Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Oktober 2015

Baja Tanaman Guna Kulit Telur dan Roti

Berbaja pada tanah, kita akan dapat hasilnya. Alhamdulillah, saya dimurahkan rezeki untuk menikmati hasil daripada tanaman yang ditanam dan dijaga sendiri. Rancangan Jamie at Home  di saluran 703 benar- benar memberi inspirasi kepada saya untuk menikmati sendiri hasil tanaman yang bebas racun sayuran. Seronok sangat apabila nak masak sayur,  saya cuma perlu keluar rumah dan petik sahaja sayuran yang ada.

Setakat ini, pokok bendi memang sentiasa berbuah. Dah tak perlu beli bendi dah. Nak guna daun kari daun pandan dan limau purut pun cuma petik belakang rumah je. Sekarang cuma tunggu masa nak tuai hasil je.

Sebenarnya saya nak kongsi baja yang saya guna untuk tanaman sayuran saya ini. Semuanya menggunakan bahan kitar semula ialah kulit telur, roti, air beras dan pelbagai bahan yang sesuai dijadikan baja.

1. Baja Kulit Telur

ihsan gambar : http://babab.net/out/baja-organik-dari-kulit-telur.html
Kulit telur jangan dibuang. Basuh bersih-bersih kemudiannya bakar di dalam oven ataupun goreng tanpa minyak. Jika nak jimat lagi,  jemur sahaja di bawah panas terik matahari. Kemudian, tumbuk kulit telur ataupun blender guna blender kering hingga hancur. Taburkan kulit tersebut di pangkal pokok. Kulit telur boleh membekalkan kalsium kepada tanah. Ingat manusia je nak kalsium, tanah pun perlukan kalsium tau untuk memberikan nutrisi terbaik kepada tanaman.

2. Baja roti
Ihsan gambar : http://projekkebun101.blogspot.my/2015/08/baja-diy-baja-roti.html
Roti yang expired atau yang dah tak habis dimakan kiranya belum expired pun boleh dijadikan baja mudah ini. Caranya, ambil sekeping roti rendamkan dalam 1.5 liter air tanpa klorin. Tetapi hari tu, saya hentam guna air paip je. Peram 3 hari sebelum digunakan kepada tanaman. Boleh siram baja roti ini 3 kali seminggu. In shaa Allah pokok korang sihat macam roti jugak. hehe hari tu saya ada buat roti, tersilap overproof bila bakar jadi masam lak, nak makan dah takde selera dengan rasanya. Maka, roti tu jadi baja je la... lebih dari seminggu saya peram, alhamdulillah elok kejadiannya, takde kulat or air baja berubah warna. Pokok pun lepas kena siram dengan baja roti ni, memang segar bugar. Siap berbuah dan berbunga lagi.

3. Air basuhan beras
Setiap kali basuh beras, air basuhan beras tu simpan dulu. Kemudian, boleh guna air tu untuk siram tanaman tu.

Kalau rajin google memang banyak kaedah yang baik untuk tanaman. Setakat datang angin minat berkebun ni, tiga kaedah yang saya kongsi inilah yang mampu menjimatkan duit poket daripada membeli baja. Yang penting sayur yang ditanam bebas racun serangga dan baja sintetik hihi sesuka hati je bg  nama macam tu.hihi Untuk kawalan serangga pun saya guna bahan semulajadi... ada masa saya kongsi dalam entri yang lain pula ye.....





Ahad, 11 Mac 2012

Berbudi pada tanah

Sejak dua tiga menjak, suka pula bercucuk tanam.. Macam best je, bila nak guna satu- satu bahan masakan tu, buka je pintu dapur , bahan- bahannya dah tercongok kat situ.. hehe

suka tengok ini.. koleksi saya
 Baru- baru ni pi Pasar Malam Kerteh,  ada yang jual pokok limau purut.. terus beli untuk tambah koleksi yang ada.. Tak mahal pun RM8.00 sepokok.. At least kalau nak masak tomyam ke apa ke, daunnya dah tersedia tinggal petik je kan..

Nampak tak tu.. Pokok lada ku dah berbuah... :))
Untung juga berbudi pada tanah ni, dapat makan hasilnya.. Jimat pun jimat.. Walaupun kalau nak beli tak mahal tapi hasil tangan sendiri yang tanam, lagi puas hati...

P/s : Nak cari pokok serai pulak, hari tu dah tanam.. rimbun.. tapi jarang guna pokok tu mati sendiri,, huhu.. nak kena tanam semula...

Catatan Popular