Sabtu, 26 Mei 2012

Dari Dapur Dieyna : Homemade Nugget

 

Rasanya dah lama tak share resepi kat sini kan? Jadi, hari ini Dieyna berbesar hati nak kongsi resepi membuat nugget sendiri di rumah.. Resepi Dieyna dapat daripada laman web Jintanmanis.com. Dah banyak kali dah buat, Alhamdulillah berjaya. Rasanya boleh tahan.. Kalau nak kata mana yang lebih sedap, mesti ramai yang kata nugget segera di pasaran lebih sedap.. Hehe fikirlah semula, banyak mana bahan perasa tambahan yang digunakan untuk menyedapkannya.. Yang buat sendiri ni, lain skit sebab kita tahu bahan apa yang kita letak dalam tu. Betul tak kengkawan?

nugget

Kepada yang ingin mencuba.. Ini dia resepinya, Dieyna copypaste dari SINI

Bahan-bahannya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

  • 400gram daging ayam kisar
  • 250gram taufu lembut
  • 1/2 biji telur
  • sedikit garam
  • 200gram serbuk roti warna putih ( boleh guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)

Bahan Coating*

  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

  1. Toskan taufu  bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari.
  3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. . Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba.

:Tips

  1. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya
  2. Kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
  3. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

P/s: Entri ni guna Windows Live Writer tau.. KLIK SINI..

13 Blogger Bersuara:

Si Matatajam berkata...

Wat sendiri ni lagi baguih kan sebab tau kebersihan camna.

Yana Libra berkata...

macam senang je nak buat ye..


p/s: malas atau rajin je la..huhu~~ :p

Miss BaNu berkata...

hehehe sedapnyer..nk sikit hehehe

Chic Na berkata...

rajinnya buat nugget. em buat sendiri lg selamat, bahan2 terjamin & paling penting bersih. :)

Dieyna berkata...

Btul tu... makan tanpa was-was

Dieyna berkata...

macam ni... kalau malas.. susah
kalau rajin : senang jer
hehe

Dieyna berkata...

meh sini.. hehe

Dieyna berkata...

Gambar lama ni Chic Na.. hehe baru berkesempatan nak share di sini

9n0L4 berkata...

huhhhhh. kalau rajin, senang ni. okey, nnt dtg rumah akak, nak wedges & nugget eh. ;)

Alana Qistina berkata...

aku dah amik resepi ni pn x prnh try buat lg, hahaha...esk aku gi umh mu, jgn lupa goreng utk aku ye...

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Wahhh...dieyna rajin...!:-) klu buat sndri kita thu semua bhn yg kita guna ditgg halal, :-)

etuza berkata...

terima kasih masih ada kat atas entry2 saya ya. pada Dia mohon imbalan. insyaallah..

Hafiz Abdul Tahir berkata...

lapar nugget lak...

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT