Halaman

Khamis, 10 Mei 2012

Sokong Gay @ Perkahwinan Sejenis???

Dunia sekarang ni memang dah di akhir zaman.. Dah jelas nyata, hubungan songsang dilaknat Allah.. Tapi kenapa ada yang terang- terangan menyokong perbuatan tersebut.. Guna jela lojik akal.. Kalau belajar sains sekalipun, medan magnet yang sama akan menolak.. Jadi, fikir- fikirkanlah.. Rasanya mana- mana agama sekalipun menentang perkahwinan sejenis ni.. Namun, masih ada yang menyokong.. Kerana apa?? Pastinya kerana kedudukan, pangkat dan kuasa.. " AKU SOKONG PASTI KAUM TERSEBUT AKAN MENYOKONG KEDUDUKAN AKU SEBAGAI PEMIMPIN".. 

Tergamam seketika tonton berita TV3 tadi, ada presiden sebuah negara menyokong perkahwinan sejenis atas dasar faktor yang dirasakan lojik pada fikirannya... Pada fikiran Dieyna pula, sokonganya terhadap perkahwinan sejenis ini disebabkan faktor politik, maklumlah dah kena bertanding semula tak lama lagi... Rasa konfius lagi bertambah sebabnya presiden ini mempunyai  ahli keluarga yang ada latar belakang Islam... Erm,.Inginkan kuasa sehinggakan kemanusiaan ditolak jauh ke belakang...

Ingatkah kita dengan sejarah Nabi Luth.. Kaumnya di Kota Sadum memang terkenal kerana mengamalkan hubungan songsang.. Lelaki berhubungan dengan lelaki manakala perempuan dengan perempuan.. Nabi Luth a.s sentiasa menyeru kaumnya supaya meninggalkan perbuatan tercela mereka ini namun mereka enggan menerimanya sehinggakan kaumnya sanggup menghalaunya dari kota. Kerana kedegilan kaumya, Allah menurunkan bala bencana yang amat dahsyat sehinggakan Kota Sadum lenyap di muka bumi.. yang tinggal hanyalah LAUT MATI... Sumber lengkap boleh dibaca di sini ye---> Ibnuzain KAUM NABI LUTH


Manusia tidak pernah serik.. sejarah kaum Nabi Luth berulang kembali di Kota Pompeii.. Kawasannya juga lenyap beribu tahun dan muncul kembali selepas dikaji oleh kumpulan pakar.  Yang ditemui juga cukup dahsyat.. patung- patung batu dalam keadaan mengerikan dan mengaibkan. Malah ada patung batu yang dalam keadaan berhubungan sejenis... Bukti nyata sejarah telah berulang kembali.. Korang boleh baca cerita lengkap tentang kemusnahan Kota Pompeii di sini ---> Kota Pompeii, Itali..

Tidak cukupkah lagi bukti yang ada bahawa Allah akan menurunkan bala atas kaumnya yang melampau... Tolonglaa.. berfikirlah dengan fikiran yang waras... Jangan dibiarkan nafsu beraja..  Jangan juga dibiarkan syaitan bertakta kerana bala yang turun tak mengira siapa.. Nauzubillah.. Semoga Allah melindungi kita semua...

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Dieyna,

Kita bimbangng bila Allah turunkan bala orh tak berdosa pun terima akibatnya. Sama2lah kita menentangnya.

Miss N™ berkata...

nur pun terkejut..! mmg gilalah pemimpin O tu..!
kita ni dah nmpk sgt akhir zaman kan..

dieyna berkata...

Betul kak.. bala turun tak kenal siapa... semua sekali kena... huhu sedih sungguh

Cik Ai berkata...

ermm..xtau nk cakap mcm mn.yg pastinya kita mmg di dunia akhir zaman.mcm2 benda pelik2 yg dh berlaku smp kdg2 rs x logik dek akal..
nauzubillah mintak smpg la dr berlaku kat kita :(

~Cik Sweety~ berkata...

Tanda-tanda kiamat hampir lengkap..moga kita sentiasa bersedia dengan iman yang masih kukuh..

Aine Ainun berkata...

Nauzubillah...

macam2 hal lagi dieyna...
'semoga kita kita sentiasa kuat dan tidak terpengaruh....

Lina Rahim berkata...

terkejut juga la kan bila dia sanggup buat statement macam tu..sanggup semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan..kalau dia sokong pun, lebih baik tak buat statement..sebab dia sokong tu pun sebenarnya dah blasphemous to all religions in the world.

Abang Karu berkata...

kiamat udah dekat....
mntk di jauhkn dari kita dgn benda2 yg x elok tu...

Unknown berkata...

subhanallah... antara tanda2 kiamat ni kan...

Ayu berkata...

astagfirullah....apa la nak jadik ngan dunia sekarang nieh?eii...geli...

whitecappuccino berkata...

Tengok juga berita semalam..memang melampau BO tu!

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Ana ..

Tanda2 akhir zaman sudah sgt ketara..

Shocking pink.. :)

lelamaisara berkata...

Tanda2 hari kiamat sudah banyak kan...bersedia la ..semoga kita tergolong dalam golongan orang yg dilindungi..Amin...

9n0L4 berkata...

ntah pape dah skrg ni. over pandai sgt, cmni pulak jadinye.

Tanpa Nama berkata...

dunia akhir zaman -.-

Arina Shamsul berkata...

nafsu semakin menguasai manusia akhir zaman ini kak,

Catatan Popular