Halaman

Memaparkan catatan dengan label HANNAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HANNAH. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2014

Cara Tangani Anak Ada Asma & Kurang Selera Makan

Alhamdulillah dah berbulan-bulan Dieyna bagi Hannah minum MEALSHAKE... Melalui pemerhatian terhadap anak sendiri, Hannah

  • dah jarang demam.. 
  • lelah @ asma - dah lama tak kena serangan asma tu, walaupun barubaru ni ada dia batuk berkahak.. tak payah nebulizer
  • selera makan bertambah - mintak makanan aja.. 
  • ramai yang tegur badannya dah nampak berisi sedikit....
  • Kulitnya pun dah lama tak dihampiri masalah kegatalan.. kalau tak memang sensitif kulitnya..
Syukur sangat- sangat...

MEALSHAKE ni bukan sahaja sesuai untuk kanak- kanak tetapi juga sangat sesuai untuk 
  • Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
  • Ibu menyusu yang ada kekangan baget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
  • Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
  • Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
  • Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi-secawan Meal-Shake sudah cukup untuk anda.



Apa kata ibu- ibu lain terhadap Mealshake?



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..



Berminat?? Tinggalkan komen di sini ataupun terus inbox Dieyna di 


ataupun 

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068.

HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!

Sabtu, 15 Jun 2013

Berita gembira...

Cuti sekolah dua minggu... Minggu pertama cuti, Hannah tetap Dieyna hantar ke taska.. Namun dia still menangis .... adus.. tension sangat... dah 2 bulan.. masih lagi tidak betah dengan suasana dah persekitaran taska...

Ni kira oke skit, dia buat muka mcm ni.. 
huhu sampai kat pintu pagar sekolah.. startlah melalak.. lalalala

Minggu kedua cuti sekolah, Dieyna sengaja tak hantar dia ke Taska.. bosan jugak dengan irama dangdut dia pagi- pagi... Dieyna pun bosan jugak duk sorang- sorang kat rumah... Dalam hati dah cukup risau.. Seminggu duk berkepit kat rumah.. konfirm pi Taska melalak lagi... huhu redho jelaa...

9hb Jun.. mcm biasa.. ayahnya yang hantar di ke sekolah... Sungguh menakjubkan.. dia dah tak menangis.. siap dengan rela hatinya masuk Taska tanpa kena dukung... Cikgunya terkejut jugak... Ayahnya punyalah eksited dengan perubahan anak daranya, siap kol lagi Dieyna.. sampaikan berita gembira.... hari tu.. Dieyna tak sabar pi ambil dia.. Nak semak laporan aktivitinya...
Mood : Senyum

Ulasan Pendidik :
- Tiada masalah datang ke sekolah
- Dapat melakukan aktiviti pada hari ni dengan baik tanpa bantuan guru
- aktif dan ceria
- makan berselera + tidur ok

Baca ulasan positif, Dieyna syukur sangat2.. awan mendung dah berarak pergi.. Sang Suria menjengah sudah.. Alhamdulillah... Hannah good girl.. Petangnya, ibu n papa belanja Hannah KFC sebab berjaya berubah...

Mood : hepi



Khamis, 30 Mei 2013

Pengalaman Potty Training Hannah...

Cerita ni dah lama.. Bulan Februari lagi... Tapi pengalaman ni akan diingat selamanya.. 

Dieyna potty train Hannah... sewaktu Hannah berusia 2 tahun 6 bulan ... Selama ni Hannah tinggal di rumah pengasuh. Memandangkan kesihatan pengasuhnya agak tidak mengizinkan maka Dieyna survey taska .. Pengurus taska memaklumkan bahawa kebanyakan anak- anak yang dihantar ke sana, dilatih free diapers... Kebetulan pulak, cuti sekolah ..maka Dieyna buat keputusan.. nak latih dia free diapers semasa cuti sekolah...

HARI PERTAMA
Hari pertama free diapers, Dieyna cakap kat dia.. Hannah tak pakai pampers dah, kalau rasa nak kexxxxg, bagitau... Setiap setengah jam, Dieyna bawak dia pi tandas.. Tapi.. malangnya, urusan kerja kita kat rumah bukan mengadap dia je... Sedang elok Dieyna duk kat dapur, dia melompat lompat depan peti sejuk,, Dia pun jerit... "Ibu, Hannah ke.xxxxg doh"... Dugaan pertama,... bukan sekali, bukan dua kali.. tapi banyak kali adegan mengemop lantai berlaku.... Macam banjir satu rumah....

HARI KEDUA
Dieyna pesan lagi kat dia.. "Hannah, kalau nak kxxxxxxxg pi tandas ye..sian ibu"...setiap 15 minit, Dieyna tanya dia.. biasalah budak2 jawapannya tak .. tapi Dieyna still bawa dia pi tandas.. atur.. berjaya sekli.. lepas tu dia bagi isyarat.. agknya terasa nak kxxxxxxxg dia akan pegang, so Dieyna terus bawa pi tandas... berjaya.. Hari kedua, kuranglah skit adegan mengemop lantai.. kalau tak silap, sekali dua je..

HARI KETIGA
Hari ketiga ni, lega skit, sebab dia dah mula tunjuk isyarat dan beritahu .. agaknya dah faham kot.. dia dah perlu ke tandas time nak kexxxxxg... Boleh dikatakan, train dia tiga hari.. dia dah faham konsep tandas... cuma masalah berlaku, bila dia membuang urk.... dia tak ckp.. itulah fokus yang kecil je, yang besar tak fokus, jadinya.. buang air kecil dalam tandas time yang besar, menyorok belakang pintu.. tapi xperlah.. Dieyna kira dia berjaya dalam masa tiga hari tetapi.. waktu tidur, still pakaikan dia pampers...

Hingga ke entry  ni ditulis, Dia dah free diapers.. siap pi tandas dan basuh sendiri dah... cuma kna pantau cara basuhan tu... Tidur malam je tak lepas betul2...nak selamatkan tilam hehe...

Ada beberapa tips Dieyna nak kongsi... praktik kat Hannah laa...

1. Sepanjang tiga hari pertama train dia, Dieyna selalu pesan dan cakap pada dia pasal nak buang air kecil tu.. 

2. Kalau outing, Dieyna still pakaikan pampers untuk dia tapi Dieyna pesan kat dia, kalau Hannah rasa nak kxxxxxxg, bgtau ibu, kita cari toilet.. so, walaupun dia pakai pampers sepnjang berjalan- jalan.. Dieyna still bawak dia ke tandas.. anggapla pampers dia tu mcm seluar kecik dia.. hehe

3. Setiap kali dia berjaya membuang air kecilnya, Dieyna akan puji dia.. suka lah bila dipuji... peluk dan gosok dia.. dan cakap dia pandai... 

4. Tegaskan padanya.. dia dah besar, dah tak perlu pakai pampers... malu kat orang..

5. Cari seluar kecik yang comel2 untuknya.. bukan apa sebagai reward dia berjaya free diapers...

6. Yang paling utama, ibu kena buang sikap kurang rajin nak mengemop.. sabar skit.. memang sangat letih pada permulaannya n serabut tengok keadaan rumah... sini basah sana basah.. baru nak duduk dah kena bangun semula.. mengemop... tapi hasilnya.. mabeles... jimat duit dr beli pampers..

7. Seting minda kita, ibu dan ayah... biar support anak tak pakai pampers.. never give up.... Insya Allah berjaya....

Apa yang Dieyna share ni, memang dipraktikkan.. Usaha tangga kejayaan.... 

P/S : JEMPUT SINGGAH MEMERIAHKAN ENTRI DIEYNA DI BLOG SATU LAGI... KLIK LINK BAWAH NI YE...

Ahad, 28 April 2013

Petua mudah melegakan batuk

Hannah batuk huhu.. Kami sangat risau jika dia batuk.. sebabnya Hannah ada rekod asma.. huhu .. Dieyna kena terima hakikat bahawa dalam keturunan Dieyna , ada penyakit asma.. Dalam usaha nak mengurangkan batuk ni.. Dieyna jumpa petua ni  dalam internet. Kredit kepada blog INI. Terima kasih ye. Dah cuba buat pada Hannah..

Caranya mudah sahaja, ambil bawang putih, bakar sehingga kulitnya kehitaman dan lenyekkan ke dalam minyak masak atau minyak gamat. Sapukan ke dada anak anda. Selamat mencuba.

PS : PETUA NI MENJADILAAH... ALHAMDULILLAH .. MALAM TADI SAPUKAN KE DADA HANNAH..LENA TIDURNYA.. HARI NI PUN BATUKNYA DAH BERKURANGAN.. KALAU BOLEH TAKNAK BAGI UBAT BATUK SALBUTAMOL PADANYA... SYUKUR SANGAT...  CATATAN INI DIBUAT PADA PUKUL 4.01PM 29/04/2013

Jumaat, 26 April 2013

Kecilnya dunia....

Dah dua minggu hantar Hannah ke TASKA PERMATA KELUARGA ... Dieyna ingatkan dia boleh membiasakan diri malangnya.. sehingga entri ini ditulis dia masih lagi merengek dan enggan pergi ke taskanya.. Setiap pagi, kami terpaksa pujuk dan dukungnya masuk ke kereta. Moodnya jangan ceritalaa, muram dan tak bersemangat... Minta lah tak berpanjangan sedihnya tu..

Selama ni Dieyna hantar dia ke rumah pengasuh,, pengasuh tu tak jaga ramai budak.. jaga dia je.. Makan disuap, tidur dipeluk.. maka, rutin dan kebiasaan itu dibawanya ke TASKA. Persekitaran tak sama .. Bak kata cikgu besar TASKAnya, Hannah perlu masa untuk hadapi perubahan persekitarannya..dan sebagai ibu, Dieyna harus tidak patah semangat dengan kehendak anak.. Jangan terlalu ikut kemanjaannya sebab impak akan datang, dia akan jadi orang yang segala kehendaknya perlu dipenuhi... Maka, buat masa ini.. Dieyna keraskan hati tetap hantar dia ke TASKA setiap pagi walaupun terpaksa mendengar rengekan dan tangisannya..  INSHA ALLAH HANNAH PASTI BOLEH..

Nak dijadikan cerita, BLOGGER JA ada hantar mesej melalui GSF WASAP.. Soalannya cukup ringkas tapi membuatkan Dieyna penuh tanda tanya...

"Kak Dieyna, hari ni HANNAH pakai baju GSF ye"

Tergezut Dieyna dibuatnya,, memang hari ni HANNAH pakai baju GSF waktu pergi TASKA.. Macam mana dia tahu? Dia lalu kat TASKA tu ke? Tpi takkan dia tak pergi kerja... Punyalah banyak soalan yang berkumpul... Selidik punya selidik.. rupanya ADIK dia jadi CIKGU kat TASKA HANNAH... huhu dang dang rasa segan.. KECIL TUL DUNIA NI KAN???

P/s : Nak buka blog baru ni.. cerita SHAKLEE kat situ.. Nanti korang support akak ye... Jadi follower kat sana lak... 
Inilah budak yang selalu menangis tu.. nak ambil gambar kat TASKA pun tak dapat lagi..
Asyik berkaraoke je waktu pagi

Selasa, 12 Februari 2013

Pesta Bedak

http://instagr.am/p/Vnv4Abmm-G/
Nak marah ke nak suka?.. dahlah semua bnda dia angkut pi depan tv tu... Tokey balak pun leh bungkus kalau guna bedak mcm ni...

Selasa, 18 Disember 2012

Berehat seketika di Tasik Banding


Pemandangan cantik tapi kemudahan tak memuaskan hati...  Nak masuk tandas kena bayar 30 sen tapi tandas tak bersih dan berbau busuk menyesakkan hidung.. sepatutnya jagalah kebersihan tandas elok elok... takdelah ralat kena bayar... Kemudahan surau lagi menyedihkan.. kain telekung berlonggok... berbau... tempat wuduk terbuka.. huhu sedih mengenangkan...

Ps: Ingat nak ambil gambar surau daif tu tapi tak tergamak plak... baik ambil gambar Hannah makan sup ni.. hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 11 Disember 2012

Terima kasih CIM

Balik ke rumah semalam.. nampak ada surat di atas meja... hihi jarang terima surat ni... kecuali drp bank.. Terus teruja buka sampul dan jeng jeng.. Dieyna dapat ini...
Inai dari Mekah dan juga nota kecil... Terima kasih CIM... Sungguh teruja n Dieyna anggap ini hadiah hari lahir Dieyna hihi... Pada nota tu tertulis... berinai berjemaah.. maka masa tu jugak.. Dieyna pakaikan inai ke jemari Hannah... hihi Hannah pun suka ..
.
Terima kasih bnyak2 yer... inilah untungnya ada rakan maya yang hebat dan ikhlas menjalinkan ukhuwah... GSFian.

Ps... ada satu slip pos laju dieyna dapat semalam.. rasenya xde order sebarang pembelian online... kena pi amik kat pejabat pos laa... misteri ni ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 8 Disember 2012

Aktiviti Hannah : Batu dalam botol...

Bukan tajuk filem ye adik adik sekalian hehe .. nak kongsi aktiviti Hannah petang ni.. Dia bermain isikan batu dalam botol... Aktiviti ni bagus untuk kordinasi mata dan tangannya... hehe layan jerlah aktiviti outdoornya ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 3 Disember 2012

Nak menulis tapi,...

Pernah tak terjadi perkara ni kat korang?? Korang nak menulis sangat- sangat dalam laman blog korang ni tetapi otak blur... huhu tak tahu nak tulis cerita apaa.... uwa uwa uwa.... sudahnya.. korang layanlah gambar Hannah ni ye.. Sehinggalah ibunya kembali beridea untuk menulis... hehe

  Masa ni Hannah baru je lahir.... Umurnya 1 hari

Jadi model  biskut.. Biskut tu ibunya buat sendiri tau.. Kononnya  tak nak ajar anak makan makanan instant... so first food... Homemade baby cookies

Senyum2 lah.. Senyummu penawar hatiku..
Dapat present daripada ayahnya.. umur 1 tahun .... Tetapi basikal ni ditukar sebab tak sesuai lagi untuknya...

Sekarang dah 2 tahun 3 bulan ++... Makin banyak cerita.. makin banyak cakap.. Makin banyak ragam....
Apa2 pun SAYANG HANNAH .. Penawar HATI IBU.. 

Selalu cakap macam ni kat HANNAH,, "IBU SAYANG HANNAH" dia pun jawab "SAYANG IBU",,,,

PSS : INGATKAN TAKDE IDEA.. RUPANYA ADA HIKHIK

Sabtu, 1 Disember 2012

Dari Dapur Dieyna: Kuew Teow Rebus

Dah lama dah tak sharing resepi untuk Hannah kat sini kan..? Kali ni Dieyna nak share resepi Kuew Teow Rebus untuk sarapan pagi Hannah..


Bahan- bahannya ialah
1/4 bungkus kuew teow
secawan isi ayam
Satu sudu besar bawang kisar
Sedikit minyak
Sedikit sos tiram
Garam secukupnya
Sawi
Lobak
Air
Cara menyediakannya pula panaskan periuk dsn masukkan sedikit minyak... Masukkan bawang kisar.. tumiskan hingga kekuningan. Kemudian.. masukkan isi ayam, air dan lobak.. Kita kena masukkan lobak awal sikit sebab nak bagi lobak tu empuk.. Setelah korang tengok ayam dan lobak tu empuk, bolehlah masukkan sawi dan kuew teow serta garam secukupnya... Sudah masak.. bolehlah dihidangkan kepada vip kecil korang... hihi
Ps: korang pun leh mkn gak
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 30 November 2012

Bergaya sakan

Cermin mata ni dah lama kami beli untuk dia.. Kalau tak salah, bulan 6 baru ni.. Cermin mata ni pun.. tersimpan dalam laci dashboard kereta dan kami pun lupa tentangnya..
Sehinggalah tadi.. minah ni duk depan dan dia buka laci dashboard tu... dan dia berkata versi alih bahasa.. "spek ,ibu' ... Terus dia nak pakai... maka bergaya sakanlah dia hari ni ke pasar dengan cermin mata nya...
Nak dilarang tak boleh... bukan dia dengar cakap kita ni... ikut jelah... makan kat kedai pun berspek mata hitam... apo nak dikato... layan jerlah....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 29 November 2012

Aktiviti Hannah : Puzzle ikan


Dah lama dah Dieyna beli puzzle ikan ni di Toys r us.. Hannah pun suka main ngan puzzle ni..
Sesuailah untuknya nak main padan-padankan warna badan ikan dan kepalanya..Fizikal puzzle nipun kukuh.. sebab diperbuat daripada kayu.

 Sekali sekali kita pun boleh bermain puzzle ni sama-sama.. Boleh uji minda anak dengan memadankan badan ikan dengan kepala yang salah dan minta anak kita betulkan.. hehe selalu gak Dieyna sakat Hannah macam tu.. bukan main marah lagi dia sebab Dieyna letak salah warna.. hehe enjoy game ni...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 19 November 2012

Berkawan ...

Selama ni.. dia duk dalam rumah je.. Bak kata.. tokwannya.. kena kurung sokmo.. Hari ni.. ada rakan yang tak berapa nak sebaya datang bertandang.. seronok pulak, dia berkawan... 
Budak budak kecik ni bukannya boleh dikurung sangat kan? Diorang pun nak bersosial jugak sekali sekala.. Biar tahu berkawan.. Dengan berkawan je.. diorang tahu nilai berkongsi dan bertolak ansur..
Ps : berkawan biar beribu kan hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 14 November 2012

Pembelajaran Anak : Belajar di rumah

Cuti sekolah memberikan banyak ruang dan masa Dieyna bersama Hannah.. Peluang yang ada Insya Allah Dieyna akan gunakan sebaiknya untuk merangsang perkembangan otak Hannah... Aktiviti "Homeschooling" sememangnya menjadi pilihan para ibu bapa moden ... Kita perlu ingat pembelajaran pertama anak kita bermula dari rumah.. 

Perkataan Homeschooling itu sendiri sudah mampu memberi makna  kepada kita.. School @ Sekolah.. Maknanya apa.??? Tempat belajar kan , tempat kita mengenal huruf, nombor.. bersosial dan sebagainya.. Homeschooling pula.. mestilah membawa maksud sistem pembelajaran yang dijalankan di rumah.. 

Pendapat peribadi Dieyna lah... situasi yang kita lakukan seharian sudah mampu memberikan pembelajaran kepada anak kita.. Cuma mulut kita kena rajin bercerita dan menerangkan sebab dan akibat kepada anak kita.. Biarlah diorang tak mampu nak komen balas kata- kata kita yang penting kita tahu dia faham... Jika anak kita mampu  buat apa yang kita arahkan bermakna itu petanda yang cukup baik untuk perkembangannya...

Homeschooling tak bermakna anak kita kena duduk selama 8 jam untuk aktiviti menulis, membaca dan mengira.. bukan masanya lagi.. Kalau kat sekolah memanglah macam tu.. tetapi homeschooling di rumah lebih memberi makna dalam bersosial dan pastinya anak kita lebih matang dalam berfikir.. 

"Misalnya.. Situasi di dapur.. Kita hendak memasak.. Pastikan anak kita  turut serta..  Bukannya suruh dia memasak sama.. Mungkin ada tugas- tugas ringan yang boleh kita minta anak kita lakukan..  Dieyna berikan contoh pengalaman  Dieyna sendiri ye.. Tiap kali Dieyna ambil periuk nak masak nasi.. Mesti Hannah akan sibuk sama nak pegang periuk tu.. Sudahnya, Dieyna memang serahkan tugas kepadanya untuk masukkan beras dalam periuk nasi tu.. Dia pun dah macam faham dengan tugasnya... Yang penting, sewaktu sesi mengambil dan menuang beras itu, kita kena pantau.. Jangan biar terus.. Nanti tak pasal dengan dia- dia duk dalam tong beras tu.. hehe Sekurang- kurangnya, Hannah dah tahu mengimbangi mata dan tangannya untuk mengambil dan menuang beras ke dalam periuk... Secara tak langsung, dia dah dapat ilmu tentang beras, periuk, cara mengambil dan menuang serta fungsi setiap benda yang digunakan di dapur.." Ada beberapa aktiviti lain yang Dieyna buat bersama Hannah.. Menyimpan sayur-sayuran atau bekas makanan di dalam peti.. Mengangkat pinggan yang telah digunakan (Pastikan pinggan plastik ye) dan meletakkannya di dalam sink... Semuanya dikira ilmu untuknya... 
Muka eksaited tengok ikan dah sama besar dengannya hehe

Jika membeli barang keperluan di pasaraya juga, seeloknya kita bawa anak kita bersama.. terangkan barang- barang yang kita ambil. gula, gandum.. garam.. atau mana- mana barang dapur yang lain.. Minta anak kita bantu kita mengambil barang- barang tersebut dan memasukannya ke dalam troli.. Biasalah budak kecil bila masuk pasaraya, ligat semacam.. hehe dengan menyerahkan tugas sebegitu kepadanya, keligatannya agak terkawal.. Kiranya ini  boleh jadi tips mengawal anak di pasaraya juga lah.. hehe

Panjang pulak entri Dieyna hari ni.. Takpe ye.. korang baca Insya Allah ada ilmu untuk korang walaupun  sedikit.. Apa yang Dieyna tulis di atas berdasarkan pendapat dan pengalaman Dieyna sendiri.. Mungkin terselit kekurangan di mana- mana... Mana yang elok jadikanlah panduan ye...

Terima email dari Babycenter.. Hannah dah 27 bulan hari ini...

How your toddler's growing 

Your child is more in control of his movements these days. Now he can hold small objects and play with them easily and he can stack and knock over towers of bricks. He can also concentrate for longer periods of time. Sometimes he'll become so absorbed in his stacking and sorting that he'll resent your interruptions. You can make transitions easier by warning him in advance, as in "You can play with the bricks for five more minutes but then it's dinner time." It's best to give him a few warnings before you insist that he finishes his play.



Ahad, 2 September 2012

Dah 2 Tahun daa....

Hannah dah genap 2 Tahun pada 14 hb Ogos 2012 yang lalu... Sekejap je masa berlalu... Terasa macam baru je melahirkan dia... Memerhatikan perkembangannya, daripada hanya terbaring, membalikkan tubuh, menyusur dada, merangkak, bertatih dan kini dah boleh melompat dan berlari dah pun...

Pada usia 2 tahun ni... apa yang patut Hannah kuasai?


Children develop at different rates (especially as they get older), but the American Academy of Pediatrics has a list of physical milestones that most children reach by their second birthday. By age 2, your child should be able to:
  • Walk alone
  • Pull toys behind her
  • Carry a large toy while walking
  • Stand on the tips of her toes
  • Kick a ball
  • Climb onto and off furniture
  • Walk up and down stairs, holding onto the railing, or your hand, for support
  • Scribble spontaneously
  • Turn containers over to empty out the contents
  • Build a tower of four or more blocks
If your child isn't able to do these things, talk to her healthcare provider for advice.
Alhamdulillah, Hannah menguasai semua perkembangan yang dinyatakan di atas.. 
Bersama anak patung ibunya.. Kini menjadi "baby" Hannah pula,..
Jangan tak caya.. anak patung tu lebih berusia daripada Hannah
Memandangkan 14 Ogos jatuh dalam bulan Puasa.. Maka kami tidak meraikan hari lahirnya pada tarikh tu.. Bukan apa.. macam tak sesuai je.. So, 31 Ogos baru ni kami dapat meraikannya usianya yang ke 2 tahun. Tak buat majlis besar pun.. cuma makan- makan n jemput semua anak- anak sedara . lokasinya di rumah mak di Kemaman, Terengganu..


Hannah suka Angry Bird... Ibunya pula cuma boleh buat kek je.. tapi bab mendeko2 kek ni lemah skit... Sudahnya kek angry birdnya di tempah di NAEMAH ONLINE BAKERY... Thanks Naemah ye kerana menceriakan majlis tuan puteri Hannah.... Dieyna juga menyediakan sebiji kek coklat moise bagi menambah menu yang ada.. hehe
Angry Bird VS Kek Coklat...
Bersama sepupu sepapatnya... 

Tumpang majlis anak.. Hehe

Kawan rapat merangkap pengasuh Hannah... Hehe
Semoga Hannah membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara.. Selamat Hari Lahir Sayangku... muah muah

Khamis, 26 April 2012

Perkembangan Anak Usia 20 bulan

Ya... kawan- kawan .. Hannah sudahpun berusia 20 bulan.. ataupun 1 tahun 18 bulan.. Sekejap je rasanya.. Pejam celik pejam celik, Hannah dah besar.. 

Apa yang Hannah dapat capai sekarang??
  • Hannah agak ligat.. macam- macam benda dia nak buat,, sibuknya mengalahkan perdana menteri.. Hehe mudah- mudahan amin.. Biar jadi orang yang berguna nanti ye.
  • Sudah agak susah untuk makan bersuap.. Nak makan sendiri.. Masalahnya kalau makan sendiri, bersepah- sepahlah.. Yang keluar dengan yang masuk dalam perut, seimbang.. Tapi sekarang lagi baik daripada mula- mula belajar makan dulu.
  • Suka menconteng, dah pandai pegang pen dah ... abis semua tempat dicontengnya termasuklah kat badan dia sendiri, tak cukup kertas.. padahal mak dia dah supply kertas banyak- banyak dah.
  • Sudah pandai minum air menggunakan cawan atau mug.. dan boleh pegang kedua- dua objek ini dengan baik sewaktu berjalan..
  • Cukup suka menari n menyanyi.. Bahasanya?? Kadang- kadang faham, kadang- kadang terpaksa buat- buat faham.. hehe 
  • Perbendaharaan katanya dah semakin luas, ibu, papa, akit, uwun(turun), nak ain ( nak main), air, kakak, cicak, ikan n ada lagi...


IKLAN DARI PENAJA.. CUCI MATA KEJAP
  • Sudah mengenal bunyi.. contohnya, kalau tanya dia, ayam bunyi macam mana dia akan jawab kok kok kok, bunyi kambing, bunyi lembu , dia dah expert cuma bunyi kucing, kureng skit.. niau niau hehe
  • suka buku... like mother like daughter.. Kalau jumpa buku, dia akan buat2 baca, siap ada bunyi mulut dia lagi.. n kalau dia jumpa, benda yang dia kenal, dia akan sebut.. Alhamdulillah.. Semoga mudah dapat ilmu ye Hannah..
  • Dah boleh minta tolong dah... air tumpah dia akan cepat2 ambil kain untuk lap.. huhu malangnya tak kira kain apa termasuklah baju tshirt putih ayahnya... mujur dia wat lap susu, kalau lap air berwarna tak ke haru huhu
  • Paling menakutkan, dia suka pukul orang, lagi dilarang lagi dia buat.. huhu takut sangat sikap ni kekal sampai ke besar.. tapi bila baca kat sini...Baby center ... Lega skit, memang ada dalam stage umur diorang sikap macam ni, sebabnya nak tunjuk kuasa n nak tahu apa jadi jika dia pukul orang... Sabor2 Dieyna, jangan pukul dia balik, nanti dia ingat memukul tu betul.. Kena nasihat elok- elok... kena jauhkan juga dia daripada mangsa.. huhu 
Cukuplah dulu.. banyak dah duk ngumpat pasal budak Hannah ni.. Sebelum mengakhiri entri, korang tengoklah gambar dia sekeping lagi.. tengah menunggang basikal yang ditolak orang lain.. huhu 

lokasi : Taman Bandar, Chukai.. dulunya dikenali dengan nama
PADANG ASTAKA...
P/s : Daftarlah dengan babycenter, korang akan dimaklumkan perkembangan anak mengikut usia setiap bulan.. pasti berbaloi baloi.. satu lagi,

 GA DAH TAMAT>>>>> TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYERTAI>>>

Catatan Popular