Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Mood : Syukur + Risau


Malam ni rasa gembira sangat- sangat.. Tiada tempat lain nak Dieyna kongsikan .. Pastinya di sini.. Ya, Di sini ruangku berkongsi kan.. Hehe nak mulakan stori dari mana ye?? Erm..

Dah lama Dieyna tunggu keputusan ni.. Boleh dikatakan setiap hari Dieyna buat semakan online.. Sehinggalah sampai satu tahap, Dieyna dah give up nak semak lagi.. Yelah, tiap kali semak pasti tiada sebarang status terkini.. Kawan- kawan yang buat permohonan lebih lambat daripada Dieyna dah selamat dipanggil pun sedangkan Dieyna masih  tiada sebarang status... Kemuncak kepada penantian.. Dieyna buat satu panggilan untuk mengesahkan adakah borang permohonan yang Dieyna isi betul atau tidak... Jawapannya : TUNGGU GILIRAN YE.. HUHU.. Mood : Risau jugak.. Kot- kot salah isi borang...

Sudahnya.. Dieyna abaikan laman web tu.. Malas dah nak berharap.. kebetulan cuti sekolah kan.. Malas nak ambil tahu... Kesibukan dan kemalasan menyebabkan Dieyna berjaya melupakan perasaan nak buat semakan online tu.. SEHINGGALAH...

Hari ini .. Malam ni.. Erm.. baru je sekejap tadi, Dieyna terfikir nak semak.. Lagipun ada rakan seperjuangan yang sms tanya.. "DAH DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA KE"... wawawa dapat semangat balik.. Makanya, detik 12.15 tengah malam Dieyna melayari laman web ini----->http://www.spp.gov.my/ ... Dalam hati dup dup dup...dan paparan ini menjelma di depan mata..........


Syukur Alhamdulillah... Yang dinanti dah pun menjelma...Selepas ni, nak kena study semula pasal KSSR, MBM MBI, Falsafah Pendidikan Negara, Linus.. bla bla.. Dalam rasa penuh kesyukuran ni, kerisauan turut menjelma.. APA SOALAN YANG BAKAL MUNCUL DARIPADA MULUT TUAN PENEMUDUGA TU NANTI YER?? ERR.... Semoga Dieyna mampu menempuhinya dengan penuh keyakinan demi masa depan yang cemerlang ..Doakan Dieyna ye kengkawan....

p/s : En Somi pun cuba upgrade lagi ke posisi yang lebih daripada sekarang.. Minta dipermudahkan juga.. Syukur Ya Allah... Syukur sangat-sangat.... Kau Hadirkan Pelangi Untuk Kami Sekeluarga... Alhamdulillah...

Isnin, 2 April 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Hari ini Dieyna nak ulas berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah aka KSSR. Sebenarnya ada permintaan untuk Dieyna ulas berkenaan KSSR ini. Ramai yang masih buntu, "blur" dan tak tahu pun apa itu KSSR. Pada awal kemunculannya, Dieyna juga berada dalam kelompok itu. Alhamdulillah, sekarang sudah 70% jelas.

KSSR ini merupakan kurikulum induk yang akan menggantikan KBSR iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Buat masa ini hanya dua aliran yang terlibat dengan KSSR iaitu kelompok murid Tahun 2 dan Tahun 1 sesi 2012. Perubahan dasar kurikulum ini dilakukan secara berperingkat sebelum KSSR mengambil alih keseluruhan dasar kurikulum sekolah.

Jika dahulu, corak penilaian ke atas murid berorientasikan peperiksaan. Murid menduduki peperiksaan dan dinilai melalui markah yang diterima. Tetapi kini, penilaian tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Proses penilaian terhadap murid dijalankan sepanjang tahun menggunakan eviden- eviden yang sepadan dengan Dokumen Standard Prestasi setiap mata pelajaran. Berikut merupakan contoh Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1.
Standard Prestasi BM


Murid juga tidak lagi diberikan penilaian mengikut gred A, B, C, D ataupun E tetapi berdasarkan Band  1 hingga 6. Perincian untuk setiap band adalah seperti berikut :-

  • Band 1 - Tahu
  • Band 2 - Tahu dan faham
  • Band 3 - Tahu, faham dan boleh buat
  • Band 4 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
  • Band 5 - Tahu, faham  dan boleh buat dengan beradab terpuji
  • Band 6 - Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Murid yang melepasi Band 1 baru layak diuji kemahiran untuk band 2 dan seterusnya. Setiap mata pelajaran sama ada teras ataupun elektif perlu menyediakan eviden bagi menguji keupayaan kemahiran murid dalam lisan, bacaan dan tulisan. Hasil kerja murid disimpan di dalam fail peribadi mereka dan dibawa ke tahun persekolahan berikutnya. 

Prestasi murid yang telah dinilai dimasukkan ke dalam satu sistem yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Prestasi ini akan dimasukkan oleh guru mata pelajaran masing- masing. Inilah laman sistem tersebut .

Peperiksaan untuk murid ini bergantung kepada pentadbiran sekolah masing- masing. Ada yang jalankan peperiksaan seperti biasa tetapi soalannya mengikut band. Ada juga yang menilai kemahiran menulis berdasarkan latihan harian persekolahan mereka.

Dieyna tak pasti sama ada kurikulum ini boleh bertahan lama atau tidak. Dieyna cuma golongan pelaksana dasar yang ditetapkan, tidak berhak untuk mengubahnya. Cuma secara peribadinya, corak penilaian ini membolehkan kita mengenali murid kita dengan lebih mendalam lagi. Dari satu sudut yang lain pula, ianya menambahkan lagi beban tugas guru... 

Sekian, terima kasih.

p/s : Catatan ini dibuat berdasarkan pengalaman  dan pemahaman sendiri yang berada dalam bidang ini.  

Catatan Popular