Kuih ini dah lama popular
Tetapi Dieyna je yang ketinggalan
keretapi hehe
Sebenarnya dah dua kali Dieyna
buat kuih ini
Percubaan pertama buat kat rumah
Mak di kampung
Pewarna makanan tak ade
jadi ambil je
mana- mana pewarna yang ada
dalam peti sejuk Mak
maka
inilah hasilnya
Inilah dia Apam Polka dot Berintikan Blueberry
Percubaan kedua pulak
buat di rumah sendiri.. Niat nak buat ini
sebab nak bagi kat jiran2..
so, ini hasilnya
lebih baik skit daripada yang pertama
kali ini berintikan peanut butter.. best
Pada korang yang ingin mencubanya
salinlah resepi ini.. jangan salin sahaja
mesti kena cuba buat juga ye
APAM POLKA DOT
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan
maksima 6-8 minit sampai kembang..
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian
dot-dotkan dengan warna pilihan...
*Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung
yang telah di ayak dengan baking powder...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan