Halaman

Selasa, 29 Mei 2012

Review Blog : Pengomen Sejati Bulan April


 “Datang mengambil sesuatu” inilah perkataan yang Dieyna tinggalkan di blog diorang sewaktu hendak mencilok header mereka. hehe Ambil tanpa izin tapi takpelaah, mesti diorang suka punya tatkala dah tahu tujuan sebenar Dieyna ambil kan. Entri review kedua yang Dieyna buat, setelah entri review blog pengomen sejati bulan Mac. 1 dan 2.

Rank 1 : ETUZA (Jumlah komen : 65)

Kali kedua Dieyna review blog Cikgu Etuza. Nyatanya kedudukan Cikgu Etuza sebagai pengomen sejati nombor satu dalam blog ini masih belum digugat. Hehe Cikgu Etuza sangat baik hati. Dek kerana, Dieyna menyediakan ruang FEED URL blog untuknya di bahagian atas blog Dieyna. Beliau dengan ikhlas hatinya, menghadiahkan satu kraftangan indah dari Sabah. Terima kasih Cikgu. Korang terjahlah blog beliau, pasti banyak input yang akan korang terima.  
.PESONA (1)12
Memandangkan cikgu masih mendahului maka FEED URL blog cikgu masih berada di puncak blog ini sehingga 6 Jun 2012. Tahniah ye cikgu.

Rank 2 : 9NoL4 (Jumlah komen : 62)
Pengomen sejati seterusnya ialah 9NoL4.  Sebenarnya Dieyna sendiri tak tahu nak sebut macamana id blognya. Dieyna tahu namanya Fariza dan dipanggil Jaa.. Hehe baru je berblogging selama 6 bulan. Tetapi gayanya macam dah otai dah. Follower di blognya pun dah nak mencecah seribu dah. Hebatkan?? Jaa pernah berkongsi rahsia macam mana nak dapatkan ramai follower, kalau korang berminat, Sila terjah ke blognya. Jawapannya ada di situ untuk korang ikuti. Klik banner yer.
buang-tarikh

Rank  3 : Chic Na (Jumlah komen :48)
Chic Na gadis manis dari Kelantan. Sangatlah pandai mendeko coklat. Chic Na turut mengambil tempahan coklat untuk sebarang majlis . Orangnya kreatif kan.. Kalau tak, tak mampu menghasilkan coklat-coklat kecil pelbagai rupa dan bentuk. Kita yang tengok dalam gambar pun rasa sayang nak makan. Apa-apa pun jom terjah blognya…
chic na

Untunglah siapa yang bertakhta di hati ye, hehe gurau je

Rank 4 : Cik Nur(Jumlah komen : 37)
Cik Nur blogger yang sangat rajin berkunjung ke mana- mana blog. Kalau Dieyna terjah sesebuah blog tu, pasti ada juga dia di situ. Rajin kan? Tetapi semenjak dua menjak ni, Cik Nur agak sibuk. Sibukkan hal apa? Itu Dieyna tak pasti.. Mungkin hal peribadi lah kot.. Jangan pulak, muncul semula dengan status berlainan ye Cik Nur. Hehe Untuk pengetahuan korang, Cik Nur masih single mingle tau.. hehe Klik banner untuk mengenalinya.

cik nur

Rank 5 : Sweet Honesty (Jumlah komen : 33)
Sweet  Honesty nama bloggernya.. Ntah mengapa, Dieyna suka panggilnya Sweety.. hehe sebabnya.. Orangnya memang manis.. rugi tau korang tak ngorat hehe eh salah tak kenalnya.. Masih single and available, jadi pi isi borang cepat-cepat.. Mana tau ada rezeki hehe. Jangan marah ye Cik Sweety manisku sayang… Korang nak kenal jugak eik.. Hehe tak perlulah malu-malu, terjahlah blognya.. Cuma pastikan speaker pc or lappy anda ready kerana ada lagu jiwang di blognya.. Cik Sweeety kan gadis jiwang.. hehe betul kan betul kan kan kan …

sweety

Sekian terima kasih.


PS: Baru sempat lima blog pengomen sejati dapat direview. Sambungannya akan dibuat nanti yer… Jadi tunggu yer. Korang pun berpeluang untuk direview jika KORANG BACA SINI JUGAK.  


20 ulasan:

Si Matatajam berkata...

Tahniah untuk Semua (^_^)Memang depa ni pengomen sejati..

Unknown berkata...

Terpesona seketika mujurlah saya terus ingat Allah amat berSYUKUR dihargai sebegini telus. Bukan mudah nak raie kawan2 blogger ni, tapi Blog WARDAHILMU benar2 insan yang istemewa. Terima kasih dan semoga keluarga Dieyna bahagian di Dunia dan di Akhirat . Amin. teruskan usaha murni ini ya..

Unknown berkata...

Tahniah juga blog tentang kita dan coklat, header2 tu nampak cantik2 pula kat sini ya...

dieyna berkata...

M pun berpeluang tau.. hehe datang sini selalu yer..

dieyna berkata...

terima kasih kembali cikgu...

dieyna berkata...

Header yang cantik.. letak kat mana2 pun maintain cantik hehe

Unknown berkata...

utk deqla xde ke? huhuhu...header smua hasil tgn mama arina..mmg dah kenal sgt kan...

dieyna berkata...

tunggu bahagian kedua yer...heheh

9n0L4 berkata...

huhu. speechless kejap bace entry ni. terima kasih kak dieyna. ingatkan ape lah yg di ambil. ;)

LYAfrina berkata...

wah..bertuah sguh mrk semua ;-)

Yumida berkata...

wah..semuanya sy done follow kak..hihi

klo akak de ms akak join GA ni:

http://umikasum.blogspot.com/2012/05/tudung-murah-collections-giveaway.html

~Cik Sweety~ berkata...

wahhweeee..buka blog saja teruja tgk new en3 cikgu dieyna.. terima kasih daun keladi yea.. jap lagi nak wat en3 sal ne la..hhihihi..tungguuuuu..

dieyna berkata...

hehe suke suke suke..

dieyna berkata...

akak dah suggest yumida untuk join GSF... hehe

SumeSakan berkata...

bagusnya...siap ada review untuk pengomen sejati...huhuhuh...

dieyna berkata...

hehe kalau nak direview.. rajin2lah singgah sini eik hehe

Liyana Anuar berkata...

semua header dibuat oleh ketua GSF..hehe~~ :p

Chic Na berkata...

terharunya bila terpilih utk di review di blog dieyna ni. terima kasih tak terhingga kak. sebenarnya entri2 akak yg menarik sampai buatkan cik na rasa selalu nak komen sini. hehe.. TQ kak. :)

~Cik Sweety~ berkata...

cikgu..jenuh cari entry yg review blog yg pertama..mana erk?? bolee bgi link tak??

Khai_Sol berkata...

fuhh,ni semua ahli grup gsf kan? mereka daebaek termasuk owner blog ni^^

Catatan Popular