Sabtu, 3 Jun 2017
Dari Dapur Dieyna : Spiral Baked dan Cheese
Sabtu, 8 Disember 2012
Makan- makan di Sri Affa, East Coast Mall
![]() |
| Steambot.. ada dua jenis Original dan Tomyam.. Harganya RM24.90 sesuai untuk tiga orang makan... |
![]() |
| Capuccino Milk Shake |
![]() |
| Nasi Ayam.... |
![]() |
| Fun Fries yang rangup.. sedap... |
![]() |
| Menu untuk Hannah , Fish and Chips.. Seronok tengok hannah makan ni.. berselera... |
![]() |
| Mamak Fried Noodles... Santapan Dieyna.. Sedap.. kena dengan selera.. Harga RM8.90. |
![]() |
| Tak tau nama apa.. kakak Dieyna punya.. dia kata sedap.. ada rasa macam mi maggi.. |
![]() |
| Antara menu yang menjadi tumpuan di sini... |
Rabu, 1 Ogos 2012
Serbuk Cheese Ala Cheezy KFC
INFO TAMBAHAN
Ahad, 22 Julai 2012
Nak Tulis Apa Eik??
Aduss ,, bulan Julai ni bulan sendu menulis,. BW pun kurang.. Idea hilang ntah ke mana… Terima kasih kepada rakan- rakan GSF dan rakan blogger yang masih sudi bertandang walaupun entri yang ada agak sendu sedan.. hehehe
Nak tulis apa lagi ye… urmm… fikir jap… korang berbuka apa semalam?? Hari pertama berbuka puasa mesti ada yang kemaruk makanan kan??? haha Kitorang masak ni je
Sup sayur untuk Hannah dan orang yang dalam pantang. Kari ikan kurau dan sambal pedas sotong. Untuk desert pulak, Dieyna sediakan ini
Puding Karamel Milo….Segar tekak tatkala memakannya tika sejuk. Hehe berminat nak dapat serbuk ni .. boleh jengah D Hannah Shoppe ye.
Hari ni pulak cadangnya nak buat nasi lemak kukus untuk berbuka puasa.. Korang cadang nak masak apa pulak untuk hari ni? Jom kongsi skit.. hehe
Jumaat, 13 Julai 2012
Puding Karamel
Pernah dengan puding karamel?? Mesti pernah dengar punya. Puding ni perlu dikukus atau dibakar terlebih dahulu sebelum disejukkan dan dingap hehe dimakan….
Ini resepi asalnya yang Dieyna ambil dari blog SweetHoney

Puding Karamel
Sumber : @Sue-Hasue
Resepi asal : emee @ myR
Bahan-bahan
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard
Cara-caranya
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..
2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi
4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..
Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..
Nak tengok puding karamel Dieyna yang menggunakan resepi lebih mudah dan lebih pantas, yang penting setanding dengan resepi di atas….
Resepi Dieyna mudah sahaja, tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu telur, tak perlu esen vanilla dan tak perlu tepung kastard… Hehehe abiss tu dah semua tak perlu, apa yang perlunya??? Konfius konfius…
Resepi Dieyna korang hanya perlukan gula dan susu.. Haha tak percaya ke??? Percayalah…. cuma dalam resepi Dieyna ada satu bahan rahsia… iaitu jeng jeng jeng

Ini laa dia.. korang baca sendiri kat cara- cara tu … Budak darjah 6 pun boleh buat puding ni hehe.. Sediakan gula hangus dalam loyang, didihkan susu cair atau fresh milk dalam periuk berasingan… Apabila susu dah mendidih, masukkan serbuk di atas , kacau perlahan. Padamkan api. Tuang dalam loyang. Masukkan dalam peti selama 2 jam… Terbalik untuk dihidangkan… Senang kan..????
Sangat enak apabila dimakan sejuk- sejuk…
Nah sepotong untuk hidangan mata korang… tapi ianya menjadi hidangan perut Dieyna.. haha sila jeles…
Cuba tanya diri korang…rasa-rasanya berminat tak nak cuba resepi puding Karamel Dieyna ni… Kalau berminat, boleh sms Dieyna untuk tahu harga serbuk easy caramel tu di talian 019-2481068.. ataupun bolehlah korang membuat pertanyaan di D Hannah Shoppe fanpage/ Best Tupperware
Ps : Ada lagi produk baru akan menyusul selepas ni…. tunggguuuuuu
Isnin, 9 Julai 2012
Maggi Ketam 4x4 vs Nasi Ayam
Sana sini orang duk bercerita pasal Restoran Maggi Ketam, terliur jugak nak mencubanya. Balik Kemaman baru ni, ajak en Suami pi restoran Maggi Ketam.. Sebenarnya Dieyna tak suka makan ketam sebab payah nak ambil isinya.. pemalas … jadi Dieyna order maggi jugak, tapi maggi seafood… En Suami pula makan nasi putih, Tomyam ayam dan telur dadar.. Manakala menu untuk Hannah kongsi dengan tokwannya, mihun sup… Layanlaa gambar- gambar ni ye….
Maggi Seafood RM 6.00.. Isinya sebungkus maggi, 3 ekor udang, 3 ekor sotong, 3 ekor kepah dan hirisan lobak.. Pedasss desiiiipp… tapi sedap.. Kalau masak sendiri maggi ni di rumah, dok sampai pun RM6 kosnya kan??? Heheh
Gabungan mantooop untuk perut yang kelaparan.. Nasi putih RM 1.50, telur dadar RM 1.00 dan tomyam yang juga pedas dessiip RM 5.00.. Tomyam memang kaw2 punya, sampai berpeluh laa makannya…
Menu untuk si kecil dan tokwannya… Malangnya kedua- duanya takmbuh makan, tokwannya kata kenyang.. Hannah pula demand, sibuk nak main.. Sudahnya mihun sup ini ditapau.. Harganya kalau tak silap RM 5.00 jugak…Rasanya pula tak pasti.. Sedaplah kot..
Hari ni pulak, Dieyna pi makan Nasi Ayam Azuwa Café yang tersohor sedapnya.. Hehe kenalaa test, betul atau tidak, nasi ayam ni sedap..
Kepak ayam yang berselimut.. agak pemalu sebab tu duk berselindung.. Hehe pemalu sangatlah kan.. Sudahnya selamat masuk perut.. Sodaaaappp
Nasinya yang nampak macam sedikit pada awalnya, namun setelah dimusnahkan binaannya.. banyak jugak.. nasinya lemak berkrim gitu, ada rasa manis- manis mungkin dia masukkan gula kot.. Tapi okelaaa.. Kalau makan banyak, mungkin agak muak laa kot..
Kombinasi terakhir.. Supnya yang sangat delicious.. Sos kicap bercili yang pedas dan pastinya sedap…. Alhamdulillah, kenyang.. Tambah kenyang 2x ganda sebab orang belanja haha
Inilah kedainya Azuwa Café.. lokasinya bersetentang dengan Hospital Dungun.. Susah sikit nak parking kereta, terpaksa parking di tepi jalan raya yang kenderaannya bersimpang siur… Sedap punya pasal, parking kereta ikut dang pun takpe.. hehe… Satu lagi perkara best untuk dikongsi, adalah harganya.. Jeng jeng jeng… Dua pinggan nasi ayam yang marbeles dan 3 gelas air yakni teh o bing, teh o bing limau dan ais kosong berjumlah RM7.00.. Sungguh murah.. kualiti dengan harga berpatutan.. Jom pakat makan sining ramai- ramai…
Tamatlah cerita Jalan- jalan cari makan…. Hehe kena tulis cepat entri ni, masuk bulan ramadhan nanti tkleh tulis pasal makanan dah hahaha
Rabu, 13 Jun 2012
Makan- makan di Restoran Penyu
Sebenarnya dah lama nak taip entri ni tetapi masa untuk mengupload gambar daripada kamera ke dalam laptop tidak mengizinkan. Biasalah kan..
Kali ni Dieyna nak share berkenaan jamuan perpisahan Guru Penolong Kanan sekolah yang diadakan di Restoran Penyu, Paka. Tanpa membuang masa.. meh tengok makanan yang disantap oleh kitorang.. hehe
Inilah makanan yang Dieyna makan semasa jamuan tu.. Bukan makan sorang tau.. Makan ramai-ramai, 10 orang satu meja. Makanan dihias menarik.. cuma sayangnya rasanya agak manis. Dieyna memang tak berapa minat sangat makanan manis- manis ni.. Walaupun begitu, makanan ni semua selamat dihabiskan oleh kami bersepuluh.. Hehe lapar punya pasal.
Lokasi Restoran Penyu ini sangat mudah dicari. Ianya berada di laluan utama ke Kuala Terengganu, berhampiran pasaraya Ten Ten, Paka.. Kalau datang Paka, bolehlah singgah ke restoran ini kalau nak mencubanya..
Sabtu, 26 Mei 2012
Dari Dapur Dieyna : Homemade Nugget
Rasanya dah lama tak share resepi kat sini kan? Jadi, hari ini Dieyna berbesar hati nak kongsi resepi membuat nugget sendiri di rumah.. Resepi Dieyna dapat daripada laman web Jintanmanis.com. Dah banyak kali dah buat, Alhamdulillah berjaya. Rasanya boleh tahan.. Kalau nak kata mana yang lebih sedap, mesti ramai yang kata nugget segera di pasaran lebih sedap.. Hehe fikirlah semula, banyak mana bahan perasa tambahan yang digunakan untuk menyedapkannya.. Yang buat sendiri ni, lain skit sebab kita tahu bahan apa yang kita letak dalam tu. Betul tak kengkawan?
Kepada yang ingin mencuba.. Ini dia resepinya, Dieyna copypaste dari SINI
Bahan-bahannya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
- 400gram daging ayam kisar
- 250gram taufu lembut
- 1/2 biji telur
- sedikit garam
- 200gram serbuk roti warna putih ( boleh guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
- lada sulah
- 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
Bahan Coating*
- 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
- 180gram serbukroti warna oren
Cara-Caranya
- Toskan taufu bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
- Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari.
- Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. . Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba.
:Tips
- Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya
- Kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
- Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.
P/s: Entri ni guna Windows Live Writer tau.. KLIK SINI..
Ahad, 8 April 2012
Dari Dapur Dieyna: Homemade Cheezy Wedges
| Korang nampak tak Sos Cheezy yang warna Kuning emas tu.. Hehe Kalau minat, boleh beli dengan Dieyna ye.. Setanding KFC tau.. |
| Saat-saat terakhir sebelum tinggal pinggan sahaja hehe |
P/S : Berminat dengan serbuk cheese ala Cheezy KFC tu, boleh contact Dieyna yer.. FB Best Shop atau tinggalkan komen di entri ini...
Isnin, 2 April 2012
Dari Oven Dieyna : Kek Lobak Kismis
d) sedikit air perahan lobak, 1/2 cawan susu cair dan 1 sudu besar susu pekat
![]() |
| Potong dulu baru fikir nak ambil gambar hehe |
Sabtu, 24 Mac 2012
Dari Oven Dieyna : Kek Pisang Gebu
| Dapat Idea :))) |
| Menarik tak.. Tinggal kenangan dah pun, abiss licin |
Jumaat, 23 Mac 2012
Dari Dapur Dieyna : Ikan Siakap Kukus Ala Portugese
Rabu, 21 Mac 2012
Wordless Wednesday # 6 : @Restoran Roti Tempayan
![]() |
| Mi Rebus.. Biasanya sedap tetapi malam ni termasin sedikit.. Tapi still boleh dimakan |
![]() |
| Menu tarikan ROTI TEMPAYAN Separuh lagi dah selamat masuk perut si kecik + en Somi.. Si kecik kata "erm, dapnye" |
p/s : Korang datang sendiri dan nikmati sendiri.. hehe
Catatan Popular
-
Assalamualaikum warrahmatulahi wabarakatuh.. Dengan lafaz Dengan ini Dieyna melancarkan " Wardah - Persona GiveAway Fever 2012 ...
-
SYARAT PENYERTAAN SENANG SAHAJA 1.Follow blog wardahilmu.blogspot.com 2. Like Fanpage D Hannah Shoppe (kat sidebar pun ada) ...
-
STICKY POS SEHINGGA 31 DISEMBER 2012 Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni.. Nak selitkan entry iklan sekejap. Siapa penggemar...

















