Halaman

Memaparkan catatan dengan label ANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANAK. Papar semua catatan

Khamis, 6 Julai 2017

Cuti kuarantin Penyakit Chicken Pox

Assalamualaikum...

Cerita yang Dieyna nak kongsi ni cerita dah beberapa bulan lepas berlaku. Baru je terfikir nak buat entri dalam blog ni. 

Awal bulan 3, Arissa dapat demam. Bukan demam biasa tapi demam nak keluar Chicken POX.... Suami keje luar... Jadi Dieyna kena handle masalah ini seorang diri. Doktor keluarkan surat pengesahan dan dengan surat ini Dieyna layak dapat cuti kuarantin. Alhamdulillah.

Kerani minta Dieyna isi borang khas untuk cuti kuarantin ini. Bilangan hari cuti kuarantin mesti di bawah sokongan majikan. Jika majikan luluskan 5 hari maka 5 harilah bercuti, memandangkan kondisi Arissa agak stabil maka Dieyna layak dapat 3 hari je cuti kuarantin tu. Mujur cuti bersambung dengan cuti hujung minggu. Lega lah sikit. Oh, Ya! Dieyna ambil keputusan pulang ke kampung. Kurang sikit tekanan menjaga anak sakit sorang- sorang kan.

Selang 2 bulan, Hannah pula dapat jangkitan. Dah lah tengah nak peperiksaan akhir tahun. Best part lagi, ayah diorang outstation juga. Maka, solusi yang sama dipilih, Dieyna bawa anak- anak balik kampung.

Sepanjang anak- anak kena penyakit Chicken POX, Dieyna cuba semua petua org tua. Sapu Batu kawi, mandikan dengan air daun semambu, dan mandikan dengan air oat. Alhamdulillah, berkesan untuk diorang.

Alang- alang dah bercerita berkenaan cuti kuarantin ni. Dieyna share sedikit prosedur mendapatkan kelulusan cuti  ni ye.

1. Apabila anak disyaki terkena penyakit berjangkit, seperti chicken pox, kuku tangan dan mulut dan penyakit berjangkit yang lain, bawalah anak tu ke klinik kerajaan atau swasta untuk dapatkan pengesahan doktor.

2. Doktor akan keluarkan surat pengesahan yang menyatakan anak kita terkena penyakit berjangkit dan memberi cuti sehingga lima hari tidak termasuk cuti hujung minggu.

3. Download borang cuti kuarantin. Dieyna ada lampirkan dalam link di bawah ni. Isi borang berkenaan.
BORANG CUTI KUARANTIN

4. Serahkan borang kepada majikan. Majikan akan memberi kelulusan bilangan hari cuti kuarantin tu. Kalau tak teruk sangat, cuti layak 3 hari je... Tapi kalau anak masih belum pulih, dapatlah maksima cuti 5 hari tu.

5. Dah lulus, maka berkurunglah anda di dalam rumah. Duk diam-diam jangan bawa anak pi bercuti pulak sebab dpt cuti tu.. Rawat anak di rumah n elakkan daripada membawa  mereka ke tempat ramai orang.

Sekian, terima kasih...

Jumaat, 8 Januari 2016

Mari Beramal : Kisah adik Adam

Post ini dicopy terus daripada FB Wan Shahriza...



MASIH INGAT KEPADA ADAM? 
MASIH INGAT KEPADA TABUNG SAYANGI ADAM?

Faris Adam ialah satu lagi kisah getir di balik tabir Wad Onkologi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai Wad KK3. Kisah seorang anak kecil berusia dua tahun yang disentap keriaan zaman kanak-kanaknya setelah disahkan sebagai pengidap kanser darah, leukemia, pada April lalu..
Adam tidak mengerti tentang ujian dan takdir. Adam tidak tahu tentang menjadi anak terpilih bakal penghuni syurga. Dia cuma tahu menangis dan meraung saat dia merasa kesakitan, ketika ayahnya yang sedang belajar menjadi tabah dan kuat, hilang punca tentang apa yang perlu dilakukannya untuk putera tercinta.
Yusuf bapa tunggal. Bersendirian menjaga Adam dan seorang lagi anaknya, abang kepada Adam. Usah ditanya kemana ibunya kerana itu merupakan bab yang lain, cerita yan lain, dalam kehidupan keluarga ini.
Yusuf terpaksa berhenti kerja di Gerik, untuk menjaga Adam sepenuh masa. Setiapkali ke KK3, ketiga beranak ini akan bersama masuk wad, meniti hari-hari yang tidak pasti bersama-sama. Berpelukanlah ketiga-tiganya dalam dingin aircond di wad KK3, melalui malam-malam kelam di luar wad dan pastinya refleksi kehidupan mereka juga.. Di daerah asing bernama Kanser.
Adam sudah disahkan tiada lagi rawatan. Tiga minggu lalu kansernya sudah disahkan berada di tahap empat. Sel-sel kanser telah merebak ke limpa dan hati. Perutnya sudah membuncit dan keras.. Dia akan menjerit jika badannya disentuh, mengisyaratkan kesakitan yang mungkin sudah tidak tertanggung. Gambar kedua di atas ialah gambar terbaru, diambil pagi ini di wad KK3.
Sabtu lepas, Yusuf memandu sendirian dari Gerik kembali ke KK3 dengan Adam di ribaan. Difahamkan itu kereta yang dipinjamnya. Ayah itu sudah tidak sanggup mendengar putera nya meraung tidak berhenti. Sakit yang hanya dia sahaja yang merasakannya. Hospital di Gerik yang dikunjungi, katanya menolak kes Adam, mungkin kerana tiada kepakaran.
Walaupun Adam tidak diberi harapan oleh pihak hospital, kami di HKL-KIDS akan tetap membantu Adam berjuang. Membantu keluarga ini meneruskan kesinambungan hidup.


Sugul wajah ayah ini setiap berbicara tentang anaknya. Ketabahan seorang lelaki tampak goyah dibadai ujian yang sukar ini. Setiapkali Adam menangis, hati ayah ini pastinya telah karam oleh tangisannya sendiri. Sesekali dia merenung anaknya, mengusap lembut kepalanya yang sudah tidak berambut, dan lebih dari itu, dia hilang punca dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
"Adam budak baik... Kalau pergi ke kedai, dialah yang akan berbisik pada abangnya yang berumur empat tahun, 'Abang jangan mintak nak beli mainan tau, ayah tak ada duit..."
Adam... anak yang baik disayangi Tuhannya...
Kami telah memulakan Tabung Sayangi Adam pada 27 Disember lalu, dan amat bersyukur kerana mendapat perhatian daripada MRSM Kuantan dan Persatuan Alumni MRSM Kuantan yang telah menyumbangkan RM2000. Jumlah yang agak besar, tetapi pastinya wang sebanyak itu tidak mungkin akan bertahan lama.
Ayuh, mari sama-sama kita Sayangi Adam. Jika ada pihak yang bermurah hati untuk menderma kepada keluarga Adam ini agar mereka boleh berbelanja untuk makan seharian, membeli pampers dan mencuba rawatan-rawatan alternatif lain, jangan menunda hasrat anda. Keluarga ini mungkin tidak punya waktu yang lama.
Dan mohon didoakan untuk anak kecil tanpa dosa ini. Doakan untuk kesembuhannya, untuk keajaiban yang tidak perlu dijelaskan oleh buku2 perubatan dan doktor2 pakar, untuk dikuatkan iman dan taqwa ayahnya, untuk diteguhkan kesabarannya... untuk dipermudahkan segalanya untuk Adam.. Doa anda mungkin antara doa yang terpilih untuk diangkat kepadaNya.
Untuk yang mengenali saya, boleh pm, dan salurkan bantuan kepada Adam melalui saya Wan Shahriza. Atau boleh juga ke facebook HKL-KIDS (www.facebook.com/kk3parentssupportgroup). . Mohon tiada yang mengambil kesempatan untuk menjual produk-produk MLM.

copy paste : FB WAN SHAHRIZA

Selasa, 11 November 2014

Mak Tak Marah Anak

Mak Tak Marah Anak... Group ni baru je Dieyna join.. Fuh, termotivasi bila join group ini. Rupanya ramai yang berusaha gigih untuk tingkatkan kesabaran dengan tingkah laku anak.

Kita tau anak tu amanah Allah pada kita. Namun, kita manusia biasa yang sering terlupa, lalai dan alpa. Kita jangka anak kita begini tapi hakikatnya diorang begitu. Sudahnya, marah marah dan marah mereka kerana tidak melepasi jangkaan kita.
abaikan pemandangan di belakang
Aksi yang membuatkan MAK sakit jantung sekejap huhu

Kita juga kadangkala membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Hakikatnya anak kita adalah copy paste diri kita. Kita lupa agaknya kita ni pernah kecil dan pernah menimbulkan kemarahan ibu bapa kita kan.

Kena cabar diri ini... Cabar diri TAK MARAH ANAK ... In Shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kesabaran dalam mendidik amanahnya...



Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi PLAY DOH Tanpa Masak

Sebenarnya dah lama nak kongsi resepi PlayDoh tanpa perlu memasakkannya cuma masa agak mencemburui. Sebelum ni, buat play doh untuk Hannah, Dieyna guna resepi yang perlu dimasak. Agak makan masa jugak sebab nak tunggu dohnya sejuk barulah si anak boleh main. Sejak jumpa resepi Playdoh tanpa masak ni, semuanya jadi mudah. Sekejap  je dah boleh siap, 


 Bahan- bahan yang diperlukan sememangnya sudah tersedia di dapur masing- masing. Bahannya ialah

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak sayuran ( Dieyna guna minyak masak biasa je minyak SAJI)
  • 1/2 cawan garam halus
  • 1 1/2 cawan air panas 
  • Pewarna makanan (ikut warna pilihan masing-masing)

Cara membuatnya ialah campurkan tepung, garam dan minyak. Gaulkan adunan bagi sekata. Kemudian, Dieyna amik adunan tu bahagikan kepada tiga bekas berasingan sebab nak buat playdoh pelbagai warna. Air panas tu pun Dieyna asingkan kepada tiga warna berlainan. Gaulkan sehingga doh tu tak melekat di jari jemari anda. Sedia untuk diberi kepada anak anda.


Doh ini jika disimpan boleh tahan sehingga berminggu- minggu dengan syarat disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bolehlah bermain playdoh bersama anak anda atau biarkan mereka berimaginasi sendiri sekreatif mungkin....


Salam Sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor
932071


Sabtu, 19 Oktober 2013

Dhia Arissa

Alhamdulillah.. segalanya sudah selesai.. 17 September 2013 detik 8.30 malam Dhia Arissa selamat dilahirkan. 

Semoga perkara-perkara yang terbaik mengelilingi anak- anakku.

Ya Allah,
Jadikanlah anak-anakku hambaMu yang taat
Jauhilah mereka dari dosa meninggalkan solat.
Jauhilah mereka dari dosa zina.
Jauhilah mereka dari derhaka kepada kami
Jauhilah mereka dari segala dosa.
Jadikanlah mereka ahli syurga.
Jauhilah mereka dari azab mu, Ya Allah.
Kau bantulah kami mendidik mereka dengan penuh kesabaran.
Kau naungilah keluarga kami dengan rahmatmu
Sesungguhnya, Engkaulah yang maha pengasih dan maha mendengar.
Aamiin

Catatan Popular