Halaman

Memaparkan catatan dengan label KANAK-KANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KANAK-KANAK. Papar semua catatan

Jumaat, 28 November 2014

Cara Menghilangkan Contengan di dinding

Anak- anak yang sedang membesar memang kreatif. Apa sahaja boleh menjadi aktiviti mainan kepadanya termasuklah dinding rumah.

Ini dinding rumah Dieyna yang telah dikreatifkan oleh anak.  Siap guna stamp pad dan juga pen marker... Bukan pen biasa tau.. diulangi pen marker..



Nak marah lebih2, kan dikata kita sayangkan dinding lebih daripada anak sendiri kan. Sudahnya biarkan aje mereka berkreativiti. 

Tetapi takkan kita nak biarkan aje dinding tu bercorak macam tu selamanya. Maka, kena lah fikirkan penyelesaiannya. Kena bersihkan balik je. Mustahil ke?? Tidaklah mustahil jika di rumah korang ada BASIC H.


Semalam Dieyna cuba bersihkan contengan di dinding. Alhamdulillah, contengan tersebut berjaya hilang sehingga 99%. Tidak percaya ke?? Tengoklah gambar bawah ni..


Ini kisah benar ye. Bukan gambar edit atau guna mana- mana teknik photoshop. Contengan berjaya hilang. Harganya basic H ni pun murah je dan boleh pakai lama. Jimat memang jimat.

Jangan bimbang ye,  Basic H ni bukan CLOROX walaupun fungsinya lebih kurang. Ini kerana BASIC H produk yang menggunakan bahan semulajadi dalam ramuannya. 

Berminat dengan BASIC H?? Boleh terus wasap atau sms saya di talian 019-2481068.
Harganya memang mampu milik. Percayalah.

DAYANA BAHAR
932071
COD : PAKA, DUNGUN



Khamis, 26 April 2012

Perkembangan Anak Usia 20 bulan

Ya... kawan- kawan .. Hannah sudahpun berusia 20 bulan.. ataupun 1 tahun 18 bulan.. Sekejap je rasanya.. Pejam celik pejam celik, Hannah dah besar.. 

Apa yang Hannah dapat capai sekarang??
  • Hannah agak ligat.. macam- macam benda dia nak buat,, sibuknya mengalahkan perdana menteri.. Hehe mudah- mudahan amin.. Biar jadi orang yang berguna nanti ye.
  • Sudah agak susah untuk makan bersuap.. Nak makan sendiri.. Masalahnya kalau makan sendiri, bersepah- sepahlah.. Yang keluar dengan yang masuk dalam perut, seimbang.. Tapi sekarang lagi baik daripada mula- mula belajar makan dulu.
  • Suka menconteng, dah pandai pegang pen dah ... abis semua tempat dicontengnya termasuklah kat badan dia sendiri, tak cukup kertas.. padahal mak dia dah supply kertas banyak- banyak dah.
  • Sudah pandai minum air menggunakan cawan atau mug.. dan boleh pegang kedua- dua objek ini dengan baik sewaktu berjalan..
  • Cukup suka menari n menyanyi.. Bahasanya?? Kadang- kadang faham, kadang- kadang terpaksa buat- buat faham.. hehe 
  • Perbendaharaan katanya dah semakin luas, ibu, papa, akit, uwun(turun), nak ain ( nak main), air, kakak, cicak, ikan n ada lagi...


IKLAN DARI PENAJA.. CUCI MATA KEJAP
  • Sudah mengenal bunyi.. contohnya, kalau tanya dia, ayam bunyi macam mana dia akan jawab kok kok kok, bunyi kambing, bunyi lembu , dia dah expert cuma bunyi kucing, kureng skit.. niau niau hehe
  • suka buku... like mother like daughter.. Kalau jumpa buku, dia akan buat2 baca, siap ada bunyi mulut dia lagi.. n kalau dia jumpa, benda yang dia kenal, dia akan sebut.. Alhamdulillah.. Semoga mudah dapat ilmu ye Hannah..
  • Dah boleh minta tolong dah... air tumpah dia akan cepat2 ambil kain untuk lap.. huhu malangnya tak kira kain apa termasuklah baju tshirt putih ayahnya... mujur dia wat lap susu, kalau lap air berwarna tak ke haru huhu
  • Paling menakutkan, dia suka pukul orang, lagi dilarang lagi dia buat.. huhu takut sangat sikap ni kekal sampai ke besar.. tapi bila baca kat sini...Baby center ... Lega skit, memang ada dalam stage umur diorang sikap macam ni, sebabnya nak tunjuk kuasa n nak tahu apa jadi jika dia pukul orang... Sabor2 Dieyna, jangan pukul dia balik, nanti dia ingat memukul tu betul.. Kena nasihat elok- elok... kena jauhkan juga dia daripada mangsa.. huhu 
Cukuplah dulu.. banyak dah duk ngumpat pasal budak Hannah ni.. Sebelum mengakhiri entri, korang tengoklah gambar dia sekeping lagi.. tengah menunggang basikal yang ditolak orang lain.. huhu 

lokasi : Taman Bandar, Chukai.. dulunya dikenali dengan nama
PADANG ASTAKA...
P/s : Daftarlah dengan babycenter, korang akan dimaklumkan perkembangan anak mengikut usia setiap bulan.. pasti berbaloi baloi.. satu lagi,

 GA DAH TAMAT>>>>> TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYERTAI>>>

Catatan Popular