Jumaat, 25 Mei 2012

Sebagai perempuan.. Kita perlu tahu tetapi mampukah??

Macam biasa, setiap hari Dieyna akan berjalan- jalan ke blog sahabat GSF dan rakan pengomen... Terjumpa pulak, satu entri menarik, tulisan 9NOL4... nak tau entri apa.. SILA KLIK SINI YER.. Tercetus pula di fikiran nak kongsi cerita yang lebih kurang sama tetapi situasi berbeza... Ini ceritanya..
..............BACA YE...............
Cerita ini dah lama.. masa tu baru je beli kereta.. Cuti sekolah, sahabat baik ajak pi jamuan kenduri kahwin kat area Jerangau kalau tak silap laa... Kami pun bertolak lebih kurang pukul 2.00 petang. Perjalananan tidak membosankan sebab asyik bercerita maklumlah cuti sekolah je baru jumpa.. Tiba- tiba, Dieyna nampak ada sebatang kayu melintang di atas jalan.. Tak sempat nak elak, terus langgar je.. Nak wat macam mana kan??

Tiba di tempat kenduri, kami pun santap dengan begitu berselera.. siap bergelak ketawa sakan.. mengusik- usik rakan yang baru mendirikan rumahtangga.. Lebih kurang pukul 4 lebih, kami minta izin nak balik.. Tak berani nak drive petang- petang sangat.. Kami pi kat kereta, dan rakan tersedar.. "Na, aku rasa tayar kereta mu ni bocor ni, xdok angin langsung".. huhu blur sekejap.. "guane nak buat ni, aku bukan reti pun nak tukor tayar kereta ni".. Kejadian berlaku di tempat orang, langsung tak kenal orang.. dan yang penting kami ni perempuan... Perasaan masa tu, nak menangis ada, nak menjerit ada.. pendek kata MACAM-MACAM ADA laa...

ALLAH membantu kami.. Datang seorang hamba Allah bertanyakan keadaan kami.. Agaknya, dia nampak kami duk blur- blur tepi kereta sambil pandang tayar kan.. Sambil buat muka sedih, memang sedih pun.. kitorang pun bagitahu dia, kereta kami pancit.. Dengan baik hatinya, dia membantu menukarkan tayar kereta tersebut.. Fuh lega rasanya.. Kalaulah hamba ALLAH tu takde.. Tak baliklah kami... Terima kasih banyak- banyak.. Kesian pulak, pakai kemas2 nak pi makan kenduri tapi kena tukar tayar kereta pulak... hehe Takde pilihan kami terdesak perlukan bantuan.. 

Perjalanan balik, kami sibuk duk wat spekulasi.. Mesti tayar kereta tu bocor sebab langgar paku yang ada pada kayu tu.. 

..............CERITA TAMAT.............

Moralnya.. walaupun kita perempuan, kita perlu tahu serba sedikit pasal penukaran tayar kereta ni.. Sebab tu, ada sesetengah tempat latihan memandu, mereka juga menyediakan modul latihan menukarkan tayar kereta.. Beruntunglah mereka yang dapat menyertai modul tersebut.. Sekiranya, berlaku kecemasan di tempat yang sukar mendapatkan bantuan, ilmu yang ada boleh dipraktikkan.. 

P/s : Suami pernah ajar buka tayar kereta.. alamak, ketatnya nat.. macam mana nak buka.. sakit tangan.. (manja) haha... Dah pernah kena sekali, tak serik-serik... Harus belajar ni.. harus... KLIK JE



21 Blogger Bersuara:

fatmasha berkata...

org lelaki ni tukar tayar ibarat tukar seluar...

Dieyna berkata...

haha susah jugak tukor tayar... putus uratlahh.. tukor seluar xkeluar peluh pun... haha

~Sweet Honesty~ berkata...

setuju ngan kak fatmasha.. lelaki, keje berat cane pun ttp mcm kacang jek.. kite ne yang tekial2..(^_^)

Karukord Jagau's berkata...

Huhuuu.....
Susah2.....mmg susah....
Tenaga dan kekuatan nk bukak skru tu.

Yumida berkata...

aah..mesti kene tahu..tp kita ni as pompuan mesti mo nak ladies2 nyer...dh terpancit kt tmpt xde org..baru rs nyesal x blaja tuka taya...tp klo malam..alangkah seramnya...lg klo tmpt tu xde line telefon...huhuhu...xmo..mintak2 dijauhkn

amirah berkata...

masa belajar memandu ada ajar tp buat2 tak dgr je..huhu

@ deqla manjew berkata...

pengalaman tu dieyna..betul, pompuan pun kena pndai sikit sebyk..skng da tau ke? pas ni kalo keta rosak atau apa2 je psl keta, bgtau je hubby deqla..hihi...dye mmg pakar bab2 keta ni...family x yah ssh2 anto bengkel sbb dye la tukang repair...hihihi.. :)

Dieyna berkata...

Yelah.. terkial2.. huhu

Dieyna berkata...

haha mesti ada pengalaman tu.. maka taulaa

Dieyna berkata...

aarrghh.. tidak..

Dieyna berkata...

hehe mesti dalam otak duk fikir, kalau rosak en abang ada hehe

Dieyna berkata...

untunglaa deqla.. dah jimat kos dah tu hehe

LYAfrina berkata...

a ah..setuju sgt2...
mmg btl..zaman skarang..perempuan pon kna ambik tahu pkara2 y kbiasaanya lelaki buat..sbb mmg ada waktunya..kdgkala..kt tpksa usha sndiri

Kunang-Kunang berkata...

Bila memandu itulah jugak yang kita takut. Sama ada kereta rosak atau tayar panjek.

Si Matatajam berkata...

My hubby pernah gak ajar tp M tak larat nak angkat tayar tu sebab berat. Hu hu... Nampaknya memang kena minta tlg org gak la..

lelamaisara berkata...

buka pakai tanagan memang ketat kak...pijak dengan kaki..InsyaAllah boleh...heee..

pernah try buka..tapi masa tu dengan akak tak pernah jadi sowang2 lagi...kalu boleh elakan,takut pulak nak terbongkok2 kat tepi jalan sowang kan...:)

Arina Shamsul berkata...

alhamdulillah setakat ni tak pernah terjadi lagi kak..tapi lepas ni kena tahu ni..hehe..

Yana Libra berkata...

tahu je camne nak tukar tayar (rasenye~ :P)..tp seriuslah, kalau dengan kudrat perempuan yg lemah lembut ni (hehe~ :P) mmg tak terpusing nut tu..nak angkat tayar lg..amne?? huhu~~~


p/s:tp kalau dah terdesak, semua boleh..hehe :p

dyabunga berkata...

dya pun xreti tukar tayar...huhu

Chic Na berkata...

setuju ngn akak. kalo pasal enjin tu reti la sket2. tp kalo bab tayar bukannya tak reti nak tukar tp nak bukak skru tu yg tak lepas. hihihi..

akak, selamat bercuti panjang ya. seronok hannah boleh berkepit ngn ibu tiap2 hari. ;)

9n0L4 berkata...

hihi. mungkin ade di kalangan ppuan yg tahu cumenye larat keee? dlm keadaan terdesak, mungkin tak mustahil kot. ;)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT