Halaman

Jumaat, 30 November 2012

Bergaya sakan

Cermin mata ni dah lama kami beli untuk dia.. Kalau tak salah, bulan 6 baru ni.. Cermin mata ni pun.. tersimpan dalam laci dashboard kereta dan kami pun lupa tentangnya..
Sehinggalah tadi.. minah ni duk depan dan dia buka laci dashboard tu... dan dia berkata versi alih bahasa.. "spek ,ibu' ... Terus dia nak pakai... maka bergaya sakanlah dia hari ni ke pasar dengan cermin mata nya...
Nak dilarang tak boleh... bukan dia dengar cakap kita ni... ikut jelah... makan kat kedai pun berspek mata hitam... apo nak dikato... layan jerlah....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wajah Baru Lagi + Hepi Besday Ayuni

Dieyna ni ada satu peel.. peel cepat bosan dengan sesuatu perkara terutamanya tang hiasan blog ni.. Sudahnya semalam minta tolong adik Kina tukar template blog Dieyna.. Hasilnya.. seperti yang korang tengok sekarang laa.. comel tak??? Hehe air tangan adik KINA kita... Header masih lagi header lama yang dihadiakan oleh Mama Arina.. Big Boss GSF... hehe erm. BIG BOSS Nak request header baru leh tak?? hehe

Sepanjang 2 tahun lebih berblogging ni... dah banyak kali dah Dieyna tukar template.. rasanya ada dalam 6 7 kali. banyak kan... rugi pulak tak print screen wat koleksi template blog yang dulu - dulu... huhu
Semuanya hasil tangan orang lain ... yang lebih terer dalam hal edit mengedit blog ni... Hasil tangan sendiri takde dalam simpanan dah... hehe 

Next story ialah ucapan hari lahir untuk ahli GSF , AYUNI.. pemilik blog My So Called Life......®...

Sis Ayuni.. ucapan ini untuk Kamu...

Semoga dipermudahkan segalanya ye.... Selamat hari lahir....


Khamis, 29 November 2012

Aktiviti Hannah : Puzzle ikan


Dah lama dah Dieyna beli puzzle ikan ni di Toys r us.. Hannah pun suka main ngan puzzle ni..
Sesuailah untuknya nak main padan-padankan warna badan ikan dan kepalanya..Fizikal puzzle nipun kukuh.. sebab diperbuat daripada kayu.

 Sekali sekali kita pun boleh bermain puzzle ni sama-sama.. Boleh uji minda anak dengan memadankan badan ikan dengan kepala yang salah dan minta anak kita betulkan.. hehe selalu gak Dieyna sakat Hannah macam tu.. bukan main marah lagi dia sebab Dieyna letak salah warna.. hehe enjoy game ni...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ustaz Azhar Idrus dalam aplikasi Android

Korang pasti kenal Ustaz Azhar kan? Korang boleh dapatkan aplikasi Soaljawab Ustaz Azhar dalam Googleplay.
Korang tengok sendirilah dalam gambar yer...

Paparan hadapan mestilah muka Ustaz Azhar kan...

Setiap soalan dah diasingkan mengikut topik.. Pilih je..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Al-Fatihah buat ayahanda Nurul Hezrina

Pagi ni tatkala membaca message daripada Group Wasap GSF.. Terbaca berita kehilangan ayahanda kepada Nurul Hezrina pemilik blog mylittlehoneydew. Terkejut dan bersimpati.. Hanya Alfatihah dapat dihulurkan dari kejauhan.. Yang hidup pasti akan pergi... cuma masa dan waktunya terhijab daripada pengetahuan kita..

Semoga roh ayahanda Nurul Hezrina dicucuri rahmat.. Alfatihah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 27 November 2012

Nuffnangx Part II

Sebelum ni Dieyna dah buat entri pasal aplikasi Nuffnangx dalam samartphone.. Sebenarnya asalkan handphone korang tu berperisian Android.. Korang dah boleh guna Nuffnangx ni.. Oke.. entri ini sebenarnya permulaan kepada nuffnangx phone tu..

Sebenarnya korang PERLU melayari laman web www.nuffnangx.com terlebih dahulu untuk proses pendaftaran blog korang dan juga blog rakan- rakan.. Ini bermakna, dalam phone korang nanti korang tak perlu add url yang banyak-banyak.. siapkan di pc /lappy terlebih dahulu.

Setelah anda klik link yang Dieyna berikan di atas.. paparan ini akan muncul

Sekiranya korang masih belum mempunyai akaun nuffnang, tugas korang cuma perlu EMAIL SIGNUP kemudian ikut arahan seterusnya.. Kepada yang sudah mempunyai akaun NUFFNANG, korang cuma perlu  LOGIN menggunakan email dan password NUFFNANG korang.. Mudah je kan..???

Dieyna dah ada akaun NUFFNANG maka Dieyna cuma perlu masukkan email dan password sahaja. Selepas itu, paparan ini akan muncul.. taraaa

Mula- mula sekali, kita claim blog kita dahulu, klik je kat perkataan CLAIM YOUR BLOG.. dan ikut arahan seterusnya.. Arahannya agak banyak tapi Dieyna rasa korang cukup pintar untuk melakukannya hehe.. Kalau masih ragu- ragu, Dieyna suggest korang pi Baca detail pendaftaran blog korang kat SINI.. BLOG MULAN MASEIRRA . Penerangan terperinci Cik Mulan berikan di situ.. Dieyna tak rajin pulak nak prin screen satu persatu langkahnya.. hehe.. Pi Jenguk sana ye.. 

Sesudah itu, korang boleh lah add url blog rakan korang dengan hanya copy paste je.. Nampak tak ruangan FOLLOWING tu.. Kat situ korang boleh buat LIST... Dah selesai add semua blog yang korang berminat.. Maka, bolehlah menjelajah blog rakan korang tu dalam Aplikasi NUFFNANGX phone... Boleh baca SINI pulak..

Yang penting sekali,,, claim blog korang barulah bila ada orang komen, notification akan dihantar ke email.. hehe

P/s : Harap korang faham penjelasan Dieyna ni ye.. Kalau tak Faham jugak.. huhu Tanya en NUFF plak.. hehe

Satu lagi pesanan... Pastikan setting template for mobile korang tu Default ye.. Barulah orang lain dapat komen blog kita dengan mudahnya.... tengok sini...
Nampak tak bulatan yang tak berapa nak bulat tu... korang klik icon setting warna merah tu.. 
Pastikan setting kat bulatan tu "DEFAULT" ye.. Kemudian SAVE...

Barulah mudah rakan blogger nak komen melalui nuffnangx....

Selamat mencuba..






Nuffnangx

Korang pernah dengar pasal Nuffnangx tak? Dieyna dah join dah.. rupanya kita lebih mudah blogwalking dengan menggunakan nuffnangx ni... Sekiranya korang menggunakan smartphone ataupun telefon berperisian android, korang cuma perlu cari Nuffnangx di playstore@ market.

Dah install tu..korang masukkan url blog rakan korang dan follow. Contohnya Dieyna masukkan semua link GSF.. Jadi.  Dieyna leh terus tengok entri terbaru korang dengan hanya menggunakan phone. 



Klik je pada tajuk entri dan entri korang terus terpapar on screen.. baca dan komen.. mudah je kan..  dieyna listkan macam ni je.. jadi.. senang nak baca.

Korang pi xplore cepat2.. senang je.. add url blog rakan.. kemudian follow.. lepas tu leh baca entri terkini rakan korang.. tak perlu buka lappy pun.. dalam keta pun boleh bw...
Jangan lupa follow dieyna di nuffnangx jugak ye hehe... kita leh berbalas inbox di sana... add url ni tau wardahilmu.blogspot.com

Isnin, 26 November 2012

Mood : Syukur + Risau


Malam ni rasa gembira sangat- sangat.. Tiada tempat lain nak Dieyna kongsikan .. Pastinya di sini.. Ya, Di sini ruangku berkongsi kan.. Hehe nak mulakan stori dari mana ye?? Erm..

Dah lama Dieyna tunggu keputusan ni.. Boleh dikatakan setiap hari Dieyna buat semakan online.. Sehinggalah sampai satu tahap, Dieyna dah give up nak semak lagi.. Yelah, tiap kali semak pasti tiada sebarang status terkini.. Kawan- kawan yang buat permohonan lebih lambat daripada Dieyna dah selamat dipanggil pun sedangkan Dieyna masih  tiada sebarang status... Kemuncak kepada penantian.. Dieyna buat satu panggilan untuk mengesahkan adakah borang permohonan yang Dieyna isi betul atau tidak... Jawapannya : TUNGGU GILIRAN YE.. HUHU.. Mood : Risau jugak.. Kot- kot salah isi borang...

Sudahnya.. Dieyna abaikan laman web tu.. Malas dah nak berharap.. kebetulan cuti sekolah kan.. Malas nak ambil tahu... Kesibukan dan kemalasan menyebabkan Dieyna berjaya melupakan perasaan nak buat semakan online tu.. SEHINGGALAH...

Hari ini .. Malam ni.. Erm.. baru je sekejap tadi, Dieyna terfikir nak semak.. Lagipun ada rakan seperjuangan yang sms tanya.. "DAH DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA KE"... wawawa dapat semangat balik.. Makanya, detik 12.15 tengah malam Dieyna melayari laman web ini----->http://www.spp.gov.my/ ... Dalam hati dup dup dup...dan paparan ini menjelma di depan mata..........


Syukur Alhamdulillah... Yang dinanti dah pun menjelma...Selepas ni, nak kena study semula pasal KSSR, MBM MBI, Falsafah Pendidikan Negara, Linus.. bla bla.. Dalam rasa penuh kesyukuran ni, kerisauan turut menjelma.. APA SOALAN YANG BAKAL MUNCUL DARIPADA MULUT TUAN PENEMUDUGA TU NANTI YER?? ERR.... Semoga Dieyna mampu menempuhinya dengan penuh keyakinan demi masa depan yang cemerlang ..Doakan Dieyna ye kengkawan....

p/s : En Somi pun cuba upgrade lagi ke posisi yang lebih daripada sekarang.. Minta dipermudahkan juga.. Syukur Ya Allah... Syukur sangat-sangat.... Kau Hadirkan Pelangi Untuk Kami Sekeluarga... Alhamdulillah...

Sabtu, 24 November 2012

Projek Baruku : Hostel Untuk Disewa

Lokasi : Tingkat 2 Rumah Kedai Jalan Jakar, Kemaman
Kemudahan berdekatan : Pasaraya Tunas Manja, 
Prospek : Pelajar Kolej berdekatan, Perempuan Bujang

Kemudahan dalam Hostel... Boleh tengok gambar ye...

Ruang bilik lengkap dengan almari 2 pintu berkunci

^6 Katil bujang

 Televisyen dan sofa 

Ruang Dapur
Tong gas dan peralatan memasak akan disediakan.

Kemudahan mesin basuh automatik



BERMINAT??
Boleh hubungi Puan Yana (Dieyna) untuk pertanyaan lanjut
019-2481068/
019-9602646

Jumaat, 23 November 2012

Aktiviti Hannah : Bermain mengasingkan warna


Baru- baru ni Dieyna beli getah rambut aneka warna.. Terfikir pulak, nak suruh Hannah mengasingkan getah tersebut mengikut warnanya. Dieyna turut boleh menerangkan kepada Hannah tentang warna getah rambut tersebut. Bolehlah Hannah berkenalan dengan warna pulak. 

Mula- mula Hannah agak tidak serius menjalankan aktiviti ni. Biasalah budak- budak.. dia nak melompatlah.. nak buat benda lain lah.. Lama- lama dia ubah fikiran agaknya bila dah tengok getah beraneka warna ni..  Dieyna juga sediakan tiga bekas kosong untuk  getah warna yang berbeza.. Untuk permulaan, Dieyna mengasingkan getah warna tersebut terlebih dahulu.. Bukan semua cuma sedikit je bagi menunjukkan perbezaan warna getah. Selepas itu, barulah Dieyna membimbing Hannah meletakkan getah tersebut.. Sambil- sambil tu Dieyna beritahu warna setiap getah dan minta Hannah menyebutnya..





Hannah berjaya mengasingkan getah ni mengikut warnanya walaupun ada ketikanya dia letak suka- suka hati dia je..  Dieyna akan buat aktiviti ni sekali lagi kepadanya nanti sehingga dia betul- betul kenal dan faham konsep warna ni.. Korang yang ada anak kecil sebaya Hannah ni boleh buat juga aktiviti ni nanti.. hehe cubalah yer..

P/s : Aktiviti ni tak lama pun.. Dalam 10 minit je pun.. Itupun dah cukup bagus kerana berjaya fokus membuatnya... Chaiyok anak ibu... Sayang Hannah..



Rabu, 21 November 2012

Pisang oh pisang...

Tepi rumah Dieyna ni.. ada gerai jualan kuih pagi- pagi.. Selalu lah Dieyna pi membeli kat situ.. Baru ni Dieyna pergi gerai tu ternampak pisang atas meja. Tanya Kak Ma, tokei gerai.. dan dia pun konfius jenis pisang tu.. gemuk dan besar.. Kak Ma suruh ambil je katanya ada orang bagi.. Dieyna ambil sebiji je kononnya tak ramai orang dalam rumah.. Pisang tu besar dah cukup dah dengan ahli rumah bila dah potong nanti.. Semalam baru sempat memproses pisang tu, punye lah lama maklumlah penyakit M datang bertandang.. Kulit pisang tu pun dah berubah rupa dah pun, hehe mujur masih boleh dimakan.. Akhirnya pisang tu selamat dijadikan pisang goreng.. Sedap pulak rasanya.. Manis je... hehe menyesal pulak ambil sebiji je.. hehe itulah jual mahal sangat... Korang layan jelah gambar pisang tu ye..

Selasa, 20 November 2012

Perang Ekonomi

Semua tahu bahawa sekarang perang kemanusiaan sedang berlaku di Palestin.. Ramai insan yang lemah dijadikan mangsa kekejaman.. Ikhlas Dieyna beritahu bahawa Dieyna tak sanggup lihat gambar kekejaman itu.. Sebak hingga ke dalam dada.. Sedih ... Rasanya perkataan KEJAM untuk ditujukan kepada bangsa YAHUDI itu masih belum cukup.. Ada perkataan yang lebih ekstrem lagi tak untuk diorang tu ye???

Kita semua mungkin tak mampu nak memerangi ISRAEL dengan senjata... Kita juga tak mampu jadi sekejam diorang.. Tapi kita mampu lakukan satu perkara,, BOIKOT produknya.. Pernah terbaca dalam FB.. ISRAEL cukup TAKUT EKONOMINYA MERUDUM... Mungkin dengan cara ini, mereka akan berhenti daripada terus KEJAM....

Berita harian online telah melaporkan beberapa firma/ syarikat YAHUDI telah bankrap kerana diboikot produknya.. RUJUK LINK NI YE.. 

Rakyat Malaysia.. Buktikan keprihatinan kita.... Bukan sekadar melaungkan SAVE PALESTINE tetapi kita perlu bertindak... Bukan dengan senjata... Bukan dengan kekerasan tetapi dengan EKONOMI.. 

JOM BERPERANG.. PERANG EKONOMI.. BUKA MATA KITA SELUASNYA.. JANGAN MENYUMBANG WALAU SESEN PUN PADA PUAK  YAHUDI... ANDA PASTI TAHU KENAPA KAN??? TEPUK DADA TANYA HATI...

BOIKOT.....

gOOGLE iMAGE


SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EropahboikotfirmaYahudi/m/mArticle

Isnin, 19 November 2012

Berkawan ...

Selama ni.. dia duk dalam rumah je.. Bak kata.. tokwannya.. kena kurung sokmo.. Hari ni.. ada rakan yang tak berapa nak sebaya datang bertandang.. seronok pulak, dia berkawan... 
Budak budak kecik ni bukannya boleh dikurung sangat kan? Diorang pun nak bersosial jugak sekali sekala.. Biar tahu berkawan.. Dengan berkawan je.. diorang tahu nilai berkongsi dan bertolak ansur..
Ps : berkawan biar beribu kan hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 18 November 2012

GSF Birthday Wish : Happy Besday MS Velentine


Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Istimewa untuk
18/11/....

Sabtu, 17 November 2012

Sekadar pandangan...

Akhir- akhir ni dah malas nak tengok drama melayu di tv.. Huhu banyak sangat sebabnya.. Antaranya dah bosan dengan jalan cerita yang boleh diduga kesudahannya.. Huhu cerita pula, pasti ada adegan sedih-sedih.. yang miskin dihina- dicaci, yang kaya pula, sombong tak tentu hala.. Kalau babak orang kampung lagila.. suka sebar-sebar fitnah.. mengadu domba,, mengherdik orang yang difitnah... Orang yang difitnah tu pula, macam tak tau nak bela diri langsung.. redho je.. baik sangat. lepas tu watak sedih- sedih je... akhir cerita, yang jahat dapat balasan, mati eksiden ke, mulut jadi senget ke., jadi gila ke... habis tinggi meraung- raung kat tepi kubur kerana menyesali kesalahan... huhu kalau korang ada tekanan darah tinggi tak payahlah tengok cerita- cerita gini.. menaikkan tekaanan darah je... betul tak???

Bukan tak nak sokong cerita Melayu.. Tapi kalau setiap hari kita disogokkan dengan jalan cerita yang hampir sama.. Pasti kita jemu kan?? Apa pandangan kaum lain bila tengok cerita Melayu yang penuh dengan aura negatif.. Secara tak langsung, diorang akan berpandangan kaum kita memang ada peel macam tu.. Sedih kan??? 

Cubalah buat cerita yang lebih aura positif.. Apabila kita tengok, tiada rasa sakit hati... Lebih bagus kan ??? Luahan ini hanyalah pandangan peribadi Dieyna.. Mungkin korang ada pandangan korang sendiri kan??

p/s : Nak ilangkan tekanan darah tu.. Baik tengok cerita kartun.. takpun yang ilmiah skit.. Discovery channel.. Lagi syok.. hehe Bebas penyakit, bebas klinik.. dan pastinya bebas UBAT.. hehe

Rabu, 14 November 2012

Pembelajaran Anak : Belajar di rumah

Cuti sekolah memberikan banyak ruang dan masa Dieyna bersama Hannah.. Peluang yang ada Insya Allah Dieyna akan gunakan sebaiknya untuk merangsang perkembangan otak Hannah... Aktiviti "Homeschooling" sememangnya menjadi pilihan para ibu bapa moden ... Kita perlu ingat pembelajaran pertama anak kita bermula dari rumah.. 

Perkataan Homeschooling itu sendiri sudah mampu memberi makna  kepada kita.. School @ Sekolah.. Maknanya apa.??? Tempat belajar kan , tempat kita mengenal huruf, nombor.. bersosial dan sebagainya.. Homeschooling pula.. mestilah membawa maksud sistem pembelajaran yang dijalankan di rumah.. 

Pendapat peribadi Dieyna lah... situasi yang kita lakukan seharian sudah mampu memberikan pembelajaran kepada anak kita.. Cuma mulut kita kena rajin bercerita dan menerangkan sebab dan akibat kepada anak kita.. Biarlah diorang tak mampu nak komen balas kata- kata kita yang penting kita tahu dia faham... Jika anak kita mampu  buat apa yang kita arahkan bermakna itu petanda yang cukup baik untuk perkembangannya...

Homeschooling tak bermakna anak kita kena duduk selama 8 jam untuk aktiviti menulis, membaca dan mengira.. bukan masanya lagi.. Kalau kat sekolah memanglah macam tu.. tetapi homeschooling di rumah lebih memberi makna dalam bersosial dan pastinya anak kita lebih matang dalam berfikir.. 

"Misalnya.. Situasi di dapur.. Kita hendak memasak.. Pastikan anak kita  turut serta..  Bukannya suruh dia memasak sama.. Mungkin ada tugas- tugas ringan yang boleh kita minta anak kita lakukan..  Dieyna berikan contoh pengalaman  Dieyna sendiri ye.. Tiap kali Dieyna ambil periuk nak masak nasi.. Mesti Hannah akan sibuk sama nak pegang periuk tu.. Sudahnya, Dieyna memang serahkan tugas kepadanya untuk masukkan beras dalam periuk nasi tu.. Dia pun dah macam faham dengan tugasnya... Yang penting, sewaktu sesi mengambil dan menuang beras itu, kita kena pantau.. Jangan biar terus.. Nanti tak pasal dengan dia- dia duk dalam tong beras tu.. hehe Sekurang- kurangnya, Hannah dah tahu mengimbangi mata dan tangannya untuk mengambil dan menuang beras ke dalam periuk... Secara tak langsung, dia dah dapat ilmu tentang beras, periuk, cara mengambil dan menuang serta fungsi setiap benda yang digunakan di dapur.." Ada beberapa aktiviti lain yang Dieyna buat bersama Hannah.. Menyimpan sayur-sayuran atau bekas makanan di dalam peti.. Mengangkat pinggan yang telah digunakan (Pastikan pinggan plastik ye) dan meletakkannya di dalam sink... Semuanya dikira ilmu untuknya... 
Muka eksaited tengok ikan dah sama besar dengannya hehe

Jika membeli barang keperluan di pasaraya juga, seeloknya kita bawa anak kita bersama.. terangkan barang- barang yang kita ambil. gula, gandum.. garam.. atau mana- mana barang dapur yang lain.. Minta anak kita bantu kita mengambil barang- barang tersebut dan memasukannya ke dalam troli.. Biasalah budak kecil bila masuk pasaraya, ligat semacam.. hehe dengan menyerahkan tugas sebegitu kepadanya, keligatannya agak terkawal.. Kiranya ini  boleh jadi tips mengawal anak di pasaraya juga lah.. hehe

Panjang pulak entri Dieyna hari ni.. Takpe ye.. korang baca Insya Allah ada ilmu untuk korang walaupun  sedikit.. Apa yang Dieyna tulis di atas berdasarkan pendapat dan pengalaman Dieyna sendiri.. Mungkin terselit kekurangan di mana- mana... Mana yang elok jadikanlah panduan ye...

Terima email dari Babycenter.. Hannah dah 27 bulan hari ini...

How your toddler's growing 

Your child is more in control of his movements these days. Now he can hold small objects and play with them easily and he can stack and knock over towers of bricks. He can also concentrate for longer periods of time. Sometimes he'll become so absorbed in his stacking and sorting that he'll resent your interruptions. You can make transitions easier by warning him in advance, as in "You can play with the bricks for five more minutes but then it's dinner time." It's best to give him a few warnings before you insist that he finishes his play.



Jumaat, 9 November 2012

Cuti Sekolah dan kenduri

Cuti sekolah akhir tahun bermula hari ni... bolehlah lupakan seketika soal kerja dan tumpukan sepenuh masa terhadap rumah tangga dan yang paling utamanya.. Hannah....

Cadangnya nak start homeschooling kat Hannah... n banyak lagi laa... nanti Dieyna upkan stori homeschooling Hannah yer... Kena banyak buat persediaan gak ni.. Maklumlah nak menyekolahkan budak usia 2 tahun... Memerlukan kesabaran tahap gaban laa hehe mampukah aku?? Hehe Insya Allah cuba lebih bersabar dengan kerenahnya...

Sebut tentang cuti sekolah tak sah kalau takde kenduri kawen... Hari ni dah ada satu jemputan kat Kg Seberang Pintasan.17hb ni ada dua lagi jemputan... Harap dapat memenuhi semua undangan.

Oke.. nak out dah... almaklumlah bersiaran dari tempT kenduri hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 7 November 2012

Tablet PC Pilihanku


Dalam hati teringin nak pakai Samsung Tab ataupun Ipad atau jenama yang seangkatan dengannya tapi harganya alahai hukhuk..  Faham- faham jela kan…
Baru ni, rakan sekerja tunjuk tablet pc yang dibeli.. Murah dan rasa sangat berbaloi… Akhirnya, Dieyna tempah satu… Warna pink lagi.. Harganya sangat berpatutan, sebab tu Dieyna beli.. hehe.. Ini lah dia, TABLET PC pilihan hati…

Di sini Dieyna nak kongsi sedikit maklumat mengenai tablet ini…
  • Tablet ini menggunakan sistem android 4.0 OS
  • Ada HDMI TV OUT HIFI
  • 7 inch 16.9 HD Screen
  • long-lasting standby & power
  • high sensitive 5 point capacitive touch screen – sentuh lembut je tau sebab skrinnya sensitif
  • Model tablet ini didatangkan dalam 6 warna… warna hitam, putih, silver, merah, kuning ,biru, dan pink
  • ebook reader
Tujuan utama beli tablet ni sebab nak bagi Hannah tengok video learningnya.. Tapi apabila tablet ni dah sampai kat tangan ibunya.. Jadi cerita lain.. Hehehe banyak guna pulak..
DSCN4222
Boleh baca novel online.. ebook Kasih yang Suci.. Hehe takyah susah2 usung novel ke hulu ke hilir.. Guna tablet ni je.. hehe Cuma novel ebook Bahasa Malaysia ni payah skit nak dapat.. Kalau novel english tu melambak-lambak ar…
Download educational game untuk Hannah.. Tapi budak kecik tu bukan tau main betul2 lagi pun.. Tekan2 je lah kerjanya.. Sudahnya, pasang video je kat dia, nursery rhymes, nasyid dan macam- macam lagi..
DSCN4223
Yang penting, tablet ni boleh guna blogger.com untuk post entri dan sebagainya.. cuma keyboard touch screen ni melambatkan proses menaip la skit.. hehe berbaloi- baloi sungguh membelinya..
Pesanan daripada penaja..
SESIAPA YANG BERMINAT NAK MENDAPATKANNYA, BOLEHLAH HUBUNGI DIEYNA YE.. HEHE SMS DI 019-2481068 (WHATSAP PUN BOLEH YE) ATAU INBOX DI FB D HANNAH SHOPPE YE…
P/S : Dieyna dah boleh cash out Nuffnang.. Cek pun dah diterima.. Masalahnya, Dieyna lupa kat mana Dieyna selit cek tu.. huhu dahlah cek pertama lak tu.. adusss….

Jumaat, 2 November 2012

Mandi- mande @De Ru Beach Resort

Hujung minggu bersantai di De Rhu Beach Resort... Seronok dengan kadar bayaran hanya RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk  kanak- Kanak ribena.... lokasinya di Balok.. Kuantan...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Catatan Popular