Khamis, 31 Mei 2012

Review Blog : Pengomen Sejati Bulan April Bahagian 2

Hari ini 31 Mei 2012. Semua orang tahu kan. Hari ini Dieyna nak sambung entri REVIEW BLOG APRIL, masih berbaki lima blog yang belum direview.. Kalau rajin, bacalah ye kesinambungannya.
Rank 6 : ARINA SAMSUL (Jumlah komen : 24)
Dieyna nak imbas kembali, macam mana Dieyna kenal mama Arina @ Bigboss ni. Dieyna join satu segmen anjuran en Ben Ashaari. Kenal en Ben tu kan, blogger femes tu laa.. Segmen tu bertajuk SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012.  Mama Arina menerjah blog Dieyna daripada segmen tersebut.. Ini adalah komen pertama mama di blog Dieyna.
arina
Bermula daripada detik itu, 2 Mac 2012. Kami berhubung mesra. Mama Arina sangat kreatif dan baik hati. Dia keluarkan entri hadiah header kepada blogger pertama yang komen dalam entri tu. Alhamdulillah, ada rezeki Dieyna. Maka, Dieyna dapatlah header percuma daripadanya.
FREE-HEADER
Ini headernya, comel kan. Lepas tu Dieyna mengada-ngada pulak, nak tulisan bulat-bulat maka dapat pulak header yang Dieyna tengah guna sekarang. Kreatip dan inovatif gitu. Dieyna memang kerap ke blognya sebab dia rajin buat surprise untuk followernya sehinggalah tertubuhnya GROUP SEGAR FOLLOWER. Hasil ilhamnya. Semenjak itu, blog ini tidak sunyi lagi. Entri Dieyna pun tidak lagi sepi tak bermaya (AYAT TAK LEH TAHAN). Terima kasih Mama Arina. Akak takkan sesekali lupakan jasa Arina. Korang pun nak kenal dia jugak eik. Silalah klik banner cun di bawah ni. Mama Arina sangat menghargai followernya. Percayalah.
comel-2.png

Rank 7 : Yumida (Jumlah komen : 22)
Pengomen sejati seterusnya ialah YUMIDA. Yumida join GA yang Dieyna pernah anjurkan sebelum ni dan dia jadi peserta pertama yang secara automatiknya layak menerima hadiah. (MAAF HADIAH YUMIDA AKAK BELUM POST YE, SESUATU YANG INGIN DIBELI BELUM DITEMUI). Apabila dah lama mengenalinya, Dieyna kenal Yumida seorang yang suka n rajin join contest, ga ataupun segmen. Kitorang saling tag antara satu sama lain. Maka, kepada sesiapa yang suka join sebarang GA, contest atau segmen, terjahlah blog Yumida. Ada sahaja acara terbaru dia sertai.  Nak kenal YUMIDA jugak, klik sini ye. ps: korang takleh ngorat tau.. sebabnya dia ni dah berpunya tau..
yumida

Rank  8 : LELAMAISARA (Jumlah komen : 20)
Namanya Lela, dan nama anaknya Alesya. Kalau dah blog nama anak , maknanya blognya tentang apa? Fikir ye.. Dah fikir dah..Blognya tentang kehidupannya, luahannya. Lela memiliki seorang cahaya mata yang berusia 2 tahun. Kebanyakan entri yang ditulis tentang anak daranya yang sorang tu. Dieyna suka menerjah blognya, kadang terjah tak tegur apa2, silent reader laa. Apa-apa pun, Lela seorang yang mesra alam. Jengahlah dia, pasti berbaloi untuk korang.
mama-lebar

Rank 9 : DyaBunga (Jumlah komen : 18)
Dya suka buat kek. Bebaru ni terbaca entrinya buat kek untuk sambutan hari lahir ayahnya. Pasti bangga ayah dya kan sebab makan kek air tangan anak sendiri.
dya-bunga-header
Dya ni sukakan binatang yang dalam gambar headernya tu. Dieyna tak pasti pula, nama spesis tu. Kalau korang nak kenal, terjahlah blognya. Klik banner ye.

Rank 10 : Deqla Norumara (Jumlah komen : 17)
Dieyna suka Deqla.. Happy go lucky orangnya. Manja pun ada gak. Mesti en abang bertambah sayang dengan telatahnya. Hehe kalau melawat blog Deqla, mesti dapat habuan telinga. Loading sahaja maka berkumandanglah lagu Yuna “Terukir di bintang”. Mungkin Deqla dedikasikan lagu tu untuk suami tercinta kan???
4-DEQLA
Cuba tafsir header Deqla tu, gambar sepasang pengantin sedang bertatapan. Maknanya kasih sayang mereka tetap utuh seperti baru berkahwin. hehe Pandai- pandai Dieyna je kan. Apa- apa korang berkenalan dengannya, pasti suka hati.
Sekian terima kasih.

PS: Review mama Arina lebih skit dari yang lain sebab dia istimewa dalam hati kami, Group Segar Follower. Yang lain jangan jeles ye. hehe. Korang dah baca belum review bahagian pertama? Kalau belum, klik sini Review. Korang pun berpeluang untuk direview jika KORANG BACA SINI JUGAK.

36 Blogger Bersuara:

~Sweet Honesty~ berkata...

mama arina mmg the best...(^_^)..semua blog kt atas tu dh follow..(^_^)

@ deqla manjew berkata...

takleh jadik ni...deqla jeles ni....hahaha...apapun, akak, mama arina dan semua ahli GSF sentiasa di hati deqla...deqla syg semua!! terima ksh kak utk review ni...insyaAllah deqla akn trs jadi pengomen sejati dlm blog akak dan blog ahli2 GSF yg lain, x lupa utk sesiapa sje yg rajin singgah blog deqla...akak sebagai cikgu mmg pndai menafsir org eh..tabik spring la!! :)

Arina Shamsul berkata...

serius sungguh terharu dan rasa sangat dihargai baca entri kakak ini.berkaca2 mataku ketika ini kak...hahaha.

terima kasih kakak ku sayang..
terima kasih yang tak ternilai kak :) love u ..mmmmmuuuuuuaaaaaahhhhh!!!!!
ngee

etuza berkata...

bersyukur rasanya kenal blog anda ya.tahniah ya cikgu

Chic Na berkata...

wah hampir semuanya dari GSF. terbaeklah. :)

lelamaisara berkata...

pssss...kakak nama anak ku Alesya bukan Maisara...heeee

Apepon terima kasih banyak2...terharu+gumbira je ni...Tq tq...

Yana Libra berkata...

wah wah~~

bestnye direview~ :)

Busyra Bt Takiyudin berkata...

bestnya dapat review oleh akak.. :)
hope semuanya kekal dalam dunia blog, n sentiasa segar! :D

Dieyna berkata...

komen banyak2.. mana tahu giliran yana pulak... hehe

Dieyna berkata...

hehe entri ni akak buat kul 2 pagi.. haha suka2 ati tuka nama anak orang kan.. hehe sorry lalink

Dieyna berkata...

yer chic na.. GSF memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Dieyna berkata...

4 u 4 u 4 u..muah muah hikhik

Dieyna berkata...

uik.. jeles.. jangan jeles kat tok ketua lalink.. nanti kena tulah haha

pss.. akak teka betul eik hehe

Dieyna berkata...

iii sweety... peeewit

Dieyna berkata...

Busyra.. kalau nak kena review.. jadi top 10 pengomen sejati kat sini.. konfirm akak review hehe

wan nurul hezrina berkata...

semuanya peramah..bestkn knal dowg..hihi

wan nurul hezrina berkata...

ttg soalan nape pggil merah sbb nama dia nurul humaira bermaksud cahayan putih kemerahan.so mmg muka diapun merah klalu kna pna,nanges,suka,malu...hihi

Dieyna berkata...

mmg best... hezrina.. akak dah emelkn

Nazayiena berkata...

Review blog yg menarik,mesti tuan punya blog tu senyum lebar bila bacanya.....
Salam kenal dr kak Nurul dan follow.

ejulz berkata...

terjah sini.. ^_^

suka suki jer berkata...

terjah and follow :)
hit me back k..

cute2 semua blog orang ramai ni..

izan mama mia berkata...

semua blog yg direview mmg best...^_________*

Che Rosliza Che mat berkata...

Tahniah....mereka pengomen terhebat hihihi

Si Matatajam berkata...

Tahniah pada mereka yg direview blognya...GSF is the best...

Yumida berkata...

rank ke-7 la...terkezut sy kak...makaseh kasi promote sy..hihi...psl hadiah tu...no hal la..sy sanggup menunggu...agaknya ape akak nk kasi erk? haaaa..proton preve'? dgn tangan terlentang saya menerimanya kak..kikikiki

Masha Meisters berkata...

wahwahwah..bestnyer......ranking teratas nih..hihi..GSF memg selalu segar ^_^

Deq's Qienz berkata...

tahniah dapat adiah cumei dr BHM..so cantek :))

salam perkenalan dr mama qahyra :))

Cik Penguin_Solehah berkata...

wah,blog mereka mereka semua memang awesome^^.. hehe,saya pun baru jugak di blog ni=)

ERYZA berkata...

Salam perkenalan dan follow sini,

Memang terbaik la bloglist yang direview. Teringin gak nk jadi yang terbaik camtu.

9n0L4 berkata...

terbaikkkkkkkkk. header baru ke? huhu. series comel. ;)

Kazman / Sue berkata...

mereka semua memang terbaik kerana ada juga singgah di blog kami..... tanpa mereka siapalah blog kita kannn....

Misya Mialen berkata...

header yg comel dr pelukis yg kreatif;)

dyabunga berkata...

kak arina the best..tanpa dia xde lah gsf kan?hihihi
kak, haiwan tu namanya sugar glider..hihi..:)

Miss BaNu berkata...

hehehe terbaiklahhhh

Yumida berkata...

aah kan...sy pn perasan gak..pewit...

Ayuni berkata...

betul, mmg Mama Arina deserve...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT