Di Sini Ruangku Berkongsi

Halaman

  • Laman utama

Jumaat, 27 Januari 2012

Alamak, sayurku layu...

Pernah tak korang buat ini..

Korang beli sayur banyak- banyak
lepas tu simpan dalam peti..

Kalau simpan sehari dua 
kemudian masak, mungkin sayuran itu masih segar
tetapi kalau sayur yang tersimpan lama.. 
mesti sayur tu dah kuning-kuning, nampak layu.

Jadi, hari ni Dieyna nak share 
petua skit..
Petua ni Dieyna ambil daripada surat khabar
Utusan Malaysia bertarikh 20 Jan 2012.


1. Jika sayur tu dah layu, kita boleh mengembalikan kesegaran sayur- sayuran kita tu dengan sedikit cuka. Caranya mudah sahaja, kita campurkan sedikit cuka + air, kemudian rendamkan sayur- sayuran tu beberapa minit. Insya Allah, sayuran tu akan nampak segar semula dan rangup.

2. Kesegaran sayuran juga boleh dikembalikan dengan garam dan air paip. Macam cara yang di atas juga, rendam dahulu sayur- sayuran tu sebelum digunakan.

Sebenarnya, ada beberapa kaedah ataupun cara yang boleh kita gunakan
untuk memastikan sayuran yang kita beli dalam kuantiti yang banyak itu,
 kekal segar dan berkhasiat
walaupun sudah beberapa hari tersimpan di dalam peti sejuk.
Antaranya ialah :

1. Jangan simpan sayur dalam plastik.
Plastik akan menyebabkan sayuran cepat berpeluh ( hehe sayur pun berpeluh kan)
dan kemudiannya membusuk serta tidak tahan lama.

2. Bungkus sayuran yang segar- bugar tu dalam kertas surat khabar lama,
kalau guna surat khabar baru rugi plak, sebab baru beli tak dang baca haha..
Petua ini sah digunakan untuk sayuran berdaun seperti sawi, kangkung, bayam dan lain- lain.

3. Bungkus dalam plastik kedap udara/ berlogam.
Dalam erti kata lain, pembungkus plastik makanan tu..
bukannya plastik yang orang isi barang ye..
Jangan salah faham plak.
Kaedah ini boleh digunakan untuk sayuran berbuah seperti
tomato, terung, kobis bulat, kobis panjang dan sejenis dengannya.

Para suri rumah yang membaca artikel ini, jangan lupa praktikkannya..
Insya Allah, menjadi

at Januari 27, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dapur, General, Hak Pengguna, Info Kesihatan, Info Semasa, Koleksi Petua, Rumahtangga

Khamis, 26 Januari 2012

Entri pasal Tandas Skodeng buatkan ramai pengunjung datang ke blog

Nak gelak pun ada

Semalam Dieyna tulis entri pasal Tandas Skodeng
Ramai pulak yang datang menyinggah membaca entri itu.

Suka hati rasenya sebab
blog Dieyna ni  biasanya terima pageview lebih kurang 100++ je
tetapi disebabkan entri tandas tu..
pageview semalam mencecah 254
Meningkat lebih dua kali ganda pulak

Apa- apa pun terima kasihlah
kepada yang sudi datang berkunjung ke blog yang suam- suam kuku ni..
Walau pun korang tak tinggalkan jejak
Walau siapa pun korang.
Kehadiran korang sangatlah dihargai

Terima kasih daun keladi
Kalau sudi singgahlah lagi..

Ini bukan gambar tandas skodeng ye.. hehe
at Januari 26, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hiburan, Info Kesihatan, Jiwang Karat, Tips Dekorasi

Rabu, 25 Januari 2012

Review Blog : Tinta Pena

Selalunya orang review blog 

sebab buat segmen.. tetapi
Dieyna pula rasa suka- suka nak review blog orang
Harap dia suka lah ye.. :))

http://fatmasha.blogspot.com/

Blog Tinta Pena adalah blog
rakan sekerja Dieyna.

http://fatmasha.blogspot.com/2012/01/rainbow-layer-cake.html

Rakan Dieyna ni suka sangat 
dunia bakeri.. 
Dieyna pun banyak cedok ilmu kuih- muih
daripadanya.
Tak kedekut ilmu..

Bukan sekadar soal makanan sahaja,
kadang- kadang dia juga mengulas
isu- isu yang berlaku di sekitarnya.
Kata- katanya agak berbisa pada
orang yang terasa pedasnya.. 
Memang sesuailah dengan prinsipnya
Berkata benarlah walaupun pahit...

so, ini antara link entri 
yang Dieyna rasa suka untuk 
membacanya

Tinggal Kenangan
Avatar filem hebat
Bercinta hingga ke syurga
Kek Pandan Karamel

Kalau korang minat nak membacanya..
klik je gambar or tajuk2 yang Dieyna beri tu..
Entri lain korang boleh tengok dekat blognya sendiri ye

Sekian, ... Wassalam

p/s : kalau korang nak Dieyna review blog korang.. tinggalkanlah jejak.. Insya Allah, ader masa
Dieyna jenguk n review skit... Tapi untuk lebih adil, korang pun promote ler skit blog Dieyna ni yer. 



at Januari 25, 2012 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hak Pengguna, Hiburan, Personal, Resepi, review

Wordless Wednesday #2 : Gaya tidur bayi anda


Gambar ini dikongsi oleh rakan Facebook Dieyna..

Mana satu gaya anak korang tidur???
at Januari 25, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Info Kesihatan, Info Semasa, Keibubapaan, Wordless

Selasa, 24 Januari 2012

Tandas skodeng...

Salam semua.. Hari ni nak share satu cerita..
Cerita tentang tandas... hehe
Selalunya orang skodeng orang dalam tandas kan...
Tapi kali ni orang dalam tandas leh skodeng 
Apa yang orang kat luar buat..

Korang sanggup ke menggunakan tandas ini..
Dieyna tak sanggup.. huhu

Jom kita tengok tandas skodeng ni
sama- sama
Dari pandangan luar.. hanya cermin..
Anda boleh berhenti sebentar untuk betulkan pakaian or rambut...
Sanggupkah anda begini??
huhu TIDAK TIDAK TIDAK

Dari pandangan dalam tandas..
Betul tak  Dieyna kata..
Kita boleh skodeng orang skang..

Pastinya tandas sebegini bukan di Malaysia..
Orang Malaysia belum begitu terbuka untuk tandas macam ni..

FAKTA
Tandas awam ini dibina berhadapan London's Tate Britain Gallery sebagai pameran seni. Dindingnya terdiri daripada cermin dua hala yang membenarkan "pengunjung"nya melihat kawasan luar, tetapi sebenarnya privasi dari pandangan luar. Orang di luar hanya boleh melihat diri sendiri sahaja, walau bagaimanapun ianya tetap menimbulkan kebimbangan untuk menggunakannya. Tandas sebegini juga ada dibina di Switzerland.

Sumber : The Coolest Toilet in The World.
at Januari 24, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hiburan, Info Semasa, Personal, Tips Dekorasi

Isnin, 23 Januari 2012

Dari Oven Dieyna : Mexican Bun

Semalam , saya buat Mexican Bun.
Alhamdulillah, mexican bun saya menjadi
Lembut, gebu dan hampir sama dengan 
roti boy yang saya selalu beli RM 2.50 kat Mesra Mall.

Ayat di baris ke tiga tu bukannya puji diri sendiri sebab buat 
roti menjadi tetapi khas untuk pemberi resepi
yang saya ambil dari SINI.

Ini kali ketiga saya cuba buat roti.
Percubaan sebelum ini, roti saya keras apabila dah sejuk..
Ibaratnya  kalau baling ke dinding,
boleh retaklah dinding tu.. :))
tapi roti yang keras tu selamat juga akhirnya
yakni selamat masuk perut..

Sila cuci mata ye

Suami suka sangat2... 
kira okelah tu, pahni tak yah sibuk2 nak beli
buat sendiri lagi puas hati kan..

Siapa2 yang nak resepi ni boleh salin yer.. 
saya copy paste je ni..

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Mexican_bun2
     -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

kalau dah berjaya buat tu, jangan lupa pos entri ye.. hehe
:))
at Januari 23, 2012 4 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dapur, General, Resepi, Rumahtangga

Ahad, 22 Januari 2012

Hiasan Ruang Tamu

Entri ini merupakan kesinambungan dari entri terdahulu

Boleh rujuk sini kalau nak tahu.

Mula- mula duduk di rumah sendiri
Macam- macam benda terlintas di fikiran
kononnya nak mendeko rumah.
Beli Majalah Impiana dan Anjung Seri
sebabnya nak cari idea deko rumah.

Siap kongsi dalam blog lagi 
Panduan nak dapatkan ruang tamu kesukaan.
Malangnya
Tak semua impian mampu menjadi 
kenyataan... hehe

Setakat begini sahaja
saya mampu mendeko rumah saya


Rasanya kena buat 
penambahbaikkan pada ruang dinding 
yang masih nampak kosong tu..
Kena tunggu bajet dulu lah gayanya.

at Januari 22, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Personal, Rumahtangga, Tips Dekorasi

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Entri pagi ni berkenaan buku di atas..
Buku inilah yang saya suka baca
tatkala ada masalah yang membelenggu fikiran.

Intipatinya menyedarkan saya
bahawa kita semua berhak untuk berasa bahagia.
Menyedarkan saya bahawa bersyukurlah dengan apa yang telah
kita miliki
Mengajar saya menghargai benda yang ada di depan mata.

Sebenarnya, untuk mengisi nurani,
kita tidak perlukan hiburan yang melalaikan ataupun
cerita khayalan yang semuanya indah belaka
tapi cukuplah diisi dengan 
ayat- ayat motivasi yang mampu
menyedarkan dan merapatkan kita
dengan Allah S.W.T

Ya.. ini lah manisan hidup kita
kita akan tersasar sekiranya tiada panduan
tiada bimbingan dan tiada pencetus semangat..

Kadang kala kita terleka
 Kadang kala kita terlalai 
Kadang kala hati kita dinodai dengan hal- hal
remeh yang menyesakkan
Namun
Allah S.W.T menyedarkan kita supaya
jangan terlalu leka,
Jangan terlalu lalai
Kerana
Hal yang remeh memesongkan kita
daripada mempercayai
Qada dan Qadarnya.

Percayalah..
Allah dekat di hati kita
selagi kita berusaha 
MENDEKATINYA

at Januari 22, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Jiwang Karat, Keagamaan, Novel

Sabtu, 21 Januari 2012

Blogwalking @ Iklankan Blog

Korang perasan tak?
Saya dah letak ruangan iklan percuma di blog.
Biarlah blog ini tak femes n tak ramai follower pun
saya  tetap nak letak ruangan iklan ni atas dasar tujuan yang lain..

Boleh tengok sini ye
Nampak anak panah warna merah tu kan...
Apa tujuan saya letak iklan percuma ni..
Tujuan utamanya ialah untuk memudahkan kerja blogwalking..
selalunya saya bw dengan link korang yang ada fibox..
tetapi dengan adanya kotak iklan ni
kerja bw lagi mudah..

Macam mana nak letak iklan korang ye..
Meh saya beritahu
Mula- mula
klik je kat mana2 ruangan "Advertise here" tu
message box ini akan keluar
Selepas itu, korang isilah maklumat blog korang tu
kemudian tekan simpan..

Banner blog korang akan terpapar di blog ini dalam tempoh waktu
yang ditetapkan.

Senanglah skit saya berblogwalking ke blog korang selepas ini.

Kalau korang pun nak buat mcm ni,
bolehlah berkunjung ke sini 
lamana web ini
http://abcdead.com/


at Januari 21, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hak Pengguna, Info Semasa

Cara mudah lipat kain

Cuti- cuti macam ini, 

agenda utama yang wajib dibuat ialah melipat kain baju
huhu aktiviti yang paling tak suka nak buat tapi kena buat jugak
sebab tak suka tengok longgokan kain baju yang tak berlipat..

Alangkah indahnya kalau ada mesin lipat pakaian ye
ala- ala macam mesin basuh tu
letak je kain baju dalam mesin
siap2 dah boleh susun dalam almari je..

Dalam keadaan kebosanan melipat baju
tangan ini dang lagi menekan pakcik google
dan jumpa video ini

kreatif jugak kan.. 



at Januari 21, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hiburan, Info Semasa, Keibubapaan, Rumahtangga

Setahun 5 bulan

Ini Si Manja saya..
Dhia Hannah
14 Jan 2012 yang lepas genap usianya setahun 5 bulan.
Sedar tak sedar, dah besar pun anak ibu..

Dah banyak perkara, yang dia mampu kuasai
Sangat aktif orangnya dan suka menari
pantang dengar lagu mesti nak joget2,,



Sebenarnya bukan nak cerita pasal
Si Hannah ni sangat.. tapi nak buat review
tentang apa yang patut dia n kanak- kanak seusianya
patut capai.

1. Dia sudah mula faham dan tahu menggunakan satu dua perkataan bagi menunjukkan kehendaknya. Alhamdulillah, Hannah dah boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah difahami.. bukannya bahasa Jermannya lagi.

2. Lebih bersikap berdikari, ingin menyikat rambut sendiri, memakai baju sendiri, serta nak makan sendiri.
Bab nak pakai baju belum tahu lagi tapi kalau bab sikat tu sangat sinonim dengan Hannah. Orang dah ikat rambutnya elok2, jumpa sikat terus dia sikat rambutnya, maka kusut masai semula. Nak makan sendiri, tapi makanan yang masuk dalam mulut lagi sedikit dari yang bertabur atas lantai.. bila kita suakan makanan ke mulutnya, pandai lak menjawab "takmbuh" (bahasa dialek Terengganu)

3. Berupaya menyusun permainan mengikut rupa, bentuk dan warna. Yang penting, ibu bapa perlu ada bersamanya sewaktu meneroka permainan sebegini.
Hannah dah mengenal bentuk tapi masih perlu bimbingan, berdasarkan permainan masukkan bentuk ke dalam lubangnya. Usaha lagi ye sayang.

4. Semakin kurang tidur.. kalau dulu tidur siang sampai dua tiga kali.. tetapi sekarang, waktu tidurnya hanya sekali.. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan si kecil mempunyai waktu tidur mencukupi. Nak semak, sila klik sini.
Sangat- sangat bersetuju, dahulu Hannah tidur dua kali pada waktu siang, pagi dan petang. tetapi sekarang, dia cuma tidur waktu pagi je petang dia main. Namun malamnya, dia akan tidur awal , bangun semula keesokan pagi = bermula episod bekerja.


5. Seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, Hannah nak makan makanan yang berbeza untuk waktu pagi, tengah hari dan petang. Kalau sama, alamatnya makan dua tiga suap sahajalaa.


Janganlah terlalu risau sekiranya anak anda masih belum menguasai beberapa perkara di atas kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza.. Cepat atau lambat, mereka akan menguasainya juga.

Sumber ; Babycenter,




at Januari 21, 2012 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Info Semasa, Kaunter Pertanyaan, Keibubapaan, Personal

Selasa, 17 Januari 2012

Punca pelajar menengah gagal membaca dan menulis

Sekadar copy paste dari Utusan Online

Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis

http://inioke.com/foto/2011/02/09/0902111152_buta-huruf.jpg
AKMAL FAIRUZ
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

  •  Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

  •  Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

  • Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

  • Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

  • Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

  • Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.
at Januari 17, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Info Semasa, Keibubapaan

Ahad, 15 Januari 2012

SAYA SUKA BLOGWALKING BERSAMA AKU BUDAK KAMPUNG

Jom join segmen ini pulak..
anjuran
AKU BUDAK KAMPUNG

13JAN-25JAN 2012

Syarat-syarat penyertaan
1-Follow blog dia.
dah follow dah 
 ini iconnya yang bernombor 446.

2-Buat Entry bertajuk SAYA SUKA BLOGWALKING BERSAMA AKU BUDAK KAMPUNG dan Copy Banner kat atas ni and paste kat entry korang.
dah buat dah

3-Bagitau daripada mana korang dapat tau segmen ni.
En Shahrul Razif yang bagitau kat Open Chatting di blog saya.

4-Tag sorang kawan.
nak tag cik mun laa

5-Lengkapkan ayat ni....
Saya suka blogwalking kerana 
saya ingin berkongsi entri terbaru saya di samping menambah kenalan di alam maya cyber ini. Selain itu, dengan berblogwalking juga membantu kita memperoleh informasi terkini yang pastinya informasi tersebut tiada dalam surat khabar harian.


6-Link kan penyertaan anda di sini. Beserta alamat korang.

bagi link oke.. tapi alamat kemudianlah, dah konfirm berjaya baru bagi alamat ye.

TARIKH TUTUP SEGMEN NI ADALAH

 25JAN2012

3 Terbaik akan mendapat hadiah yang akan dipos kepada anda.
7 Hadiah saguhati.
Pemenang akan diberitahu.


at Januari 15, 2012 4 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Contest, General

Sabtu, 14 Januari 2012

CONTEST "ADD&SHARE" DI FB FARISHAHFASHION..

Masa untuk contest plak.. 
Kali ini nak join 

CONTEST "ADD & SHARE" DI FB FARISHAHFASHION..


Syaratnya mudah sahaja

1) Masuk FB farishahfashion
http://www.facebook.com/farishahfashion

2) Klik "Share" pd gambar di wall farishahfashion. 
contoh gambar :-

3)Bagitau link FB korang atau PM je kata dah share.
Siap!

Hadiah:
3 pemenang utama akan dapat couple set minyak wangi bernilai hampir RM50

Saguhati akan dapat salah 1(lelaki/perempuan) bernilai lebih RM20
Saguhati belum ditentukan berapa org..bergantung pada penyertaan..
Jadi mari join ramai2..^_^

Last: 29 Februari 2012
at Januari 14, 2012 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Contest

Halal Jakim

  
Logo halal ini sahaja yang disahkan oleh JAKIM di seluruh negara mulai 1 Jan 2012. 

BUKAN 
logo- logo ini

Sebagai pengguna, kita perlu bijak membuat pilihan. 
Jangan membeli produk yang ada sijil halal yang tidak disahkan.
Apa yang kita makan akan jadi darah dalam tubuh kita, elok makanan yang kita makan
maka, sihatlah tubuh badan dan jiwa kita. 

Mencari yang HALAL itu fardu ke atas diri kita.
Maka, berhati-hatilah yer.

Berkenaan logo halal negara lain pula,
anda boleh rujuk di sini kerana
Badan JAKIM mengiktiraf logo- logo halal negara ini.
Pastikan anda membeli produk negara luar yang mempunyai
logo halal yang telah diiktiraf ye.

SENARAI BADAN ISLAM YANG DIIKTIRAF JAKIM
at Januari 14, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dapur, General, Hak Pengguna, Keagamaan

Selasa, 10 Januari 2012

Si Comel jadi CHEF.

Salam semua, rasanya dah dua hari tidak bersiaran di sini.. Semalam si kecik Dieyna batuk & selsema, subuhnya pulak demam maka masa untuk mengadap laptop tergendala...

Hari ini duduk di kantin sekolah sambil belek- belek surat khabar. Dieyna terjumpa satu artikel menarik "Chef Kanak- kanak: Ajar anak ke dapur seawal usia 2 tahun". Topik yang sangat bagus untuk dikongsikan di sini.. 

Bagus juga ajar si kecik ini awal- awal masuk dapur. Apabila dah besar nanti, takdelah kekok sangat sebab dah kenal mana sudip, sudu dan pelbagai perkakas dapur yang lain. Cuma, kita sebagai ibu bapa kenalah memantau sebab dapur adalah kawasan yang bahaya untuk mereka. Lantai basah, pisau, periuk panas, minyak panas dan sebagainya harus dielakkan daripada mudah dihampiri mereka. 

Banyak kebaikannnya apabila si kecil di ajak ke dapur , antaranya, 

Merapatkan hubungan antara ibu dan anak.


Membina perbendaharaan kata serta daya imaginasi dan kreativiti si kecil

Berikut merupakan aktiviti yang dicadangkan untuk anak kecil anda mengikut tahap usia mereka.

2 Tahun
Cuci buah- buahan dan sayur- sayuran
Adun dan lenyek bahan ramuan

3 Tahun
Tuang bahan ke dalam bekas
Hias makanan siap seperti menabur bawang goreng.

4 Tahun
Membeli barangan dapur ketika membeli- belah
Sukat atau kira ramuan yang diperlukan
Pantau tempoh memasak sekiranya ada tempoh masa tertentu seperti membakar kek.

5- 6 Tahun
Sediakan sajian mudah seperti sandwich
Persediaan atas meja atau menghidangkan makanan
Kupas buah- buahan seperti pisang atau oren.

7 - 10 Tahun
Membacakan resepi
Ajak si kecil berbincang mengenai sajian yang ingin dimasak
Cuci pinggan mangkuk

Kebersihan tangan dan peralatan perlu diutamakan. Didik mereka bahawa kebersihan sangat penting sebelum atau semasa melakukan aktiviti di dapur.

Sekian.. perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua ye.

Sumber : Berita Harian 10 Jan 2012

at Januari 10, 2012 4 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dapur, General, Info Semasa, Keibubapaan

Isnin, 9 Januari 2012

Dari Oven Dieyna: Apam Polka Dot

Kuih ini dah lama popular 
Tetapi Dieyna je yang ketinggalan 
keretapi hehe

Sebenarnya dah dua kali Dieyna
buat kuih ini

Percubaan pertama buat kat rumah
Mak di kampung
Pewarna makanan tak ade
jadi ambil je
mana- mana pewarna yang ada
dalam peti sejuk Mak
maka
inilah hasilnya

Inilah dia Apam Polka dot Berintikan Blueberry

Percubaan kedua pulak
buat di rumah sendiri.. Niat nak buat ini
sebab nak bagi kat jiran2..
so, ini hasilnya
lebih baik skit daripada yang pertama

kali ini berintikan peanut butter.. best

Pada korang yang ingin mencubanya
salinlah resepi ini.. jangan salin sahaja
mesti kena cuba buat juga ye


APAM POLKA DOT

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
*Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...
at Januari 09, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dapur, Info Semasa, Resepi

Ahad, 8 Januari 2012

Moneydrop dot com


Salam semua,
malam ni Dieyna nak main game ni
Biar tak dapat duit betul2 pun
hehe yang penting kepuasannya..

Jom ke sini


Kita pakat cuba sama2
dengan peserta dalam tv

Manalah tau kot2 kita
boleh dapat sejuta tu
walaupun di alam maya
huhu


at Januari 08, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Contest, General, Hiburan, Info Semasa

Rabu, 4 Januari 2012

Contest Blog Paling Comel

Gelak dulu seposen
hehehehe

Masz tag Dieyna 
Contest ini


Macam lawak je
Sebab blog Dieyna ni
Tak comel pun
Confirm tak menang nye
:))

Walau bagaimanapun Dieyna
Join gak contest ni
sebabnya
dah ada orang tag kan..
Tak baik kalau tak meraikan
rakan kan kan..

Syarat contest ni
Senang aja

Mula2 Follow blog empunya contest
Kemudian, buat skit entri berkenaan "Contest Blog Paling Comel"
Seterusnya, tag dua orang rakan blogger
Dieyna nak tag
1. Nurza Shah
2. Cik Kumbang
Pastikan dorang ni tahu dorang telah ditag

Hadiah contest korang tengok kat SINI lah ye...

Tarikh tutup Contest ialah pada
9 Januari 2012
at Januari 04, 2012 2 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Contest, General, Info Semasa

Selasa, 3 Januari 2012

Mega Giveaway By Cik Bunny

Salam semua, hari ini nak join 
Mega Giveaway By Cik Bunny pulak
kenapa join ye sebabnya
dah kena tag oleh 
rakan blogger
Nurza Shah
bukan sebab itu sahaja
saya sendiri pun suka join GA
Wish we Luck ok...


Kalau ada GA tak sah kalau takde
Syarat Penyertaannya..
Jom kita pakat tengok apa syaratnya..


Syarat Pertama
Mempunyai alamat di Malaysia

* Nampaknya aku dah lulus syarat pertama ni... hehe :)) sebab aku duduk di Terengganu
& Terengganu ada dalam peta Malaysia haha


Syarat Kedua
Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway kat SINI dan linkkan entri ini ke laman blog Cik Bunny


Setelah dicopy, inilah banner GA Cik Bunny kita





Syarat Ketiga
Letak link sponsor dalam entri ni..
Ini sponsor2-nya ye
1. Cik Bunny Blog / Fanpage


2. Amir Nawawi Blog/ Fanpage


3. Amely Afendi Blog


4. Mira Miraie Blog


5. Shawls Gallery Blog/ Fanpage


6. Herba Tihara Blog


7. Atienabila Blog


8. Ika Blog/ Fanpage


9. Kedai Kaspersky Online (KKO) Blog/ Fanpage


Syarat Keempat
Kenalah LIKE blog or fanpage sponsor2 di atas.. kalau tak dikira tidak ikut syarat
kalau tak ikut syarat mean tak layak bertanding
so LIKE or FOLLOW jangan tak FOLLOW

Syarat Kelima
Nak tag semua follower or silent reader blog Dieyna ni...jomlah join GA ini
Top Referrel pun leh dapat present tau..
 jom jom jom jom join GA 

Syarat Keenam
Dah siap entri , letak link entri ini kat entri asal GA ini
Kat mana lagi
kat sinilaahhh
kat tempat lain, hakim tak terima yer

Cukuplah enam syarat tu je

Tarikh tutup penyertaan ialah pada
31 Januari 2012

Hakim kata kalau tak cukup syarat, akan direject terus,, so
harap2 entri ini cukup syaratnya..


at Januari 03, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Contest, General, Info Semasa

Isnin, 2 Januari 2012

Ombak Rindu Download

Semalam layan ombak rindu bukan kat ASTRO 1ST
 tetapi 
download kat blog PerekaCerita. 


 kalau korang nak download gak 
boleh ar download di sini eik



DOWNLOAD OMBAK RINDU

sumber : PerekaCerita.


Catatan Dieyna : Bagi Dieyna cerita ni biasa2 je, mungkin sebab Dieyna terlalu terikat dengan jalan cerita novel Ombak Rindu.. so, banyak lah yang tak kenanya.. apa2 pun..


SELAMAT MENONTON

at Januari 02, 2012 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Hiburan, Info Semasa, Novel

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam semua...
Ini entri pertama untuk Tahun 2012
Sepatutnya buat entri ini kelmarin 1 Januari 2012
Tetapi keterbatasan waktu menjadi penghalang

Maka,
Pada entri pertama ini
suka Dieyna mengucapkan




Semoga tahun ini
Mendatangkan seribu kebahagian, kerahmatan dan keberkatan
Dalam hidup kita.
Semoga tingkah laku kita juga
lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga amal ibadat kita
lebih berkualiti dan berkuantiti
daripada tahun sebelumnya.

KU TAK HARAPKAN
PELANGI YANG INDAH
CUKUP SEKADAR
ENGKAU HADIRKAN LANGIT YANG CERAH..



at Januari 02, 2012 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: General, Jiwang Karat
Location: Paka, Terengganu, Malaysia
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Catatan Popular

  • Ulasan Guru Untuk Borang Pentaksiran Bilik Darjah
    Bismillahirrahmanirrahim. Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentak...
  • Segmen: Kenangan Ramadhanku…
    SYARAT PENYERTAAN SENANG SAHAJA 1.Follow blog wardahilmu.blogspot.com 2. Like Fanpage D Hannah Shoppe (kat sidebar pun ada) ...
  • Serbuk Cheese Ala Cheezy KFC
    STICKY POS SEHINGGA 31 DISEMBER 2012 Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni.. Nak selitkan entry iklan sekejap. Siapa penggemar...

Stiker Murah

Stiker Murah

Blog Archive

Sahabat Handai

  • BEN ASHAARI
    Cara nak kurus cepat !
    Sehari yang lalu
  • Maria_Firdz
    3 Tips Beli Vitamin C Untuk Anak-anak
    3 hari yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 tahun yang lalu
  • Tinta Pena
    Alhamdulliah...Saya Menang!!
    3 tahun yang lalu
  • RosmizaAli.Com™
    OCTOBER SPECIAL - OSTEMATRIX
    6 tahun yang lalu
  • Ibu Balqis
    Why I Stop Shaklee?
    8 tahun yang lalu
  • IntaNBerliaN
    Agar-agar cermin berkastard
    10 tahun yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Group Segar Follower (GSF)

  • Karukord Jagau
    TENANG ITU MAHAL: Keindahan Alam Mengajar Erti Kehidupan
    2 hari yang lalu
  • ALL About Love
    Dia bukan siapa-siapa
    7 bulan yang lalu
  • Miss BaNu StoRy
    Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose
    3 tahun yang lalu
  • My Little Honey Dew
    DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK.
    6 tahun yang lalu
  • this is me~kinara kinatara~cumey saje~
    2020 Dah ni.
    6 tahun yang lalu
  • !! kisah dya !!
    DAA TRIP (CAMBODIA & VIETNAM) 2019
    6 tahun yang lalu
  • The Secrets of Leonerz
    Almost coming to our 6th Anniversary ~
    6 tahun yang lalu
  • H.A.T.I
    Salam Ramadhan
    8 tahun yang lalu
  • :: AKU,CINTA & CITA-CITA ::
    Dua Kosong Satu Lapan
    8 tahun yang lalu
  • ♥ Cik Aini
    Bangkok trip ~ day 1
    8 tahun yang lalu
  • Yumida
    Lazada Online Revolution Blogger Contest
    8 tahun yang lalu
  • Solehah Shamsuddin
    Eid Al-Fitri Open House
    8 tahun yang lalu
  • ~mai lurve~
    Hadiah Hari Lahir Yang Paling Menyedihkan
    8 tahun yang lalu
  • Cinta Itu Misteri
    Selamat Tahun Baru - Jemah's Dinner Endyear
    9 tahun yang lalu
  • My So Called Life......®
    BFrenz at TV AlHijrah!
    9 tahun yang lalu
  • :: Cahaya MATAKU ::
    Salam Rindu
    9 tahun yang lalu
  • TheCoklatBlog
    Uphill Rush
    9 tahun yang lalu
  • Ini Wilayah Hijau
    Perkhabaran...
    9 tahun yang lalu
  • Penguin Area
    Terhasilnya channel LTL
    10 tahun yang lalu
  • DuniamashaworlD
    lots of miss dedicated to you --> my only blog
    10 tahun yang lalu
  • Bunga hati mama
    SELAMAT HARI LAHIR KE-4 ALESYA SAYANG
    10 tahun yang lalu
  • ...Mrs Erry Bercerita...
    Iftar Bersama Sahabat Baik Zaman Sekolah
    10 tahun yang lalu
  • CUTE MAMA
    IPPO HAFIZ - RAHSIA ( OST TEMAN LELAKI UPAHAN )
    11 tahun yang lalu
  • Tentang Kita ♥
    Eid Mubarak 1435H. Maaf Zahir & Batin.
    11 tahun yang lalu
  • Welcome To My Life
    HaPPy FiRsT aNNiVeRsaRy
    12 tahun yang lalu
  • It's st0ry Time ≧◔◡◔≦
    Naik Pangkat
    14 tahun yang lalu
  • Diari Aima
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.