Halaman

Memaparkan catatan dengan label Dhia Hannah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dhia Hannah. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2019

Edisi cuci sawang : Coret-coret Awal Tahun 2019


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t

Setahun blog ni bersawang. Sibuk sangat hingga tak sempat menulis. Hehe sebenarnya banyak sngat urusan lain sampai tak sempat menyapu sawang di sini. Memandangkan mood menulis datang.. maka muncullah entri ini.. entri pertama di tahun baru Tahun 2019.

Sekolah baru
     Banyak perkara baru berlaku pada awal tahun terutamanya berkaitan dengan kerjaya. Bermula 16 Dis 2018, Dieyna mendapat kelulusan pertukaran. Selepas 9 tahun berkhidmat di SFERA, tahun 2019 membuka lembaran baru buat Dieyna apabila permohonan pertukaran ke sekolah berdekatan diluluskan. Alhamdulillah, sekolah lebih dekat dan Dieyna tak perlu berulang alik 20 minit lagi. Biasalah bila dah masuk sekolah baru, maka pasti ada cabaran baru. Cabaran memang sungguh mencabar apabila buat pertama kali Dieyna terpaksa mengambil alih jadual Bahasa Inggeris. Mujurlah subjek BI Tahun 1. Fuh, semoga dipermudahkan urusan Dieyna.
Hari pertama datang mesyuarat di SESKA

Jumaat, 28 Julai 2017

Ujian Permata Pintar

Bismillahirrahmanirrahim…

Khamis lepas, guru taska Arissa share mesej ini dalam group Whatsapp Taska.

*Assalamualaikum.*
Makluman kepada semua ibu bapa yg mempunyai *anak berumur 2 hingga 4 tahun* . Anak-anak anda dipelawa untuk menyertai ujian pintar dan berbakat *PERMATA* yang dikenali sebagai PCIS.Ujian akan dibuka dari 15 Julai hingga 30 Ogos.
Kanak² boleh mengambil ujian bila² masa yang sesuai di rumah asalkan ada internet connection.
Layari ujian di *Pcis.upsi-ukm.edu.my*

Kanak² yang terpilih melalui ujian akan dijemput untuk menyertai kem pintar dan berbakat PERMATA pada bulan November/Disember nanti insyaAllah.

Minta juga parents untuk war²kan kepada kenalan² mereka kerana ujian ini terbuka untuk semua kanak² 2 - 4 seluruh Malaysia.

Hari ini hari cuti. Jadi, Dieyna layari laman web ni untuk Arissa cuba. Bukan Arissa je, Hannah pun test sama ujian Permata ini. Cuma semasa Hannah buat, line internet out.. jadi tak sempat habiskan. Lain kali ar test semula untuk dia.

Cerita tentang Arissa. Dia berjaya habiskan test ini. Jawapannya ada betul ada juga salah. Tapi okelah dia mampu menghadap soalan yang banyak2 tu.  Akhir test, Arissa dapat sijil penyertaan. Alhamdulillah, boleh simpan sijil ni untuk kenangan akan datang…

2017-07-28

Sabtu, 27 Mei 2017

Latih anak berpuasa....

Bismillahirrahmannir rahim,,,,

Tahun ni Hannah dah 7 tahun.
Sekejap je masa berlalu kan...
Maka, tahun ni baru Dieyna nak latih dia berpuasa.

Alhamdulillah, pagi tadi dia bangun bersahur dengan cemerlang. Siap makan nasi dan minum susu kurma. Malangnya, pukul 9 dia kata perutnya dah berbunyi.... Pukul 10 pagi bibirnya dah nampak pucat... memang setakat waktu itu sahajalaa dia berpuasa. Maka dengan rasminya pukul 10.30 pagi, dia dah berbuka..... Mak tak sanggup paksa dia memandangkan hari ni baru hari pertama ajar dia berpuasa.... Kita tgk esok pulak, sampai kul berapa dia boleh bertahan....

Nak ajar anak berpuasa, kita takleh paksa- paksa. Perut dia kena diberi latihan terlebih dahulu.. Dieyna ada juga jumpa perkongsian daripada laman web lain tips nak ajar anak berpuasa. Rata- ratanya menyuruh mak ayah latih ikut ketahanan perut anak- anak kecil.. Jangan dipaksa nanti mereka set dalam otak, ibadah puasa ni membebankan pulak.. Jadi, baik kita latih pelan2.... supaya diorang faham n rasa seronok berpuasa. TIPS di atas tu tertakluk kepada anak yang bawah umur 12 thn lah... kalau dah tua bangka, mmg kena paksa puasa jugak.

Selain berpuasa, yangg paling diutamakan.. LATIH anak- anak solat dahulu... Jangan salah konsep pulak... latih anak puasa sampai lembik tapi solatnya belum dilatih..PEringatan untuk diri sendiri juga...


Rabu, 30 Disember 2015

The Parts of a Parent Reader


Selagi mereka masih kecil... ini peluang untuk mereka berdampingan.. 

Semoga ibu mampu menjadi kawan kepada anak- anak ibu...

Sayang kamu berdua ketat ketat
Dhia Hannah
Dhia Arissa

Khamis, 24 Disember 2015

Cara membuat roda suku kata

Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seorang guru yang mengajar teknik membaca secara fonetik. Memandangkan saya sedang berusaha untuk mengajar Dhia Hannah membaca dan menggalakkannya berseronok dengan apa yang dibaca maka eloklah saya membuat roda suku kata ini. Roda ini boleh saya guna untuk anak murid saya juga nanti.

Langkah pertama.
Saya google gambar menggunakan google image dengan key words "colourful circle clip art" . Alhamdulillah banyak roda warna- warni yang saya jumpa tetapi nak cari yang bersesuaian itu lambat sikit. Saya pilih dua gambar ini. Korang yang berminat dengan gambar roda pilihan saya ini bolehlah klik butang kanan dan save as image ye.



Kemudian, saya print je gambar pilihan di atas. Saya pilih roda yang mempunya 25 pecahan tu sebab huruf2 yang saya nak buat lebih kurang 21 huruf. Selesai print, acara menggunting dibuat dan terus ditampal pada kotak. Gunting lagi. 

Secara manual, saya menulis suku kata terbuka pada setiap pecahan roda ini. Menggunakan kotak lagi saya buat papan untuk roda ini berpusing dengan dibantu paku tekan berkepala. Maka, siaplaaa.

Boleh rujuk gambar ini.

Proses menyiapkan bbm ni kisah semalam dan hari ini , kami dah mula bermain dengan roda suku kata ini. Apa yang saya buat? Saya tulis pada sehelai kertas beberapa suku kata tertutup kemudiannya Hannah akan memutar roda itu, Apabila roda itu berhenti berpusing. Hannah akan menyebut suku kata tertutup tersebut dan mencarinya atas lembaran yang saya sediakan tadi. Dah jumpa, dia perlu warnakan suku kata tersebut...


Alhamdulillah, dia berjaya mewarnakan keseluruhan lembaran kerja tersebut. Namun, Dhia Hannah masih memerlukan latihan membaca secara intensif bagi mengukuhkan kemahiran tersebut. Doakan saya istiqamah dalam mengajar dan mendidiknya ye....

Untuk Dhia Arissa, perlahan- lahan saya libatkan dirinya dalam aktiviti membaca ini. Tetapi cepat juga dia tangkap sebabnya dia berjaya menyebut bunyi a, i dan u . Menggabung suku kata saya belum ajar lagi padanya. Sekurang-kurangnya dia dah berjaya ingat bunyi beberapa huruf.....

Oh ya, saya memilih kaedah membaca secara fonetik untuk mereka. Kaedah ini saya baru je belajar akhir bulan 10 dan saya rasa kaedah ini sangat berkesan untuk ajar anak mudah membaca. In shaa Allah, anak- anak murid saya akan didedahkan dengan kaedah ini juga....

Selasa, 3 November 2015

Little chef : Hannah buat sendiri kek coklat

Hari ni Dhia Hannah bersungut nak makan kek. Kek Coklat katanya. Saya pi dapur sediakan bahan- bahan kek. Dalam hati, memang nak suh dia buat sendiri je..

Saya minta dia basuh tangan terlebih dahulu. Pastikan kebersihan sebelum memasak. Saya minta dia ambil sendiri setiap bahan dan kacau sendiri sehingga siap menjadi adunan. Bukan main suka lah dia. Tapi ada juga bahagian yang saya amik alih. Bahagian masukkan air panas ke dalam adunan.

Bagi nampak menarik, bahan saya masukkan ke dalam mangkuk warna- warni.

Sesi mencedok adunan pun saya minta dia yang buatkan. Cup itu pula adik tolong susunkan dalam tray. Masukkan dalam oven saya lah yang buat .. bahaya oven panas. Kan jadi kes lain pulak nanti.


Taraaa... siap makan terus...


Khamis, 22 Oktober 2015

Homeschooling : Bermain Buku Besar (Suku kata terbuka)

Saya masih dalam proses mengajar Hannah membaca. Saya menggunakan buku BACALAH   ANAKKU sebagai panduan untuk mengajarnya membaca. Dhia Hannah seorang yang aktif, suka bergerak, menyanyi jadi jika kita nak dia duduk diam membaca memang takleh dalam masa yang lama, sekejap je dia dah rasa bosan. 

Sejak masuk group HOMESCHOOLING ni, banyak ilmu yang  saya dapat dan boleh  praktikkan kepada anak  dan anak-anak murid juga. Salah satu yang saya dapat ialah kenalpasti dahulu gaya pembelajaran anak-anak. Padahal benda ni dah belajar semasa pedagogi di maktab  tapi bila dah  tinggal dan tak praktikkan terus jd lupa... follow je gaya pengajaran biasa yang berdasarkan silibus...

Berbalik kepada aktiviti BUKU BESAR ni, saya sesuaikan aktiviti dengan tingkah laku Hannahh, Hannah suka bergerak, suka buat aktiviti yang melibatkan pergerakan jadi proses menyediakan buku besar ni berlainan  sikit. 


Mula-mula saya tampal kertas Manila di dinding. Tampal guna salotape biasa je  sebab nanti nak tanggalkan semula jadikan buku.

Aktiviti bermula, saya berikan kad gambar dan minta Hannah sebut gambar apa. Kemudian, dia ambil kad gambar tu tampal pada kad manila di dinding. Ulang aktiviti tu , sebut dan tampal. Saya memang duduk agak jauh dari dinding yang ditampal kad manila tu jadi Hannah memang kena ulang-alik, ambil gambar kemudian tampal.... dia seronok je sebab dia belajar sambil bergerak kan... hehe

Dah tampal semua gambar, saya keluarkan pula kad perkataan suku kata kv+kv.. minta dia sebutkan dan  cari padanan suku kata dengan gambar- gambar tadi. Proses tu berlangsung sampai abis semua suku kata dan dia berjaya padankannya. 

Hannah seronok buat aktiviti ni sebagai pengukuhan mengenal suku kata. Memang kena banyak bagi latih tubi supaya sebutan fonetik huruf tu difahami konsepnya.

Alhamdulillah .. hampir sejam jugak aktiviti ni berlangsung... kalau suruh membaca sahaja memang takkan   sampai sejam pun...  sebab dia rasa penat dan sakit kepala kalau duk diam... huhu mcm2 anak dara seorang tu....

Apa-apa pun ini harapan saya kepadanya

SEMOGA DHIA HANNAH BOLEH MEMBACA SEPENUHNYA PADA DISEMBER 2015 NANTI....

Doakan  harapan saya ini termakbul ye....

Oh ya.. yang berminat dengan bahan bigbook ini, boleh muat turun bahannya di sini ye...


Rabu, 7 Oktober 2015

Homeschooling : Aktiviti terbaik bersama anak-anak

Nampaknya, blog ini perlu diaktifkan kembali. Rasanya blog memang medium yang sangat sesuai untuk saya simpan aktiviti anak-anak, resepi2 dan pelbagai lagi info bermanfaat.

Alhamdulillah, selama ni saya memang ada membuat  aktiviti homeschooling bersama anak- anak, ada yang sempat diambil gambar kenangan tapi banyak yang tidak dirakamkan. Apa yang saya nampak, aktiviti Homeschooling memang merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Anak pula tidak melakukan aktiviti yang membahaya dan yang penting segalanya berada dalam   jangkauan mata  ibu atau bapa.

Apabila kita sebut tentang HOMESCHOOLING, ianya bukan bermaksud kita hanya memperkenalkan mereka dengan bahan kandungan akademik semata-  mata tetapi semua perkara kita boleh dedahkaan kepada anak-anak terutama perkara- perkara yang berlaku di dalam kehidupan seharian.

Anak, individu terpenting yang diamanahkan ALLAH untuk kita didik sebaiknya, 

Apa yang saya buat bersama anak saya?
Apa sahaja kami lakukan bersama, di dapur, menonton, berkebun, mengemas rumah,  membeli belah dan sebagainya. Walaupun, mereka buat sekadarnya sahaja tetapi sekurang-kurang mereka terlibat sama. Biar mereka belajar dan  biar mereka rasa, mereka penting dalam hidup kita.....

Semangat nak berhomeschooling bersama anak-anak makin berkobar- kobar apabila dimasukkan ke group HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA.. Nak join sama,  klik je sebelah ye...


Selasa, 11 November 2014

Mak Tak Marah Anak

Mak Tak Marah Anak... Group ni baru je Dieyna join.. Fuh, termotivasi bila join group ini. Rupanya ramai yang berusaha gigih untuk tingkatkan kesabaran dengan tingkah laku anak.

Kita tau anak tu amanah Allah pada kita. Namun, kita manusia biasa yang sering terlupa, lalai dan alpa. Kita jangka anak kita begini tapi hakikatnya diorang begitu. Sudahnya, marah marah dan marah mereka kerana tidak melepasi jangkaan kita.
abaikan pemandangan di belakang
Aksi yang membuatkan MAK sakit jantung sekejap huhu

Kita juga kadangkala membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Hakikatnya anak kita adalah copy paste diri kita. Kita lupa agaknya kita ni pernah kecil dan pernah menimbulkan kemarahan ibu bapa kita kan.

Kena cabar diri ini... Cabar diri TAK MARAH ANAK ... In Shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kesabaran dalam mendidik amanahnya...



Sabtu, 8 November 2014

4 Cara Merawat Selsema Anak Secara Semulajadi

Siapa dalam keluarga awak yang ada masalah resdung???
Tanya seorang doktor klinik swasta tu pada Dieyna sewaktu membawa Arissa dan Hannah ke kliniknya.
Dengan rela hatinya Dieyna mengaku. Jawapan doktor tu sangat simple,
Kalau dah ibu yang ada masalah elegic automatik akan turun kepada anak-anaknya.
Kalau diberi ubat pun sekadar merawat seketika kemudian penyakit selsema akan datang kembali.

Doktor menyarankan Dieyna menjauhkan anak- anak daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan selsema. Antaranya ialah

1. Elakkan ada kucing atau karpet atau apa2 sahaja punca habuk di dalam rumah.
2. Pastikan rumah bebas habuk. ( bahagian paling sukar huhu)
3. Elakkan makan makanan yang mendatangkan elegic, makanan laut utamanya.
4. Elakkan mandi dengan air sejuk pada waktu pagi. 

Memandangkan doktor pun bagi hint pasal ubat maka Dieyna berusaha mencari beberapa rawatan alternatif. Empat cara berikut menjadi pilihan untuk membantu melegakan masalah selsema mereka.

Stim bawang putih + minyak zaitun @ minyak masak biasa + air panas

Dieyna suka guna periuk nasi. Bukan apa wap tu berterusan. Dieyna letak periuk tu di atas lantai dan tiarapkan Arissa di atas paha dengan mukanya mengena wap tu. Jangan lak letak terus mcm tu.. panas nanti.. pandai-pandailah hadapkan muka dia tu agar tak kena direct wap tu. Macam ni... 

Tepuk- tepuk lembut belakang badan anak bagi melegakan kahaknya. Biasanya bila selesai sesi ini, hingus memang keluar agak banyak. Suami akan sedut guna alat penyedut hingus. Malamnya dia akan tidur lena selenanya.. Lega lah tu...

Minyak Bawang Putih

Minyak ini Dieyna paling suka sebabnya bila disapu pada dada dan belakang badan mereka. Boleh nampak mereka selesa. Minyak ni boleh buat sendiri je. Cuma gunakan bawang putih yang dibakar dan minyak zaitun atau minyak masak. Caranya boleh rujuk entri ni PETUA MUDAH MELEGAKAN BATUK

Bukan budak- budak je boleh guna minyak ni, mak ayah budak pun leh guna. Dah try pada suami yang sedang batuk-batuk sampai terjaga daripada tidur. Selepas sapu minyak ni, lena tidurnya.

Tepukan Percussion

Cara ni Dieyna buat semasa stim tu. Kalau tak nak stim pun takpe, tepuk- tepuk je belakang anak tu. Tujuan tepukan tu bagi melegakan kahak. Ada teknik semasa nak tepuk ni. Jangan main tepuk je sesuka hati.
Tapak tangan kita mesti berkeadaan macam dalam gambar tu. Kedudukan anak pula dalam keadaan dia selesa juga macam dalam gambar. Kita beri tepukan dengan kelajuan sekata je. Pastikan anak jangan minum susu sejam atau setengah jam sebelum tepukan bermula. Cara tepukan pula tepuk tubuh bayi lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi. Biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah (Pakar Fisioterapi Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin , Utusan Malaysia).

Makanan Berkhasiat

Cara keempat ni bolehlah diikut jika anak-anak dah boleh makan. Dieyna amalkan pemberian madu. Mula- mula beli madu Khaula dan kemudiannya, amalkan pula madu Qaseh Junior. Selain daripada itu, Dieyna juga memasak menu yang berunsurkan bawang putih dan kunyit. Bawang putih dan kunyit tu membantu meningkatkan sistem pertahanan badan anak. Badan mereka pun segar,

Singgang daging
Kunyit tu boleh mengeringkan selsema. Resepi singgang ni resepi negeri Dieyna lah. Masak secara rebus je. Anak- anak pun sukakanya. Yang penting bahan- bahan yang terdapat dalam resepi ni boleh membantu merawat masalah selsema mereka. In shaa Allah.

p/s : Semua rawatan di atas Dieyna buat bagi melegakan masalah anak-anak. Namun Dieyna tidak menolak ubat klinik dan saranan doktor jika masalah anak- anak berlarutan.


Salam sayang
Dayana Bahar
932071
Shaklee Independent Distributor





Catatan Popular