Zaman kita sekolah- sekolah dulu dah diperkenalkan program ni. Baca buku banyak- banyak kemudiannya catat dalam buku bacaan. Program ini masih diteruskan tetapi diberi nafas baru dengan nama yang baru iaitu NILAM. NILAM merupakan akronim kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pada asasnya program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kepentingannya sehinggakan murid yang mampu membaca banyak buku diberi pengiktirafan. Terdapat dua tahap dalam program ini iaitu TAHAP JAUHARI dan TAHAP RAKAN PEMBACA. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut berkenaan kedua- dua tahap ini, anda boleh rujuk di laman INI ye.
Bagaimana bacaan NILAM dikira? Hehe kerja guru juga laa.. Data bacaan murid direkodkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, kemudian data tersebut diserahkan kepada guru Pusat Sumber untuk dimasukkan ke laman sesawang ini.
 |
Sistem kemasukan data ini bergantung kepada pentadbiran sekolah juga, kadang- kadang guru kelas diminta memasukkan data ke laman ini bagi membantu guru Pusat Sumber.
|
Kepada ibu bapa, pujuklah anak anda supaya rajin membaca dan mencatatkannya dalam buku NILAM, ada pengiktirafan untuk mereka nanti. Tidak salah sekiranya, sikap suka membaca ini dipupuk daripada kecil... hasilnya pengetahuan bahasa anak- anak kita semakin baik. Tetapi Awas, pastikan bahan bacaan yang dibaca itu bahan ilmiah, bukannya majalah- majalah, komik dan yang sewaktu dengannya.
P/s : Sebab utama entri ini dikeluarkan , Dieyna baru sudah isi data NILAM murid dalam laman web yang dinyatakan di atas.... Setel satu kerja... Nanti nak kena isi data LINUS plak.. huhu banyak wei....