Halaman

Isnin, 26 Oktober 2015

Mengutip Ilmu di Seminar Fonetik Bacalah Anakku & Read Easy

Alhamdulillah semalam 24hb Oktober 2015, saya berjaya mengikuti seminar bacaan kaedah fonetik yang dianjurkan oleh Teratak Mukmin di Kompleks Dagangan Indera Mahkota. Seminar ini dikendalikan oleh pengasas kaedah fonetik "Bacaalah Anakku" Puan Nik Eliani bt. Nik Nawi dan suaminya, Encik Othman. Banyak sangat ilmu yang saya dapat dan saya rasa sangat- sangat berguna untuk diajar kepada anak murid dan anak sendiri. Semalam memang betul- betul edisi lembut lidah untuk mengeluarkan bunyi yang tepat. Bayaran RM100 terasa sangat berbaloi malah rasanya ilmu yang saya dapat semalam melebihi nilai tersebut. Terima kasih sangat- sangat kepada penganjur dan pengasas kaedah fonetik ni.


Fonetik merupakan bunyi dalam bahasa pertuturan yang diwakili oleh simbol. Menurut pengasasnya, anak yang belum mengenal abc dalam range umur 2 - 3 tahun memang sangat sesuai diajar kaedah ini. Setiap bunyi akan diwakili dengan simbol huruf. Yang bestnya, kami peserta kursus diajar lagu fonetik dan teknik asonansi mewakili setiap bunyi.Ibu bapa tidak perlu menyebut nama huruf semasa mengajar anak membaca menggunakan teknik ini tetapi hanya perlu menyebut bunyinya sahaja. 

Sepanjang seminar separuh hari ini, kami diberikan garis panduan, kaedah mengajar dan cara menyebut bunyi dengan betul. Berbelit- belit lidah dibuatnya. Teknik nyanyian pun ada diselit sekali. Memang fun kalau buat dengan anak-anak.

Puan Nik Eliani sendiri seorang yang ramah, habis seminar sempatlah juga kami bersembang-sembang dan yang paling penting sesi bergambar. hehe bukti kehadiran ke kursus yang bermanfaat. Sewajarnya jika pihak kementerian pendidikan menekankan kaedah fonetik ini untuk pengajaran Bahasa Malaysia. Buat masa ini, hanya Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakan kaedah fonetik sebagai salah satu kemahiran membaca.

DI bawah ini saya kongsikan beberapa gambar sepanjang kami berkursus.


Jika ada yang berminat nak ikuti kursus ini, jadual di bawah saya kongsikan. Seminar intensif sehari akan diadakan di Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Rebutlaa peluang ye berjumpa sendiri dengan pengasas kaedah ini.

Semoga diri ini istiqamah dalam menggunakan kaedah ini...

Tiada ulasan:

Catatan Popular