Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012 ... Selamat Datang 2013

Entri terakhir untuk 2012... 

Selamat tinggal 2012,
Selamat tinggal kenangan pahit,
Akan ku bawa yang manis- manis sahaja ke hadapan,
Selamat tinggal 2012,
Kau takkan dijejaki lagi,
Kerana masa takkan mengundur kembali,
Selamat tinggal 2012....


Selamat datang 2013,
Semoga hadirmu bersama kebahagiaan dan keceriaan...
Juga dinaungi rahmat Yang Esa...
Insya Allah...


Setiap kali tiba tahun baru, pasti ditanya soal azam kan???

Azam dan harapan Dieyna

Nak jadi isteri yang terbaik untuk suami, Ahmad Dinney
Nak jadi ibu yang terbaik untuk anak, Dhia Hannah
Nak jadi anak yang terbaik untuk ibu dan ayah
Nak jadi menantu yang terbaik untuk ibu dan ayah mertua
Nak jadi guru yang terbaik untuk murid-murid,
Nak jadi pekerja terbaik untuk majikan..
dan yang paling penting, 
Yang terbaik itu semuanya kerana 
ALLAH S.W.T
Semoga Dieyna juga mampu menjadi insan yang 
lebih baik untukNYA..

Doakan Dieyna ye...

APA AZAM TAHUN BARU KORANG PULAK????

GSF : Sekalung penghargaan untuk Mereka

HADIAH DARIPADA MSVALENTINE

Hadiah ni dah lama Dieyna terima.. Kalau tak silap, sewaktu pulang dari percutian Langkawi lagi.. Tatkala masuk pintu rumah, mata terpandang sepucuk surat di atas meja teh.. Dengan rakus yang ala- ala sopan, hehe macam mana tu eik... Dieyna membuka sampul tersebut... Jeng Jeng... rupanya ini yang Dieyna terima... Alhamdulillah, rezeki lagi... 
Terima Kasih MV..
Kerongsang ni Dieyna dah pakai ye...
MV memang pemurah sebabnya, kebanyakkan rakan GSF menerima kerongsang cantik handmade ni... MV pun ada promot perihal kerongsang ni dalam blognya, sesiapa yang berminat mendapatkannya, bolehlah terjah blog MV ye... KLIK JE SINI...

AWARD DARIPADA CIKGU ETUZA

Dah lama tak terima award daripada sesiapa.. sehinggalah 21 Disember 2012, Dieyna berjalan- jalan ke blog cikgu.. dan terjumpa entri INI ---->Award Untukmu Teman Di Jendela Maya
Rupanya cikgu menghadiahkan award kreatif ini kepada rakan- rakan mayanya.. Dieyna pun tersenarai sama.... hehe terima kasih cikgu.. jasamu dikenang... Dieyna ambil award tu ye.. abadikan dalam entri ni...


Jutaan terima kasih buat mereka.. kerana menghargai diri ini... Semoga persahabatan kita semua berkekalan, bukan sekadar di dunia maya .. andai berkesempatan kita bawa ke dunia realiti... 

KHAS UNTUK CIKGU ETUZA
Dieyna terbaca komen cikgu di ENTRI KINA.. Cikgu katakan tiada posmen yang datang menghantar kiriman daripada GSFIan.. Ini kerana, alamat cikgu tiada dalam simpanan dokumen FB GSF..Besarlah hati Dieyna jika cikgu sudi memberikan alamat cikgu pada Dieyna (dieyna akan privatekan)... Ahli GSFian yang lain pasti suka.. 



Serbuk Cheese Lazat

Entri ini akan melekat di sini sehingga tarikh yang ditentukan nanti :)


HARGA UNTUK SEPEKET TERMASUK POSTAGE RM 18.

JIKA BERMINAT BOLEH DIRECT SMS DIEYNA 019 - 960 2646
TINGGALKAN KOMEN DAN NO TELEFON ANDA DI SINI PUN TAKPE, DIEYNA TAKKAN PUBLISHKAN KOMEN ANDA.. 

NAK TEMPAH KAT FB PUN BOLEH
KLIK SINI YE

Ahad, 30 Disember 2012

Percutian yang sangat bermakna... PART II

Sambungan daripada entri INI...

Isnin, 17 Disember 2012

Hari ni lagi bersejarah, Dieyna jumpa tiga orang blogger sekaligus... Hehe bukan dalam masa yang sama tapi masa yang berlainan di lokasi yang berlainan.. Seronok sangat...

Jeti Feri Kuala Perlis

Semasa menginap di Langkawi lagi,, Dieyna berwasap dengan dia ni.. Katanya nak balik kampung pada hari Isnin.. Jadi, bolehlah plan nak berjumpa katanya.. Pucuk dicita ulam mendatang, Dieyna update perkembangan perjalanan pulang kami ... dan nampaknya memang ada jodoh kami berjumpa... Bersaksikan jeti Kuala Perlis.. Kami bertemu.. hehe yang penting, berhampiran papan tanda.. "AWAS, KERJA PEMBAIKKAN SEDANG DIJALANKAN".. Dieyna menunggu Si dia dengan penuh debaran... akhirnya, si comel dan si cute pun menjelma di depan mata... Tak kusangka.. ramah juga orangnya.. ahli keluarga Dieyna sibuk duk angkat barang, kami pulak sibuk bersembang hehe .. yelah bila lagi berpeluang nak sembang kan.. masing- masing kejar masa... sempatlah juga snap gambar sekeping dua.. tanda kenangan dan bukti pertemuan..... 
Masing2 bawak bodyguard hehe..
Salah posisi kita berdiri tu kan AI.. hehe
Tak puas lagi bersembang sebenarnya.. tapi nak buat camne.. masa amat mencemburui kita kan Ai... Sempat lagi Ai hadiahkan Dieyna cenderamata kenangan... BROOCH... cantik.. sayang nak pakai.. hehe

Terima kasih banyak2 Ai...Akak lak tak standby apa pun.
Huhu termalu sendiri lak...Sayang Ai ketat2...


Taman Rasa Sayang, Jitra

Dalam perjalanan ke Jitra, tiba- tiba Dieyna teringat pada seseorang.. Rasanya dia pun duk Jitra gak..Maka, Dieyna pun mencuba nasib.. Dieyna hantar mesej WASAP kepadanya, mesej wasap tak berbalas, Dieyna fikir pasti dia sibuk... Tup tup.. Tak ku sangka tak kuduga, dia sudi datang mencari.. Walupun mungkin dirinya penat kerana baru pulang dari kerja, ditambah pula anaknya tidak sihat, dia sanggup datang ke homestay.. huhu sungguh terharu... Akak terharu sangat-sangat.. Waniey.. Terima kasih banyak2... sob sob sob
Waniey dan Qalief...
Tengok muka Qalief tu.. nak menangis dah tu... 
Waniey pun datang bukan dengan tangan kosong... Huhu tambah lagi terharu tu..Dieyna gak yang tak bagi apa-apa, sama macam kes Ai....jugakla..
Dompet syiling + klip rambut Hannah
Kedua- dua barang ni dah selamat digunakan.. Terima kasih Waniey... walaupun kita hanya berbicara sekejap, tetapi banyak cerita yang dapat dikongsikan... Terbayang pulak wajah Qalief masa menaip entri ni.. Mak dan adik beradik akak pun, ingat kat Waniey,, katanya Qalief Hensem.. hehe


Tesco Mergong

Sebenarnya sepanjang perjalanan tu, Dieyna memang sentiasa update perjalanan dalam group WASAP.. Malam tu, planning gi Tesco Mergong.. Bermesej pula dengan DEQ QIENZ.. Ingatkan kami dah tak jadi pi Tesco , last last minit.. jadi.. hoorey.. sukalah hati sebab nak jumpa dengan seorang lagi rakan blogger kan...

Dieyna dan DQ dating kat parking lot Tesco je... Ada juga buah tangan yang dibawanya... PISANG.. hehe PISANG apa, Dieyna tak tahu.. Pisang tu pun dah selamat diagihkan kepada adik beradik Dieyna.. Siap buat sira pisang lagi.. hehe Terima kasih DQ... Sayang sekali hehe
seorang baju hijau, seorang lagi baju biru..
hehe siapa kata hijau + biru takleh kamceng haha
Tak ingat lak, nak ambil gambar pisang tu .. DQ... Masa jumpa DQ, dalam hati Dieyna berkata, "Muda n kecil molek lagi, anak dah besar.. untung sungguh,, nampak macam kakak dan adik je" hehe DQ sila jangan Kembangkan hidung anda ye.... haha
 
Rugi lak tak dipertemukan Qhayra dan Hannah kan.. Hehe mesti sama- sama lincah... 

Muka terkejut Qhayra... hehe

Apa- apa pun,, percutian Dieyna memang sangat2 bermakna... berjumpa insan- insan yang selama ni berhubung melalui maya sahaja... Sayang korang semua ketat-ketat..

Kenangan bersama korang, walaupun seketika takkan dapat dilupakan sampai bila bila.... Terima kasih

M(KYN YANIE), NISAH IDHAM, CIK AINI PINKY, WANIEY QALIEF DAN DEQ QIENZ.... kerana sudi melakarkan momen indah bersama Dieyna... Panjang umur berjumpa lagi ye ... Jemputlah ke Terengganu pulak....  hehe GSF yang bujang- bujang tu, tolong ambil perhatian jemputan ni ye...

Khamis, 27 Disember 2012

Percutian yang sangat bermakna... PART I

Dieyna nak skip sebentar entri pasal TRIP KE LANGKAWI... bukannya apa.. sebab Dieyna nak share cerita yang lebih berharga sepanjang trip tersebut.... 

Kepada rakan yang dah mengikuti entri TRIP tu, pasti tahu bahawa Dieyna ke Langkawi pada 13hb Disember... 14 Disember barulah kaki ini benar- benar menjejakkan tanah Langkawi.. Sebelum pergi, Dieyna contact dua orang blogger, seorang ahli GSF dan seorang lagi rakan yang sering singgah ke blog Dieyna... 

15 Disember 2012

Dieyna dapat jemputan ke rumahnya... Malangnya Dieyna tak dapat pergi sebab ahli keluarga yang terlalu ramai.. Tak sesuai nak berkunjung... Petang tu, dia wasap Dieyna nak datang ke homestay yang Dieyna inap... Dalam hujan renyai.. Dia sampai bersama ahli keluarganya...Dia juga membawa buah tangan untuk Dieyna sekeluarga... Segan pulak rasanya .. Dalam segan- segan sekelip mata hidangannya abis... sejurus kepulangannya hehe...

Terima kasih untuk hidangan lazat ni... 
Kami pula kebetulan goreng cekodok pisang, dapatlah dihidangkan kepada tetamu istimewa ni....
Sama pula tema baju kami kan??? hehe Terima kasih M @ KYN YANIE pemilik blog
MAI NAK CERITA
M datang bersama ibu , suaminya dan KHalish... Malangnya Khalish enggan masuk dalam rumah... Tak dapatlah mempertemukan Hannah dengan Khalish.. Terima kasih M, fridge Magnet pemberian M dah selamat melekat di peti sejuk rumah Dieyna.. Segan lakk tak bagi apa- apa pada M... huhu 
Nampak tak tu... Langkawi GEOPARK... M bagi tau...
M pun ada kongsikan ceritakan kisah pertemuan kami dalam blognya... Lagi banyak gambar diletakkannya... Terjah lah ye... JUMPA JUGA AKHIRNYA..

Hari yang sama tetapi sebelah malam, Dieyna dating pula dengan blogger NISAH IDHAM... Asalnya dia berminat nak beli TEPUNG MAJIK dan kami pakat nak dating di Cable Car.. Namun disebabkan kekangan masa, Dating kami ditunda ke sebelah malam... Bersaksikan kedai Bebas cukai,, kami berdating.. Nisah sangat ramah dan kami beriringan menuju ke kedai HJ ISMAIL... Nisah menemani Dieyna memborong coklat.. Bersembang dengan Nisah macam kami dah kenal lama... Seronok sangat.... Nisah pun ada cerita tentang pertemuan kami dalam blognya.... PUNCA PERTEMUAN KAMI dan KISAH PERTEMUAN KAMI... Terjahlah blognya pula ye....
Pertemuan pertama kami.. dia berbaju hitam Dieyna pun sama.. Hehe
(Sama kes dengan M- ikut warna tema
Jodoh perhubungan berkekalan .. tak gitu ke M dan Nisah)

Pertemuan kami tidak berakhir pada malam itu sahaja, Dieyna mempelawanya menyertai kami ke MAKAM MAHSURI.. Dieyna juga turut mengajak M menyertai kami malangnya M tak dapat hadir... huhu Takpelaa M .. nanti kita dating lagi ye.... Maka, sewaktu melawat makam Mahsuri lagi sakanlah kami bergambar... hehe puas hati....
Hannah tengok arah lain pula.. hehe Dalam rumah Mahsuri
Seronok sangat2.. banyak yang kami ceritakan... Malamnya Kami sekeluarga nak ajak NIsah makan malam bersama.. Malangnya.. bateri hp Dieyna king kong (pinjam kata2 Deqla) hehe ... Tak dapat contact Nisah.. Ralat sangat2... Esoknya Nisah janji nak jumpa kitorang kat Jeti.. Malangnya turut tidak kesampaian kerana ada kematian dalam kejiranan Nisah.. hanya sms pengganti diri... 

M dan Nisah.. korang memang best.. Layan tetamu dari jauh ni SUPERB... Panjang umor kita kan berjumpa lagi.. Dieyna nak pi Langkawi lagi.. Bila?? Belum pasti ,, Insya Allah.. Pasti kaki ni menjejakkan bumi Langkawi lagi....

p/s : Next entry... PART II... jumpa blogger lagi... Sayang korang ketat2....





Sabtu, 22 Disember 2012

Trip ke Langkawi : Malam Pertama

 Entri ni adalah sambungan daripada entri sebelum ni... Trip ke Langkawi : Perjalanan

Homestay yang kami diami sangat spesel... Nak tau kenapa spesel??? Sebabnya segala kelengkapan dapur dan bahan masakan sudah tersedia.. beras, minyak, garam, gula, serai, segala macam rempah disediakan.. Memang layanan kelas A la... Bagi menjimatkan kos, kami memilih untuk memasak untuk makan malam... Menunya simple sahaja yang penting semua orang kenyang... Dieyna masak tomyam ayam + telur dadar... Alhamdulillah.. 

pinjam gambar dri sini : shw.aifa2007.fotopages.com
Usai solat maghrib, operasi menjelajah pekan Kuah ... Malam ni, memang nekad tidak mahu membeli apa- apa kononnya.. Niat di hati, cuma nak mencuci mata di kedai- kedai terpilih... Lokasi pertama kami, ialah IDAMAN SURI.. Rambang mata dibuatnya... Banyak sangat yang berkenan di hati.. tetapi tabahkan hati.. sabar sabar... Dalam niat tak nak membeli akhirnya Dieyna membeli juga.. hehe bukan untuk diri sendiri TETAPI untuk Hannah... Beg Zirafah pilihan hatinya.. Dah dapat beg tu, bukan main suka lagi.. suruh bayar dan nak pakai terus... huhu sabor jelaa
Tangkapan pertama Hannah
Selesai urusan cuci mata, kami merayau di Pekan Kuah... Semua berkenan di hati, semuanya nak.... nak nak.. malangnya space kenderaan menghalang niat murni itu... hehe .. Gambar- gambar di bawah ni Dieyna ambil di kedai HJ ISMAIL....


  
Hari tu tengok dalam katalog,, memang sangat berkenan dengan set ni... 
Satu set RM330.00..

Yang ni pun Dieyna berkenan jugak.... Vision 330 - RM279.00
aaargh.. mabuk sudah hatiku...

Cuci mata sekejap... Semua berkenan...

Memang rambang matalah.. konflik jiwa sekejap... CORELLE @ VISIONs... Yang Mana Satu pilihan kalbu??? Cuba korang teka, Dieyna beli yang mana??? Teka laa yer.... Dieyna beli bukan pada malam ni tapi malam yang ketiga yakni malam sebelum berangkat pulang.... 

Sudah cuci mata di Hj Ismail... Kitorang rancang beli TOTO @ NARITA.. memandangkan jumlah ahli yan ramai.. takkan kami nak tidur beralaskan mozek.. sejuk tu.... Maka, Dieyna beli juga toto NARITA pada harga RM50.00.... Selesa sikit tidur... 

Malam yang sama, kami singgah sebentar ke NIGHT MARKET... Beli pakaian Hannah sepasang... RM14.00 ... Mana- mana pergi budak tu juga yang untungnya...
Masa ni Hannah tidor dalam van dengan ayahnya, kalau dia tengok pasti ada yang dibawa pulang... huhu

Selesai operasi meronda malam pertama.. Esoknya planning naik kereta kabel di Gunung Mat Chincang dan melawat Underwater World DAN YANG PALING BEST, FIRST DATE DENGAN SESEORANG HEHE (AHLI GSF, KORANG DAH TAHU KAN?) ....  Semua ceritanya dalam entri berikutnya ye... 

BERSAMBUNG LAGI....

Trip ke Langkawi : Perjalanan

Pulau Langkawi.. satu-satunya tempat yang femes yang belum pernah Dieyna lawati... Apabila diberi peluang untuk mengunjunginya .. pasti peluang itu takkan dilepaskan.. Lebih- lebih lagi jika ada yang nak sponsor perjalanan... Terima kasih KAK LAH sekeluarga... Pergi ke Langkawi ni bukan sekadar tujuan melancong tetapi nak menghantar anak saudara sulung Dieyna yang praktikal di MyHotel, Langkawi...
Pinjamm gambar google


Perjalanan kami bermula pada Khamis 13/12/2012 pukul 9 malam... Kami sengaja memilih perjalanan pada waktu malam dengan tujuan sampai pada pagi Jumaat tu.. Takdela membazir masa percutian kan... Lagipun Homestay dah ditempah.. rugi nanti... Perjalanan kami melalui beberapa buah negeri.. almaklumlah kami memilih lebuhraya untuk ke destinasi... Dari Terengganu-Pahang (lebuhraya Pantai Timur - kadar tol RM29.00)- Kuala Lumpur (Jalan Duta - Lebuh raya Utara Selatan) - exit Tol Juru (bayar tol rm41.00) - exit Tol Sungai Dua (RM13.00)... dan seterusnya singgah di JItra untuk solat subuh... Pada pukul 8.00 pagi, kami dah sampai ke Jeti Kuala Perlis... Punyalah ramai manusia yang hendak ke Langkawi.. Penuh jeti.. Beratur- ratur nak mendapatkan tiket..Kesian kat adik yang beratur untuk kami... hehe

Awal- awal sampai, kami dah kena kelentong dengan penjaga kereta.. Kadar bayaran RM10.00 dikenakan untuk sehari bagi sebuah kereta.. kami diberitahu bahawa kereta kami akan dibawa parkir ke kawasan rumahnya.. Setelah bayaran dibuat, abang ipar Dieyna pi parkir kereta... Rupanya kereta kami tu hanya diparkir di tepi jalan je.. bukan kawasan rumahnya pun... huhu Tak baik cari makan dengan menipu orang.. Kalau tau parking macam tu baik parkir sendiri je... huhu bayangkanlah kami pi 4 hari dan 3 buah kereta. berapa dah orang tu dapat untung?? Semoga jadi pengajaran selepas ni...

Kami menaiki feri Kenangan 2 pada pukul 9.30 pagi... Barang yang banyak dan orang yang bersesak.. bayangkanlah bagaimana struggle nya kami masa nak naik feri ...Alhamdulillah, selamat juga duk dalam feri tanpa sebarang kecederaan.. Feri bergerak hampir pukul 10.00 pagi gak.. hehe dalam feri apa lagi, Tidor lah ,,, bukan leh tidur lama pun cuma 45 minit je... 

Pukul 11.00++ kami dah sampai ke jeti Pekan Kuah, van yang disewa dah sedia menunggu kedatangan kami seramai 21 orang termasuk budak - budak kecik dan remaja... Percutian keluarga kan??? Salah seorang ipar kami orang Kedah dan pernah datang Langkawi jadi pastinya dia yang akan membawa kami berjalan- jalan di sekitar Pekan Kuah untuk makan sebelum Check In Homestay pukul 2.00 petang.. 

Sampai di kedai makan, kami mentelaah makanan dengan penuh khusyuk.. laparlah kan sebab tenaga banyak abih bawa barang yang banyak hehe... Hampir pukul 2.00 petang, kami bergerak ke Taman Rima Emas, lokasinya berhampiran dengan IDAMAN SURI... Sampai homestay, kami berehat.. simpan tenaga untuk merayau pada waktu malam..... 

BERSAMBUNG....... 

Jumaat, 21 Disember 2012

Temuduga @ Hotel Seri Malaysia



Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar walaupun hati ini sangat risau dan berdebar - debar.. Macam-macam perkara bermain di fikiran.. risaukan dokumen tidak lengkaplah.. risau tidak dapat jawab dengan baiklah dan macam2 lagi lah...

Bertolak dr Kedah melalui Grik ... sebelum check in di Hotel Seri Malaysia pada pukul 9 mlm... Kami menginap di bilik 343 yang berada di tingkat 2... sebaik sahaja buka je pintu bilik.. bau yang kurang menyenangkan menerpa...Kami ni tidaklah terlalu cerewet tetapi apa salahnya karpet dalam bilik tu disembur febreze .. takdelah timbul bau hapak...nak guna iron pun kena keluar bilik...huhu

Seawal 7 pagi Dieyna turun ke lobi... Dah ramai dah calon temuduga menunggu. Masing- masing membaca buku catatan dan berbincang...Dieyna pulak cuba juga membaca namun rasa still xingat apa apa..huhu
Tepat 7.30 pagi, kami dipanggil berkumpul di bilik menunggu.. Dokumen disemak mengikut kumpulan dan nombor bilik. Nama Dieyna dipanggil.. berdebarnya Tuhan sahaja yang tahu.. Alhamdulillah dokumen diterima walaupun kekurangan satu sijil transkrip...

Pukul 11.30 pagi, kumpulan kami dipanggil... setiap orang diajukan soalan.. tak perlu berebut- rebut nak bercakap.. Alhamdulillah.. dapat menjawab soalan yang diajukan ... Hampir pukul 1.00 petang.. temuduga selesai... lega.... perut mula terasa lapar...

Perkara yang sangat penting semasa ditemuduga... kita perlu bercakap banyak dan tunjukkan keyakinan diri... skang ni berdebar tunggu result pulak...

Semoga 2013 nanti membawa khabar gembira....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selamat Hari Lahir Waniey...


Selamat hari lahir Waniey.. Semoga sentiasa dilimpahkan kebahgiaan yang berpanjangan.. Akak gembira mengenali dirimu.. Semoga ikatan persahabatan antara kita berpanjangan... Sayang Waniey dari kejauhan...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 18 Disember 2012

Berehat seketika di Tasik Banding


Pemandangan cantik tapi kemudahan tak memuaskan hati...  Nak masuk tandas kena bayar 30 sen tapi tandas tak bersih dan berbau busuk menyesakkan hidung.. sepatutnya jagalah kebersihan tandas elok elok... takdelah ralat kena bayar... Kemudahan surau lagi menyedihkan.. kain telekung berlonggok... berbau... tempat wuduk terbuka.. huhu sedih mengenangkan...

Ps: Ingat nak ambil gambar surau daif tu tapi tak tergamak plak... baik ambil gambar Hannah makan sup ni.. hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 13 Disember 2012

Dari Dapur Dieyna: Onion Ring

Homemade Onion Ring.. kononnya dah mcm twister fries McD
tulah... boikot McD jadi buat sendiri hihi

Bawang yang mayang dimasukkan dalam bancuhan tepung majik
Mcm nilah rupanya yer...
Tepung majik yang betul2 majik.. tak perlu tmbh
garam..gula..telur.. hasilnya mabeles...
Tengok gambar dulu ye... pernah makan onion ring... Rasanya macam onion ring a&w punye tu... Onion ring ni Dieyna buat sendiri... kiranya homemade la.. rasanya .. sangat sedap pada lidah Dieyna ni...

Nak tau cara membuatnya? Senang sangat... dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.. diulangi tiga bahan sahaja.. iaitu tepung majik, bawang holland dan air... mayang bawang holland ( bawang yang kulitnya watna oren kuning tu) tu bulat2... kemudian gaulkan dalam tepung majik yang dah dicampurkan dengan air... jangan cair sangat... pekat2 skit.. asalkan keseluruhan body bawang tersalut bancuhan...

Mesti korang tertanya- tanya, macam mana nak dapatkan tepung majik tu kan?  Beli je kat Dieyna... hehe produk sampingan selain cheese... oh, ya onion ring ni sesuai dicicah bersama sos cheezy...

Untuk pengetahuan korang, tepung majik ni boleh digunakan untuk salut ayam, cendawan, kentang, ikan dan banyak lagi lah... memang sangat sedap...

Harga tepung majik ni murah sahaja...

180gm RM4.00
450gm RM 10.00
Kos postage tambah lagi rm6...

Berminat? Leh direct hubungi Dieyna di talian 019-9602646 atau whatsup je kat nombor 019-2481068...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 12 Disember 2012

Suprise from Chic Na ~~ Terima Kasih Lalink

Ingat tak dalam entri lepas, Dieyna cerita pasal slip pos laju tu.. Misteri dah terbongkar.. rupanya Dieyna dapat bingkisan daripada Chic Na.. Bila tengok kotak dan nama Chic Na kat bahagian kiriman, Dieyna dah boleh agak dah....

Bungkusan di buka dan ada kotak polistren di dalamnya.. Sistem pembungkusan yang sangat bagus...
Ini lah kotaknya selepas bungkusan pembalut dibuka..

Taraaa,,, isi perut kotak tersebut..Sekotak HOMEMADE CHOCOLATE CHIc Na dan penanda buku..
Ada nota kecil yang meminta Dieyna masukkan coklat tu dalam fridge...

Cantikkan... sayang nak makan...
Chic Na.. akak sungguh terharu dengan birthday present ni.. Terima kasih banyak- banyak.. Tak tahu nak ucapkan perkataan apa lagi... Memang suprise Chic Na menjadi... Sehingga entri ni ditulis, coklat Chic Na tersimpan kemas dalam fridge.. SAYANG NAK MAKAN.. Comel sangat.. Terima Kasih CHIC NA..

Untuk pengetahuan korang, Chic Na memang mengambil tempahan menyediakan coklat comel ni.. Macam- macam patern Chic Na buat.. Comel- comel pulak tu...
Berminat nak buat tempahan bolehlah berhubung terus dengan 
CHIC NA di Blognya... http://thecoklatblog.blogspot.com/

Selasa, 11 Disember 2012

Terima kasih CIM

Balik ke rumah semalam.. nampak ada surat di atas meja... hihi jarang terima surat ni... kecuali drp bank.. Terus teruja buka sampul dan jeng jeng.. Dieyna dapat ini...
Inai dari Mekah dan juga nota kecil... Terima kasih CIM... Sungguh teruja n Dieyna anggap ini hadiah hari lahir Dieyna hihi... Pada nota tu tertulis... berinai berjemaah.. maka masa tu jugak.. Dieyna pakaikan inai ke jemari Hannah... hihi Hannah pun suka ..
.
Terima kasih bnyak2 yer... inilah untungnya ada rakan maya yang hebat dan ikhlas menjalinkan ukhuwah... GSFian.

Ps... ada satu slip pos laju dieyna dapat semalam.. rasenya xde order sebarang pembelian online... kena pi amik kat pejabat pos laa... misteri ni ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 8 Disember 2012

Aktiviti Hannah : Batu dalam botol...

Bukan tajuk filem ye adik adik sekalian hehe .. nak kongsi aktiviti Hannah petang ni.. Dia bermain isikan batu dalam botol... Aktiviti ni bagus untuk kordinasi mata dan tangannya... hehe layan jerlah aktiviti outdoornya ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Makan- makan di Sri Affa, East Coast Mall

Semalam hari minggu bagi kami yang tinggal di Pantai Timur ni... Kami memilih untuk berjalan- jalan ke Kuantan... East Coast Mall memang menjadi lokasi pilihan setiap kali berkunjung ke Kuantan...

Letih meronda- ronda di dalam ECM.. perut mulalah memanggil minta diisi.. Maka, kami memilih Restoran Seri Affa yang terletak di Level G bersebelahan Starbuck...

Dinding kaca... pintu masuk di tepi.. 

Steambot.. ada dua jenis  Original dan Tomyam.. Harganya RM24.90
sesuai untuk tiga orang makan...

Capuccino Milk Shake

Nasi Ayam....

Fun Fries yang rangup.. sedap...

Menu untuk Hannah , Fish and Chips.. Seronok tengok hannah makan ni..
berselera...

Mamak Fried Noodles... Santapan Dieyna.. Sedap.. kena dengan selera..
Harga RM8.90.

Tak tau nama apa.. kakak Dieyna punya.. dia kata sedap.. ada rasa macam mi maggi..

Antara menu yang menjadi tumpuan di sini...
Keseluruhannya.. kitorang bagi 4/5 bintang kepada restoran ni.. Harganya memanglah berbeza daripada kedai kat luar... tetapi okelah... Yang penting rasanya. sungguh puas hati... Boleh datang lagi kat sini nanti tapi pastikan kena sediakan RM50++ hanya untuk makan di sini haha....Lebih kurang korang spend duit untuk makan KFC jugak kan.. so.. okelah tu...

p/s : Makanan ni bergantung kepada air tangan tukang masaknya.. kalau menjadi maka menjadilah masakannya kalau tak cepatlah lingkupnya.. kadang-kadang ada kedai yang kita pergi kali pertama, sedap masakannya, pergi kali kedua, dah takde rasa... bermakna.. pasti yang memasaknya tukang masak berbeza..Betul tak??? Hehe. Apapun. masakan IBU adalah MASAKAN yang paling BEST di DUNIA....

Khamis, 6 Disember 2012

Update : Hostel untuk disewa


Alhamdulillah.. hostel dah dapat sambutan. Insha Allah.. minggu depan dah ada penghuninya... Pelajar sem 2 Institut Ranaco... Sebelum penyerahan kunci dibuat, Dieyna menyediakan dokumen perjanjian antara Dieyna dan penyewa.. Bukan apa.. perjanjian ni penting sebagai garis panduan antara penyewa dan tukang bagi sewa.. Bila ada perjanjian, penyewa n tuan rumah takdelah suka - suka hati nak buat apa sahaja.. Sekurang- kurangnya barang kita dijaga elok.. dan sebarang tindakan yang dilakukan ada hitam putihnya...

P/s : Perjanjian sewa rumah ni Dieyna ambil di SINI... Ubah apa yang patut je... Zaman it kan,, semua di hujung jari tak perlu nak fikir banyak2 haha 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Menunggu ...

Kaunter kosong tiada pelanggan... Ada pegawai yang bertugas di kaunter... tetapi Dieyna terpaksa menunggu... hehe bukan entri kondem ye... Dieyna menunggu urusan buku rekod perkhidmatan untuk kegunaan temuduga nanti... Diorang sedang membuat salinan buku... Maka untuk mengisi kekosongan waktu menunggu ni.. Dieyna menulis di sini.. xdelah boring menunggu kan...
P/s : Penantian satu penyiksaan huhu lambatlah pulak.. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sedih....

Habis blog ku... kononnya nak mengemas album.. album picasa... uwauwa sudahnya semua gambar didelete... mangsanya.. blog Dieyna...entri lama lama dah xde gambar.... huhu siapa leh tolong selesaikan masalah Dieyna ni... huhu
P/s : ENTRI LAMA BIARLAH... huhu nak wat mcm mana.. Dieyna akan cuba upload semula gambar tu.. terutamanya entri yang berkaitan dengan Hannah...

Rabu, 5 Disember 2012

Dari Dapur Dieyna : Ikan jebong....

Korang pernah dengar ikan jebong??? Dieyna tak tahu nama saintifiknya... Ikan ni femes gaklah kat Terengganu ni... Nak tengok rupa ikan ni tak?? Ini dia... Dieyna ambil daripada pakcik Google
Kulitnya tu perlu disiat atau disoyok(loghat ganu) terlebih dahulu sebelum dimasak...Kalau nak bakar pula, tak perlu siat kulitnya tu... Sebenarnya tidak ramai yang tahu cara nak menguruskan ikan ni.. termasuklah Dieyna hehe.. Selalunya che abang yang siat kulit dan bersihkannya.. Jadi macam ni
Barulah boleh dimasak.. Ikan ni sedap dimasak gulai ataupun tumis pekat.. Isinya agak pejal.. Ada sesetengah tempat panggilnya ikan AYAM.. hehe itupun kawan Dieyna yang cakap masa dia rasa ikan ni dulu.. Bagi Dieyna ikan ni sangat sedap... memang antara ikan kegemaran laa... 

Semalam MIL berikan ikan ni sebanyak 3 ekor... So, semalam Dieyna masak Gulai Ikan Jebong bersama Kacang Bendi....  Ini dia...
Nak resepi tak??? hehe scroll ke bawah ye

Hari ini masih lagi menggunakan ikan jebong sebagai menu utama.... Tumis pekat Kepala Ikan Jebong....
Hidangan utama ni... hehe menu ni tidak berseorangan (hehe boleh ke perkataan ni macam tak sesuai je), ada kawan- kawannya yang lain iaitu
ikan kering + sup sayur + Tumis kepala ikan jebong
Alhamdulillah kenyang...

Sesiapa yang nak mencuba ikan ni, pi pasar beli ye.. itupun kalau ikan ni ada jual kat pasar tempat korang tu...

Akhir sekali, resepi Gulai Ikan Jebong untuk tatapan korang.. kalau takde ikan jebong resepi ni masih boleh digunapakai dengan ikan- ikan lain...

RESEPI GULAI IKAN JEBONG

Bahan- bahannya

Minyak
bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga (rempah 4 beradik)
Bawang besar + bawang putih yang siap dikisar
Lada boh (Dieyna mesin sendiri lada kering barulah bebas bahan pengawet tau)
Rempah Gulai Cap Bunga Ros
1 sk Rempah Masak Cap Bunga Ros 
Air asam jawa secukup rasa
Air
Santan
Bendi/ Tomato

Cara membuatnya pula
Masukkan minyak dan rempah 4 beradik tu.. Gorengkan hingga naik bau.
Masukkan bawang , kacau hingga nampak kekuningan.
Masukkan lada boh, rempah gulai dan rempah masak.. Tumis hingga pecah minyak...
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.. 
Masukkan santan... Kacau sehingga mendidih barulah masukkan ikan dan bendi... 
Garam secukup rasa.
Ikan dah masak barulah boleh dihidang

Sekian... selamat mencuba...






Catatan Popular