Dah lama tak kongsi cerita si kecik Hannah... teman seperjuangan, teman bergaduh, teman sembang dan kalau dia tidur, pasti diri ini kebosanan.. Aktiviti ni dah lama dah.. baru je berpeluang nak kongsi kat sini.. mana tahu kot ada yang berminat nak join kan... hehe
Kali ni, Dieyna cuba memperkenalkan kemahiran menampal kepada Hannah yang mana aktiviti sebegini elok untuk mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak, antaranya menggunting, memasukkan duit dalam lubang tabung, mengikat tali kasut dan sebagainya. Walaupun anak kita masih kecil, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk mempamerkan kreativiti mereka. Insya Allah, Dieyna akan cuba untuk melakukan aktiviti homeschooling bersama Hannah bagi membantu potensi dirinya.
Untuk aktiviti menampal ini, Dieyna menampal kertas mahjong di dinding. Sebelum ni Dieyna pernah buat aktiviti bermain warna bersama Hannah, jadi hasil kerjanya Dieyna tampal di dinding. Bagi tidak membazirkan ruang, Dieyna menggunakan kertas yang sama untuk Hannah lakukan aktiviti menampal. Layanlah gambar- gambar ini ye..
"Cantik tak hasil kerja saya ni??? " :))
Bahan- bahan yang Dieyna gunakan untuk aktiviti ini ialah Kertas mahjong, kertas sticker ready made, stick it note dan gam. Alhamdulillah, Hannah berjaya melakukan aktiviti ini. Tengoklah hasilnya tu.. hehe
Bagi memperkukuhkan kemahiran, Dieyna lukis pula bunga atas kertas A4 pada hari yang berlainan dan minta Hannah menampal kertas sticker di atas gambar bunga tersebut.. Tak jumpa cari pula gambarnya untuk dikongsikan di sini...
Sekian sahaja, perkongsiaan aktiviti bersama Hannah kali ini... Masih ada beberapa lagi entri tertangguh.. Tunggu jela aa ye.. hehe
20 ulasan:
bagus ne utk perkembangan otak juga..at least bile dh skola nnti tak la hannah tekejut dgn aktiviti2 mcm ne..
main tampal² pulokkkkk ye. aritu main cat. ;)
SRONOK NYER JD BUDAK2 YG DE MUMMY SPORTING CAMNI...SURE DH BESAR NNTI MESTI DIA STILL INGAT....
wah main tampal2 pulak ye. mesti hannah suka kan main benda lekat2 ni. hehe.. bertuah hannah dpt ibu mcm dieyna. :)
nampak sangat hannah dapat didikan yg penuh kasih sayang.tahniah kak,teruskan mendidik degan cemerlang...
kreatif :)
homeschooling.... bagus idea tu kak.... pembelajaran sepanjang hayat..... hehehe... tapi dulu kalau saya conteng dinding mase kecik2... tangan/jari kena titik dengan pembaris... oooooo
seronok nya main tampal2
wah...bagus la mcm ni,xde lah hannah boring,mamanya kreatif =p
Mesti hannah seronokkan main tampal2 macam ni.. :)
sekali gus mmg bgus untuk pkembangan minda kanak2...
ehehhehe...comelnyer dier maen tampal2 tuh ha...
Betul dah tu.. takdelaa dia terkejut sangat nanti..
hehe takle bagi yang sama je, nanti jemu... hehe
hope so... hehe
memang suka.. tak sangka ralik pulak dia tampal2 tu
biasa je... cuba mempraktikkan apa yang dibaca ...
lain dulu lain sekarangg.. hehe
hehe seronok anaknya.. ibunya berehat je...
tak kreatif pun.. skadar cedok dari laman lain jugak,
hehe seronok la untuk si kecik tu.. hehe kemahiran motor halusnya perlu ditingkatkan tu.. hhehe
ajak yayan main tampal2 sama hehe
Catat Ulasan