Ahad, 30 Disember 2012

Percutian yang sangat bermakna... PART II

Sambungan daripada entri INI...

Isnin, 17 Disember 2012

Hari ni lagi bersejarah, Dieyna jumpa tiga orang blogger sekaligus... Hehe bukan dalam masa yang sama tapi masa yang berlainan di lokasi yang berlainan.. Seronok sangat...

Jeti Feri Kuala Perlis

Semasa menginap di Langkawi lagi,, Dieyna berwasap dengan dia ni.. Katanya nak balik kampung pada hari Isnin.. Jadi, bolehlah plan nak berjumpa katanya.. Pucuk dicita ulam mendatang, Dieyna update perkembangan perjalanan pulang kami ... dan nampaknya memang ada jodoh kami berjumpa... Bersaksikan jeti Kuala Perlis.. Kami bertemu.. hehe yang penting, berhampiran papan tanda.. "AWAS, KERJA PEMBAIKKAN SEDANG DIJALANKAN".. Dieyna menunggu Si dia dengan penuh debaran... akhirnya, si comel dan si cute pun menjelma di depan mata... Tak kusangka.. ramah juga orangnya.. ahli keluarga Dieyna sibuk duk angkat barang, kami pulak sibuk bersembang hehe .. yelah bila lagi berpeluang nak sembang kan.. masing- masing kejar masa... sempatlah juga snap gambar sekeping dua.. tanda kenangan dan bukti pertemuan..... 
Masing2 bawak bodyguard hehe..
Salah posisi kita berdiri tu kan AI.. hehe
Tak puas lagi bersembang sebenarnya.. tapi nak buat camne.. masa amat mencemburui kita kan Ai... Sempat lagi Ai hadiahkan Dieyna cenderamata kenangan... BROOCH... cantik.. sayang nak pakai.. hehe

Terima kasih banyak2 Ai...Akak lak tak standby apa pun.
Huhu termalu sendiri lak...Sayang Ai ketat2...


Taman Rasa Sayang, Jitra

Dalam perjalanan ke Jitra, tiba- tiba Dieyna teringat pada seseorang.. Rasanya dia pun duk Jitra gak..Maka, Dieyna pun mencuba nasib.. Dieyna hantar mesej WASAP kepadanya, mesej wasap tak berbalas, Dieyna fikir pasti dia sibuk... Tup tup.. Tak ku sangka tak kuduga, dia sudi datang mencari.. Walupun mungkin dirinya penat kerana baru pulang dari kerja, ditambah pula anaknya tidak sihat, dia sanggup datang ke homestay.. huhu sungguh terharu... Akak terharu sangat-sangat.. Waniey.. Terima kasih banyak2... sob sob sob
Waniey dan Qalief...
Tengok muka Qalief tu.. nak menangis dah tu... 
Waniey pun datang bukan dengan tangan kosong... Huhu tambah lagi terharu tu..Dieyna gak yang tak bagi apa-apa, sama macam kes Ai....jugakla..
Dompet syiling + klip rambut Hannah
Kedua- dua barang ni dah selamat digunakan.. Terima kasih Waniey... walaupun kita hanya berbicara sekejap, tetapi banyak cerita yang dapat dikongsikan... Terbayang pulak wajah Qalief masa menaip entri ni.. Mak dan adik beradik akak pun, ingat kat Waniey,, katanya Qalief Hensem.. hehe


Tesco Mergong

Sebenarnya sepanjang perjalanan tu, Dieyna memang sentiasa update perjalanan dalam group WASAP.. Malam tu, planning gi Tesco Mergong.. Bermesej pula dengan DEQ QIENZ.. Ingatkan kami dah tak jadi pi Tesco , last last minit.. jadi.. hoorey.. sukalah hati sebab nak jumpa dengan seorang lagi rakan blogger kan...

Dieyna dan DQ dating kat parking lot Tesco je... Ada juga buah tangan yang dibawanya... PISANG.. hehe PISANG apa, Dieyna tak tahu.. Pisang tu pun dah selamat diagihkan kepada adik beradik Dieyna.. Siap buat sira pisang lagi.. hehe Terima kasih DQ... Sayang sekali hehe
seorang baju hijau, seorang lagi baju biru..
hehe siapa kata hijau + biru takleh kamceng haha
Tak ingat lak, nak ambil gambar pisang tu .. DQ... Masa jumpa DQ, dalam hati Dieyna berkata, "Muda n kecil molek lagi, anak dah besar.. untung sungguh,, nampak macam kakak dan adik je" hehe DQ sila jangan Kembangkan hidung anda ye.... haha
 
Rugi lak tak dipertemukan Qhayra dan Hannah kan.. Hehe mesti sama- sama lincah... 

Muka terkejut Qhayra... hehe

Apa- apa pun,, percutian Dieyna memang sangat2 bermakna... berjumpa insan- insan yang selama ni berhubung melalui maya sahaja... Sayang korang semua ketat-ketat..

Kenangan bersama korang, walaupun seketika takkan dapat dilupakan sampai bila bila.... Terima kasih

M(KYN YANIE), NISAH IDHAM, CIK AINI PINKY, WANIEY QALIEF DAN DEQ QIENZ.... kerana sudi melakarkan momen indah bersama Dieyna... Panjang umur berjumpa lagi ye ... Jemputlah ke Terengganu pulak....  hehe GSF yang bujang- bujang tu, tolong ambil perhatian jemputan ni ye...

26 Blogger Bersuara:

Deq's Qienz berkata...

kalo da jodoh nt kite jmpa.lagi..hehe

BoNDa.... berkata...

wow bestnyer........kalau kedah tmpt bonda jgk nie....

Nisah Idham berkata...

sedang merancang dgn en. hubby utk ke terengganu tahun depan. InsyaAllah akanku jejaki mu..

>> ana, nisah minta maaf ye, sebab panggil Ana je, tak di sertai "kakak" di depan. bukan nak tunjuk kurang sopan, entah napa terasa dah terbiasa pula panggil Ana je.. jgn kecil hati ye (^_~)

Yana Libra berkata...

seronok betul~ :)

etuza berkata...

tahniah dapat eratkan ukuhuwa di alam nyata. Pasti ada hikmah...

kinara kinatara berkata...

wah ambik sekali pergi berapa orang boleh jumpa 2...bestnya akak..kina nie bila lah boleh jumpa semua2...:)

Cinta Misteri berkata...

Wahhhh tapau semua skali. Rasa mcm dh lama kenalkn. So bila brada brdekatan ngan kwn2 tu rugi jer rada klau tk betemu

Si Matatajam berkata...

Bestnya Kak Dieyna...sekali harung semua tu...hi hi...

Nyue berkata...

best nye...dapat jumpe ahli gsf yg lain...ble nak jumpe kita ni yea..hehehehehe...

Deqla manjew berkata...

besttt.. kat sini ai sorg je deqla dah jmpa.. hihi

nik ros berkata...

seronoknya dapat jumpa ramai blogger yea :)

are_lin@yu berkata...

best nya k.dieyna jmpa 4 skli gus..hihi..inshaallah ada rezeki nk jmpa k.dieyna plk..hihi

Cho Zila berkata...

bestnyer dapat jumpa ngan ramai kawan2 maya... bahagianyer memang bermakna skali..
akakni teringin tapi sang suami udah pastiler tak nak buat bendatu semua...

Mrs Velentine berkata...

bestnya akak..MV jumpa cikgu etuza..nak juga kak aima lagi

Misz Mieza berkata...

Seronoknya dapat jumpa geng2 blogger kan ? Saya memang orang ganu, Kemaman & Dungun.. =)

Pssttt! Klik2 Nuff skali.. Hehehe.. ^_~

Nora Karim berkata...

wah seronoknya... jumpa 3 sekaligus... best!!

N.Aima K berkata...

mudah-mudahan ada rezeki turn kita pula ya kak...amin..

Cik Aini berkata...

hehehe
sayang akak jugak :)
rs puas bila dpt bertentang mata wpun sekejap cuma..in Shaa Allah pnjg umor kita jumpa lagikkk :)

betul2 bermakna kan percutian akak :)

aku HaniAsyira berkata...

bestnya hah jumpa kwn2 blogger

dya bunga berkata...

bila lah dpt jumpa akak..hihi

Chic Na berkata...

sekali jumpa terus 3 blogger ye kak. bestnya. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

In Shaa Allah kak ada jodoh kita jumpa lg k...xpuas kan bersembang hr tu..ms suntuk nk buat cmna kan..mmg bermakna percutian akak ni hehe

Cik Nur berkata...

memang percutian dan kenangan terindahlahkan kak...

lelamaisara berkata...

baru sempat bace n3 akak yg ni...seronok kan dapat jumpe2 ni..bile akak nak jumep ngan sya???heee

Arina Shamsul berkata...

ai dah jumpa yang dua lagi insyaallah akan ku jumpa..hehehe.

9n0L4 berkata...

untunglaaaaaaaaa dpt jumpe 3 org skali gus. mmg bermakna betul la.:)

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT