Halaman

Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Perkembangan Anak Usia 20 bulan

Ya... kawan- kawan .. Hannah sudahpun berusia 20 bulan.. ataupun 1 tahun 18 bulan.. Sekejap je rasanya.. Pejam celik pejam celik, Hannah dah besar.. 

Apa yang Hannah dapat capai sekarang??
  • Hannah agak ligat.. macam- macam benda dia nak buat,, sibuknya mengalahkan perdana menteri.. Hehe mudah- mudahan amin.. Biar jadi orang yang berguna nanti ye.
  • Sudah agak susah untuk makan bersuap.. Nak makan sendiri.. Masalahnya kalau makan sendiri, bersepah- sepahlah.. Yang keluar dengan yang masuk dalam perut, seimbang.. Tapi sekarang lagi baik daripada mula- mula belajar makan dulu.
  • Suka menconteng, dah pandai pegang pen dah ... abis semua tempat dicontengnya termasuklah kat badan dia sendiri, tak cukup kertas.. padahal mak dia dah supply kertas banyak- banyak dah.
  • Sudah pandai minum air menggunakan cawan atau mug.. dan boleh pegang kedua- dua objek ini dengan baik sewaktu berjalan..
  • Cukup suka menari n menyanyi.. Bahasanya?? Kadang- kadang faham, kadang- kadang terpaksa buat- buat faham.. hehe 
  • Perbendaharaan katanya dah semakin luas, ibu, papa, akit, uwun(turun), nak ain ( nak main), air, kakak, cicak, ikan n ada lagi...


IKLAN DARI PENAJA.. CUCI MATA KEJAP
  • Sudah mengenal bunyi.. contohnya, kalau tanya dia, ayam bunyi macam mana dia akan jawab kok kok kok, bunyi kambing, bunyi lembu , dia dah expert cuma bunyi kucing, kureng skit.. niau niau hehe
  • suka buku... like mother like daughter.. Kalau jumpa buku, dia akan buat2 baca, siap ada bunyi mulut dia lagi.. n kalau dia jumpa, benda yang dia kenal, dia akan sebut.. Alhamdulillah.. Semoga mudah dapat ilmu ye Hannah..
  • Dah boleh minta tolong dah... air tumpah dia akan cepat2 ambil kain untuk lap.. huhu malangnya tak kira kain apa termasuklah baju tshirt putih ayahnya... mujur dia wat lap susu, kalau lap air berwarna tak ke haru huhu
  • Paling menakutkan, dia suka pukul orang, lagi dilarang lagi dia buat.. huhu takut sangat sikap ni kekal sampai ke besar.. tapi bila baca kat sini...Baby center ... Lega skit, memang ada dalam stage umur diorang sikap macam ni, sebabnya nak tunjuk kuasa n nak tahu apa jadi jika dia pukul orang... Sabor2 Dieyna, jangan pukul dia balik, nanti dia ingat memukul tu betul.. Kena nasihat elok- elok... kena jauhkan juga dia daripada mangsa.. huhu 
Cukuplah dulu.. banyak dah duk ngumpat pasal budak Hannah ni.. Sebelum mengakhiri entri, korang tengoklah gambar dia sekeping lagi.. tengah menunggang basikal yang ditolak orang lain.. huhu 

lokasi : Taman Bandar, Chukai.. dulunya dikenali dengan nama
PADANG ASTAKA...
P/s : Daftarlah dengan babycenter, korang akan dimaklumkan perkembangan anak mengikut usia setiap bulan.. pasti berbaloi baloi.. satu lagi,

 GA DAH TAMAT>>>>> TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYERTAI>>>

Selasa, 3 April 2012

Tahniah...Ben Ashaari

Entri khas untuk ucapkan tahniah kepada en Ben Ashaari atas kelahiran cahaya mata beliau. Baby seberat 4.02 kg (berat baby lagi daripada berat Ultrbook Toshiba, katanya) telah selamat dilahirkan malam tadi selepas hampir 12 jam beliau menunggu sambil ke hulu ke hilir katanya. Apa2 pun, tataplah gambar si Ben Ashaari Junior ni... Bakal2 jadi blogger jugak nanti ni.. hehe bak kata pepatah "Bapa borek anak rintik"...


Nak tahu pasal baby Ben Ashaari junior ini dengan lebih lanjut.. Silalah berkunjung ke sini ye

Akhirnya setelah lebih 12 jam menunggu …

Catatan Popular