Halaman

Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dapur. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2019

Menu Iftar Ramadan Ke 6

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Ramadan sudah masuk hari ke-6. Hari ni, kami pilih makan nasi selepas 5 hari berbuka tanpa nasi putih.

Menu kami hari ini simple je.. Nasi putih dimakan bersama-sama sambal ayam goreng , sayur sawi masak air, ikan talapia goreng kunyit. Untuk pencuci mulut, suami request cekodok aka jepput pisang.
Sambal Ayam Goreng

Sabtu, 4 Mei 2019

Dapur Outdoor

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah Dieyna teringin dapur luar. Alhamdulillah, tahun lepas ada rezeki untuk realisasikannya. Dengan bajet yang termampu.. maka, terhasillah dapur outdoor ini.

Tak tau nak cerita apa dah..jadi kita kongsi gambar jelah kat sini....

Ini ruang memasak.. Lantai basah sebab Dieyna cuci selepas dapur digunakan. Biasalah bila memasak kan ada percikan minyak semua tu.... nak mudah kerja.. kita basuh terus...

Jumaat, 7 Julai 2017

Petua : Jamu Kunyit Homemade

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam gelas atas tu.. ada air... bukan air teh limau tau tapi air jamu. Dieyna buat sendiri minggu lepas selepas jumpa berkenaan jamu kunyit ni dalam facebook. Kononnya nak menjaga kesihatan dalaman kan dan kebetulan manjakani yang Ayu Aris hadiahkan hari tu ada lagi. Maka, berketung ketanglah Dieyna di dapur. 

Bahan- bahannya mudah je.

Halia.. Dieyna letak halia besar bas, boleh buang angin2 puting beliung dalam badan kononnya tapi kesannya air jamu ni pedas desip hehehe... apa pun still boleh minum. Dieyna letak dalam 3inci halia. amik kau... 

Kunyit  ~ Banyak khasiat jugak. Antaranya boleh mengecutkan rahim dan ada lagi khasiat lain. Kalau google tau lah hehe. 2 inci halia digunakan.

Manjakani ~ Femes dalam kalangan kaum hawa ni. Khasiatnya kena google jugak. Sebiji je Dieyna guna.

Ketiga- tiga bahan di atas direbus dengan 2 cawan air. Anggaran hingga semua bahan di atas lembut dan air tinggal anggaran secawan. Bolehlah diangkat dan diblender hingga lumat. Elok blender semasa air rebusan tu suam- suam kuku. Tapi masa Dieyna buat baru ni, terus je blender haha bahagian kurang kesabaran namanya.

Selepas dikisar halus, air tu ditapis guna penapis teh. Hampasnya tu boleh digentel2 buat jamu untuk telan. Jangan dibuang. Sayang tau.... Air campuran tu direbus semula. Kali ni masukkan air asam jawa dan gula melaka. Rebus hingga mendidih. Tuang air dalam cawan dan letak dalam peti sejuk. Minum sejuk-sejuk sangatlah menyamankan... 

Cubalah korang buat... Ramai kata badan jadi ringan. dan baik juga untuk rahim kita. Dieyna baru dua kali minum jadi kesannya belum nampak banyak lagi. Yang Dieyna perasan, mudah buang angin haha rasa lawas je .... haha

Oh, ya.. minuman ni tak boleh minum setiap hari tau. Minum seminggu 2 kali atau pun 2 minggu sekali je. Minum pun bukannya sampai segelas besar. Minum separuh  cawan tea tu je. Jangan lupa minum air masak banyak- banyak.

Khasiat bahan- bahan yang digunakan korang boleh lihat dalam link di bawah ye. 




Korang boleh klik lah link- link ni ye.. Dieyna malas nak copypaste entri diorang... hehe memandangkan ilmu dia bagi secara percuma maka elok juga Dieyna panjangkan ilmu diorang tu melalui entri ni. Kurang-kurangnya up juga trafik ke blog diorang walaupun tidak banyak. hehe maklumlah blog Dieyna ni blog picisan je... hehe yang berminat nak cuba.. selamat mencubanya ye.. Bahan hanya dari dapur anda untuk kesihatan dalaman...

Sabtu, 3 Jun 2017

Dari Dapur Dieyna : Spiral Baked dan Cheese

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni mood baik nak mencuba resepi. Dieyna cuba resepi adik chef cilik Danish Harraz. Tapi macam biasalah, bukan sepenuhnya ikut resepi. Dieyna guna bahan- bahan yang ada je.. 


Untuk kegunaan masa depan.. elok Dieyna tampal kat sini resepinya....

sumber : Danish Harraz
Bahan-bahannya :-
250 grams makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaulkan dgn sedikit olive oil.
300 grams daging ayam kisar (Abang Danish guna fresh minced chicken dan boleh juga guna minced beef)
1 biji bawang besar, dicincang
1/2 biji Capsicum, dicincang 
1/2 tin cendawan butang, dihiris 
2-3 sudu besar rempah kari ayam
parutan cheddar cheese secukup rasa (boleh guna sharp cheddar, american cheddar, irish cheddar atau apa saja cheddar cheese kesukaan)
Sedikit garam

Caranya:-
Dalam bekas, satukan macaroni dan capsicum. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam kisar, dikacau rata dan biarkan hingga ayam masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian masukkan campuran makaroni tadi dan digaul sebati. Tutup api dan pindahkan makaroni kedalam bekas.
Panaskan oven pada suhu 160°C. Sediakan baking tray dan gris dengan sedikit butter.
Bahan Untuk Custard:-
6 biji telur size besar 
1 tin susu cair atau fresh milk
3 suduteh tepung gandum 
1 suduteh gula 
1 suduteh garam


Caranya:-

Dalam bekas, satukan bahan-bahan utk kastard dan diwisk hingga sebati. Kemudian tuangkan bancuhan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hingga rata. Tuangkan adunan tadi ke dalam baking tray dan ratakan. Taburkan parutan cheese. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak. Sedap dihidangkan panas-panas😘 #ResipiDanishHarraz

Alhamdulillah, anak tunjuk ibu jari tanda best kat makanan ni.. Dieyna kena tunggu waktu berbuka petang karanglah baru leh merasa,,,, 


Rabu, 20 Julai 2016

Gambar menu berbuka sepanjang bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Entri ni entri bergambar je. Semua masakan ni sendiri bikin sepanjang Ramadhan lalu. Kadang- kadang tekak xberapa nak makan nasi sewaktu berbuka jadi mi dan lain-lain menu jadi pilihan.

Chicken Chop

Resepi sos blackpaper saya ambil daripada blog ni, 

Untuk rujukan masa depan, saya copy paste je dlu resepi sos blackpapernya di sini... kalau nak resepi lengkap klik link yang sy bagi tu ye.

Sauce/Kuah Chicken Chop : 
5 ulas bawang putih 
2 labu bawang besar 
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr 
3 cawan air 
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil 
2 sb lada hitam ditumbuk halus 
1 sb mentega untuk menumis
Caranya
 -satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan. 
-satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul. -panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya. 
-masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api. 

*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.

Mi kari
Masakan ni saya guna resepi dari buku Chef Hanieliza- 365 jenis resepi. 
Tapi tak sepenuhnya ikut resepi tu, sebab mmg jenis suka derhaka resepi ni. 
Alhamdulillah sedap di tekak sendiri n keluarga hehe..

Mi bakso ayam
Menu ni paling mudah. Sumber resepi daripada rakan sekerja yang duduk sebelah meja je. Thanks kak Rohana bagi resepi ni. Resepi ni pun main campak-campak je katanya. Yang penting, campak- campak pun sodap... hehe nak kongsi sini resepinya pun tak reti, sebab anggar- anggar je letak bahan tu.. 

Sup tulang

Sizzling mi lidi

MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
Sebungkus mi lidi
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan mi lidi, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yang lain. Selamat mencuba...


Mi goreng basah

Menu-menu ni sahaja yang sempat shooting, hehe mana yang takde resepi tu maknanya, main campak2 jelah kekdahnya...

Salam lebaran 2016

Ahad, 12 Jun 2016

Menu 30 hari sepanjang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Ramadhan menjenguk sekali lagi.
Tahun ni, saya ada buat perancangan bersama encik suami. Biasanya, lalui Ramadhan seperti hari- hari biasa. Hari ni nak berbuka, hari ni baru fikir menu apa nak makan nak masak. :))
Tahun lepas, banyak berbuka di rumah mertua n rumah mak sendiri.. Selamba je kan bila family duk dekat.

Tahun ini, buat pertama kalinya, kami suami isteri berbincang tentang juadah waktu berbuka. Sehari sebelum Ramadhan, duduklah kami suami isteri di meja makan berbincang juadah yang sesuai. Biasanya kami jarang- jarang makan nasi waktu berbuka. Kononnya tak mahu perut tu heavy sangat.

Setelah bermesyuarat suami isteri, maka siaplah menu kami untuk Ramadhan ini... ini dia jeng jeng jeng


Yang berminat dengan menu ni, boleh lah klik link di bawah ni ye
Mana tahu kot-kot kekeringan idea untuk memasak kan??

Memandangkan entry ini ditulis pada hari kelima Ramadhan, suka sangat-sangat dimaklumkan bahawa kami berjaya mengikut disiplin menu yang dirancangkan. Alhamdulillah. Kalau ada pertambahan pun disebabkan encik suami yang rajin ke bazar membeli popia dan kuih-muih. Hehe bab nak buat kuih-muih ni, isterinya lemah semangat sikit...

Alang-alang dah menulis ni, bawah ni nak simpan gambar makanan yang berjaya disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan beserta resepinya sekali. ( resepi versi saya lah ye)

Hari pertama - Nasi Ayam
Tak sempat nak snap gambar menu hehe

Hari kedua - Mi Bakso Ayam

















Hari ketiga - Mi kari


Hari keempat - Nasi goreng + Ayam goreng salut tepung + keropok keping


Hari kelima dan keenam

Menunyan Bihun goreng dan nasi lemak. Tak dang snap gambar, ralik sangat buat kuih raya.. sedar2 dah bunyi azan. Makanan xsempat hidang cantik2 bagi masuk set.. hehe

Setakat ni dulu coretan, nanti kena sambung lagi sebagai rujukan masa akan datang in sya Allah.



Sabtu, 28 November 2015

Dari Dapur Dieyna : Resepi kuah nasi impit tanpa bawang dan santan

Lama dah tak share resepi di sini kan. Kali ni nak share resepi kuah nasi impit tanpa bawang dan juga santan. Resepi ni mak belajar daripada kawannya yang juga peniaga sate di Klang.

Bahan yang diperlukan dalam resepi ni simple sangat2. Bahan utamanya

1. Kacang tanah
2. Cili boh/ cili kering
3. Serai

Bahan sampingannya pula
1. Nissan atau gula melaka
2. Garam secukup rasa
3. Gula
4. Minyak
5. Air
6. Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya..

Mula2 panaskan minyak dan tumis semua bahan utama sehingga pecah minyak.


Ini rupanya yer.. sikit lg nak pecah minyak

Kemudian, masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng tanpa minyak dan dikisar. Saya suka kacang tanah yang ada ketul2 jadi saya kisar tak hancur betul2 kacangnya. Gaul rata kemudian masukkan air. Kacau sebati jelah.

Kalau nampak kuah tu dah mendidih.. boleh masukkan gula, gula melaka dan garam. Masukkan juga tepung jagung bagi tujuan memekatkan kuah. Apabila kuah dah pekat, boleh lah dipadam api dapur tu.

Siap.

Nasi impit pun kami buat sendiri. Zaman dulu2.. mak buat nasi impit mak guna batu untuk impitkan nasi tu. Tapi sekarang dah moden.. masukkan je beras dalam plastik.. sealkan kemudian buat lubang2 kecik. Rebus je.

Dah masak semua.. siap untuk dihidang...


.

Ahad, 8 November 2015

Tips menarik mengenai telur oleh Gordon Ramsay

Assalamualaikum..

Balik dari sekolah, berehat depan tv jap. Guna peluang tonton AFC Chanel (703), Gordon Ramsay Ultimate Cooking. Saya memang suka tonton rancangan ini sebab Chef Gordon banyak  kongsi petua- petua masakan yang bagus.

Rancangan kali ni Chef Gordon kongsi tips2 menarik mengenai telur. Tips2 tu saya share kat bawah ini untuk simpanan masa hadapan.

TIPS MENGENAI TELUR
-----------------------------------------
1. Nak kenal telur segar, rendamkan dalam air sejuk.. telur yang tenggelam adalah telur yang segar manakala telur yang timbul adalah sebaliknya.

2. Telur yang elok apabila dipecahkannya di dalam pinggan, bahagian kuningnya terletak lebih tinggi di tengahnya dan lendir putihya terletak cantik.

3. Telur boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi pastikan telur tersebut dikeluarkan dahulu dan dibiarkan dalam suhu bilik untuk mendapat struktur telur yang cantik sebelum memasaknya.

4. Cara goreng telur mata, masukkan sesudu minyak .. pecahkan telur dan masukkan sesudu air.. air berfungsi untuk memberi wap kepada bahagian atas telur. Jangan lupa tutup kuali semasa menggoreng tu.

Ini je tips yg saya sempat salin.. ada peluang saya share lagi tip2 di sini...

Thanks Chef....

Selasa, 3 November 2015

Little chef : Hannah buat sendiri kek coklat

Hari ni Dhia Hannah bersungut nak makan kek. Kek Coklat katanya. Saya pi dapur sediakan bahan- bahan kek. Dalam hati, memang nak suh dia buat sendiri je..

Saya minta dia basuh tangan terlebih dahulu. Pastikan kebersihan sebelum memasak. Saya minta dia ambil sendiri setiap bahan dan kacau sendiri sehingga siap menjadi adunan. Bukan main suka lah dia. Tapi ada juga bahagian yang saya amik alih. Bahagian masukkan air panas ke dalam adunan.

Bagi nampak menarik, bahan saya masukkan ke dalam mangkuk warna- warni.

Sesi mencedok adunan pun saya minta dia yang buatkan. Cup itu pula adik tolong susunkan dalam tray. Masukkan dalam oven saya lah yang buat .. bahaya oven panas. Kan jadi kes lain pulak nanti.


Taraaa... siap makan terus...


Sabtu, 24 Oktober 2015

Baja Tanaman Guna Kulit Telur dan Roti

Berbaja pada tanah, kita akan dapat hasilnya. Alhamdulillah, saya dimurahkan rezeki untuk menikmati hasil daripada tanaman yang ditanam dan dijaga sendiri. Rancangan Jamie at Home  di saluran 703 benar- benar memberi inspirasi kepada saya untuk menikmati sendiri hasil tanaman yang bebas racun sayuran. Seronok sangat apabila nak masak sayur,  saya cuma perlu keluar rumah dan petik sahaja sayuran yang ada.

Setakat ini, pokok bendi memang sentiasa berbuah. Dah tak perlu beli bendi dah. Nak guna daun kari daun pandan dan limau purut pun cuma petik belakang rumah je. Sekarang cuma tunggu masa nak tuai hasil je.

Sebenarnya saya nak kongsi baja yang saya guna untuk tanaman sayuran saya ini. Semuanya menggunakan bahan kitar semula ialah kulit telur, roti, air beras dan pelbagai bahan yang sesuai dijadikan baja.

1. Baja Kulit Telur

ihsan gambar : http://babab.net/out/baja-organik-dari-kulit-telur.html
Kulit telur jangan dibuang. Basuh bersih-bersih kemudiannya bakar di dalam oven ataupun goreng tanpa minyak. Jika nak jimat lagi,  jemur sahaja di bawah panas terik matahari. Kemudian, tumbuk kulit telur ataupun blender guna blender kering hingga hancur. Taburkan kulit tersebut di pangkal pokok. Kulit telur boleh membekalkan kalsium kepada tanah. Ingat manusia je nak kalsium, tanah pun perlukan kalsium tau untuk memberikan nutrisi terbaik kepada tanaman.

2. Baja roti
Ihsan gambar : http://projekkebun101.blogspot.my/2015/08/baja-diy-baja-roti.html
Roti yang expired atau yang dah tak habis dimakan kiranya belum expired pun boleh dijadikan baja mudah ini. Caranya, ambil sekeping roti rendamkan dalam 1.5 liter air tanpa klorin. Tetapi hari tu, saya hentam guna air paip je. Peram 3 hari sebelum digunakan kepada tanaman. Boleh siram baja roti ini 3 kali seminggu. In shaa Allah pokok korang sihat macam roti jugak. hehe hari tu saya ada buat roti, tersilap overproof bila bakar jadi masam lak, nak makan dah takde selera dengan rasanya. Maka, roti tu jadi baja je la... lebih dari seminggu saya peram, alhamdulillah elok kejadiannya, takde kulat or air baja berubah warna. Pokok pun lepas kena siram dengan baja roti ni, memang segar bugar. Siap berbuah dan berbunga lagi.

3. Air basuhan beras
Setiap kali basuh beras, air basuhan beras tu simpan dulu. Kemudian, boleh guna air tu untuk siram tanaman tu.

Kalau rajin google memang banyak kaedah yang baik untuk tanaman. Setakat datang angin minat berkebun ni, tiga kaedah yang saya kongsi inilah yang mampu menjimatkan duit poket daripada membeli baja. Yang penting sayur yang ditanam bebas racun serangga dan baja sintetik hihi sesuka hati je bg  nama macam tu.hihi Untuk kawalan serangga pun saya guna bahan semulajadi... ada masa saya kongsi dalam entri yang lain pula ye.....





Isnin, 12 Oktober 2015

Cara menjaga kesegaran sayur dalam masa yang lama

Tajuk bukan main lagi panjangnya hehe.. Al-kisahnya, baru ni ada jumpa perkongsian daripada seorang sahabat FB tentang cara menjaga kesegaran sayur. Ye lah sayur kan sekali beli, beli banyak sekaligus selepas tu simpan dalam peti sejuk. Dua tiga hari dah boleh layu dah. Tapi cara ni memang sangat efisyen. Saya dah try berkali- kali memang sayur tahan lama, lebih seminggu sayur masih lagi kelihatan segar bugar lagi.

Caranya mudah sahaja.
sumber gambar: blog http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
1. Mula-mula, rendam dahulu semua sayuran tu dalam air bagi membuang bahan- bahan kimia terlindung. Rendamlah dalam 10 ke 15 minit. Taburkan sedikit garam dalam air rendaman tu. 

sumber gambar : http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
2. Dah betul- betul puas hati dengan kebersihan sayur tu, toskan airnya terlebih dahulu. 

sumber gambar : http://cilikeringmerah.blogspot.my/2015/09/cara-nak-kekalkan-kesegaran-sayur-yang.html
3. Simpan sayuran tersebut di dalam bekas bertutup. Ada yang nak asingkan sayur tu, ada yang letak sekaligus dalam satu bekas besar macam dalam gambar di atas ni. Apa pun kedua2 cara ini mampu menjadikan peti sejuk kita nampak kemas dan bersih je..

Saya memang gerenti cara ini memang berjaya menjaga kesegaran sayur- sayuran atau buah- buahan dalam jangka masa yang lama. Cuba dahulu baru tahu. Sebelum ni, banyak kali dah kes terpaksa buang sayur, sebab rosak sebelum sempat dimasak. Alhamdulillah, selepas ni selamat sayur-sayuran daripada dibazirkan. 

ps: Cara ini juga boleh digunakan untuk buah- buahan tau. Cuba je.. 

Ahad, 23 Ogos 2015

Dapat zat dan vitamin walaupun kurang makan sayur dan buah

Dieyna bukanlah  penggemar  sayur-sayuran dan buah- buahan. Kalau ada depan mata barulah makan, itupun pilih-pilih juga  hehe. Habis tu, macam mana Dieyna nak peroleh vitamin secukupnya untuk badan ini. Maka, suplemen jadi pilihan..

Memang banyak suplemen di pasaran. Macam- macam jenama ada. Blackmores.. Scott Emulsion .. 21st Century dan macam-macam lagi laa.. Tetapi Dieyna pilih jenama Shaklee. Sebabnya Dieyna tertarik dengan Shaklee nya tagline SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM..


Kadang- kadang Dieyna guna setiap suplemen ini macam pengganti ubat- ubatan sintetik pulak hehe. Shaklee dah claim produknya memang semulajadi, bersumberkan bahan yang benar-benar asli tanpa sebarang unsur kimia atau bahan sintetik lagilaa Dieyna yakin. Sijil halal badan yang diperakui JAKIM pun ada, maka tiada unsur yang boleh dipertikaikan kehalalannya. hehe

Ini antara suplemen yang Dieyna sekeluarga makan.  Tetapi bukannya makan semuanya serentak, kenyang suplemen lah nanti... hehe. Suplemen ini Dieyna makan atas kondisi badan jugak. Meh sini nak stori, waktu Dieyna perlukan setiap suplemen ni.

1. Tatkala penyakit resdung menyerang

Dieyna memang ada masalah resdung. Salah makan skit je, mulalah resdung menyerang.  Serangan yang paling tension sekali ialah bersin tak berhenti di samping gatal di bahagian hidung dan telinga.
Kalau kena gini , memang Dieyna tak tangguh- tangguh dah, pi dapur ambil 6 biji ALFALFA telan sekaligus kemudian minum air masak banyak-banyak. Alhamdulillah tak sampai setengah jam, gatal- gatal dan bersin terus berhenti.

2. Rasa panas badan/  selsema/ demam

Bila badan letih plus cuaca tak menentu, badan mudah sangat dihinggap penyakit. Waktu- waktu macam ni, Dieyna akan makan VITAMIN C. Paling bnyak Dieyna telan 2 bj. Suami demam pun  Dieyna suap dia makan vitamin c ni. Vitamin C boleh bertindak meningkatkan antibodi kita. Bila antibodi meningkat, badan  kita akan   dlindungi dari virus jahat. VITALEA juga Dieyna ambil sebiji untuk bantu tingkatkan kecergasan badan. Bak kata orang ganu... sekung je

3. Nak makan banyak- banyak
haha yang ni paling best, nak- nak time nak pi open house.. menu makanan banyak kan? Kalau boleh semua benda nak makan.. tapi lemak dan kolestrol konfirm menimbun2 kan.. Jadi untuk cegah Kolestrol daripada menimbun dalam salur darah tu.. Dieyna makan PHYTOCOL ST tu dlu.. Fungsinya sebagai penghalang kepada lemak2 menembusi salur darah. Ambik 2 bj setengah jam sebelum sesi menjamu selera bermula...

4. Berjerawat
Kat sini lah fungsi utama vitamin E tu.. naik je jerawat, Dieyna akan pecahkan kapsul dan sapu pada tempat berjerawat.. Setakat dua tiga kali buat ni, memang jerawat cepat je kecut. Alhamdulillah...

Sebab tu Dieyna bgtau semua suplemen di atas Dieyna tak makan serentak. Makan ikut keperluan dan  keadaan semasa. Nak makan vitamin banyak2 ni,air masak wajib minum.. 2 hga 3 liter sehari... barulah suplemen nii berkesan dengan lebih baik lagii..

Kurang makan sayur pun, in shaa Allah masuk juga zat dan vitamin melalui suplemen ni. Abis tu wajib ke suplemen ni... hehe tepuk dada tanya selera kan.. Kalau jenis suka sayur-sayuran dan buah-buahan okelah kot tak makan suplemen tapi kalau buah dan sayur tolak tepi maknanya boleh dah keluarkan sedikit bajet untuk beli suplemen. Kesihatan kena jaga walau apa cara sekali  pun....kan>>???

Dayana Bahar
932071
01924810168

Kedai Suplemen Shaklee saya dibuka 7 hari seminggu. Berminat nak tau lanjut, hubungi je nombor diatas.. wasap pun ada tau.....



Jumaat, 21 Ogos 2015

Buat popcorn dengan mudah

Biasa kita beli je popcorn jagung kat pasar malam kan? Sebelum ni Dieyna fikir buat popcorn ni kena ada periuk khas. Rupanya mudah sangat -sangat .. Tak sampai 10 minit rasanya.. agak-agak je sebab mmg tak set masa pun... cuma nak bagitahu memang sekejap sangat.

Mula-mula kita beli jagung kering.. Dieyna beli di kedai jual bahan kek di Paka ni. RM6 untuk sekilo. Murah dah rasanya.

Proses seterusnya, Dieyna basuh sikit jagung kering tu. Biasalah sebab rasa tak yakin kalau tak berbasuh. Selepas basuh toskan jagung tu.

Dieyna panaskan periuk  atas dapur dan masukkan 2 sudu besar mentega. Apabila mentega itu cair. Dieyna masukkan 2 genggam jagung ke dalam periuk. Rujuk gambar bawah.
 
Kemudian, tunggu jelah jagung tu meletup- letup di dalam periuk tu. Periuk yang digunakan mestilah periuk yang ada penutup ye. Kalau tak, habislah terbang popcorn tu dalam dapur korang.  
Tengok tu... jagung sedikit tadi dah berkembang biak dalam periuk tu. Macam mana nak pastikan proses meletupkan jagung tu selesai? Apabila bunyi jagung meletup2 dah tidak kedengaran bermakna prosesnya selesai. Goyang2 sikit periuk tu nak pastikan tiada jagung kering berbaki. 

Kemudian, dalam kuali berasingan cairkan gula jangan sampai hangit ye. Guna api perlahan dan sentiasa kacau. Gula dah cair masukkan pula 2 sudu mentega. Kacau sehingga sebati barulah dimasukkan popcorn dan gaul rata. Proses ni Dieyna guna kuali je... leh rujuk gambar ye.. 

Sejukkan dahulu popcorn ni barulah dimasukkan dalam tabung . Untuk 2 genggam jagung tu, Dieyna leh dapat satu tabung besar popcorn ni. Untungnya org meniaga popcorn kan???



Sekejap je habis setabung.. ralit je sambil-sambil tengok tv....

Zaman-zaman GST ni selagi boleh buat sendiri buat sendiri je... air tangan sendiri n nak makan banyak mana pun puas hati...

Dayana Bahar
Sid 932071
0192481068

Sabtu, 15 Ogos 2015

Buah asam gelugor.....

Pernah tengok tak buah ni??
Sebenarnya ini kali pertama Dieyna tengok buah ni tau.. Buah asam gelugor namanya..

Kawan sekerja beri 3 biji buah ni. Katanya potong buah ini dan jemur sampai kering. Kemudian, bolehlah digunakan dalam masakan.


Semasa proses memotong buah ni, berkoyan-koyan ulat duk bersarang di dalamnya. Mujurlah tahap geli geleman terhadap ulat takde sangat. Kalau tak, memang tak terpotong dahlah.
Dieyna potong ikut suka hati je. Kawan kata jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Kira sedang-sedang jelaa. Selesai potong, basuh elok-elok dengan air garam. Toskan dan susun atas dulang. Jemur di bawah terik matahari.

Cuaca tak menentu sekarang ni, jadi lambatlah sedikit proses  mengering   tu ... setakat 3 hari selepas dipotong.. Inilah rupanya...
Keadaan fizikalnya dah mengecut..warna pun dah berubah. Dieyna diberitahu semakin lama kepingan ini akan semakin gelap warnanya. Cuma kepingan ini masih lembap akibat xdijemur dengan baik. Hirisan ni mesti betul-betul kering barulah disimpan dalam tabung...

Selepas ni.. masak guna asam keping yang dikeringkan sendiri... yeah...

Dayana Bahar
932071
0192481068
Shaklee Independet Distributor..


Ahad, 9 Ogos 2015

Laksa oh laksa

Dieyna penggemar laksa.. yes... laksa Terengganu kuah  putih.. kalau jumpa menu ni, tak pandang dah makanan lain.. boleh makan berkali-kali tanpa jemu..

Baru-baru ni, rakan sekerja kongsi ilmu membuat  laksa.  Rupanya mudah je caranya yang penting kena ada kebok. Kebok  ni acuan untuk  menghasilkan laksa laa... Kat rumah mak ada kebok ni, sebab mak Dieyna dulu buat jual putu mayam. Sekarang ni kebok dah jadi bahan simpanan je..



Peluang balik ke Kemaman baru ini, Dieyna minta pinjam kebok laksa dengan mak.. Mulut je kata pinjam dalam hati nak ambil je terus buat harta sendiri hahaa

Dah   dapat kebok tu, mula lah menggoogle resepi .. Resepi laksa beras Homemade.. Banyak2 resepi yang dijumpa, Dieyna try buat laksa sendiri..

Percubaan pertama - laksa putus-putus, adunan lak macam keras,,Bila dibelek- belek resepi tu rupanya salah sukatan tepung- tepung yang digunakan.. hehe selamat  dimakan juga  walau kureng kemenjadiannya.

Percubaan kedua - laksa putus-putus jugak, tetapi lebih baik daripada percubaan pertama, putus- putusnya agak panjang sikit la.. Dieyna ttp tak  puas hati dengan rupa paras fizikal laksa tu. Walaupun rupa paras out... anak dara solehah berdua tu siap makan bertambah lagi.. sedap katanya.. kembang semangkuk lak siibu ni hehe

Percubaan ketiga - Setelah mengambil kira faktor bahan yang menjadikan laksa buatan tanganku mudah putus maka Dieyna dengan tahap konfiden yang tinggi telah melakukan inovasi terhadap resepi yang diperoleh sebelum ini.. haha ayat takleh blah.. inovasi lah sangat kan... ternyata percubaan kali ini sangat-sangatlah berhasil... hooreyy....

Maka, dengan berbesar hatinya Dieyna kongsikan di sini bahan asas laksa yang Dieyna buat... 

Laksa

2 cawan tepung beras
1 sd besar tepung gandum
1 sd besar air kapur
1 1/2 cawan air panas mendidih

Cara membuatnya pula
Masukkan tepung beras dan tepung gandum di dalam bekas. Masukkan air kapur dan gaul rata. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul guna senduk.. Letak sikit- sikit tau air tu, jangan letak sekaligus.. anggar2 adunan tadi dah jadi doh tak melekat bolehlah di masukkan dalam kebok. Kalau banyak sangat, buatlah dua atau 3 bahagian.

Panaskan air di dalam periuk. Apabila air dah mendidih, pulas kebok tu sehingga mengeluarkan untaian halus laksa-laksa. Biarkan laksa tersebut terapung sendiri menandakan laksa tersebut dah masak. Cedok laksa tersebut dan masukkan kedalam bekas yang berisi air sejuk. Ulang langkah yang sama sehingga adunan laksa abis. 

Toskan laksa.. Sedia untuk dimakan bersama kuahnya.... yummy

Resepi Kuah laksa ( Cedok ilmu mak n mak mertua hehe)

ikan kembong/ selayang - direbus terlebih dahulu, kemudian ambil isi dan air rebusannya masukkan dalam blender. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam yang telah dikisar halus.kisar semua bahan ini shingga bercampur gaul dengan mesranya. Masukkan ke dalam periuk dan biarkan bahan-bahan ini mendidih. Masukkan santan yang sederhana cair. gaul rata. boleh masukkan garam. Tutup api.

ulam-ulaman.
Dieyna bukanlah penggemar tegar ulam-ulaman ini jadi Dieyna cuma sediakan timun sahaja hehe.

Sambalnya pula Dieyna guna lada kering yang dmesen lumat...

Sedia untuk dihidang..

Patutnya letaklah kuah dlu atas laksa, baru letak ulam-ulaman dan cili tu.. ehehe barula menyerlah laksaku ini..
Percubaan kali ketiga ni lebih bermakna sebab MIL rasa sekali. Komennya, menjadi dah laksa kak long ni... uwa uwa sukanya hati.... konfirm lepas ni buat lagi dan lagi dan lagi....

Sekian,, cerita dongeng malam ni.....


Jumaat, 31 Julai 2015

Dari Dapur Dieyna : Roti Buttermilk

Dah lama breadmaker tu tak bekerja.. duk tersadai je atas almari tu. Mulut teringin sangat nak makan BUTTERMILK BOY.. biasanya kat ROTI BOY ada jual.. RM2.50   sebiji tapi nak pergi beli bukannya dekat.

Maka godek2 encik google untuk cari resepi buttermilk .. resepi doh roti mmg dah lama ada dah... bahagian topping atas roti pula ambil resepi topping mexican bun.. pendek kata mmg kombine resepi lah untuk memghasilkan roti ala2 roti Buttermilk boy ni...


Kongsi gambar roti ini di facebook dan we chat moment, ramai pulak yang nak resepinya. Maka, ini lah resepinya ye.. boleh ambil pen dan kertas untuk salin ye hehe

Doh Roti
----------------
120 ml air
11gm yis segera

330 gm tepung roti (Dieyna guna tepung gandum cap bunga Ros)
1/2 sd garam
1 1/2 sd susu tepung
60 gm gula castor
1 sk bread improver
1 sk bread softener

1 bj telur gred A

40 gm mentega

Cara membuatnya
Masukkan bahan semua sekali dalam breadmaker kecuali mentega. Tekan butang doh (breadmaker Cosway no.8) selama 14 minit prosesnya.  Tamat sesi uli kali pertama, barulah Dieyna masukkan mentega n uli lagi 14 minit. Selesai uli kali ke 2, rehatkan doh dalam 5 minit. Kemudian, uli kali ketiga 14 minit.. rehatkan doh dalam 10 hga 15 minit sebelum dibentuk dan dimasukkan inti.

Bahan Inti Buttermilk
----------------------------------
100gm mentega
30 ml susu pekat
70gm gula aising
sedikit garam
2 biji kuning telur
120gm susu tepung

Cara membuatnya
Putar semua bahan sehingga kembang dan sebati.

Doh roti tadi dibahagikan kepada beberapa doh kecil. Dieyna buat 40gm utk satu doh. Kira -kira dapat 15 biji roti. Masukkan bahan inti dan susun atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Tunggu sehingga doh ini mengembang 2 kali ganda daripada saiz asal.

Doh yang telah dimasukkan bahan inti Buttermilk.


Sementara  menunggu doh kembang, bolehlah dibuat topping nya pula. Sebenarnya resepi asal buttermilk bun yg Dieyna jumpa guna topping lain.. Macam taburan tepung mentega yang ditabur atas roti. Macam dalam gambar ni.
google : Buttermilk bun by UmieSOfi

 Tak berkenanlaa.. hehe so Dieyna ubahsuai toppingnya.. guna topping coffee mexican bun. baru lah jadi macam buttermilk boy yang sebenar hehe..


Bahan Topping
------------------------
100gm butter
90gm icing sugar
Telur gred B 2 biji
110 gm tepung gandum
2 sb paste kopi
1/2 st baking powder
coklat cip utk hiasan

Cara membuatnya
Putar butter dan icing sugar sehingga kembang.
masukkan telur dan putar sehingga sebati.
masukkan paste kopi. Kemudian, gandum  yang telah dicampur  dengan baking powder. sebatikan adunan dan masukkan dalam piping bag.

Adunan yang dah kembang, bolehlah diletakkan topping coffee ini. Pipingkan secara spiral atas doh    roti macam dalam gambar kemudian taburkan coklat cip.

Doh  yang sudah siap, bolehlah dibakar  pada suhu 160 - 180 C (bergantung jenis oven) selama 18 hingga 20 minit.

coklat cip dah   abis.. bakar kosong je.. hee

Makan panas2 roti ni sangatlah sedap.. Hannah makan berkali- kali. Siap request lagi, nak makan untuk breakfast sebelum pi sekolah..

Selamat mencuba ye korang.. Kalau takde breadmaker, uli tangan je doh tu kalau larat... Dieyna mmg tak larat nak menguli sendiri, kalau uli sendiri hasilnya tak segebu uli mesin. Maka, pandai-pandailah ye hehe


Dayana Bahar
932071
0192481068
Shaklee Indepedent Distributor




Catatan Popular