Halaman

Memaparkan catatan dengan label Homeschooling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homeschooling. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2016

Bahan menarik untuk tarik anak- anak membaca

Assalamualaikum... Saya nak kongsi dua bahan yang saya fikir agak menarik untuk dikongsi. Baru- baru ni, ada dua bahan yang saya buat telah menarik perhatian ramai kawan facebook. Alhamdulillah. Bahan tersebut saya buat untuk anak dan juga anak murid di sekolah bagi mengukuhkan kemahiran bacaan mereka.

i ) "LIFT CARD" Suku kata KVK

Bahan yang pertama dicetuskan hasil idea rakan fb saya, Ayue Rohayu. Ayu memang ibu yang sangat gigih "homeschooling" anak- anaknya. Ayue ada kongsikan bahan ini... "LIFT Card". Macam mana nak bagitahu ye... kad ni boleh alih2 huruf depannya dan anak boleh membunyikannya terus tanpa perlu mengejanya. Ini bahan yang dibuat oleh Ayue

sumber : FB Ayue Rohayu

Saya memang tertarik dengan idea ni, jadi guna idea Ayu ni dan ubahsuai sikit-sikit. Ayu hebat sebab guna tulisan tangan je. Daripada idea ini, saya ubah menjadi begini
sumber asal : FB SENDIRI

Kenapa saya pilih kepala MOO...? Sebab saya rasa macam sesuai je nak letak sukukata KVK di bahagian mulutnya tu plus rasa en MOO ni comel je.. hehe

Saya buat suku kata kv dalam bentuk memanjang merangkumi semua gabungan bunyi suku kata terbuka KV. Manakala di kepala MOO saya letak siap2 huruf akhiran yang biasa ada dalam perkataan bersuku kata KVK.

Dah siap design2, saya print dan laminate. Kemudian toreh kotak pada mulut MOO dengan pisau. Garis torehan tu biar  panjang skit daripada saiz lebar kad yang boleh digerak- gerakkan tu. 

Dah siap, boleh lah mula bermain suku kata KVK dengan anak- anak. Oh ya, pada yang berminat dengan bahan ini, saya sertakan di bawah ni ye. Boleh muat turun je ye dari Google Drive ni


ii) RODA PINTAR

Bahan kedua ni, baru siap malam tadi sambil- sambil layan TV. Bahan- bahan nak tampal pada roda ni dah lama siap gunting, laminate dan gunting lagi sekali.

Memandangkan dalam rumah ni ada kotak besar, maka saya boleh lah buat roda pintar yang agak besar. Roda pintar ni ada 15 bahan bergambar dan suku kata yang diasingkan. Maaflah xde gambar step by step. Ini gambar roda pintar saya ye.


Roda pintar saya ni tiga lapis. Jadi, nak handwriting bulatan tu memang takkan jadi bulat betul lah. harus bujur n berliku-liku. Maka, saya guna je bahan- bahan sedia ada yang berbentuk bulat dalam rumah ni.

Bulatan pertama (warna hijau) saya guna penutup muka depan kipas. Lakar atas kad manila dan gunting kemudian tampal pada kotak. Kemudian saya susun atur gambar- gambar tu. Dah kena selera, baru lekatkan betul- betul guna double side tape.

Bulatan kedua (warna oren) pula saya guna tudung kuali untuk tekap saiz bulatan pada kotak. haha memang saya hentam je sebab sedang elok pulak tudung kuali tu ngam- ngam dengan ruang tengah bulatan hijau. Saya balut kotak guna A4 paper. xcukup sekeping tau, jadi pandai2 guna 2 keping kertas A4 untuk tutup bulatan kotak tu. Gam elok-elok. Kemudian, tampal suku kata pada kotak tersebut. 

Bulatan ketiga ( warna kuning), saya guna jam dinding untuk tekap kotak. Sama macam cara atas, tampal kotak guna kertas warna dan kemudiannya tampal suku kata pada kotak kuning tu. Setel semua tu.

Operasi melekatkan ketiga- tiga bahan menggunakan klip khas, tak tau namanya. Tapi leh tgk ar dalam gambar tu. Klip ni memang sesuai lah digunakan untuk bahan yang boleh pusing- pusing ini. Maka siaplah roda pintar saya ni. Dan dah selamat di bawa ke sekolah dah pun. 

Korang yang berminat dengan bahan Roda Pintar ni boleh muat turun di sini ye.


Selamat menggunakan bahan- bahan ni ye. 
Terima kasih membaca entri yang agak panjang kali ni.

ANDA PEMINAT BUKU??
JOM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE DI



Rabu, 31 Ogos 2016

Book cafe buat Merdeka Sales 2016

Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni Dieyna merayau- rayau dalam internet. Macam biasa Dieyna masuk laman web BOOKCAFE.COM.MY . Buntang mata sekejap apabila masuk laman web tu.. bookcafe buat promosi Merdeka ... Penggemar- penggemar buku silalah terjah... Banyak benor buku- buku menarik yang dijual dengan harga serenda RM 2.00. 

Tak percaya ke????

Nah Dieyna screen shot...

Tengok tu, buku yang harga RM1 pun ada... Kadang- kadang boleh dapat percuma pos lagi. Buku- buku yang dijual pun  memang sangat menarik perhatian. Kalau buku kanak- kanak, fuyooo memang cun lah.

Dieyna pernah beli siri ini untuk Hannah. Perkataan yang digunakan diwarnakan mengikut suku kata. Ilustrasi buku pun menarik, berwarna-warni. Budak-budak memang suka buku yang warna-warni ni. Dieyna beli sebab nak pupuk minat membaca. Biar buku banyak2 kat rumah. Lama- lama nanti dia pandai menghargai buku..

Gambar ni Dieyna ambil dalam laman web BOOKCAFE. Setakat ni set kombo ni dah OUT OF STOCK. Tapi kalau nak beli satu persatu ada lagi. Boleh cek harga kat laman webnya.

Sila- sila lah terjah laman web ni ye kalau berminat nak dapatkan buku- buku menarik. Memang berbaloi- baloi sangat. Jangan lupa lak, print resit hehe boleh buat claim LHDN....
Klik bawah ni ye kalau nak jenguk...

v
v
v
v
v



Rabu, 30 Disember 2015

The Parts of a Parent Reader


Selagi mereka masih kecil... ini peluang untuk mereka berdampingan.. 

Semoga ibu mampu menjadi kawan kepada anak- anak ibu...

Sayang kamu berdua ketat ketat
Dhia Hannah
Dhia Arissa

Selasa, 29 Disember 2015

Projek Letusan Gunung Berapi Di Rumah

Bismillahirrahmanirahim...

Aktiviti yang bakal saya kongsikan kali ini sangat mudah. Hanya memerlukan bahan-bahan yang berada di dapur sahaja. Projek Letusan Gunung Berapi .. bunyi macam hebat je kan???

Sebenarnya, projek ni last minit terlintas di fikiran. Anak sedara sibuk request buat aktiviti untuk dibuat. Masuk web pinterest dan jumpa idea perkongsian menggunakan soda bikarbonat. So, apa lagi terus masuk dapur sediakan bahan2.

Bagi membentuk gunung berapi, saya menyediakan doh homemade tanpa perlu dimasak. Doh ini benar2 simple penyediaannya iaitu hanya menggunakan Gandum, air panas dan pewarna makanan.

Bagi eksperimen letusan pula, saya gunakan bahan berikut :-

Soda bikarbonat
Sabun serbuk
Pewarna makanan (  tapi saya xguna sebab guna berapi tu dah berwarna-warni diorang kerjakan)
Cuka.

Caranya mudah sahaja.
Saya potong botol mineral dan anak2 balut botol tersebut dengan doh dan dibentukkan seperti gunung. Dengan menggunakan pewarna makanan dan jari jemari, mereka warnakan gunung berapi tersebut..

Bagaimana eksperimen dijalankan?

Masukkan sabun serbuk, soda bikarbonat dalam bekas mineral yang dilitupi doh td. Kemudian, curahkan sahaja cuka ke dalamnya. Tunggu tindak balas antara cuka dan soda tadi...Teruja sangat apabila melihat cairan gabungan tu mula.meninggi dan seterusnya mengalir di atas replika gunung berapi tadi...


Lepas ni nak try buat replika gunung menggunakan surat khabar pula. Dengarnya hasilnya lagi menakjubkan....


Oh ya... ni ada satu lagi resepi yang dikongsi oleh rakan Fb saya... Nurul Farahana..xtry lagi resepi ini...

It's wizard's brew 

RAINBOW WIZARD’S BREW!

Ingredients:

Baking Soda

Liquid Watercolors

or Food coloring

Glitter

Dishsoap

Vinegar

Glass jar

Small plastic containers

Tray

Instructions:

Fill the jar halfway with vinegar, then add a few drops of one color of liquid watercolor/food coloring and some glitter. Squeeze in some dish soap, stir, and place the jar on a tray. Now have your child add in a heaping teaspoon of baking soda, stir again, and watch the foaming begin! The soap makes it foam rather than fizz. To keep the reaction going continue adding baking soda and vinegar when the foam starts to slow. To make it change colors, add a tablespoon of vinegar mixed with one color of liquid watercolor/food coloring every so often. Make sure to dump the colored vinegar into the center of the brew

SELAMAT BERAKTIVITI YE...

Khamis, 24 Disember 2015

Cara membuat roda suku kata

Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seorang guru yang mengajar teknik membaca secara fonetik. Memandangkan saya sedang berusaha untuk mengajar Dhia Hannah membaca dan menggalakkannya berseronok dengan apa yang dibaca maka eloklah saya membuat roda suku kata ini. Roda ini boleh saya guna untuk anak murid saya juga nanti.

Langkah pertama.
Saya google gambar menggunakan google image dengan key words "colourful circle clip art" . Alhamdulillah banyak roda warna- warni yang saya jumpa tetapi nak cari yang bersesuaian itu lambat sikit. Saya pilih dua gambar ini. Korang yang berminat dengan gambar roda pilihan saya ini bolehlah klik butang kanan dan save as image ye.



Kemudian, saya print je gambar pilihan di atas. Saya pilih roda yang mempunya 25 pecahan tu sebab huruf2 yang saya nak buat lebih kurang 21 huruf. Selesai print, acara menggunting dibuat dan terus ditampal pada kotak. Gunting lagi. 

Secara manual, saya menulis suku kata terbuka pada setiap pecahan roda ini. Menggunakan kotak lagi saya buat papan untuk roda ini berpusing dengan dibantu paku tekan berkepala. Maka, siaplaaa.

Boleh rujuk gambar ini.

Proses menyiapkan bbm ni kisah semalam dan hari ini , kami dah mula bermain dengan roda suku kata ini. Apa yang saya buat? Saya tulis pada sehelai kertas beberapa suku kata tertutup kemudiannya Hannah akan memutar roda itu, Apabila roda itu berhenti berpusing. Hannah akan menyebut suku kata tertutup tersebut dan mencarinya atas lembaran yang saya sediakan tadi. Dah jumpa, dia perlu warnakan suku kata tersebut...


Alhamdulillah, dia berjaya mewarnakan keseluruhan lembaran kerja tersebut. Namun, Dhia Hannah masih memerlukan latihan membaca secara intensif bagi mengukuhkan kemahiran tersebut. Doakan saya istiqamah dalam mengajar dan mendidiknya ye....

Untuk Dhia Arissa, perlahan- lahan saya libatkan dirinya dalam aktiviti membaca ini. Tetapi cepat juga dia tangkap sebabnya dia berjaya menyebut bunyi a, i dan u . Menggabung suku kata saya belum ajar lagi padanya. Sekurang-kurangnya dia dah berjaya ingat bunyi beberapa huruf.....

Oh ya, saya memilih kaedah membaca secara fonetik untuk mereka. Kaedah ini saya baru je belajar akhir bulan 10 dan saya rasa kaedah ini sangat berkesan untuk ajar anak mudah membaca. In shaa Allah, anak- anak murid saya akan didedahkan dengan kaedah ini juga....

Rabu, 16 Disember 2015

Projek DIY Kotak- Kotak

Sejak join group Homeschooling tu, memang otak asyik merencana sesuatu je untuk anak- anak. Saya tak cukup kreatif jadi ada peluang pegang handphone google image lah yang saya gunakan untuk melihat hasil kraf menggunakan kotak- kotak. Rumah ini memang banyak kotak- kotak terutamanya kotak- kotak produk Shaklee. Daripada kotak itu dibuang baik saya buat sesuatu kan.Sebenarnya tak banyak pun benda yang saya buat DIY dengan kotak, selebihnya kotak itu saya guna untuk menebalkan gambar- gambar aktiviti anak- anak.

Projek pertama guna kotak ialah kabinet dapur anak-anak. Takdelah cantik sangat tapi diorang cukup teruja dah main di situ. Lama- lama lunyai gak dapur diorang ni. hehe


Projek kedua guna kotak ialah buat litar lumba anak- anak. Ibu pun join berlumba dengan diorang.

Ibu- ibu lain lagi kreatif dalam mengubahsuai kotak2 ni. Lagi kemas. Saya buat ala kadar je.. hehe itupun dah cukup makan masa dalam membuatnya. ...tapi takpela, asal anak gembira sudah...

Selasa, 3 November 2015

Little chef : Hannah buat sendiri kek coklat

Hari ni Dhia Hannah bersungut nak makan kek. Kek Coklat katanya. Saya pi dapur sediakan bahan- bahan kek. Dalam hati, memang nak suh dia buat sendiri je..

Saya minta dia basuh tangan terlebih dahulu. Pastikan kebersihan sebelum memasak. Saya minta dia ambil sendiri setiap bahan dan kacau sendiri sehingga siap menjadi adunan. Bukan main suka lah dia. Tapi ada juga bahagian yang saya amik alih. Bahagian masukkan air panas ke dalam adunan.

Bagi nampak menarik, bahan saya masukkan ke dalam mangkuk warna- warni.

Sesi mencedok adunan pun saya minta dia yang buatkan. Cup itu pula adik tolong susunkan dalam tray. Masukkan dalam oven saya lah yang buat .. bahaya oven panas. Kan jadi kes lain pulak nanti.


Taraaa... siap makan terus...


Isnin, 26 Oktober 2015

Mengutip Ilmu di Seminar Fonetik Bacalah Anakku & Read Easy

Alhamdulillah semalam 24hb Oktober 2015, saya berjaya mengikuti seminar bacaan kaedah fonetik yang dianjurkan oleh Teratak Mukmin di Kompleks Dagangan Indera Mahkota. Seminar ini dikendalikan oleh pengasas kaedah fonetik "Bacaalah Anakku" Puan Nik Eliani bt. Nik Nawi dan suaminya, Encik Othman. Banyak sangat ilmu yang saya dapat dan saya rasa sangat- sangat berguna untuk diajar kepada anak murid dan anak sendiri. Semalam memang betul- betul edisi lembut lidah untuk mengeluarkan bunyi yang tepat. Bayaran RM100 terasa sangat berbaloi malah rasanya ilmu yang saya dapat semalam melebihi nilai tersebut. Terima kasih sangat- sangat kepada penganjur dan pengasas kaedah fonetik ni.


Fonetik merupakan bunyi dalam bahasa pertuturan yang diwakili oleh simbol. Menurut pengasasnya, anak yang belum mengenal abc dalam range umur 2 - 3 tahun memang sangat sesuai diajar kaedah ini. Setiap bunyi akan diwakili dengan simbol huruf. Yang bestnya, kami peserta kursus diajar lagu fonetik dan teknik asonansi mewakili setiap bunyi.Ibu bapa tidak perlu menyebut nama huruf semasa mengajar anak membaca menggunakan teknik ini tetapi hanya perlu menyebut bunyinya sahaja. 

Sepanjang seminar separuh hari ini, kami diberikan garis panduan, kaedah mengajar dan cara menyebut bunyi dengan betul. Berbelit- belit lidah dibuatnya. Teknik nyanyian pun ada diselit sekali. Memang fun kalau buat dengan anak-anak.

Puan Nik Eliani sendiri seorang yang ramah, habis seminar sempatlah juga kami bersembang-sembang dan yang paling penting sesi bergambar. hehe bukti kehadiran ke kursus yang bermanfaat. Sewajarnya jika pihak kementerian pendidikan menekankan kaedah fonetik ini untuk pengajaran Bahasa Malaysia. Buat masa ini, hanya Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakan kaedah fonetik sebagai salah satu kemahiran membaca.

DI bawah ini saya kongsikan beberapa gambar sepanjang kami berkursus.


Jika ada yang berminat nak ikuti kursus ini, jadual di bawah saya kongsikan. Seminar intensif sehari akan diadakan di Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Rebutlaa peluang ye berjumpa sendiri dengan pengasas kaedah ini.

Semoga diri ini istiqamah dalam menggunakan kaedah ini...

Khamis, 22 Oktober 2015

Homeschooling : Bermain Buku Besar (Suku kata terbuka)

Saya masih dalam proses mengajar Hannah membaca. Saya menggunakan buku BACALAH   ANAKKU sebagai panduan untuk mengajarnya membaca. Dhia Hannah seorang yang aktif, suka bergerak, menyanyi jadi jika kita nak dia duduk diam membaca memang takleh dalam masa yang lama, sekejap je dia dah rasa bosan. 

Sejak masuk group HOMESCHOOLING ni, banyak ilmu yang  saya dapat dan boleh  praktikkan kepada anak  dan anak-anak murid juga. Salah satu yang saya dapat ialah kenalpasti dahulu gaya pembelajaran anak-anak. Padahal benda ni dah belajar semasa pedagogi di maktab  tapi bila dah  tinggal dan tak praktikkan terus jd lupa... follow je gaya pengajaran biasa yang berdasarkan silibus...

Berbalik kepada aktiviti BUKU BESAR ni, saya sesuaikan aktiviti dengan tingkah laku Hannahh, Hannah suka bergerak, suka buat aktiviti yang melibatkan pergerakan jadi proses menyediakan buku besar ni berlainan  sikit. 


Mula-mula saya tampal kertas Manila di dinding. Tampal guna salotape biasa je  sebab nanti nak tanggalkan semula jadikan buku.

Aktiviti bermula, saya berikan kad gambar dan minta Hannah sebut gambar apa. Kemudian, dia ambil kad gambar tu tampal pada kad manila di dinding. Ulang aktiviti tu , sebut dan tampal. Saya memang duduk agak jauh dari dinding yang ditampal kad manila tu jadi Hannah memang kena ulang-alik, ambil gambar kemudian tampal.... dia seronok je sebab dia belajar sambil bergerak kan... hehe

Dah tampal semua gambar, saya keluarkan pula kad perkataan suku kata kv+kv.. minta dia sebutkan dan  cari padanan suku kata dengan gambar- gambar tadi. Proses tu berlangsung sampai abis semua suku kata dan dia berjaya padankannya. 

Hannah seronok buat aktiviti ni sebagai pengukuhan mengenal suku kata. Memang kena banyak bagi latih tubi supaya sebutan fonetik huruf tu difahami konsepnya.

Alhamdulillah .. hampir sejam jugak aktiviti ni berlangsung... kalau suruh membaca sahaja memang takkan   sampai sejam pun...  sebab dia rasa penat dan sakit kepala kalau duk diam... huhu mcm2 anak dara seorang tu....

Apa-apa pun ini harapan saya kepadanya

SEMOGA DHIA HANNAH BOLEH MEMBACA SEPENUHNYA PADA DISEMBER 2015 NANTI....

Doakan  harapan saya ini termakbul ye....

Oh ya.. yang berminat dengan bahan bigbook ini, boleh muat turun bahannya di sini ye...


Rabu, 7 Oktober 2015

Homeschooling : Aktiviti terbaik bersama anak-anak

Nampaknya, blog ini perlu diaktifkan kembali. Rasanya blog memang medium yang sangat sesuai untuk saya simpan aktiviti anak-anak, resepi2 dan pelbagai lagi info bermanfaat.

Alhamdulillah, selama ni saya memang ada membuat  aktiviti homeschooling bersama anak- anak, ada yang sempat diambil gambar kenangan tapi banyak yang tidak dirakamkan. Apa yang saya nampak, aktiviti Homeschooling memang merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Anak pula tidak melakukan aktiviti yang membahaya dan yang penting segalanya berada dalam   jangkauan mata  ibu atau bapa.

Apabila kita sebut tentang HOMESCHOOLING, ianya bukan bermaksud kita hanya memperkenalkan mereka dengan bahan kandungan akademik semata-  mata tetapi semua perkara kita boleh dedahkaan kepada anak-anak terutama perkara- perkara yang berlaku di dalam kehidupan seharian.

Anak, individu terpenting yang diamanahkan ALLAH untuk kita didik sebaiknya, 

Apa yang saya buat bersama anak saya?
Apa sahaja kami lakukan bersama, di dapur, menonton, berkebun, mengemas rumah,  membeli belah dan sebagainya. Walaupun, mereka buat sekadarnya sahaja tetapi sekurang-kurang mereka terlibat sama. Biar mereka belajar dan  biar mereka rasa, mereka penting dalam hidup kita.....

Semangat nak berhomeschooling bersama anak-anak makin berkobar- kobar apabila dimasukkan ke group HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA.. Nak join sama,  klik je sebelah ye...


Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi PLAY DOH Tanpa Masak

Sebenarnya dah lama nak kongsi resepi PlayDoh tanpa perlu memasakkannya cuma masa agak mencemburui. Sebelum ni, buat play doh untuk Hannah, Dieyna guna resepi yang perlu dimasak. Agak makan masa jugak sebab nak tunggu dohnya sejuk barulah si anak boleh main. Sejak jumpa resepi Playdoh tanpa masak ni, semuanya jadi mudah. Sekejap  je dah boleh siap, 


 Bahan- bahan yang diperlukan sememangnya sudah tersedia di dapur masing- masing. Bahannya ialah

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak sayuran ( Dieyna guna minyak masak biasa je minyak SAJI)
  • 1/2 cawan garam halus
  • 1 1/2 cawan air panas 
  • Pewarna makanan (ikut warna pilihan masing-masing)

Cara membuatnya ialah campurkan tepung, garam dan minyak. Gaulkan adunan bagi sekata. Kemudian, Dieyna amik adunan tu bahagikan kepada tiga bekas berasingan sebab nak buat playdoh pelbagai warna. Air panas tu pun Dieyna asingkan kepada tiga warna berlainan. Gaulkan sehingga doh tu tak melekat di jari jemari anda. Sedia untuk diberi kepada anak anda.


Doh ini jika disimpan boleh tahan sehingga berminggu- minggu dengan syarat disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bolehlah bermain playdoh bersama anak anda atau biarkan mereka berimaginasi sendiri sekreatif mungkin....


Salam Sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor
932071


Sabtu, 8 Disember 2012

Aktiviti Hannah : Batu dalam botol...

Bukan tajuk filem ye adik adik sekalian hehe .. nak kongsi aktiviti Hannah petang ni.. Dia bermain isikan batu dalam botol... Aktiviti ni bagus untuk kordinasi mata dan tangannya... hehe layan jerlah aktiviti outdoornya ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 29 November 2012

Aktiviti Hannah : Puzzle ikan


Dah lama dah Dieyna beli puzzle ikan ni di Toys r us.. Hannah pun suka main ngan puzzle ni..
Sesuailah untuknya nak main padan-padankan warna badan ikan dan kepalanya..Fizikal puzzle nipun kukuh.. sebab diperbuat daripada kayu.

 Sekali sekali kita pun boleh bermain puzzle ni sama-sama.. Boleh uji minda anak dengan memadankan badan ikan dengan kepala yang salah dan minta anak kita betulkan.. hehe selalu gak Dieyna sakat Hannah macam tu.. bukan main marah lagi dia sebab Dieyna letak salah warna.. hehe enjoy game ni...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 23 November 2012

Aktiviti Hannah : Bermain mengasingkan warna


Baru- baru ni Dieyna beli getah rambut aneka warna.. Terfikir pulak, nak suruh Hannah mengasingkan getah tersebut mengikut warnanya. Dieyna turut boleh menerangkan kepada Hannah tentang warna getah rambut tersebut. Bolehlah Hannah berkenalan dengan warna pulak. 

Mula- mula Hannah agak tidak serius menjalankan aktiviti ni. Biasalah budak- budak.. dia nak melompatlah.. nak buat benda lain lah.. Lama- lama dia ubah fikiran agaknya bila dah tengok getah beraneka warna ni..  Dieyna juga sediakan tiga bekas kosong untuk  getah warna yang berbeza.. Untuk permulaan, Dieyna mengasingkan getah warna tersebut terlebih dahulu.. Bukan semua cuma sedikit je bagi menunjukkan perbezaan warna getah. Selepas itu, barulah Dieyna membimbing Hannah meletakkan getah tersebut.. Sambil- sambil tu Dieyna beritahu warna setiap getah dan minta Hannah menyebutnya..





Hannah berjaya mengasingkan getah ni mengikut warnanya walaupun ada ketikanya dia letak suka- suka hati dia je..  Dieyna akan buat aktiviti ni sekali lagi kepadanya nanti sehingga dia betul- betul kenal dan faham konsep warna ni.. Korang yang ada anak kecil sebaya Hannah ni boleh buat juga aktiviti ni nanti.. hehe cubalah yer..

P/s : Aktiviti ni tak lama pun.. Dalam 10 minit je pun.. Itupun dah cukup bagus kerana berjaya fokus membuatnya... Chaiyok anak ibu... Sayang Hannah..



Rabu, 14 November 2012

Pembelajaran Anak : Belajar di rumah

Cuti sekolah memberikan banyak ruang dan masa Dieyna bersama Hannah.. Peluang yang ada Insya Allah Dieyna akan gunakan sebaiknya untuk merangsang perkembangan otak Hannah... Aktiviti "Homeschooling" sememangnya menjadi pilihan para ibu bapa moden ... Kita perlu ingat pembelajaran pertama anak kita bermula dari rumah.. 

Perkataan Homeschooling itu sendiri sudah mampu memberi makna  kepada kita.. School @ Sekolah.. Maknanya apa.??? Tempat belajar kan , tempat kita mengenal huruf, nombor.. bersosial dan sebagainya.. Homeschooling pula.. mestilah membawa maksud sistem pembelajaran yang dijalankan di rumah.. 

Pendapat peribadi Dieyna lah... situasi yang kita lakukan seharian sudah mampu memberikan pembelajaran kepada anak kita.. Cuma mulut kita kena rajin bercerita dan menerangkan sebab dan akibat kepada anak kita.. Biarlah diorang tak mampu nak komen balas kata- kata kita yang penting kita tahu dia faham... Jika anak kita mampu  buat apa yang kita arahkan bermakna itu petanda yang cukup baik untuk perkembangannya...

Homeschooling tak bermakna anak kita kena duduk selama 8 jam untuk aktiviti menulis, membaca dan mengira.. bukan masanya lagi.. Kalau kat sekolah memanglah macam tu.. tetapi homeschooling di rumah lebih memberi makna dalam bersosial dan pastinya anak kita lebih matang dalam berfikir.. 

"Misalnya.. Situasi di dapur.. Kita hendak memasak.. Pastikan anak kita  turut serta..  Bukannya suruh dia memasak sama.. Mungkin ada tugas- tugas ringan yang boleh kita minta anak kita lakukan..  Dieyna berikan contoh pengalaman  Dieyna sendiri ye.. Tiap kali Dieyna ambil periuk nak masak nasi.. Mesti Hannah akan sibuk sama nak pegang periuk tu.. Sudahnya, Dieyna memang serahkan tugas kepadanya untuk masukkan beras dalam periuk nasi tu.. Dia pun dah macam faham dengan tugasnya... Yang penting, sewaktu sesi mengambil dan menuang beras itu, kita kena pantau.. Jangan biar terus.. Nanti tak pasal dengan dia- dia duk dalam tong beras tu.. hehe Sekurang- kurangnya, Hannah dah tahu mengimbangi mata dan tangannya untuk mengambil dan menuang beras ke dalam periuk... Secara tak langsung, dia dah dapat ilmu tentang beras, periuk, cara mengambil dan menuang serta fungsi setiap benda yang digunakan di dapur.." Ada beberapa aktiviti lain yang Dieyna buat bersama Hannah.. Menyimpan sayur-sayuran atau bekas makanan di dalam peti.. Mengangkat pinggan yang telah digunakan (Pastikan pinggan plastik ye) dan meletakkannya di dalam sink... Semuanya dikira ilmu untuknya... 
Muka eksaited tengok ikan dah sama besar dengannya hehe

Jika membeli barang keperluan di pasaraya juga, seeloknya kita bawa anak kita bersama.. terangkan barang- barang yang kita ambil. gula, gandum.. garam.. atau mana- mana barang dapur yang lain.. Minta anak kita bantu kita mengambil barang- barang tersebut dan memasukannya ke dalam troli.. Biasalah budak kecil bila masuk pasaraya, ligat semacam.. hehe dengan menyerahkan tugas sebegitu kepadanya, keligatannya agak terkawal.. Kiranya ini  boleh jadi tips mengawal anak di pasaraya juga lah.. hehe

Panjang pulak entri Dieyna hari ni.. Takpe ye.. korang baca Insya Allah ada ilmu untuk korang walaupun  sedikit.. Apa yang Dieyna tulis di atas berdasarkan pendapat dan pengalaman Dieyna sendiri.. Mungkin terselit kekurangan di mana- mana... Mana yang elok jadikanlah panduan ye...

Terima email dari Babycenter.. Hannah dah 27 bulan hari ini...

How your toddler's growing 

Your child is more in control of his movements these days. Now he can hold small objects and play with them easily and he can stack and knock over towers of bricks. He can also concentrate for longer periods of time. Sometimes he'll become so absorbed in his stacking and sorting that he'll resent your interruptions. You can make transitions easier by warning him in advance, as in "You can play with the bricks for five more minutes but then it's dinner time." It's best to give him a few warnings before you insist that he finishes his play.



Rabu, 9 Mei 2012

Homeschooling : Tampal - menampal

Dah lama tak kongsi cerita si kecik Hannah... teman seperjuangan, teman bergaduh, teman sembang dan kalau dia tidur, pasti diri ini kebosanan.. Aktiviti ni dah lama dah.. baru je berpeluang nak kongsi kat sini.. mana tahu kot ada yang berminat nak join kan... hehe

Kali ni, Dieyna cuba memperkenalkan kemahiran menampal kepada Hannah yang mana aktiviti sebegini elok untuk mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak- kanak, antaranya menggunting, memasukkan duit dalam lubang tabung, mengikat tali kasut dan sebagainya. Walaupun anak kita masih kecil, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk mempamerkan kreativiti mereka. Insya Allah, Dieyna akan cuba untuk melakukan aktiviti  homeschooling bersama Hannah bagi membantu potensi dirinya. 

Untuk aktiviti menampal ini, Dieyna menampal kertas mahjong di dinding. Sebelum ni Dieyna pernah buat aktiviti bermain warna bersama Hannah, jadi hasil kerjanya Dieyna tampal di dinding. Bagi tidak membazirkan ruang, Dieyna menggunakan kertas yang sama untuk Hannah lakukan aktiviti menampal. Layanlah gambar- gambar ini ye..
"Cantik tak hasil kerja saya ni??? " :))

Bahan- bahan yang Dieyna gunakan untuk aktiviti ini ialah Kertas mahjong, kertas sticker ready made, stick it note dan gam. Alhamdulillah, Hannah berjaya melakukan aktiviti ini. Tengoklah hasilnya tu.. hehe 

Bagi memperkukuhkan kemahiran, Dieyna lukis pula bunga atas kertas A4 pada hari yang berlainan dan minta Hannah menampal kertas sticker di atas gambar bunga tersebut.. Tak jumpa cari pula gambarnya untuk dikongsikan di sini...

Sekian sahaja, perkongsiaan aktiviti bersama Hannah kali ini... Masih ada beberapa lagi entri tertangguh.. Tunggu jela aa ye.. hehe



Ahad, 22 April 2012

Aktiviti bersama Hannah

Hannah dah 1 tahun 8 bulan... Semakin membesar anak ibu.. Dah boleh diharap pun.. Malam ni, Dieyna nak kongsikan dengan korang semua aktiviti yang dijalankan bersama Hannah.. Enjoylah dengan gambar ni ye...

Aktiviti pertama ialah finger painting.. Idea ini Dieyna dapat daripada ISMI HUDA, dia buat aktiviti finger painting bersama anaknya Balqis.. Balqis dan Hannah sebaya je jadi tak salah Dieyna mencuba aktiviti ini bersama Hannah. Meniru ke arah kebaikan katanya hehe.

Bahan yang Dieyna gunakan untuk aktiviti ini ialah bancuhan tepung ubi dan pewarna makanan untuk menggantikan warna air.. Risau pulak, anak dara ni masukkan dalam mulut nanti.. Info yang diperoleh daripada Huda, Finger painting ini membuka ruang untuk anak kita menzahirkan kreativiti mereka. Petikan berikut Dieyna copy dari laman blog Huda


Finger painting help toddlers:
  • get used to new textures, such as the feeling of finger paint
  • learn how paint and paper move, and how they can be manipulated
  • develop all kinds of fine motor skills, as they use their fingers, feet and so on
  • express their thoughts, experiences or ideas through their creations.
source : raisingchildren

Beginilah gaya Hannah semasa menjalankan aktiviti finger painting... 



Nak tengok koleksi kerja Hannah .. Ini dia ye tuan2 dan puan2 sekalian... Jangan gelakkan ye, bagi kita sangatlah tak lawa.. tapi baginya, itulah yang paling cantik... hehe

P/s : Esok buat satu lagi entri aktiviti Hannah.. Homeschooling pada budak umur 20 bulan hehe kira okelaa kan... Erm, satu lagi, if ada sesiapa yang berminat nak beli baju plastik painting yang Hannah pakai tu, klik link FB UKBabyStuff.. Pemiliknya  Ismi Huda laaa... boleh order kat sana if masih ada ready stock.,..




Catatan Popular