Halaman

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Ahad, 1 Julai 2012

Dulu lain sekarang lain

 

Dahulu lain sekarang lain… Cuba teka apa tu?? Hehe malaslah nak berteka-teki, jawapannya, murid- murid zaman sekarang lah… Meh nak ringkaskan secara tepat, jitu dan padat.. Ye ke?? Hehe

Murid dahulu vs murid sekarang – Tak bawa buku

Murid dahulu, kalau tak bawa buku sesuatu subjek tu dah boleh buat ketar lutut. Kalau boleh, masa cikgu masuk kelas, tak nak angkat muka dah.. takut sangat.. Yang sanggup ponteng kelas pun ada… Mana taknya, takut Cikgu berubah menjadi Sang Harimau…

Murid sekarang kalau tak bawa buku, senang je.. Jumpa cikgu terus dengan muka sengih-sengih ala kerang yang tak berapa nak wangi tu sambil berkata “Cikgu, saya tak bawa buku laa, tak ingat”…  Cikgu marah bla- bla pun masih lagi kekal dengan sengih2.. aargghh sakit hati tak???

Murid dahulu vs murid sekarang – Tak siap kerja sekolah

Murid dahulu kalau tak siap kerja rumah yang diberikan guru sanggup tak datang sekolah. Nak sebut perkataan tak siap depan cikgupun tak berani. Lemah anggota badan, nak angkat muka pun tak berani.. Yelah takut cikgu tanya mana kerja rumah .. Mana tak takutnya, kalau tak siap kerja rumah, konfirm dapat ganjaran baik punya.. rotan ke denda ke … huhu tak sanggup..

perangai budak sekolah 1

Murid sekarang sangat hebat dan berani, tak siap kerja rumah masih berlagak selamba.. Boleh jerit dari tempat duduk “ Cikguuu, saya tak siap kerja rumah… semalam ikut mak saya pergi bla bla bla”.. Cikgu marah jugak.. tapi biasalah murid pasti buat muka tak bersalah.. arrggghh sakit hatinya…. Marah lebih2 kan masuk court pulak.. pinjam gambar blog cap ayam..

Murid dahulu vs murid sekarang – Waktu jumpa cikgu

Murid dahulu, jumpa cikgu pasti hulur tangan nak bersalam.. Kalau ada barang kat tangan, mesti cepat2 bantu nak tolong bawa.. Sejuk hati cikgu…

Murid sekarang, jumpa cikgu kat mana- mana buat macam tak kenal, cikgu pulak ngade2 tegur anak murid.. Kalau kat sekolah, jangan harap nak tolong cikgu dengan rela hati.. kalau ada pun sorang dua je.. selebihnya, cikgu panggil minta tolong pun buat2 tak dengar…. Kesian sungguh cikgu sekarang ni…

Ibu bapa dulu dan sekarang pun banyak bezanya sebab tu murid dulu dan sekarang berbeza…

Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih...

Pertama sekali, Dieyna nak ucapkan terima kasih kepada insan yang sudi menyertai segmen Dieyna.. Kalau ada yang masih terlepas baca entri Segmen.. Bolehlah klik SINI ye.. Ada banyak kenangan bersama guru yang sangat menarik untuk korang semua baca.. Percayalaa.. Terimbas semula alam persekolahan dulu-dulu...

Entri ini juga khas untuk rakan- rakan blogger yang mengucapkan ungkapan keramat untuk Dieyna.. Terima kasih semua kerana mengingatinya.. Korang memang best...

Terima kasih juga kepada anak murid yang sudi memberikan hadiah- hadiah ini.. Terharu dan teruja.. rasa glemer sekejap sebab dapat hadiah heehe.. Ini koleksi hadiah yang diterima hari ini,, sebelum dibuka..


Apabila siap dibuka.. inilah rupa hadiah yang diterima.. Terima kasih banyak- banyak.. walaupun hadiah ni biasa pada pandangan orang lain tapi bagi Dieyna ianya cukup berharga.. Percaya tak.?? Dieyna masih simpan lukisan murid yang hadiahkan pada Dieyna semasa praktikum 2001... Sangat bernilai pada Dieyna..  Korang mesti nak tahu kan apa hadiah yang Dieyna dapat kan?? Hehe ini dia
Seperti biasa, time hari Guru hadiah paling popular ialah MUG.. Hadiah yang berbentuk makanan dah selamat dimakan dah.. Terima kasih Kak Ti ye sebab bagi kek tu hehe.. Erm.. korang nampak tak dua tong sampah tu.. hehe Tahun ni dapat hadiah TONG SAMPAH .. Bukan daripada murid tau, tapi TONG SAMPAH ni hadiah untuk acara pertukaran hadiah guru.. Suka sangat kat hadiah ni sebab Dieyna memang nak beli TONG SAMPAH macam ni untuk letak sabun basuh kain.. ALHAMDULILLAH.. rezeki TUHAN tetapkan Dieyna dapat hadiah TONG SAMPAH ni.. Hehe JIMAT DUIT.. Suka suka... 

Terima kasih juga untuk CIKGU ETUZA... Kerana hadiah  yang sangat spesial tu..Dieyna suka sangat2.. Selamat Hari Guru ye Cikgu.. 

Dan untuk semua.. layanlaah lagu ni.. best sangat.. first time dengar terus jatuh cinta.. 


Ahad, 22 April 2012

Aktiviti bersama Hannah

Hannah dah 1 tahun 8 bulan... Semakin membesar anak ibu.. Dah boleh diharap pun.. Malam ni, Dieyna nak kongsikan dengan korang semua aktiviti yang dijalankan bersama Hannah.. Enjoylah dengan gambar ni ye...

Aktiviti pertama ialah finger painting.. Idea ini Dieyna dapat daripada ISMI HUDA, dia buat aktiviti finger painting bersama anaknya Balqis.. Balqis dan Hannah sebaya je jadi tak salah Dieyna mencuba aktiviti ini bersama Hannah. Meniru ke arah kebaikan katanya hehe.

Bahan yang Dieyna gunakan untuk aktiviti ini ialah bancuhan tepung ubi dan pewarna makanan untuk menggantikan warna air.. Risau pulak, anak dara ni masukkan dalam mulut nanti.. Info yang diperoleh daripada Huda, Finger painting ini membuka ruang untuk anak kita menzahirkan kreativiti mereka. Petikan berikut Dieyna copy dari laman blog Huda


Finger painting help toddlers:
  • get used to new textures, such as the feeling of finger paint
  • learn how paint and paper move, and how they can be manipulated
  • develop all kinds of fine motor skills, as they use their fingers, feet and so on
  • express their thoughts, experiences or ideas through their creations.
source : raisingchildren

Beginilah gaya Hannah semasa menjalankan aktiviti finger painting... 



Nak tengok koleksi kerja Hannah .. Ini dia ye tuan2 dan puan2 sekalian... Jangan gelakkan ye, bagi kita sangatlah tak lawa.. tapi baginya, itulah yang paling cantik... hehe

P/s : Esok buat satu lagi entri aktiviti Hannah.. Homeschooling pada budak umur 20 bulan hehe kira okelaa kan... Erm, satu lagi, if ada sesiapa yang berminat nak beli baju plastik painting yang Hannah pakai tu, klik link FB UKBabyStuff.. Pemiliknya  Ismi Huda laaa... boleh order kat sana if masih ada ready stock.,..




Jumaat, 20 April 2012

Seni Visual : Mahkota Badut


Kali ni nak kongsi aktiviti kraf yang boleh kita buat dalam bilik darjah... Terutamanya bilik darjah Tahun 1 untuk mata pelajaran Dunia Seni Visual.. Kelmarin Dieyna buat aktiviti ni bersama- sama murid.. Nampaknya diorang suka sangat.. Hari ini masih ada lagi yang mahkota badut.. Teruja sangat agaknya.. hehe

Macam mana cara nak buat Mahkota Badut ni.. Senang sahaja... Begini caranya...
Bahan- bahan yang diperlukan ialah gunting, pensel warna, kad manila, kartun badut,stapler dan yang tiada dalam gambar, gam dan salotape...

Lukis corak atas kad manila yang telah selamat dipotong tadi. Corak ikut suka hati murid laa, Dieyna cuma lukis bulat polka dot je.. Sebabnya, sekarang kan musim polka dot glemer. hehe padahal bukan pandai melukis pun hehe.

Dah siap lukis bulat2, jangan lupa warnakan, guna pensel warna ataupun krayon. Pendapat Dieyna, kalau guna krayon, warnanya lagi timbul.. so, coraknya lagi menyerlah..
Warnakan badut.. Abaikan kesan comot guna crayon tu ye.. hehe dah potong nanti hilanglah kecomotannya.. Dan siap warna, jangan lupa gunting elok2..

Hasil kerja Cikgunya untuk contoh

Inilah hasilnya.. Opps, sebelum terhasil begini.. Kad manila tu korang kena cantumkan terlebih dahulu.. Kemudian, tampal badut kat bahagian yang bercantum tu untuk menutupi kesan stapler.. hehe. Oh ya, satu lagi, jangan lupa letak batang aiskrim or ranting kecil sebagai tiang penegak badut.. Jadi, takdelah badut tu terhoyong- hayang di atas kepala...
Hasil kerja murid.. Cantikkan.. hehe
Abaikan pemandangan di belakang ye
Betapa seronoknya bebudak ni dengan mahkota badut sehinggakan mereka pakai seharian.. hehe bangga pulak cikgu yang mengajarnya.. Gambar budak pakai tak ambil pulak... Rugi2.. Tapi takpelah, Dieyna dah lantik seorang model untuk memakainya... Ini dia....
Tempahan modelling dibuka ye. haha 
Sengaja buat extra untuknya..Abaikan matanya yang BOOOLAT itu ye haha

p/s : Kawan di rumah pengasuh Hannah suka, maka kena buat extra mahkota badut ni.. 











Khamis, 19 April 2012

Bukan Mengungkit Cuma Minta Difahami


Benda ni Dieyna dapat melalui FB, rakan sekerja tag Dieyna. Macam menarik untuk dikongsi di 

sini... Korang baca laa... dan hayati... 


GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai... Respon Orang yang TAK PUAS HATI :


1. Kerja cikgu ni senang jer.



2. Kerja sikit. Cuti banyak.


HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG 



BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI 


GEMBAR GEMBURKAN!!


-> Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... 


buat kertas kerja... jadi PBSM  tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau 


menang.. budak tu pandai main... Time budak nak bertanding  apa2 acara... cikgu jd JURULATIH, 


kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar... 


Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak 


tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..  kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta 



dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....



Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak 



dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit... 



Time ceramah.. cikgu jd  MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga 


makan minum murid...  bukan sorg murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene baju 



murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat 



persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa?? 



Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. 


anak saya mmg macam tu.... 

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. 



bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu 



juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam...untuk pastikan 



anak murid sedap tidur...cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu 



nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan murid... 



murid hanya gelak pada hari guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??

Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah dalam keadaan



baik agar murid - murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu 


tak jaga kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..kenapa tak



 sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di 


sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak 



bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat...
.
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat 


saman dari parent... sbb jentik anak dia...


Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu... 


minyak duit siapa?? duit cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa 



aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka 



hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi..
.
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi ke???? bukan baca pown... apa kerja korang???? cuba bagi 



tau skit??? Selain jaga anak???

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? 
dialah segala-galanya !!

I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu


saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu


kamu dan keredhaan ilahi...  Sumber : FB

Rabu, 18 April 2012

Layan je lah...

Lawak kartun

Semua dialog di bawah ini, adalah berdasarkan kisah benar.. Korang layan jelaah ye... Mungkin boleh buat korang gelak, dan mungkin juga tidak.. Sekadar perkongsian di malam Rabuu....:))

Dialog 1 :
Situasi : Dalam bilik darjah Tahun 1

Cikgu A baru je duduk di meja guru dalam kelas, kemudian datang seorang murid....

Cikgu A : Ye, ada apa Ikhwan?
Ikhwan : Cikgu, saya nak cerita skit.. Malam tadi, saya main2 dengan adik saya, Best sangat main cikgu sampai adik saya kalah....
Cikgu A : Awak main apa??
Ikhwan : Main ps2 ar cikgu...
Cikgu A : Abis tu...
Ikhwan : Jadi, saya tak dapatlah siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi.. lepas main2 saya tidur.....
Cikgu A : Erk... ( Dalam hati, tu sebenarnya dia nak citer. Tak siapkan kerja sekolah rupanya, nak marah ke tak ni>>??? )

Dialog 2
Situasi : Depan pintu pagar sekolah

Cikgu A mengiringi murid pulang sehingga ke pintu pagar.. Maklumlah sekolah meminta guru menghantar murid hingga ke pagar dan ibu bapa tidak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah. Maka, terjadilah perbualan berikut antara guru dengan murid Tahun 1 jugak

Cikgu A : Azri, balik dengan siapa hari ini??
Azri : Balik dengan orang rumah cikgu,,
Cikgu A : Hah, balik dengan orang rumah. Bila awak kahwin? Tak jemput saya pun . ( Sambil gelak2)
Azri : Eh, salah Cikgu. Balik dengan nenek saya.. Hehehe

Dialog 3
Situasi : Dalam bilik darjah sewaktu sesi pengajaran

Cikgu A : Siapa boleh bina ayat guna perkataan "Ibu"?
Murid : Saya, saya cikgu...
Cikgu A : Okelah, Aidiq, saya nak dengar ayat kamu..
Aidiq : Ibu saya ada dua, cikgu..
Cikgu A : Gulp, telan air liur.. Dalam hati bertanya, betul ke??

Dialog 4
Situasi : Dalam kelas pra sekolah

Cikgu B : Hari ini kita bercerita pasal binatang ye.. Siapa tahu pasal binatang dalam zoo??
Murid2 : Saya tahu cikgu..
Cikgu B : Okelah, Ali.. Binatang apa dalam zoo??
Ali : Harimau, Cikgu.
Adib : Saya tahu , Kucing kan bila dia besar nanti, dia akan jadi Harimau, betul dok, cikgu
Cikgu B : Ada ke gitu, Adib ni... huhu macam ni bla bla bla.. Faham???

P/s : Tengah duk bayangkan, kalau budak tu kata.. "Cikgu, cicak kan bila dia besar nanti mesti jadi buaya kan, kan?? habislah Dieyna anak beranak, dalam rumah tu banyak cicak haha

Isnin, 16 April 2012

Jom buat gelang tangan manik sendiri

Panjang skit tajuk.. ala- ala tajuk dalam buku teks Tahun 2.. Rasa- rasanya ramai dah tahu macam mana caranya.. Saja je nak kongsi kat sini, sesi pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 berpandukan sukatan KSSR. Bagi Dieyna sukatan KSSR ni lebih menggalakkan murid belajar berdasarkan pengalaman.. Sebelum ni murid Tahun 1, belajar cara menyediakan Emping Jagung.. Untunglah diorang masa tu, suka sangat dapat makan emping coklat (ganti emping jagung) dengan susu soya... Nantilah update gambar diorang kat sini...

Sekarang ni nak share cara buat hiasan manik pula.. Mudah sangat.. korang tengok gambar je ye,,,, Budak- budak pun suka sangat...
Time buat gelang ni, budak lelaki pula yang terlebih excited.. Hehe siap ada yang buat cincin lagi.. Apa2 pun selamat tengok gambar ye,,,,

P/s : Lepas ni nak buat gelang untuk Hannah lah.. lalalala



Tengah bekerja Sekarang : Online Saja

Zaman dah makin moden.. paper less.. semuanya online belaka.. dan sekarang, tengah isi maklumat peribadi murid dalam aplikasi sekolah malaysia... Tidur awal tadi.. so, terkejut dari tidur, mulakan kerja online ni.. Tengah2 malam macam ni sistem tak busy sangat,..

Inilah sistem yang dimaksudkan.. Guru kelas perlu mengisi maklumat peribadi murid di sini. Selepas ini, semua aplikasi online yang berkaitan dengan KPM akan disambungkan ke sistem Sekolah Malaysia ini. Kerja permulaan yang agak rumit, tetapi menguntungkan di kemudiannya. Maklumat yang diisi di sini mestilah benar.. Bukan tiruan ye. Apabila sistem ini sudah lengkap diisi oleh guru, ibu bapa juga boleh membuat semakan data peribadi mereka di sini.. 

Nak sambung buat kerja pulak.... 

P/s : Cikgu dah tak boleh buta IT, semua kena celik IT belaka tau.. 

Ahad, 15 April 2012

Macam mana nak buat ???


Cerita utama untuk hari ni ialah macam mana nak buat pada anak murid yang bermasalah dalam kelas.. Jika korang yang membaca ni adalah seorang guru, korang pasti berjumpa dengan anak murid yang sebegini. Jika korang yang membaca ini selaku ibu bapa, inilah kenyataannya sikap anak murid yang terpaksa para guru hadap setiap hari.
  • Murid yang samaaaaaaaaaaaaa je tak siapkan kerja sekolah. Macam - macam cara guna, tapi still tak siapkan kerja sekolah. Kadang- kadang dengan selambanya diorang boleh kata 

"Cikgu, saya dok siap kerja sekolah" 
"Ckgu, saya dok dang nok buat kerja sekolah sebab dok ingat"

  • Murid tertinggal buku latihan, buku aktiviti ataupun buku teks. Time nak guna, boleh pula dengan selambanya diorang bagitau dengan tersengih- sengih. 
"Cikgu, saya tinggal buku di rumah" 


  • Buku kerja dikenalpasti ditulis oleh orang lain bukannya oleh murid tersebut. Bukan main cantik tulisan, padahal kita yang duk tanda bukunya hari- hari dah boleh cam macam mana tulisannya kan, tiba- tiba tulisan lain pulak.. Apa perasaan korang kalau kena macam ni??? Biarkan je, Ataupun suruh dia padam n tulis semula.. Itulah yang Dieyna buat.. Siap tulis dalam buku latihan diorang besar2 "Tulisan Siapa ?????" Dengan harapan, biarlah orang yang rajin nak buat tu, baca.. Tak salah nak menolong tapi janganlah sampai tolong tulis, mungkin kita boleh tulis kat lain n suruh anak tiru je..Nak salahkah ibu bapa, tak boleh jugak, dang si anak merayu- rayu, menangis-nangis, kalah juga akhirnya kan.. Yang ada anak pasti tau ye ke tak statement ni...


Dieyna cuma kongsikan tiga isu sahaja di sini, bukannya tujuan untuk menghentam atau apa, cuma nak kongsi dan minta pendapat korang semua, Macam mana cara nak menangani semua masalah yang disebutkan di atas? Pendapat yang bernas boleh diaplikasikan dalam realiti sebenar.. Bukannya untuk kita seorang tetapi untuk semua yang membacanya pasti mendapat manfaat bersama. Bukan senang nak MEMANUSIAKAN MANUSIA..tetapi itulah yang harus para pendidik perjuangkan.. 

p/s : Petang ni nak pi dengar BICARA INTELEK kat SMK PAKA... Isinya nanti ye DIeyna kongsikan.. 




Sabtu, 7 April 2012

#Ayat Paling Best..Percayalah

Korang baca sendiri ye... Memang best sangat ayat- ayat diorang ni.. Lepas tu cuba bagi markah ye.. hehe Boleh ke???




Khamis, 5 April 2012

Misteri Terungkai..

Korang dah baca entri pasal HANTU dalam gambar sebelum ni kan?? Sebenarnya, zaman moden ni macam- macam boleh buat, lebih- lebih lagi kalau anda pakai hp yang canggih manggih.. Softwarenya pula, mudah dapat. Ada internet maka segalanya di hujung jari.

Korang mesti tahu pasal Android ataupun Blackberry kan..Sebenarnya, ada sejenis Software yang diberi nama Ghost Camera dalamnya. Korang boleh letak gambar Hantu kat mana- mana lokasi sebelum gambar di ambil. Hasilnya, selepas disnap akan muncullah gambar hantu tersebut di dalam gambar itu. Contohnya macam ni
Takut kan.. Hihihi
Jika korang pakai telefon Samsung yang berperisian Android, korang juga boleh memuatturunkan aplikasi ini ke dalam telefon korang. Cubalah guna hehe selepas tu bolehlah tampal gambar hantu tu kat mana-mana korang suka... selepas tu korang buat cerita misteri rekaan kononnya korang bergambar n ada hantu dalam gambar tu .. hehe Jangan diikut nasihat ini..
Bijak kan???
Jadi, misteri gambar di KSB kemaman tu sudah terungkai.. Mungkin ianya hasil daripada kecanggihan aplikasi telefon.. Jangan takut- takut lagi eik... 

p/s : Terima kasih kepada Cikgu Azrul dan Cikgu Hamedan yang merungkai misteri ini... Dieyna pun hampir percaya gak dahulu.. Sekarang tidak lagi... Hehe




Rabu, 4 April 2012

Program Bacaan dan i Nilam

Zaman kita sekolah- sekolah dulu dah diperkenalkan program ni. Baca buku banyak- banyak kemudiannya catat dalam buku bacaan. Program ini masih diteruskan tetapi diberi nafas baru dengan nama yang baru iaitu NILAM. NILAM merupakan akronim  kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Pada asasnya program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kepentingannya sehinggakan murid yang mampu membaca banyak buku diberi pengiktirafan. Terdapat dua tahap dalam program ini iaitu TAHAP JAUHARI dan TAHAP RAKAN PEMBACA. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut berkenaan kedua- dua tahap ini, anda boleh rujuk di laman INI ye.

Bagaimana bacaan NILAM dikira? Hehe kerja guru juga laa.. Data bacaan murid direkodkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, kemudian data tersebut diserahkan kepada guru Pusat Sumber untuk dimasukkan ke laman sesawang ini. 
Sistem kemasukan data ini bergantung kepada pentadbiran sekolah juga,
kadang- kadang guru kelas diminta memasukkan data ke laman ini
bagi membantu guru Pusat Sumber.
Kepada ibu bapa, pujuklah anak anda supaya rajin membaca dan mencatatkannya dalam buku NILAM, ada pengiktirafan untuk mereka nanti. Tidak salah sekiranya, sikap suka membaca ini dipupuk daripada kecil... hasilnya pengetahuan bahasa anak- anak kita semakin baik. Tetapi Awas, pastikan bahan bacaan yang dibaca itu bahan ilmiah, bukannya majalah- majalah, komik dan yang sewaktu dengannya.

P/s : Sebab utama entri ini dikeluarkan , Dieyna baru sudah isi data NILAM murid dalam laman web yang dinyatakan di atas.... Setel satu kerja... Nanti nak kena isi data LINUS plak.. huhu banyak wei....

Isnin, 2 April 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Hari ini Dieyna nak ulas berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah aka KSSR. Sebenarnya ada permintaan untuk Dieyna ulas berkenaan KSSR ini. Ramai yang masih buntu, "blur" dan tak tahu pun apa itu KSSR. Pada awal kemunculannya, Dieyna juga berada dalam kelompok itu. Alhamdulillah, sekarang sudah 70% jelas.

KSSR ini merupakan kurikulum induk yang akan menggantikan KBSR iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Buat masa ini hanya dua aliran yang terlibat dengan KSSR iaitu kelompok murid Tahun 2 dan Tahun 1 sesi 2012. Perubahan dasar kurikulum ini dilakukan secara berperingkat sebelum KSSR mengambil alih keseluruhan dasar kurikulum sekolah.

Jika dahulu, corak penilaian ke atas murid berorientasikan peperiksaan. Murid menduduki peperiksaan dan dinilai melalui markah yang diterima. Tetapi kini, penilaian tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Proses penilaian terhadap murid dijalankan sepanjang tahun menggunakan eviden- eviden yang sepadan dengan Dokumen Standard Prestasi setiap mata pelajaran. Berikut merupakan contoh Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1.
Standard Prestasi BM


Murid juga tidak lagi diberikan penilaian mengikut gred A, B, C, D ataupun E tetapi berdasarkan Band  1 hingga 6. Perincian untuk setiap band adalah seperti berikut :-

  • Band 1 - Tahu
  • Band 2 - Tahu dan faham
  • Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat
  • Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
  • Band 5 - Tahu, faham  dan boleh buat dengan beradab terpuji
  • Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Murid yang melepasi Band 1 baru layak diuji kemahiran untuk band 2 dan seterusnya. Setiap mata pelajaran sama ada teras ataupun elektif perlu menyediakan eviden bagi menguji keupayaan kemahiran murid dalam lisan, bacaan dan tulisan. Hasil kerja murid disimpan di dalam fail peribadi mereka dan dibawa ke tahun persekolahan berikutnya. 

Prestasi murid yang telah dinilai dimasukkan ke dalam satu sistem yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Prestasi ini akan dimasukkan oleh guru mata pelajaran masing- masing. Inilah laman sistem tersebut .

Peperiksaan untuk murid ini bergantung kepada pentadbiran sekolah masing- masing. Ada yang jalankan peperiksaan seperti biasa tetapi soalannya mengikut band. Ada juga yang menilai kemahiran menulis berdasarkan latihan harian persekolahan mereka.

Dieyna tak pasti sama ada kurikulum ini boleh bertahan lama atau tidak. Dieyna cuma golongan pelaksana dasar yang ditetapkan, tidak berhak untuk mengubahnya. Cuma secara peribadinya, corak penilaian ini membolehkan kita mengenali murid kita dengan lebih mendalam lagi. Dari satu sudut yang lain pula, ianya menambahkan lagi beban tugas guru... 

Sekian, terima kasih.

p/s : Catatan ini dibuat berdasarkan pengalaman  dan pemahaman sendiri yang berada dalam bidang ini.  

Sabtu, 31 Mac 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji SSM

Sekadar info ringkas untuk kakitangan awam yang membaca blog ini.. Sila klik laman web berikut untuk auto- calculate gaji berdasarkan kenaikan 13%.


Pekeliling mengenainya boleh dibaca di laman ini dan anda boleh memuat turun dokumen untuk simpanan sendiri.

Rabu, 21 Mac 2012

Saringan Linus 2012

Kali ni nak kongsi berkenaan saringan Linus 2012.. Apa tu yer?? Korang mesti nak tahu dan para ibu bapa yang ada anak darjah 1 wajib tahu benda ni. Linus ni ialah singkatan kepada literasi dan numerasi. Apa plak literasi dan numerasi tu?? Hehe banyak tanya yer... literasi tu berkaitan dengan membaca dan numerasi pulak berkaitan dengan nombor. 

Ujian saringan Linus ni diadakan 3 kali dalam setahun, maknanya murid darjah 1 akan melalui 3 proses saringan sebelum dimasukkan ke dalam arus perdana. Murid yang melepasi saringan linus akan belajar mengikut sukatan biasa manakala murid Linus pula akan belajar mengikut sukatan Linus.

Biasanya, kriteria macam mana yang menyebabkan seorang murid dikategorikan sebagai murid LINUS? Murid yang masih gagal mengenal huruf atau nombor, membatang suku kata dan tidak boleh membaca, memahami, mengenal operasi asas nombor atau menulis dianggap sebagai murid LINUS.. Sekiranya, ada dalam kalangan keluarga kita seperti adik atau anak buah ataupun sedara mara kita yang masih gagal membaca dan menulis pada usia 7 Tahun, murid tersebut dikategorikan sebagai murid LINUS. Murid ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar tidak ketinggalan dengan rakan sebaya yang lain.
Ada dua kategori pula dalam LINUS, LINUS TEGAR iaitu murid yang langsung tak kenal huruf mahupun nombor dan LINUS BIASA iaitu murid yang dah kenal huruf cuma tidak boleh membaca dengan betul. Contohnya, eja lain bunyi lain.. SU + SU , bunyinya PASU. Jangan risau yer, mereka masih boleh dipulihkan dan disaring semula dalam SARINGAN 2 & 3. Kita cuma perlu risau sekiranya mereka masih tidak lulus dalam SARINGAN 3.. dan ini bermakna, murid ini perlu dirujuk kepada doktor. Rujukan kepada doktor ini penting untuk memastikan murid ini ada masalah pembelajaran ataupun tidak. Sekiranya ada, kena cerita lain plak.

Cara ujian dijalankan pula secara individu. Instrumen ujian pula ada dua iaitu ujian membaca dan menulis untuk Bahasa Malaysia dan Matematik. Murid perlu lulus kedua- duanya untuk masuk ke Arus Perdana, sekiranya gagal kedua-duanya atau salah satu, murid tersebut adalah murid LINUS.
Murid sedang menjalani Ujian Saringan Membaca LINUS
p/s : Sistem pendidikan sekarang dah banyak beza dari kita sekolah dulu2... Ada yang oke ada yang KO.. tapi yang utamanya, SEMUANYA UNTUK MURID BEBAS DARI BUTA HURUF.


Catatan Popular