Halaman

Jumaat, 27 Januari 2012

Alamak, sayurku layu...

Pernah tak korang buat ini..

Korang beli sayur banyak- banyak
lepas tu simpan dalam peti..

Kalau simpan sehari dua 
kemudian masak, mungkin sayuran itu masih segar
tetapi kalau sayur yang tersimpan lama.. 
mesti sayur tu dah kuning-kuning, nampak layu.

Jadi, hari ni Dieyna nak share 
petua skit..
Petua ni Dieyna ambil daripada surat khabar
Utusan Malaysia bertarikh 20 Jan 2012.


1. Jika sayur tu dah layu, kita boleh mengembalikan kesegaran sayur- sayuran kita tu dengan sedikit cuka. Caranya mudah sahaja, kita campurkan sedikit cuka + air, kemudian rendamkan sayur- sayuran tu beberapa minit. Insya Allah, sayuran tu akan nampak segar semula dan rangup.

2. Kesegaran sayuran juga boleh dikembalikan dengan garam dan air paip. Macam cara yang di atas juga, rendam dahulu sayur- sayuran tu sebelum digunakan.

Sebenarnya, ada beberapa kaedah ataupun cara yang boleh kita gunakan
untuk memastikan sayuran yang kita beli dalam kuantiti yang banyak itu,
 kekal segar dan berkhasiat
walaupun sudah beberapa hari tersimpan di dalam peti sejuk.
Antaranya ialah :

1. Jangan simpan sayur dalam plastik.
Plastik akan menyebabkan sayuran cepat berpeluh ( hehe sayur pun berpeluh kan)
dan kemudiannya membusuk serta tidak tahan lama.

2. Bungkus sayuran yang segar- bugar tu dalam kertas surat khabar lama,
kalau guna surat khabar baru rugi plak, sebab baru beli tak dang baca haha..
Petua ini sah digunakan untuk sayuran berdaun seperti sawi, kangkung, bayam dan lain- lain.

3. Bungkus dalam plastik kedap udara/ berlogam.
Dalam erti kata lain, pembungkus plastik makanan tu..
bukannya plastik yang orang isi barang ye..
Jangan salah faham plak.
Kaedah ini boleh digunakan untuk sayuran berbuah seperti
tomato, terung, kobis bulat, kobis panjang dan sejenis dengannya.

Para suri rumah yang membaca artikel ini, jangan lupa praktikkannya..
Insya Allah, menjadi

2 ulasan:

amirah berkata...

waa..menarik ni

Aine Ainun berkata...

Mmgpun, saya selalu beli saya berdaun 2kali seminggu,

sayur kailan plg cepat kuning..
bagus tips nun...=)

Catatan Popular