Halaman

Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Jun 2017

DIY : Kitar semula tikar lama dan almari cube


Semalam sembang-sembang dengan rakan dalam whatsapp berkenaan dekorasi rumah. Kebetulan kawan Dieyna tu, Eza jual karpet patchwork jadi Dieyna mintalah ideanya untuk tikar bawah meja makan. Macam-macam design dia tunjuk, tapi Dieyna rasa macam tidak sesuai je nak letak patchwork tu. Bukannya apa, bawah meja makan kan dengan adanya kanak- kanak ribena mesti ada nasi, lauk pauk yang tumpah. 

Eza pun bagi idea, DIY semula je tikar RM10 tu kepada tikar yang nampak macam tikar mahal... Memang menarik sangatlah kan.. Dia pun tunjuk tikar yang dia dah selamat DIY kan.. memang mabeles... sekali pandang macam karpet IKEA padahal tikar biasa je hahaha

Jadi, ideanya.. beli je wallpaper sticker yang coraknya ala- ala Ikea nya rekaan. Maka, Dieyna ajak Eza pi IKEA PAKA (Personal Shopper tapi buat stok di rumahnya). Tak tunggu lama, berkenan corak dan terus balik ke rumah Eza. Gigih Dieyna bawa tikar lama tu ke rumah Eza hahaha. Maka, kerja- kerja pemasangan pun bermula......

Inilah tikarnya, tikar ABC
Tikar ni Dieyna beli masa Dhia Hannah kecik lagi.. Sekarang, gambarnya dah koyak-koyak, Nak buang rasa sayang, mujur Eza bagi Idea bernas tu..Susah juga nak memasangnya campur gangguan daripada kanak- kanak ribena. Walau pelbagai dugaan, akhirnya tikar siap dibalut.
Dah siap. 
Tikar bawah meja makan Eza tu pun hasil DIY nya lah tu. Dieyna cari corak tu dah takde di IKEA Paka. Jadi , ambil je yang mana ada. mujur cantik kan...? Cantik di mata kami lah hehe Balik rumah tak sabar-sabar terus letak bawah meja makan... hehe
Siap. Kos cuma RM25 + tikar lama.
Projek seterusnya, tukar almari pakaian anak, Dhia Hannah dan Dhia Arissa. Sebenarnya sebelum ni Dieyna belika almari bentuk cube kat diorang. Lama dah almari tu, lama- lama jadi reput dan nampak serabut je sebab pintunya xleh tutup rapat. Faham- faham jelah kan, diorang ambil pakaian sendiri. Kadang- kadang elok je, kadang- kadang ya ampun... berterabur. Ibunya pula bukannya rajin sangat nak kemas semula. Tunggu ada feel mengemas baru lah mengemas. Kalau tak , berserabai je baju2 diorang dengan keadaan pintu almari cube yang keuzuran tu. Faham kan betapa serabutnya mata memandang...

Jadi, Dieyna beli jelaa almari lain untuk diorang. Pejam mata je membeli di kala nak berhari raya ni. Tapi keserabutan mata perlu diatasi kan. Ada juga survey almari di kedai- kedai perabot berdekatan, tapi tak ada yang berkenan.Almari kartun yang besar sikit pun harga RM500++. Last sekali, jumpa yang berkenan di IKea Paka juga.. Almari tiga pintu Dombass.. Harga promosi katanya RM419.. Harga di Ikea sebenar mungkin murah lagi.

Almari cube tu Dieyna tak buang tapi Dieyna DIY jadi kotak simpan barang- barang mainan anak. Alhamdulillah, tidaklah berlaku pembaziran disitu. Bahagian yang reput buang jela. 

 Next projek.. deko bilik anak dara ni... hehe



Isnin, 12 Oktober 2015

Cara menjaga kesegaran sayur dalam masa yang lama

Tajuk bukan main lagi panjangnya hehe.. Al-kisahnya, baru ni ada jumpa perkongsian daripada seorang sahabat FB tentang cara menjaga kesegaran sayur. Ye lah sayur kan sekali beli, beli banyak sekaligus selepas tu simpan dalam peti sejuk. Dua tiga hari dah boleh layu dah. Tapi cara ni memang sangat efisyen. Saya dah try berkali- kali memang sayur tahan lama, lebih seminggu sayur masih lagi kelihatan segar bugar lagi.

Caranya mudah sahaja.
sumber gambar: blog http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
1. Mula-mula, rendam dahulu semua sayuran tu dalam air bagi membuang bahan- bahan kimia terlindung. Rendamlah dalam 10 ke 15 minit. Taburkan sedikit garam dalam air rendaman tu. 

sumber gambar : http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
2. Dah betul- betul puas hati dengan kebersihan sayur tu, toskan airnya terlebih dahulu. 

sumber gambar : http://cilikeringmerah.blogspot.my/2015/09/cara-nak-kekalkan-kesegaran-sayur-yang.html
3. Simpan sayuran tersebut di dalam bekas bertutup. Ada yang nak asingkan sayur tu, ada yang letak sekaligus dalam satu bekas besar macam dalam gambar di atas ni. Apa pun kedua2 cara ini mampu menjadikan peti sejuk kita nampak kemas dan bersih je..

Saya memang gerenti cara ini memang berjaya menjaga kesegaran sayur- sayuran atau buah- buahan dalam jangka masa yang lama. Cuba dahulu baru tahu. Sebelum ni, banyak kali dah kes terpaksa buang sayur, sebab rosak sebelum sempat dimasak. Alhamdulillah, selepas ni selamat sayur-sayuran daripada dibazirkan. 

ps: Cara ini juga boleh digunakan untuk buah- buahan tau. Cuba je.. 

Ahad, 22 Julai 2012

Nak Tulis Apa Eik??

 

Aduss ,, bulan Julai ni bulan sendu menulis,. BW pun kurang.. Idea hilang ntah ke mana… Terima kasih kepada rakan- rakan GSF dan rakan blogger yang masih sudi bertandang walaupun entri yang ada agak sendu sedan.. hehehe

Nak tulis apa lagi ye… urmm… fikir jap… korang berbuka apa semalam?? Hari pertama berbuka puasa mesti ada yang kemaruk makanan kan??? haha Kitorang masak ni je

DSCN3870

Sup sayur untuk Hannah dan orang yang dalam pantang. Kari ikan kurau dan sambal pedas sotong. Untuk desert pulak, Dieyna sediakan ini

DSCN3869

Puding Karamel Milo….Segar tekak tatkala memakannya tika sejuk. Hehe berminat nak dapat serbuk ni .. boleh jengah D Hannah Shoppe ye.

Hari ni pulak cadangnya nak buat nasi lemak kukus untuk berbuka puasa.. Korang cadang nak masak apa pulak untuk hari ni? Jom kongsi skit.. hehe

Isnin, 16 April 2012

13 Cara Menjadi Pasangan Romantik


Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.


1.Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

2.Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3.Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4.Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5.Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya dan begitu juga sebaliknya.

6.Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7.Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8.Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

9.Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10.Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11.“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12.Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13.Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

Pesanan daripada Dieyna : Gambar2 di atas adalah hiasan semata- mata.
Sumber artikel : Majalah Pa & Ma online
Sumber gambar : www.google.com/image

Jumaat, 23 Mac 2012

Review blog : Suara dan ceritaku

Setiap kali Dieyna mengunjungi blog suara dan ceritaku pasti air mata ini mengalir. Sedih dan simpati atas dugaan yang dia hadapi. Membesarkan tiga orang putera yang istimewa dan dirinya sendiri menghidap penyakit yang berbahaya, kanser. Berat dugaan yang diterimanya namun dia laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Bukan kewangan yang dipinta cuma blog itu tempat dirinya meluahkan rasa, berkongsi derita dengan insan yang sudi membacanya. Punyai anak namun tiada panggilan "ibu" untuknya dek kerana ketiga- tiga anak tak mampu berbicara. Pagi ini, Dieyna berkunjung lagi ke blognya, membaca luahannya diselitkan pula lagu kisah dongeng, air mata ini tak berhenti mengalir. Sayu sangat dalam hati. Tak mampu menolong namun kata-kata semangat sahaja yang mampu dititipkan kepadanya. 

Kagum dengan semangatnya, ketabahannya dan kesabarannya. Pasti Allah menghidangkan yang terbaik buatnya nanti. Hadiah atas keikhlasannya menerima dugaan yang berat. Lawatilah blog nya, korang pasti tahu ceritanya. 

Sokongan kita terhadap dirinya dan suami mungkin mampu menjadi ubat penenang kegalauan hati mereka.  Sokongan kita juga mungkin menceriakan hari- hari mereka. 

Ya Allah, engkau ringankanlah penderitaan keluarga ini, engkau tenangkanlah jiwa mereka, engkau berikanlah ketenangan pada jiwa mereka agar mereka tidak berputus asa atas takdir diri mereka, Engkau tingkatkanlah keimanan mereka ya Allah. Engkau murahkanlah rezeki mereka agar tiada kesempitan dalam menjaga amanah istimewa yang engkau berikan.  Amin.

p/s : Jangan pernah kita merasa hidup kita paling derita padahal ada insan lain yang lebih menderita daripada kita. 

pesanan dari penaja : Ada GA baru dieyna join, klik sini yer http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/03/jom-join-1st-ga-mymommashop.html

Ahad, 18 Mac 2012

Dari Dapur Dieyna : Kek Coklat Senang

Bijak tak nama resepi ni.. hehe Dieyna dapat resepi kek coklat ni daripada seorang rakan sejawatan iaitu Kak Rohimah Mohamad. Dia kata dia selalu buat kek coklat ini, sekejap je dah siap.. hehe korang nak resepinya tak? Kalau nak angkat tangan skang? Haha sebelum bagi resepi, korang tengok gambar dulu yer.. Bagi mata dulu yang santap, nak perut santap? Korang kena follow resepi lah :))
Abaikan objek2 yang berada di sekitarnya..
Sila fokus objek utama yang terletak di atas pinggan putih tu oke

Bahan- bahan untuk kek coklat senang ini ialah
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan susu pekat (Dieyna kurangkan kepada 1/2 cawan je, xelok manis-manis)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak masak (minyak jagung/ sayuran)
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
Cara membuatnya pula ialah

  • Panaskan kukusan. Tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Tuang adunan dalam loyang.
  • Kukus dalam kukusan. Lebih kurang 45 minit. 
  • Siap untuk dihidang.
Senang kan.. Budak sekolah pun boleh buat. Korang cubalah pulak yer.
Selamat mencuba...



Sabtu, 17 Mac 2012

Mulut Oh Mulut !

Banyak peribahasa ataupun kata- kata bidalan berkenaan mulut ni.. Kerana mulut badan binasa.. Sebab apa kata macam tu, kerana kata- kata kita, mungkin ada orang yang terkecil hati, terguris rasa, tersinggung jiwanya.. Semuanya kerana mulutkan?? Mengumpat pun guna mulut jugak kan?? Hehe

Tiba- tiba je buat entri pasal mulut ni yer.. sebabnya ada satu benda yang terlintas dalam fikiran, rasa nak share sangat benda ni.. Rasanya korang pun pernah kena kan??

Sumber gambar : freedfreedom-love-u.blogspot.com
Masa hidup membujang, orang akan tanya begini
"Bila engkau ni nak kahwin, umur dah tua, kerja dah ada, memilih sangat ni, tu yang payah dapat jodoh"
Dalam hati, senangnya mulut berbicara, ingat pilih jodoh tu macam pilih ikan kat pasar agaknya, takkan nak jadi perigi cari timba plak... mulut oh mulut!

Sumber gambar : hakaluka.blogspot.com   
Bila dah kahwin, mulut orang tak berhenti lagi.. sebut mulut orang kan??? Nak2 kalau dah lama kahwin tapi masih belum ada anak lagi.
"Korang ni dah lama kahwin, cepat-cepatlah ada anak plak, takkan nak berdua je sampai bila-bila, korang tak usaha ke nak anak.. korang tak nak anak ke??"
Lagi melampau kan mulut orang ni .. Kalau dah takde rezeki lagi, nak buat macam mana.. ada orang cepat rezeki tang anak, ada yang payah pulak dapat anak, Kita dah usaha tapi kalau anak tu bukan rezeki kita lagi, sabarlah.. apa daya kita kan.. Adus2, mulut oh mulut!
Sumber gambar : wmazmi.wordpress.com 
Bila dah dapat anak, ada lagi soalannya.. hehe ingatkan dah berenti mulut bertanya kan.. tapi jangan risau ye, soalan cepu emas masih ada, tapi versi berlainan pulak.
"Si gegurl/boboy ni dah besar ni.. bila nak bagi adik kat dia plak? Bagilah kawan kat dia pulak, Tak payah nak merancanglah, ada rezeki untuk anak tu nanti.."
Malas nak komen dah.. fikir sendirilah jawapannya... Mulut oh Mulut!

Mulut manusia bukannya mulut tempayan, boleh ditutup2.. Biar je diorang bertanya, lama- lama nanti bosanlah diorang bertanya.. itupun kalau diorang bosanlah kan... hehe

p/s  Realiti kehidupan, betul tak???

Mengapa begitu jadinya????

Pagi- pagi baca surat khabar harian Metro. Tersentak rasanya . Mengapa begitu jadinya?? Isteri hamil dua bulan ditikam bertubi- tubi. Amarah jenis apakah itu?? Tiada jalan penyelesaian ke sehingga membunuhnya. Kesalahan besar apakah yang si isteri lakukan sehingga mati adalah penyudahnya.. 

Menyesal dan menangis air mata darah sekalipun si isteri tak akan bernyawa kembali. Tunggu jelah prosiding mahkamah nanti, pasti terbongkar sebab musabab kejadian. Kita?? Tunggu dan lihat.. Jangan terus menghukum yer.. Pasti ada sebabnya... Cuma ianya tak sepatutnya berlaku.. 

p/s : Sabar itu separuh daripada iman. ALFATIHAH UNTUK SUZILA SABTU.

Jumaat, 16 Mac 2012

Puas Hati :))

Semalam tension dek penangan si mondok, kalau nak tahu boleh baca entri ini yer.. Hari ini rasa puas hati, gumbira gumbira.. sebabnya si mondok tersebut telah berjaya diperangkap dan dihapus kira.. Dah siap kebumi elok2. bagi jadi baja haha.. Boleh pulak Dieyna bergumbira atas kematian makhluk lain kan... gembira ni tak apa sebabnya spesis binatang makhluk perosak HARUS dibunuh. Daripada kita membahayakan diri kita, baik kita hapuskan dia.


Godek- godek pak cik Google, jumpa petua ini..

CARA- CARA MENGELAKKAN TIKUS MEMASUKI RUMAH
Letak daun limau purut di dalam rumah, tabur di sekitar tempat binatang ini kelihatan, Insya Allah tak cukup kaki, binatang ni lari. Kena pi beli daun limau ini lah nampaknya. 
Pokok limau purut baru je beli, tapi
Uncle yang jual pokok tu kata, jangan petik lagi daunnya,
kena tunggu besar dulu baru petik..
sumber gambar 
Letak daun pandan
Guna produk serai wangi

Letak buah epal malaysia (Mana nak cari ni eik)
Tak pasti pulak keberkesanan petua- petua ini, tapi Dieyna nak cuba la... Biar satu rumah bau limau purut takpe asalkan kelibat si mondok tu tak kelihatan. hahaha gelak jahat. 

p/s : Korang ada petua lain tak?? Boleh kongsi dan dicuba.

Khamis, 15 Mac 2012

Tension ! Tension !

Hari ini tak sempat nak berblogwalking, apatah lagi naik taip dua tiga entri.. Sebabnya, hari ni buat operasi membersihkan bilik stor.. Tension dibuatnya, ada Sang mondok pulak dalam rumah.. Boleh pulak ia bermastautin dalam bilik stor.. Laci tempat Dieyna simpan buku, jadi tandas awam ia pulak.. Busuk + hancing.. Sayang buku2 tu, kenangan dari sekolah lama.. Buku tak basah tapi bau bekas air kencingnya ada... Maknanya kena buang laa kan.. Pejam mata jelah kan.. huhu sedih betul..

Dulu takde pun binatang ni dalam rumah, tapi sejak rumah sebelah ni dah naik hutan lalang.. tibe plak ada ia dalam rumah.. Dahlah skang ni duk risau wabak kencing tikus... huhu

Mestii tikus tu marah kan, Dieyna
kacau taman permainannya.. tapi peduli apa,
yang penting stor tu bebas dari kekotoran.


P/s : Sayangnya kat buku- buku tu... Ada jalan penyelesaian lain tak selain dibuang.. huhu Sayang sungguh2 ni.. sentimental value tu..

Rabu, 14 Mac 2012

Resepi Si Kecil : Nasi Goreng Tomato

Meh nak kongsi resepi lagi, resepi budak kecik kat rumah ni.. Resepi biasa- biasa je.. Korang pun biasa buatkan :)).. Tapi takpelah, nak kongsi jugak.. Kat sini kan ruang untuk berkongsi.. Ini nasinya dimakan bersama keropok goreng.. 

Nasi goreng tomato Hannah + ibunya
Korang boleh baca resepi ni yer, macam biasa lah kalau nak cuba buat, sangat dialu- alukan... hehe macamlah korang tak pernah buat nasi goreng kan... Hayatilah resepi ni sepenuhnya yer...
  • Daging ayam dipotong kecil- kecil
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1/2 sudu kecil cili boh 
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kicap. sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara membuatnya pula
  • Panaskan minyak masak
  • Masukkan ayam. Goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bawang kisar dan cili boh. Kacau rata.
  • Masukkan sos tomato, kicap dan sos tiram. Kacau dan tunggu hingga nampak garing. 
  • Pecahkan telur. Besarkan api dapur dan kacau telur tu sehingga masak.
  • Masukkan nasi putih. Taburkanlah garam. Kacau sehingga semuanya sebati.
  • Siap untuk dihidang..
Kalau masak nasi goreng ke mi goreng ke, Dieyna suka goreng ayam terlebih dahulu.. Bagi ayam tu garing dan masak sikit barulah masukkan bahan- bahan tumis... Bukan apa, nak pastikan ayam tu betul- betul masak sampai ke tulangnya.. Nak buat macam mana kan, stail memasak berbeza- beza kan. Bab telur pula, wajib basuh yer.. Korang pun tahu kan, kenapa perlu basuh telur ayam tu .. Buatnya kat telur tu ada najis.. tak pasal2 makanan yang kita masak jadi makanan bernajis.. bukan kita perasan pun kalau serpihan najis tu masuk dalam makanan kita.. Untuk lebih yakin dan menjamin kebersihan masakan, pastikan telur ayam tu dibasuh ye.. 

p/s : Resepi + tips dah tu hehe



Betul atau tidak???

Betul tak penyataan Dieyna ni


Suri rumah lebih banyak kerja daripada orang yang bekerja. Orang yang bekerja cuma kerja 8 jam sehari kadang- kadang je OT kan. Tetapi suri rumah pula, start keje seawal pagi hinggalah lelapkan mata tengah malam tu. Basuh kain, sidai kain, masak, kemas rumah, uruskan anak, masak petang pulak, lipat kain, masak lagi, basuh pinggan mangkuk lagi dan banyak lagilah adalah rutin harian seorang suri rumah. Kalau suri rumah yang bekerja pula, tanggungjawabnya lagi besarkan, pada urusan keluarga dan juga urusan kerjaya.Lepas o Jangan ada yang kata pulak, suri rumah takde keje. Sebenarnya suri rumah lah yang paling banyak keje...Betul tak??? Pendapat korang macam mana pulak???
Tugas seeorang suri rumah

Rabu, 7 Mac 2012

Wordless Wednesday # 4 : Milo oh Milo


Ingat lagi masa sekolah2 dulu.. Time hari sukan ke atau ada program tertentu di sekolah, mesti lori Milo ada.. Suka sangat dapat minum Milo free waktu tu.. Sekarang ni, Milo masih lagi setia dengan perkhidmatannya, masuk ke sekolah2 dah memberikan minuman untuk budak2 sekolah.. Reaksi budak2?? Masih sama... suka sangat2 dapat minum Milo.. Bukan budak je suka, Cikgu2 pun suka gak... hehe 

Beratur untuk ambil secawan milo sejuk...

Kita minum dulu.....
Terima kasih Milo...  Lepas ni jangan lupa datang lagi....

Ahad, 19 Februari 2012

~Jujur Aku Dayus~

Semalam tak sempat tengok cerita ini..

Mujur hari ini Perekacerita.com dah
share download link
Lakonan mantap Nora Danish dan Beto Khusairy..
dan jalan cerita yang menarik...

Seksanya jiwa apabila sang suami diam seribu bahasa
Tidak tahu di mana salahnya..
Tidak tahu apa puncanya..
Hanya teka- teki menyelubungi..
Mulalah datang syak wasangka
Curiga mencurigai..
Sedangkan semua masalah ada penyelesaiannya..

Apa2 pun.. cerita ini mmg best..
Sesuai untuk tontonan para suami dan isteri
Ada mesej yang disampaikan
Para isteri..
JANGAN SESEKALI MELAKUKAN TINDAKAN TANPA IZIN SUAMI

para suami pula
JANGAN TERLALU MENGHUKUM TANPA MEMOHON PENJELASAN TERLEBIH DAHULU,
KADANG2 YANG TERSURAT ADA YANG TERSIRAT
KADANG2 YANG TERLIHAT ADA YANG TERLINDUNG..

Bertindaklah dengan akal yang waras..

Fikir- fikirkanlah...



Sabtu, 18 Februari 2012

Sarapan Pagi ~~ Cekodok Manis

Hari ini fikiran buntu.. tak tahu nak buat apa untuk sarapan pagi

Fikir punya fikir, terpandang tepung gandum..
Hehehe apa lagi, terus ambil mangkuk, tuang tepung, masukkan garam, gula, telur n air
Kacau- kacau sehingga semua bahan sebati..

Panaskan kuali, tuang minyak.. dan mula menggoreng
Maka, inilah hasilnya


Enak dimakan suam2...


Khamis, 16 Februari 2012

Dari Oven Dieyna: Kek Gulung 3 Rasa

Salam semua.. dah lama rasanya tak buat entri pasal makanan kan..hehe
Semalam sekolah Dieyna adakan mesyuarat agung PIBG..
Dieyna pulak dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bahagian jamuan VIP 
Bukan Dieyna sorang tetapi dengan beberapa orang rakan lain termasuklah pemilik blog Fatmasha.
Bincang punya bincang, kitorang pun buat keputusan untuk buat kuih homemade...
jadi Dieyna offer diri untuk buat Kek Gulung untuk para VIP dan cikgu- cikgi nanti...

Inilah rupa kek gulung yang dibuat sendiri....

Baru keluar oven ni.. masih panas lagi

Kek digulung dan dibalut plastik

Selepas dipotong dan dihidangkan kepada hadirin

Sangat puas hati apabila kek ini sold out.. 
hehe sungguh2 puas hati..

Kalau korang nak try buat sendiri pun boleh..
Ambil resepinya di sini.. Dapurku Sayang
Dieyna pun guna resepi ni cuma ada pengubahsuaian je sikit.. hehe

Catatan Popular