Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Ahad, 12 Jun 2016

Menu 30 hari sepanjang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Ramadhan menjenguk sekali lagi.
Tahun ni, saya ada buat perancangan bersama encik suami. Biasanya, lalui Ramadhan seperti hari- hari biasa. Hari ni nak berbuka, hari ni baru fikir menu apa nak makan nak masak. :))
Tahun lepas, banyak berbuka di rumah mertua n rumah mak sendiri.. Selamba je kan bila family duk dekat.

Tahun ini, buat pertama kalinya, kami suami isteri berbincang tentang juadah waktu berbuka. Sehari sebelum Ramadhan, duduklah kami suami isteri di meja makan berbincang juadah yang sesuai. Biasanya kami jarang- jarang makan nasi waktu berbuka. Kononnya tak mahu perut tu heavy sangat.

Setelah bermesyuarat suami isteri, maka siaplah menu kami untuk Ramadhan ini... ini dia jeng jeng jeng


Yang berminat dengan menu ni, boleh lah klik link di bawah ni ye
Mana tahu kot-kot kekeringan idea untuk memasak kan??

Memandangkan entry ini ditulis pada hari kelima Ramadhan, suka sangat-sangat dimaklumkan bahawa kami berjaya mengikut disiplin menu yang dirancangkan. Alhamdulillah. Kalau ada pertambahan pun disebabkan encik suami yang rajin ke bazar membeli popia dan kuih-muih. Hehe bab nak buat kuih-muih ni, isterinya lemah semangat sikit...

Alang-alang dah menulis ni, bawah ni nak simpan gambar makanan yang berjaya disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan beserta resepinya sekali. ( resepi versi saya lah ye)

Hari pertama - Nasi Ayam
Tak sempat nak snap gambar menu hehe

Hari kedua - Mi Bakso Ayam

















Hari ketiga - Mi kari


Hari keempat - Nasi goreng + Ayam goreng salut tepung + keropok keping


Hari kelima dan keenam

Menunyan Bihun goreng dan nasi lemak. Tak dang snap gambar, ralik sangat buat kuih raya.. sedar2 dah bunyi azan. Makanan xsempat hidang cantik2 bagi masuk set.. hehe

Setakat ni dulu coretan, nanti kena sambung lagi sebagai rujukan masa akan datang in sya Allah.



Ahad, 8 November 2015

Tips menarik mengenai telur oleh Gordon Ramsay

Assalamualaikum..

Balik dari sekolah, berehat depan tv jap. Guna peluang tonton AFC Chanel (703), Gordon Ramsay Ultimate Cooking. Saya memang suka tonton rancangan ini sebab Chef Gordon banyak  kongsi petua- petua masakan yang bagus.

Rancangan kali ni Chef Gordon kongsi tips2 menarik mengenai telur. Tips2 tu saya share kat bawah ini untuk simpanan masa hadapan.

TIPS MENGENAI TELUR
-----------------------------------------
1. Nak kenal telur segar, rendamkan dalam air sejuk.. telur yang tenggelam adalah telur yang segar manakala telur yang timbul adalah sebaliknya.

2. Telur yang elok apabila dipecahkannya di dalam pinggan, bahagian kuningnya terletak lebih tinggi di tengahnya dan lendir putihya terletak cantik.

3. Telur boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi pastikan telur tersebut dikeluarkan dahulu dan dibiarkan dalam suhu bilik untuk mendapat struktur telur yang cantik sebelum memasaknya.

4. Cara goreng telur mata, masukkan sesudu minyak .. pecahkan telur dan masukkan sesudu air.. air berfungsi untuk memberi wap kepada bahagian atas telur. Jangan lupa tutup kuali semasa menggoreng tu.

Ini je tips yg saya sempat salin.. ada peluang saya share lagi tip2 di sini...

Thanks Chef....

Apabila Laptop Rosak ...

Assalamualaikum dan selamat malam.....

Minggu ni minggu palling menyedihkan kerana laptop kesayangan yang dah berkhidmat hampir 8 tahun akhirnya terpaksa ku lepaskan jua... Bukan lepas jual tetapi lepas untuk tidak membaikinya lagi. Nak cari pengganti laptop dalam masa terdekat ini pun bukannya mudah. Kos mau mencecah RM 1k atau RM2k juga.

Sebelum ini, kalau laptop tu rosak , segigihnya saya hantar kat kawan untuk dibaiki. Tetapi rosak kali ini, bukannya tak boleh dibaiki dah tapi menurut kawan yang pakar bab- bab komputer ini baiki 3 bulan lepas tu rosak pulak. Membazir duit je kalau baiki. Saya sendiri google mengenai kerosakkan laptop itu, jawapannya sama BILA MOTHERBOARD ATAU CHIPSET ROSAK, tukar motherboard baru yang harganya boleh mencecah RM600 ++. Kalau pandai cari kedai yang murah oke lah

FIKIR PUNYA FIKIR... BIARLAH LAPTOP TU BERKHIDMAT SETAKAT INI SAHAJA....

Sedikit tips utk korang yg laptop rosak..
1. Kenal pasti kerosakan laptop tu terlebih dahulu. Banyak caranya.. salah satu tnya je encik google. Nak sahih lagi bawa jumpa pakar.. hehe

2. Risaukan dokumen2 yang korang simpan dalam laptop tu? Haha jangan risau dulu... in case bahagian yang rosak tu tidak berkaitan dengan hard disk maka dengan senang hatinya korang suruh je pakar tu keluarkan hard disk laptop korang. Kemudian, beli casingnya... Saya punya mcm ni
Tara... hard disk korang dah bertukar menjadi external hard disk. Kerja2 n dokumen korang masih boleh digunakan.

3. Sekiranya hard disk yg rosak maka jawapnya al fatihah je kat dokumen2  tu.

4. Sebagai lgkah sediakn payung seblm hujan...backuplh kerja2 korang tu di google drive. In shaa Allah selamat selagi google xbankrup haha

Apa pun saya abadikan gamabr laptop kesyg tu di sini... skang ni laptop ni dah tido senyap dalam beg. Pandang ke hadapan sekarang ni... tinjau laptop baru lalalala....

Isnin, 12 Oktober 2015

Cara menjaga kesegaran sayur dalam masa yang lama

Tajuk bukan main lagi panjangnya hehe.. Al-kisahnya, baru ni ada jumpa perkongsian daripada seorang sahabat FB tentang cara menjaga kesegaran sayur. Ye lah sayur kan sekali beli, beli banyak sekaligus selepas tu simpan dalam peti sejuk. Dua tiga hari dah boleh layu dah. Tapi cara ni memang sangat efisyen. Saya dah try berkali- kali memang sayur tahan lama, lebih seminggu sayur masih lagi kelihatan segar bugar lagi.

Caranya mudah sahaja.
sumber gambar: blog http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
1. Mula-mula, rendam dahulu semua sayuran tu dalam air bagi membuang bahan- bahan kimia terlindung. Rendamlah dalam 10 ke 15 minit. Taburkan sedikit garam dalam air rendaman tu. 

sumber gambar : http://realitiabadi.blogspot.my/2015/09/rahsia-sayur-ikan-udang-tahan-lama-jadi.html
2. Dah betul- betul puas hati dengan kebersihan sayur tu, toskan airnya terlebih dahulu. 

sumber gambar : http://cilikeringmerah.blogspot.my/2015/09/cara-nak-kekalkan-kesegaran-sayur-yang.html
3. Simpan sayuran tersebut di dalam bekas bertutup. Ada yang nak asingkan sayur tu, ada yang letak sekaligus dalam satu bekas besar macam dalam gambar di atas ni. Apa pun kedua2 cara ini mampu menjadikan peti sejuk kita nampak kemas dan bersih je..

Saya memang gerenti cara ini memang berjaya menjaga kesegaran sayur- sayuran atau buah- buahan dalam jangka masa yang lama. Cuba dahulu baru tahu. Sebelum ni, banyak kali dah kes terpaksa buang sayur, sebab rosak sebelum sempat dimasak. Alhamdulillah, selepas ni selamat sayur-sayuran daripada dibazirkan. 

ps: Cara ini juga boleh digunakan untuk buah- buahan tau. Cuba je.. 

Selasa, 7 Julai 2015

Tips membeli buah tembikai

Tembikai atau kami di Terengganu ni panggil Timun Cina  sangat-sangatlah femes pada bulan Ramadhan ni. Pelengkap  hidangan semasa berbuka. Ada juga  siap buat ulam lagi makan dengan nasi. Betul tak?? 

Kami takdelah beli sangat tembikai ni sebab anak  dara  berdua  dalam rumah ni kami  tak  galakkan sangat makan tembikai. Batuk- batuk nanti.. Time teringin sangat baru lah beli. Biasanya main beli je, atas rezeki lah kalau dapat yang manis. Kadang sedap rasanya,  kadang pulak tawar heber... 

Macam mana ye nak dapatkan buah tembikai yang manis? Biasanya peniaga tembikai akan ketuk-ketuk kat kulit tembikai tu.. Orang ketuk kita pun ketuk  jugak, tapi tak tau apa fungsi ketuk kulit tu haha meniru macam Pak Pandir je kan???

Selepas ni tak mau main ketuk-ketuk dah, Dieyna  dah jumpa kat google Tips terbaik dalam memilih buah tembikai. Guna kaedah pemerhatian je, yang penting tahu apa yang perlu kita perhatikan... Ambil ni Dieyna share dengan korang pulak...

Credit gambar EN Google
Point penting, tembikai yang manis tangkainya berlingkar macam gambar no. 2 tu... hehe. Harap berjaya lah mendapatkan  tembikai yang manis dan  berkualiti dengan menggunakan tips dalam gambar. Makin lama laa proses memilih tembikai berkualiti dalam timbunan tembikai-tembikai yang lain.. Tangkai berlingkar jadi keutamaan ...

Korang- korang penggemar tembikai.. selamat menggunakan tips ini ye..

DAYANA BAHAR
932071
019-2481068
Shaklee Paka-Kemaman

Selasa, 26 Jun 2012

Deko Laman

 

Cuti Jumaat dan Sabtu lepas, kami sekeluarga tak balik Kemaman sebabnya nak buat operasi membersihkan laman belakang dapur.. Seminggu lepas, en suami dah membuat operasi meracun mini zoo kami tu.. Lupa pulak nak tangkap gambar .. pinjam gambar pakcik google jap.. teruk skit keadaan tumbuh- tumbuhan belakang rumah kami daripada yang dalam gambar ini.. korang bayangkan jela ye hehe

Siap proses meracun.. kami pun menjalankan operasi mencabut, mencangkul dan membersihkan laman dapur kami. Mana- mana pokok makanan yang menjadi mangsa racun, kami buang. Padahal sebelum proses meracun tu, dah banyak kali pesan pada en suami, jangan sampai racun tu terkena pokok serai dan pokok bunga kantan yang ada.. Malangnya.. terkena juga.. Dah ajal dia kata suami huhu suka- suka dia je

Beginilah rupanya keadaannya selepas proses membersihkan…

DSCN3725

Nampak tak daun pandan tu ada kesan kuning2.. tempias kena racun laa tu.. harap2 tak mati daun tu.. huhu… Pokok kunyit, pokok limau purut, dan pokok bunga ros tu baru tanam dalam tanah .. sebelum ni pokok- pokok tu dalam pasu….

Bagi mengelakkan rumput tumbuh kembali.. Kami membuat keputusan menabur batu- batu kecil yang dipanggil batu chiping… (Tak pasti betul atau tak ejaan tu). Jadi, kami beli batu chiping 2 tan lebih dengan kos RM130.00.. Bagi Dieyna murah dah harga tu.,.

Sebelum menabur batu chiping, tanah tu perlu dialas dengan plastik hitam terlebih dahulu. Plastik hitam tu boleh dibeli di nursery.. Dieyna beli dengan harga RM2.00 semeter. Plastik ini sangat berguna untuk mengelakkan rumput naik di kawasan tersebut. Ada juga yang guna, plastik alas meja untuk alas tanah tu, tapi rasanya kos lebih tinggi.. Selesai mengalas tanah dengan plastik, kami pun memulakan kerja- kerja menabur batu- batu chiping dan tak lupa juga letak tapak kaki refleksologi untuk extra hiasan hehe…. dan inilah hasilnya… taraaaaa

DSCN3739[1]

Laman dapur nampak lebih kemas, risiko ada serangga atau binatang berbahaya kurang.. Nak bagi anak bermain pun takpe.. Tengok dah ada basikal kat situ… Serius.. Dieyna sangat suka tengok wajah baru laman dapur ni.. Tak risau nak buka pintu dapur …

Pendapat Dieyna, tabur batu ni tak perlu kita jaga sangat.. berbanding rumput karpet.. Kalau rumput naik pun, kita akan nampak .. Walau bagaimanapun, bahaya tetap ada.. Anak jatuh dan luka.. Kita kena berjaga- jaga jelah.. risiko ada di mana- mana kan…

DSCN3740[1]DSCN3741[1]

Model laman edisi terhad hehehe

p/s :

JOM JOIN PARENT POP QUIZ SAMA- SAMA.. BOLEH DAPAT SAMPLE LAMPIN DRYPERS.. KONGSI SAAT INDAH BERSAMA INSAN TERSAYANG…

Sabtu, 16 Jun 2012

Perlu ke mendaftar???


Hari ini temankan adik pergi ke Kuantan untuk renew sijil perniagaan Kad Kahwinnya.. Boleh klik banner ZNH KAD KAHWIN sekiranya berminat ye..

Adik Dieyna beri cadangan kepada Dieyna supaya mendaftarkan perniagaan Best Shop di bawah SSM. Katanya ianya sangat penting untuk meraih kepercayaan pembeli dan juga memastikan peniaga online tidak dikenakan denda kerana meniaga secara haram. Sediakan payung sebelum hujan. Tak rugi pun katanya.. Lagipun SSM tengah buat promosi, yuran pendaftaran RM60 untuk 5 tahun.. Kira berbaloi la daftar sekarang kan???

Dieyna berbelah bahagi… nak daftar atau tidak? Dah main bilang- bilang jari akhirnya Dieyna mengambil keputusan untuk mendaftar…. Proses pendaftarannya tak lama pun cuma isi borang dan berurusan di kaunter… Selesai segala urusan maka dengan ini dimaklumkan bahawa Kedai online Dieyna yakni Best Shop telah selamat di daftarkan di bawah nama



Sebenarnya, hati masih ragu- ragu.. Adakah keputusan ini tepat?? Pendapat korang macam mana ye?? Sekadar nak tanya pandangan korang bagi mengurangkan rasa ragu- ragu ni..

P/s : Baru buka kedai runcit online, dah bimbang macam-macam huhu

Sabtu, 9 Jun 2012

Demam Tonsil

 Hari ni hari last duk bersenang-lenang. Esok, agenda pekerjaan bermula… Hannah pula tak berapa sihat.. Semalam, Dieyna bawak dia pi klinik. Ada ulser dan tonsil dalam mulutnya. Mujurlah Hannah kuat, doktor kata

“Ada beberapa tompok ulser dalam mulut kat tonsil tu, mujur awak datang cepat kalau tak, sakit sangat tu nanti, tapi saya tengok anak awak ni kuat, boleh senyum lagi tu”

Doktor beri beberapa jenis ubat termasuklah ubat untuk cepat keringkan ulsernya.. Huhu ubat lagi..Risau juga hati ni nak bagi ubat, bukan apa takut ada kesan sampingan. Doktor kata

“Setiap ubat memang ada kesan sampingannya, tapi bergantung kepada cara penggunaannya.. Kalau awak beri ubat tak ikut dos yang ditetapkan ataupun beri ubat secara berterusan iaitu setiap hari dalam tempoh berbulan- bulan, memang akan memberi kesan jangka panjang. Kalau sekadar bg ubat sekali- sekala, tak mendatangkan kesan lagi..”

Menurut doktor, tonsil mudah membengkak jika
  • cuaca terlalu panas, 
  • kurang minum air.
  • persekitaran yang berdebu
Jadi, kena beri pesakit tonsil minum banyak air masak dan yang penting, kena elakkan daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih..

DSCN3596[1]
Ada gaya demam tak?? Hehe
 P/S : Risau je kalau anak tak sihat.. Alhamdulillah Hannah tetap aktif walaupun tak sihat…Kalau dia lemah tak bermaya, lagilah bertambah risau kan… Jagalah kesihatan diri korang jugak.

Selasa, 29 Mei 2012

Tutorial Mudah Untuk Letakkan Widget Top Commentator


Dedikasi untuk Deqla Norumara.. Ini jawapannya dik.... Senyum skit yer..

Sudah banyak kali, Deqla Norumara tanya tentang widget Pengomen Sejati yang Dieyna pasang kat bawah sekali tu... Ini dia
Hari ni ada kelapangan jadilah bolehlah menulis tutorial begini... Widget ni Dieyna dapat daripada sebuah laman web. Dieyna try dan terus meletakkan di blog ini dengan tujuan menghargai insan yang selalu berkunjung di blog ini.

Rupa bentuk asas sebelum siapnya widget Pengomen Sejati di atas adalah begini

Apa yang korang perlu buat ialah masukkan semua maklumat yang diperlukan

Widget Title : korang boleh letak apa sahaja tajuk yang korang nak

Blog URL : letaklah blog url korang, kena letak dalam bentuk macam ni ye, wardahilmu.blogspot.com

Period of time : Pilih je korang nak kira ikut bulan atau minggu atau tahunan

Maximun number : letakklah 5 atau 10 atau berapa sahaja bilangan pengomen yang korang nak tengok

Exclude Commenters : Korang tekan button Add Commenter Name, kemudian letaklah nama korang sendiri, sebab takkan nak kira bilangan komen sendiri kan..

Dah selesai semua, klik button ADD THIS WIDGET TO YOUR BLOG .. widget ni akan terus masuk ke layout blog korang, cuma korang kena pilih sendiri lokasi mana nak letak

Dah siap tutorial ni, sekarang korang pergi buat sendiri widget ni


P/S : SEBESAR- BESAR ALAM DIEYNA LETAK TULISAN LINK TU KAN, TAKUT KORANGG TAK NAMPAK HAHA . JANGAN LUPA BACA ENTRI REVIEW BLOG APRIL YE

s

Jumaat, 25 Mei 2012

Percubaan Windows Live Writer

Hari ni dapat ilmu baru daripada adik Muhammad Zulhafiz Mohd Tahir.. Korang pun mesti nak tahu kan.. Pastinya ilmu dunia blogging.. Kita boleh tulis entri kita walaupun OFFLINE.. Kalau nak tahu penerangan lanjut, korang terjahlah blog adik Hafiz ni.. Tanya dia, bertanyalah pada yang pakar hehe… Dalam ENTRI ni , adik Hafiz ceritakan segalanya… cewah, KLIK SINI yer

Entri yang ditulis ni menggunakan Windows Live Writer.. Dieyna baru je install dalam lappy ni.. Lepas ni, bolehlah taip entri bila- bila masa walaupun takde internet.. Waktu ada internet baru kita publishkan.. Maknanya idea yang ada boleh diluahkan dahulu  kemudian baru publish..

Bahagian yang paling best dalam Windows Live Writer ini ialah kita menulis entri seolah-olah pada blog asal… Tak faham eik?? hehe Korang cuba sendiri dulu, lepas tu mesti faham apa maksud akak.. Tak payah cerita panjang lebar, sebabnya Dieyna bukan pakar.. Baru je mencubanyapun..

Berminat nak INSTALL… Klik link ini yer…
JANGAN RISAU YE, PROGRAM NI TAK BERATKAN LAPPY ANDA…

P/S : DIEYNA DAH CUBA, KORANG BILA LAGI EHEHE

Sebagai perempuan.. Kita perlu tahu tetapi mampukah??

Macam biasa, setiap hari Dieyna akan berjalan- jalan ke blog sahabat GSF dan rakan pengomen... Terjumpa pulak, satu entri menarik, tulisan 9NOL4... nak tau entri apa.. SILA KLIK SINI YER.. Tercetus pula di fikiran nak kongsi cerita yang lebih kurang sama tetapi situasi berbeza... Ini ceritanya..
..............BACA YE...............
Cerita ini dah lama.. masa tu baru je beli kereta.. Cuti sekolah, sahabat baik ajak pi jamuan kenduri kahwin kat area Jerangau kalau tak silap laa... Kami pun bertolak lebih kurang pukul 2.00 petang. Perjalananan tidak membosankan sebab asyik bercerita maklumlah cuti sekolah je baru jumpa.. Tiba- tiba, Dieyna nampak ada sebatang kayu melintang di atas jalan.. Tak sempat nak elak, terus langgar je.. Nak wat macam mana kan??

Tiba di tempat kenduri, kami pun santap dengan begitu berselera.. siap bergelak ketawa sakan.. mengusik- usik rakan yang baru mendirikan rumahtangga.. Lebih kurang pukul 4 lebih, kami minta izin nak balik.. Tak berani nak drive petang- petang sangat.. Kami pi kat kereta, dan rakan tersedar.. "Na, aku rasa tayar kereta mu ni bocor ni, xdok angin langsung".. huhu blur sekejap.. "guane nak buat ni, aku bukan reti pun nak tukor tayar kereta ni".. Kejadian berlaku di tempat orang, langsung tak kenal orang.. dan yang penting kami ni perempuan... Perasaan masa tu, nak menangis ada, nak menjerit ada.. pendek kata MACAM-MACAM ADA laa...

ALLAH membantu kami.. Datang seorang hamba Allah bertanyakan keadaan kami.. Agaknya, dia nampak kami duk blur- blur tepi kereta sambil pandang tayar kan.. Sambil buat muka sedih, memang sedih pun.. kitorang pun bagitahu dia, kereta kami pancit.. Dengan baik hatinya, dia membantu menukarkan tayar kereta tersebut.. Fuh lega rasanya.. Kalaulah hamba ALLAH tu takde.. Tak baliklah kami... Terima kasih banyak- banyak.. Kesian pulak, pakai kemas2 nak pi makan kenduri tapi kena tukar tayar kereta pulak... hehe Takde pilihan kami terdesak perlukan bantuan.. 

Perjalanan balik, kami sibuk duk wat spekulasi.. Mesti tayar kereta tu bocor sebab langgar paku yang ada pada kayu tu.. 

..............CERITA TAMAT.............

Moralnya.. walaupun kita perempuan, kita perlu tahu serba sedikit pasal penukaran tayar kereta ni.. Sebab tu, ada sesetengah tempat latihan memandu, mereka juga menyediakan modul latihan menukarkan tayar kereta.. Beruntunglah mereka yang dapat menyertai modul tersebut.. Sekiranya, berlaku kecemasan di tempat yang sukar mendapatkan bantuan, ilmu yang ada boleh dipraktikkan.. 

P/s : Suami pernah ajar buka tayar kereta.. alamak, ketatnya nat.. macam mana nak buka.. sakit tangan.. (manja) haha... Dah pernah kena sekali, tak serik-serik... Harus belajar ni.. harus... KLIK JE



Sabtu, 19 Mei 2012

Blogging.. buang masa ke???

Kali ni nak kupas satu isu.. Isu apa?? Sila baca tajuk entri di atas ye. hehe.. Benarkah ber"blogging" ini hanya membuang masa? Kata- kata ini memang ada di fikiran orang kan... Yang pastinya bukan blogger la.. Kalau blogger yang kata macam ni, ibarat Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri lah kan...:))

Pendapat Dieyna pasal isu ni...

Blog macam diari.. Ada orang suka tulis diari kan.. so, tulis diari tu buang masa ke?? Blog tempat kita luah rasa, kadang- kadang macam- macam cerita kita nak kongsi, dan bezanya, blog ada orang yang baca.. Jadi, cerita kita tu bertapis laah.. bukan kategori 18sx, cukup sekadar kategori U.. yakni untuk tontonan umum.. hehe


Blog sebagai wadah perkongsian.. Ada orang suka membeli buku, novel ataupun majalah untuk dibaca.. Membaca tu buang masa ke?? Sekarang ni semua cerita dah ada dalam blog.. Nak cerita gossip, resepi, petua, dekorasi dan macam- macam lagi.. boleh dapat hanya dalam blog.. Kalau majalah, kita kena belek- belek manakala dalam blog, kita hanya perlu klik.. dunia hanya di hujung jari sahaja..  so, masih fikir blog ni hanya buang masa ke???



Blog sebagai jambatan persahabatan.. Kita boleh mendapat kawan dengan berblog.. Kita lawat dia di blognya, kita komen setiap entrinya.. dan dia pun juga begitu.. akhirnya tali persahabatan terjalin.. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa, sorang di Malaysia timur dan sorang lagi di semenanjung Malaysia tetapi dengan berblog jarak yang jauh boleh menjadi dekat.. Buang masa ke tu???

Sudah cukup- cukup sudah.. hehe macam lirik lagu je yye... Ini sahaja pendapat Dieyna .. Pendapat korang macam mana pulak??? Masih fikir berblog ini membuang masa ke>?? Jom kongsi pendapat korang pulak.. kita berdiskusi tentang isu ni... sekian....

p/s : Jangan lupa klik sini sekali.. ada yang SANGAT SANGAT SANGAT MENARIK MENANTI ANDA,, PERCAYALAH..... KLIK YE JANGAN TAK KLIK..

Sabtu, 14 April 2012

Terima Kasih, Kawan!

Semalam Dieyna menulis Nak tanya korang Skit, Alhamdulillah ramai yang bagi feedback.. Ada yang kata blog Dieyna oke, ada yang kata lambat.. Terima kasih juga kepada yang setia menanti walaupun lambat loading.. 

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya lambat "loading" pada sesebuah blog, antaranya

  • Terlampau banyak WIDGET
  • Terlampau banyak GAMBAR
  • Terlampau banyak BACKLINK
  • Masalah line internet yang slow macam siput baru nak belajar berlari (Sila marah talian internet korang yer ) hehe
Memandangkan Dieyna tak mahu, tak mahu dan tak mahu menyusahkan korang semua kerana menunggu page ini loading maka Dieyna dengan rela hatinya me"remove"kan beberapa item yang Dieyna rasa takpe kalau takde pun... So, amacam sekarang??? 


LAMBAT LOADING LAGI KE>>>>> 
KALAU LAMBAT JUGAK, HUHU 
TAKKAN NAK KENA BUANG BLOG TERUS 
HUHU TIDAK TIDAK TIDAK.....

p/s : Insya Allah, takkan buang blog ni... haha terimalah blog ini seadanya ye... Kalau Dieyna buang blog ni,, ramai pulak yang RINDU kan kan kan haha perasan.... apa- apa pun

TERIMA KASIH KAWAN... SAYANG KORANG KERANA PRIHATIN


Nah, bunga untuk korang yang sudi komen..

Selasa, 20 Mac 2012

Tips Tingkatkan komen Dalam Blog

Sejak kembali aktif berblogging ni, banyak perkara dah diperoleh. Terutamanya sahabat maya yang begitu baik hati seperti Mama Arina, buktinya header blog Dieyna ni hasil kreativiti beliau. Cerita utama yang Dieyna nak kongsi hari ini berkenaan trafik dan komen pengunjung. Cerita ni bukannya cerita copy n paste tetapi berdasarkan pengalaman sendiri.

Imbas balik, dulu blog ni suram. Setiap entri takde pun yang sudi komen. Terasa jugak dalam hati, tengok stat ada je pengunjung tetapi sorang pun tak komen apa2. Dieyna ada gak jenguk blog yang beri tips dalam berblog ni.. dan akhirnya Dieyna buat keputusan untuk mencubanya.

1. Tak guna widget shoutbox
Mula-mula, Dieyna tak guna widget shoutbox, dengan harapan setiap yang singgah dan yang ingin meninggalkan jejak pasti akan menulis di entri. Ternyata percubaan ini membuahkan hasilnya. Entri Dieyna dan sedikit meriah. Suka hati rasanya setiap kali buka dashboard, ada je komen baru masuk walaupun satu dua je.. Sangat berharga k.

2. Join segmen blogger popular
Hehe langkah pertama, Dieyna join segmen Pencarian Blogger Aktif MiaLiana.com dan juga segmen2 yang dianjurkan oleh en. Ben Ashaari. Alhamdulillah, percubaan ini menyebabkan follower Dieyna meningkat. Pastinya juga blog semakin meriah. Kadang-kadang sampai berbelas komen masuk. Suka sangat2.

3. Meninggalkan jejak
Jangan hanya tinggalkan jejak di shoutbox blogger lain, tinggalkanlah jejak di entri diorang. Pasti diorang akan membalasnya semula di entri kita. Itulah yang Dieyna praktikan. Juga berjaya.

Sebenarnya, Dieyna ni pun tak layak nak bagi tips cuma kongsi pengalaman sendiri dalam berblogging. 

P/s : Sejuta penghargaan kepada pengomen setia blog Dieyna (boleh tengok kat bawah ni yer) dan juga rakan Follower Segar (rujuk bloglist Follower Segar pun boleh). Jasa korang menceriakan lagi blog ini.. Terima kasih banyak2. 

Catatan Popular