Sebenarnya dah lama nak taip entri ni tetapi masa untuk mengupload gambar daripada kamera ke dalam laptop tidak mengizinkan. Biasalah kan..
Kali ni Dieyna nak share berkenaan jamuan perpisahan Guru Penolong Kanan sekolah yang diadakan di Restoran Penyu, Paka. Tanpa membuang masa.. meh tengok makanan yang disantap oleh kitorang.. hehe
Inilah makanan yang Dieyna makan semasa jamuan tu.. Bukan makan sorang tau.. Makan ramai-ramai, 10 orang satu meja. Makanan dihias menarik.. cuma sayangnya rasanya agak manis. Dieyna memang tak berapa minat sangat makanan manis- manis ni.. Walaupun begitu, makanan ni semua selamat dihabiskan oleh kami bersepuluh.. Hehe lapar punya pasal.
Lokasi Restoran Penyu ini sangat mudah dicari. Ianya berada di laluan utama ke Kuala Terengganu, berhampiran pasaraya Ten Ten, Paka.. Kalau datang Paka, bolehlah singgah ke restoran ini kalau nak mencubanya..
