sahaja..  so, masih fikir blog ni hanya buang masa ke???



Blog sebagai jambatan persahabatan.. Kita boleh mendapat kawan dengan berblog.. Kita lawat dia di blognya, kita komen setiap entrinya.. dan dia pun juga begitu.. akhirnya tali persahabatan terjalin.. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa, sorang di Malaysia timur dan sorang lagi di semenanjung Malaysia tetapi dengan berblog jarak yang jauh boleh menjadi dekat.. Buang masa ke tu???

Sudah cukup- cukup sudah.. hehe macam lirik lagu je yye... Ini sahaja pendapat Dieyna .. Pendapat korang macam mana pulak??? Masih fikir berblog ini membuang masa ke>?? Jom kongsi pendapat korang pulak.. kita berdiskusi tentang isu ni... sekian....

p/s : Jangan lupa klik sini sekali.. ada yang SANGAT SANGAT SANGAT MENARIK MENANTI ANDA,, PERCAYALAH..... KLIK YE JANGAN TAK KLIK..

22 Blogger Bersuara:

~Sweet Honesty~ berkata...

bagus juga dikupas isu ne cikgu.. saya setuju sgt.. tapi berpada-pada la ye kalo nak blogging..kalo smpai terabai pelajaran,suami, anak, keluarga..tak mencapai matlamat juga la kan..walaupun banyka faedahnye kte dpt dri berblogging..

Itu saja pendapat saya..(^_^)

Cik Nur berkata...

pendapat nur pula, xdelah buang masa. yang buang masa kalau melepak tak tentu hala.

ataupun duduk diam tanpa buat apa2. lagilah buang masak namanya..!

kalau kita berblogging kita dapat macam2.. menaip nak menghasilkan entry, kena bfikir kan... bfikir tu boleh mgembangkan otak. Nampak..? untungkan, cuma berblogging otak kita boleh bfikir hari2..xdelah jadi tepu..hihihih

Dieyna berkata...

betul tu... berblogging jangan sampai dapur tak berasap, kain tk berlipat, rumah tak berkemas dan anak- anak klaparan.. itu tak patut... :))

Dieyna berkata...

betul2.. akak sokong statemnt ni.. berblog buatkan kita berfikir.. bila berfikir means kita guna otak. maka otak kita tak tepu... hehe

Chic Na berkata...

tak buang masa pun, mengisi masa lapang ada lah. dr tak buat ape2 kan. ada jgk faedahnya. cuma jgn sampai terleka sudah, sampai tak terbuat benda2 lain yg lebih penting. :)

Dieyna berkata...

Boleh jadi hobi ni.. hehe

Ayuni berkata...

sye blogging utk improve English writing....

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Selagi blogging tak buat kita lalai dgn tanggungjwb, ofkos blogging berfaedah!:-)

Dieyna berkata...

bagus.. mknanya blogging untuk pengetahuan..

Dieyna berkata...

sokong500x

Kazman / Sue berkata...

berblog ni membawa kepada perkongsian pengalaman yang baik dan buruk untuk kita sama2x ambil ikhtibar... berblog juga untuk menambahkan ilmu yang kita tidak dapati semasa kita sekolah atau belajar dulu kerana ceritanya membabitkan pengalaman seseorang. Itulah blog perseorangan atau personal blog.. yg sering diperkatakan orang. Blog politik ke... blog sukan ke...artis kee... itu semua sekadar pengetahuan am aje... dan tak berapa berminat nak baca...

etuza berkata...

saya setuju dgn Yayans, selagi tak terlalai dan leka sepanjang masa, kesihatan kena jaga juga ya dan sekali lagi kekadang hidup rutin harian memungkinkan masa kat online amat limited. Pada blogger teruskan usaha selagi ada daya usaha yang tulus. janji ada manfaat, atau ada kepuasan untuk diri..tahniah Dieyna.

Karukord Jagau's berkata...

saya kalau tgh ada kerja....tgglkan dulu blog.....bila ada lapang2 tu bukak la blog....hehehee
tapi skrng senang...berblogging guna phone pun bole...
pada saya blog ini mengisi masa lapang yg ada....bukan nya buang masa......kan...kan...kan...

9n0L4 berkata...

daripada tidur lepas asar tu, baiklah berblog kannnnn. huhu.

LYAfrina berkata...

bg lya... b'blog xde lah mbuangkan msa..mlah mgisi masa lapang.. ermm..mybe mbuang masa kalo menulis sesuatu y x berfaedah..gosip situ..gosip sini...

Dieyna berkata...

betul tu.. mna yg baik kita leh gunakn sbg pnduan kita.. mne yg tak elok tu kita buang jauh2...

Dieyna berkata...

yup.. jangan sampai leka,,, kalau dah leka, semua mende tak jadi.. hehe

Dieyna berkata...

betul.. guna phone je dh boleh blogging.. dgn syarat ada itnet connection...

Dieyna berkata...

betullllllll

Dieyna berkata...

no gossip2.. buat apa jd jmbtn fitnah huhu

waniemardhiyahna berkata...

Bagi wani blogging ni boleh release tension dan memudahkn kita mencari dan berkongsi pengetahuan dgn orang lain.cth klu kita nak pegi satu kdai makan,dr testimoni yg org bagi dkt blog kita boleh tau mknan,service dan condition dkt restoran tu ok ke tak kan.

P/s : sorry dieyna,lma x blogwalking dkt sni

Miss BaNu berkata...

setuju dgn pendapat semua diataS hehehe

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT