Halaman

Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

Isnin, 12 Oktober 2015

Cara menjaga kesegaran sayur dalam masa yang lama

Tajuk bukan main lagi panjangnya hehe.. Al-kisahnya, baru ni ada jumpa perkongsian daripada seorang sahabat FB tentang cara menjaga kesegaran sayur. Ye lah sayur kan sekali beli, beli banyak sekaligus selepas tu simpan dalam peti sejuk. Dua tiga hari dah boleh layu dah. Tapi cara ni memang sangat efisyen. Saya dah try berkali- kali memang sayur tahan lama, lebih seminggu sayur masih lagi kelihatan segar bugar lagi.

Caranya mudah sahaja.
sumber gambar: blog http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
1. Mula-mula, rendam dahulu semua sayuran tu dalam air bagi membuang bahan- bahan kimia terlindung. Rendamlah dalam 10 ke 15 minit. Taburkan sedikit garam dalam air rendaman tu. 

sumber gambar : http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
2. Dah betul- betul puas hati dengan kebersihan sayur tu, toskan airnya terlebih dahulu. 

sumber gambar : http://cilikeringmerah.blogspot.my/2015/09/cara-nak-kekalkan-kesegaran-sayur-yang.html
3. Simpan sayuran tersebut di dalam bekas bertutup. Ada yang nak asingkan sayur tu, ada yang letak sekaligus dalam satu bekas besar macam dalam gambar di atas ni. Apa pun kedua2 cara ini mampu menjadikan peti sejuk kita nampak kemas dan bersih je..

Saya memang gerenti cara ini memang berjaya menjaga kesegaran sayur- sayuran atau buah- buahan dalam jangka masa yang lama. Cuba dahulu baru tahu. Sebelum ni, banyak kali dah kes terpaksa buang sayur, sebab rosak sebelum sempat dimasak. Alhamdulillah, selepas ni selamat sayur-sayuran daripada dibazirkan. 

ps: Cara ini juga boleh digunakan untuk buah- buahan tau. Cuba je.. 

Khamis, 6 Disember 2012

Update : Hostel untuk disewa


Alhamdulillah.. hostel dah dapat sambutan. Insha Allah.. minggu depan dah ada penghuninya... Pelajar sem 2 Institut Ranaco... Sebelum penyerahan kunci dibuat, Dieyna menyediakan dokumen perjanjian antara Dieyna dan penyewa.. Bukan apa.. perjanjian ni penting sebagai garis panduan antara penyewa dan tukang bagi sewa.. Bila ada perjanjian, penyewa n tuan rumah takdelah suka - suka hati nak buat apa sahaja.. Sekurang- kurangnya barang kita dijaga elok.. dan sebarang tindakan yang dilakukan ada hitam putihnya...

P/s : Perjanjian sewa rumah ni Dieyna ambil di SINI... Ubah apa yang patut je... Zaman it kan,, semua di hujung jari tak perlu nak fikir banyak2 haha 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 20 November 2012

Perang Ekonomi

Semua tahu bahawa sekarang perang kemanusiaan sedang berlaku di Palestin.. Ramai insan yang lemah dijadikan mangsa kekejaman.. Ikhlas Dieyna beritahu bahawa Dieyna tak sanggup lihat gambar kekejaman itu.. Sebak hingga ke dalam dada.. Sedih ... Rasanya perkataan KEJAM untuk ditujukan kepada bangsa YAHUDI itu masih belum cukup.. Ada perkataan yang lebih ekstrem lagi tak untuk diorang tu ye???

Kita semua mungkin tak mampu nak memerangi ISRAEL dengan senjata... Kita juga tak mampu jadi sekejam diorang.. Tapi kita mampu lakukan satu perkara,, BOIKOT produknya.. Pernah terbaca dalam FB.. ISRAEL cukup TAKUT EKONOMINYA MERUDUM... Mungkin dengan cara ini, mereka akan berhenti daripada terus KEJAM....

Berita harian online telah melaporkan beberapa firma/ syarikat YAHUDI telah bankrap kerana diboikot produknya.. RUJUK LINK NI YE.. 

Rakyat Malaysia.. Buktikan keprihatinan kita.... Bukan sekadar melaungkan SAVE PALESTINE tetapi kita perlu bertindak... Bukan dengan senjata... Bukan dengan kekerasan tetapi dengan EKONOMI.. 

JOM BERPERANG.. PERANG EKONOMI.. BUKA MATA KITA SELUASNYA.. JANGAN MENYUMBANG WALAU SESEN PUN PADA PUAK  YAHUDI... ANDA PASTI TAHU KENAPA KAN??? TEPUK DADA TANYA HATI...

BOIKOT.....

gOOGLE iMAGE


SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EropahboikotfirmaYahudi/m/mArticle

Isnin, 4 Jun 2012

Dah lama tak guna..

 

Sebelum popularnya e-mail, facebook dan pelbagai sumber internet lain, setemlah yang paling popular. Nak- nak waktu bulan Puasa, masing- masing pakat hantar kad raya. Meriah rumah dengan kehadiran kad- kad. Sehinggakan para posmen terpaksa bekerja lebih masa sebab nak menguruskan surat- surat dan kad-kad masa tu.

Apabila email, facebook dan pelbagai kemudahan online dah muncul, setem dan surat menyurat makin dilupakan. Dieyna tak kata kat orang lain pun, kata pada diri sendiri . Dieyna dah lama tak berurusan di pejabat pos pasal setem ni, sehinggalah baru- baru ni pergi beli setem sebab nak buat penghantaran sampel cheese. Rupanya dah banyak perubahan dah.

Kalau dahulu, kita nak hantar surat, guna setem 30 sen dah lepas dah kan.. sekarang ni, kena guna setem 60 sen untuk sampul surat warna putih. Sampul surat macam ni ar

Photo0155

Jika guna sampul surat warna coklat pula, kita kena guna setem 80 sen pula. Kalau tersalah, kan tak pasal- pasal surat kena reject.. naya je.

12888174042wd45C

Dieyna kongsi kat sini sebab mungkin ada yang tak tahu macam Dieyna juga.. Kalau dah tahu, Alhamdulillah.. hehe

P/s : Itulah, mentang-mentang zaman it, dah lupa sistem tradisi.. kan dah ketinggalan.. Smile

Jumaat, 1 Jun 2012

Wow... Sudah ada Akta sekarang...

Berhati- hatilah mengeluarkan entri ye rakan- rakan blogger ku sekalian.. Sudah ada akta yang diwujudkan untuk memastikan para blogger mahupun pengguna laman sesawang sosial yang lain bertanggungjawab atas apa yang diterbitkan.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal akta ni, korang terjah SINI  dan juga DI SINI ye... Kalau rasa nak study pasal akta ni, korang boleh MEMUATTURUN di sini ye.

Pendapat Dieyna pula
Semua orang boleh jadi blogger atau penyebar berita. Tidak perlu ada blog, berita boleh juga disampaikan menggunakan rangkaian sosial. Yang menjadi masalah utama, apabila berita yang disampaikan itu mengandungi unsur perkauman, provokasi, dan yang teruknya fitnah. Sekiranya pembaca berfikiran rasional, mungkin tiada masalah tetapi jarang yang rasional apabila melibatkan ketiga- tiga perkara di atas. Mana yang dah panas, lagi disiram minyak.. Fikirkanlah apa yang terjadi??

Kadang- kadang, apabila mendapat satu- satu cerita, kita mudah percaya.. contohnya isu produk makanan yang disahkan halal oleh JAKIM tetapi ada pula yang provok kata makanan tu tak halal.. Ada pula yang percaya dan menyebarkannya.. Kalau betul, Alhamdulillah, kalau salah macamana? Takkanla pihak JAKIM tak telus dalam menilai halal haram. Sanggup ke pihak diorang nak tanggung dosa orang islam yang dah makan produk yang dikatakan haram tu.  Jadilah insan yang rasional, jangan menerima bulat- bulat cerita yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Hal politik.. isu paling besar.. A tuduh B, B tuduh A. ABC tuduh D.. Pendek kata, yang dituduh dan yang menuduh sama- sama melakukan kesilapan.. Dan kita sebagai penulis, menyebarkan pula pada yang lain.. akibatnya.. berlaku perpecahan dan pergaduhan.. Hanya kerana fahaman berbeza. 

Kalau dahulu lidah yang boleh dikatakan sebagai medan penyampai namun sekarang mata pena dan keyboard lagi berbisa.. Menulis biarlah dengan akal fikiran yang waras bukannya mengikut hati dan perasaan...
Mana satu tempat berpaut
Berhati- hatilah kita semua ye.. Menulis biarlah ada asas dan pasak yang kuat untuk kita berpaut, bukannya sekadar menumpang di dahan yang rapuh.... Sekian, terima kasih.

Teringat pensyarah BM di maktab dahulu.. ajar tentang penggunaan nada dan bahasa menggunakan ayat ini... korang baca ayat ni betul-betul ikut tomakninah nya tau.. dan fahamkan

SAYA HENDAK PERGI KE ZOO BINATANG. (Ayat 1)

SAYA HENDAK PERGI KE ZOO, BINATANG. (Ayat 2)

Nada bahasa memberikan fahaman berbeza........ lesson korang baca entri ni dan harap korang faham apa yang Dieyna cuba sampaikan melalui kedua- dua ayat di atas jika dituturkan menggunakan nada dan intonasi yang betul.
(Ingat, ayat yang ada tanda koma (,) bermakna anda kena berhenti sekejap.)

Khamis, 24 Mei 2012

Malang yang tidak berbau atau malang yang diundang.

Bila dengar berita kemalangan, dalam hati terbit satu rasa iaitu takut. Dah jadi rutin harian, pandu kereta sejauh 23km untuk ke tempat kerja. Letih dan kadang-kadang mengantuk tetapi mujur pergi berdua dengan rakan sekerja, xdelah rasa bosan.
Waktu memandu sentiasa beringat, ingat keselamatan dri dan penumpang, ingat suami dan anak, ingat mak ayah dan macam2. Tujuannya supaya diri ini lebih berhati-hati.
Kadang tu jadi hairan tengok gelagat pemandu lain, pandu kereta xingat apa. Pagi tadi ada kereta memotong motosikal siap makan laluan Dieyna lagi. Kita plak kena ngelak. Sakit hati tuhan je tahu.
Cerita petang kelmarin pulak lagi best, Dieyna kat jalan lurus, tiba2 ada kereta nak keluar simpang, Dieyna terpaksa brek dan pandang muka driver kereta tu... Nak tau macammana reaksi dia.. Dia pandang Dieyna dengan pandangan yang tajam seolah-olah Dieyna yang wat salah. Apa korang rasa kalau kena macam tu? Bengang tak?
Sebenarnya banyak lagi yang boleh cerita, gelagat penunggang motosikal lagi hebat tapi malas nak cerita. Nak salahkan siapa? Bukan semua macam tu kan. Atas diri masing2. Nak rasa hebat atas jalan. Keselamatan fikir kemudian.
Kita rasa diri kita berhati-hati dah tetapi pandangan orang lain mungkin berbeza.
Sekiranya berlaku kemalangan kecil atau besar..Tengok puncanya.. Disebabkan diri sendiri atau orang lain.. Maka, fikirkanlah semula, sesuai tak kita kata MALANG TIDAK BERBAU? ataupun sebenarnya MALANG YANG DIUNDANG?

ps: Dieyna akui kadang-kadang cuai jugak dalam memandu maka entri ini juga UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI.

Sabtu, 12 Mei 2012

Eh, banyaknya soalan dia!

Ada rakan share benda ni kat Facebook.. Menarik gak kalau Dieyna share kat sini.. Dah minta izin tuannya.. Jawabnya,  boleh, silakan.. letak ja.. kita kongsi sama2.. Terima kasih ye Sharhizam Hadi..



P/s : Selamat Hari Jururawat kepada misi- misi seluruh dunia.... 

Khamis, 10 Mei 2012

Sokong Gay @ Perkahwinan Sejenis???

Dunia sekarang ni memang dah di akhir zaman.. Dah jelas nyata, hubungan songsang dilaknat Allah.. Tapi kenapa ada yang terang- terangan menyokong perbuatan tersebut.. Guna jela lojik akal.. Kalau belajar sains sekalipun, medan magnet yang sama akan menolak.. Jadi, fikir- fikirkanlah.. Rasanya mana- mana agama sekalipun menentang perkahwinan sejenis ni.. Namun, masih ada yang menyokong.. Kerana apa?? Pastinya kerana kedudukan, pangkat dan kuasa.. " AKU SOKONG PASTI KAUM TERSEBUT AKAN MENYOKONG KEDUDUKAN AKU SEBAGAI PEMIMPIN".. 

Tergamam seketika tonton berita TV3 tadi, ada presiden sebuah negara menyokong perkahwinan sejenis atas dasar faktor yang dirasakan lojik pada fikirannya... Pada fikiran Dieyna pula, sokonganya terhadap perkahwinan sejenis ini disebabkan faktor politik, maklumlah dah kena bertanding semula tak lama lagi... Rasa konfius lagi bertambah sebabnya presiden ini mempunyai  ahli keluarga yang ada latar belakang Islam... Erm,.Inginkan kuasa sehinggakan kemanusiaan ditolak jauh ke belakang...

Ingatkah kita dengan sejarah Nabi Luth.. Kaumnya di Kota Sadum memang terkenal kerana mengamalkan hubungan songsang.. Lelaki berhubungan dengan lelaki manakala perempuan dengan perempuan.. Nabi Luth a.s sentiasa menyeru kaumnya supaya meninggalkan perbuatan tercela mereka ini namun mereka enggan menerimanya sehinggakan kaumnya sanggup menghalaunya dari kota. Kerana kedegilan kaumya, Allah menurunkan bala bencana yang amat dahsyat sehinggakan Kota Sadum lenyap di muka bumi.. yang tinggal hanyalah LAUT MATI... Sumber lengkap boleh dibaca di sini ye---> Ibnuzain KAUM NABI LUTH


Manusia tidak pernah serik.. sejarah kaum Nabi Luth berulang kembali di Kota Pompeii.. Kawasannya juga lenyap beribu tahun dan muncul kembali selepas dikaji oleh kumpulan pakar.  Yang ditemui juga cukup dahsyat.. patung- patung batu dalam keadaan mengerikan dan mengaibkan. Malah ada patung batu yang dalam keadaan berhubungan sejenis... Bukti nyata sejarah telah berulang kembali.. Korang boleh baca cerita lengkap tentang kemusnahan Kota Pompeii di sini ---> Kota Pompeii, Itali..

Tidak cukupkah lagi bukti yang ada bahawa Allah akan menurunkan bala atas kaumnya yang melampau... Tolonglaa.. berfikirlah dengan fikiran yang waras... Jangan dibiarkan nafsu beraja..  Jangan juga dibiarkan syaitan bertakta kerana bala yang turun tak mengira siapa.. Nauzubillah.. Semoga Allah melindungi kita semua...

Selasa, 1 Mei 2012

Follower : Antara kualiti dan kuantiti

Setiap kali BW, widget yg biasa Dieyna tengok ialah widget FOLLOWER. Kadang tu terfikir- fikir, apa empunya blog tu buat sehinggakan ada ribuan follower. Mungkin faktor-faktor ini yg menjadikan sesebuah blog tu ramai pengikut. Antaranya :-

1. Cara ataupun gaya penulisan .
2. Isi kandungan berinformasi.
3. Join ataupun anjurkan segmen/ contest/ga.
4. I FOLLOW U , U FOLLOW ME BACK
5. Owner blog cantk or ensem hehe (Betul ke)

Sebenarnya follower yang ramai belum menjamin kemeriahan komen di blog korang.. Nak mencari kualiti dalam kuantiti yang ramai , itu sukar sebenarnya... Ada follower sekadar memenuhi ruangan follower, lepas dah follow hilang entah ke mana.. jejak semula.. blog pun dah takde.. Mungkin kita juga bukan follower berkualiti.. Sekadar follow dan tidak memberi sebarang impak kepada blog yang difollow.. Kenyataannya, jika kita follow blog seseorang hanya sebab join segmen or contest yang dianjurkan, jarang dah kita kembali semula ke blog itu selain hanya untuk mengetahui keputusan.. tapi tak semua begitu kan???

Biasanya, follower yang berkualiti ni follower yang memang ikhlas hati bertandang ke blog kita, baca stiap entri kita dan kadangkala, bersedia berkongsi pendapat dengan kita.. Bertuahlah blog yang mendapat follower sbegini.. Ukhuwah pun terjalin.. kan...

Perlu diingat, penulis blog pula perlulah mengeluarkan idea yang berkualiti dan ada ilmu yang mampu disebarkan bukan sekadar ingin meraih populariti dengan menulis cerita yang hangat sahaja,  Menulis biarlah daripada hati.. Pasti terkesan di hati... Barulah follower berkualiti datang mencari.. Betul tak??

P/s : Dieyna pun tak pasti sama ada entri blog ini boleh menarik hati orang atau tak, berkualiti atau tak.. Dieyna juga tidak pasti, mampukah Dieyna menjadi FOLLOWER  BERKUALITI atau sekadar menempel menambahkan KUANTITI follower yang ada di blog orang...

Selasa, 24 April 2012

Tanggungjawab kita...

Orang kata kalau ada tahi lalat atas bahu bermakna orang tu banyak tanggungjawab.. Cuba korang cek tahi lalat atas bahu korang, ada tak??? Kalau ada, cuba muhasabah diri.. banyak tak tanggungjawab yang perlu dipikul... kalau banyak, maknanya tafsiran tu boleh diterima pakai.. kalau tak banyak, maknanya tak boleh diterima pakai.. kebetulan semata- mata.

Sebenarnya, tahi lalat itu bukanlah pengukur tanggungjawab, ada atau tiada tahi lalat di lokas tersebut, memang kita ini dilahirkan dengan beribu tanggungjawab, sama ada tanggungjawab besar atau sekecil hama... Kalau nak disenaraikan memang cukup banyak... hinggakan tak larat nak senarai.. Sebulan belum tentu abis... Yang kita nampak, TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH, IBU BAPA, DIRI SENDIRI, (ANAK DAN SUAMI/ ISTERI JIKA ADA),SANAK SAUDARA DAN RAKAN TAULAN.. Pecahan kecil kepada tanggungjawab utama tadi, korang fikir sendiri....

pinjam en Google
Siapapun kita? Pasti ada tanggungjawab besar yang harus dipikul...

p/s :  Sebagai blogger, apa tanggungjawab kita kepada follower/ pembaca? Sebagai follower, apa tanggungjawab kita terhadap blog yang diikut? Fikir- fikirkanlah dan luahkan apa yang korang rasa ye...

Jumaat, 20 April 2012

Cuti....

Salam Jumaat semua ye.. Hari ini Dieyna cuti.. Lega skit,, kalau tak setiap pagi terkejar- kejar.. Memandangkan hari ini hari Jumaat.. Hari Jumaat, cuti kat belah pantai timur ni.. Jadi Dieyna umumkan Dieyna juga bercuti seketika dari Blogwalking.. Hehe nak rehat- rehatkan kaki je.. Lagipun macam tak sempat nk BW sebab nak keluar jalan- jalan lepas ni.. Apa2 pesanan tinggalkan je kat kotak komen ye... Sayang korang..


P/s : Ini adalah entri AUTO PUBLISH... :))

Rabu, 18 April 2012

Tak reti nak bagi notis agaknya

Balik kerja kul 2.00 petang, cuaca panas.. niat hati nak bersiram.. buka je paip air.. Alamak, air yang keluar takde langsug.. huhu pi dapur, buka paip kat singki, langsung tak keluar air.. Sakitnya hati.. Mujur ada air tangki kat bilik air belakang.. penyelamat keadaan...

Selalu macam ni, nak tutup bekalan air tak pernah nak bagi tahu.. sedar-sedar balik kerja air takde.. Pernah sekali tu, sampai keesokkan harinya masih takde air.. Air tangki juga yang digunakan.. Kurang- kurangnya tampallah notis kat mana2.. buat announcement bergerak macam pembeli surat khabar lama tu...Takdelah penduduk setempat terdesak nak guna air..

Air tangki pulak untuk guna mandi- manda n bersihkan diri je, nak guna untuk masak, macam tak sesuai je.. bukannya kita tau ada apa dalam tangki kat atas tu kan... Sehinggalah entri ini ditulis, air dah keluar skit.. tapi sangatlah slow, ala-ala malu2 kucing gitu.. nak masak pun tak lepas...

p/s : Air takde, so takyah masak, takyah masak maknanya.. HOOREEEYYY

Isnin, 16 April 2012

Nuffnang Up ker??

Malam ni nak bercerita pasal en Nuffnang.. Korang- korang yang berblog ni pasti kenal sangat- sangat dengan en NUFF ni kan... Agen pengiklan terkenal di dunia maya ini.. Ada yang dapat ribu-riban hasil daripada iklan NUFF yang terpapar di blog masing- masing. Tahniah ye..

Sekarang baru Dieyna betul- betul faham pasal klik NUFFNANG ni.. Kalau dahulu, Dieyna ingat setiap kunjungan yang tiba ke blog membolehkan blog ini memperoleh bayaran daripada NUFFNANG.. Rupanya Dieyna silap.. Walaupun pengunjung yang datang beribu-ribu tetapi jika tak seorang pun daripada kalangan mereka meng"klik" iklan nuffnang yang tergodek-godek di blog anda, maka tiadalah bayaran untuk anda... hehe Patutlah dah lama pasang iklan ni, masih tak mampu nak cash out lagi bayarannya .. 
Nuffnang - Asia's First Blog Advertising Community

Semuanya berkait dengan rezeki kita, jika sudah tertulis bahawa rezeki kita dengan NUFFNANG ada.. Insya ALLAH lambat laun pasti dapat juga betul tak.. Lagipun en NUFFNANG kita ni, bukannya bayar blogger sesuka hati.. Pihaknya akan pantau terlebih dahulu kesahihan klik melalui blog kita ni.. Kalau didapati, tuan tanah yang klik sendiri berjuta- juta lemon hanya untuk dapatkan bayaran NUFFNANG, maka selamat bermimpilah tuan tanah tersebut.. NUFFNANG takkan bagi bayaran tersebut.. Penipuan katanya.. Bukan senang tau berurusan dengan mereka ni.. Banyak prosedurnya. Ada rakan- rakan blogger kita yang berpengalaman dengan NUFFNANG ni , kalau tak caya cuba baca entri KAZMAN/SUE ni.. Ada ilmu berkenaan NUFFNANG yang boleh kita belajar dalam entrinya... 

Entri ini ditulis bukannya untuk meraih undi or apa.. Cuma nak kongsi kefahaman Dieyna mengenai NUFFNANG je... Mungkin orang lain dah lama faham, cuma Dieyna je yang ketinggalan keretapi berkenaan NUFFNANG ni... Untuk blog suam- suam kuku macam blog Dieyna ni, peluang untuk meraih klik NUFFNANG yang tinggi ibarat langit dengan bumi.. :)) Semuanya bergantung dengan rezeki.. Jika ada rezeki maka adalah, jika tiada rezeki, dah hampir masuk dalam mulut pun boleh jatuh... Faham- fahamkanlah ye..

p/s : Pada sesiapa yang berminat nak beli serbuk Cheese ala-ala cheezy wedges KFC, sila hubungi Dieyna di SINI ye... Nak kenal rupa cheezy wedges tu, korang boleh klik SINI... :))) dang lagi iklan dari penaja kat hujung entri ye,,, haha 

Sabtu, 14 April 2012

Bola Bola Bola

Dieyna duk kampung lagi ni.. Esok dah start kerja dah.. Selalunya hari Sabtu, Dieyna pulun gosok lima pasang baju sekaligus, jimat masa, tenaga dan yang penting jimat elektrik... Erm, nampaknya misi menggosok pakaian kena buat esok... Sebabnya pagi-pagi esok mungkin 5.30 pagi akan bertolak ke Paka.. Pagi esok juga, baru kemas pakaian Hannah untuk hantar ke rumah pengasuh,, Pagi esok, baru dapat kemas beg sekolah sendiri hehe..

Kenapa semuanya esok pagi?? Kerana apa?? Semuanya kerana bola... diulangi bola. En Somi nak tengok bola Terengganu vs Negeri Sembilan.. Game tayang kat TV 1 pukul 9.00 malam.. Abis game pukul 11.00 malam.. Konfirm mata mengantuk dah.. Sebab waktu wajib tidur en Somi pukul 11.00 malam. Sudahnya, bertolak pagi esok... dan semuanya kena buat pagi esok.. huhu chaiyok chaiyok.

Malas nak tengok beria game tu. Tau dah Terengganu main bola macam mana.. huhu game lepas cukup mengecewakan.. En Somi kata "Berat nananglah, time menang je nak sokong, time kalah dok sokong, doksoh jadi rakyat ganu la"... Owoh, berat hukuman diberi.. Apa-apapun SELAMAT BERJUANGLAA PASUKAN GANU MALAM NI.... WALAUPUN AKU KECEWA, DALAM HATI AKU STILL SOKONG .. HAHAHA SAJE JE NAK PERHANGATKAN HATI EN SOMI JE HAHA (TANDUK TUMBUH DUA ATAS KEPALA SEKARANG) HAHA

Terima Kasih, Kawan!

Semalam Dieyna menulis Nak tanya korang Skit, Alhamdulillah ramai yang bagi feedback.. Ada yang kata blog Dieyna oke, ada yang kata lambat.. Terima kasih juga kepada yang setia menanti walaupun lambat loading.. 

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya lambat "loading" pada sesebuah blog, antaranya

  • Terlampau banyak WIDGET
  • Terlampau banyak GAMBAR
  • Terlampau banyak BACKLINK
  • Masalah line internet yang slow macam siput baru nak belajar berlari (Sila marah talian internet korang yer ) hehe
Memandangkan Dieyna tak mahu, tak mahu dan tak mahu menyusahkan korang semua kerana menunggu page ini loading maka Dieyna dengan rela hatinya me"remove"kan beberapa item yang Dieyna rasa takpe kalau takde pun... So, amacam sekarang??? 


LAMBAT LOADING LAGI KE>>>>> 
KALAU LAMBAT JUGAK, HUHU 
TAKKAN NAK KENA BUANG BLOG TERUS 
HUHU TIDAK TIDAK TIDAK.....

p/s : Insya Allah, takkan buang blog ni... haha terimalah blog ini seadanya ye... Kalau Dieyna buang blog ni,, ramai pulak yang RINDU kan kan kan haha perasan.... apa- apa pun

TERIMA KASIH KAWAN... SAYANG KORANG KERANA PRIHATIN


Nah, bunga untuk korang yang sudi komen..

Sabtu, 7 April 2012

#Ayat Paling Best..Percayalah

Korang baca sendiri ye... Memang best sangat ayat- ayat diorang ni.. Lepas tu cuba bagi markah ye.. hehe Boleh ke???




Khamis, 5 April 2012

Misteri Terungkai..

Korang dah baca entri pasal HANTU dalam gambar sebelum ni kan?? Sebenarnya, zaman moden ni macam- macam boleh buat, lebih- lebih lagi kalau anda pakai hp yang canggih manggih.. Softwarenya pula, mudah dapat. Ada internet maka segalanya di hujung jari.

Korang mesti tahu pasal Android ataupun Blackberry kan..Sebenarnya, ada sejenis Software yang diberi nama Ghost Camera dalamnya. Korang boleh letak gambar Hantu kat mana- mana lokasi sebelum gambar di ambil. Hasilnya, selepas disnap akan muncullah gambar hantu tersebut di dalam gambar itu. Contohnya macam ni
Takut kan.. Hihihi
Jika korang pakai telefon Samsung yang berperisian Android, korang juga boleh memuatturunkan aplikasi ini ke dalam telefon korang. Cubalah guna hehe selepas tu bolehlah tampal gambar hantu tu kat mana-mana korang suka... selepas tu korang buat cerita misteri rekaan kononnya korang bergambar n ada hantu dalam gambar tu .. hehe Jangan diikut nasihat ini..
Bijak kan???
Jadi, misteri gambar di KSB kemaman tu sudah terungkai.. Mungkin ianya hasil daripada kecanggihan aplikasi telefon.. Jangan takut- takut lagi eik... 

p/s : Terima kasih kepada Cikgu Azrul dan Cikgu Hamedan yang merungkai misteri ini... Dieyna pun hampir percaya gak dahulu.. Sekarang tidak lagi... Hehe




Jumaat, 30 Mac 2012

Kucing Oh Kucing!

Ada seekor kucing tu, selalu bertenggek kat pintu dapur rumah Dieyna. Dah halau berkali- kali tetap juga Sang kucing tu menempel. Nak- nak time kitorang makan. Lagi cepat sampai. Awal2 Dieyna buat tak peduli je, bukannya suka kucing pun. Tetapi, kucing tu tetap setia duk kat pintu tu setiap kali Dieyna buka pintu dapur. Wat muka kesian laa kononnya. Akhirnya Dieyna tumpas jugak dengan muka kesian kucing tu. Dieyna bagi makanan. Kucing tak bertuan pasti kelaparan.

Agaknya kalau wat muka kesian begini, lagi terharu huhu

Ada orang kata kat Dieyna, "Dang bagi makan sekali, kucing tu akan mari sokmo ar umah mung". Benar bagai di kata, memang kucing tu datang sokmo.. Huhu dang memberi makan kepada kucing tu sebagai satu rutin harian Dieyna.. Siap beli FRISKIES lagi , siap rebus ikan lagi untuk kucing tu makan. Skang ni, kucing tu dah bawak anak-anak dia sekali lepak kat umah Dieyna.. Comey2 gak anaknya. Nak marah lebih2 pun, bukannya haiwan tu faham. Sudahnya layan jelaa.. 

Hari ini, Dieyna rebus seekor ikan kembung untuk kucing dan anak-anaknya. Tersentuh sangat hati, bila Dieyna tengok, kucing tu biarkan anak- anak nya dahulu makan sampai abis. Kucing tu?? Cuma baring di tepi melihat anak- anaknya makan. Aduss... terharunyaaaa.... Ibu kucing pun sayangkan anak-anaknya kan>>>??? Manusia???

p/s : Manusia yang buang anak, dera anak.. Adakah mereka lebih rendah tahapnya daripada seekor kucing???? Masih terbayang lagi, situasi kucing dan anaknya tadi..


Selasa, 27 Mac 2012

L E T I H

Im So Tired Today

Tak de idea untuk entri... tetap nak update blog.. nak lepak2 macam ni jer... boleh??? hehe


p/s : Kawan2, tengah kumpul tenaga nak blogwalking , esok yer... hehe sempat jengah beberapa blog sahaja ari ni.. sebabnya letih. Sekarang nak zzzzz.
gudnite....

source : en google


Selasa, 20 Mac 2012

Asah Otak Skit : Teka- teki

Jom jawab teka- teki ni ye kalau korang terer lah... Asah otak skit biar berfikir yer.. Ini teka- tekinya..

Alkisah dalam sebuah kampung, ada satu perigi yang sangat dalam, ibarat kata kalau kita jenguk ke dalam memang tak nampak apa-apa. Gelap gulita. Suatu hari, seorang budak muda ternampak seekor lembu sedang meragut rumput kat sebelah perigi tu, tiba- tiba lembu tu tersalah langkah lalu terjerumus ke dalam perigi yang gelap gulita tersebut. Anak muda tersebut berlari menuju ke rumah Tok Ketua dan melaporkan apa yang dilihatnya tadi. Maka, berduyun- duyunlah orang kampung pergi ke perigi berkenaan untuk membantu lembu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Untuk pengetahuan, dalam kampung tersebut ramai sangat yang menternak lembu jadi berlakulah kekonfiusan tentang MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU". Soalannya :-

SEBAB APA PAK DOLLAH BEGITU YAKIN KATA LEMBU DALAM PERIGI TU MILIKNYA, SEDANGKAN PERIGI TU GELAP- GELITA, TAK LEH NAMPAK PUN LEMBU YANG JATUH TU.. 
Lebih kurang beginilah keadaan rumput di sekeliling kawasan perigi tu..
Nampak tak kiri kanan macam ada laluan.


P/s : Jawapan dah ada ni, cuma nak uji ketereran korang menjawab soalan teka- teki yang panjang berjela- jela ni je.. haha cepat buktikan ketereran korang ye... Sapa2 yang menjawab dengan tepat dan padat, Dieyna akan REVIEW BLOG dia.. hehe oke tak hadiah tu???


Catatan Popular