Halaman

Memaparkan catatan dengan label Laptop rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laptop rosak. Papar semua catatan

Selasa, 10 November 2015

Pengalaman menguruskan pembelian komputer menggunakan pinjaman kerajaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entri lepas, saya ada kongsi berkenaan laptop kesayangan saya rosak kan? Memang meroyan sekejap sebab kebanyakan kerja saya melibatkan penggunaan laptop. Saya menulis RPH pun guna MS WORD, print dan tampal je dalam buku rekod mengajar tu. Jadi, laptop rosak memang buat saya macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Alhamdulillah saya dikurniakan sahabat yang super duper prihatin. Kak Rohana bagi saya pinjam laptopnya sehinggalah saya dapat pengganti laptop. 

Nak cari cash money RM2000 dalam masa terdekat ni memang takde lah kot. Sembang dengan rakan sekerja semasa hantar laptop pada dia untuk keluarkan hard disk, saya diberi satu idea. Kakitangan awam memang ada keistimewaan iaitu boleh membuat pinjaman kerajaan untuk pembelian komputer. Balik rumah, bincang dengan en suami dan telek- telek kami punya komitmen bulanan maka layak dah nak buat loan ni. Maka, tak berlengah saya isi borang. Borang yang dikirim oleh rakan yang pernah buat pinjaman yang sama. Cuma borang yang diberi kena ubah suai sebab borang yang terkini telah dikemaskini. Saya kongsikan di sini supaya senang menjadi rujukan akan datang. 

Prosedur memohon pinjaman kerajaan untuk pembelian komputer
 ------------------------------------------------------------

1. Isi borang permohonan Kew.317 pindaan 1/2011.
Saya taip je borang ini, kemudian print sebanyak 3 salinan. Tandatangan hidup untuk ketiga- tiga borang. Jika ada yang berminat dengan borang ini. Korang boleh muat turun borang ini di sini. 


2. Lampirkan borang ini bersama dokumen- dokumen berikut :-
  • Sebutharga komputer daripada kedai komputer. Dokumen original yang diperlukan
  • 2 salinan slip gaji yang telah disahkan dan yang terbaru.
  • Bahagian 11 : (Diisi oleh Ketua Jabatan Hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Masing-masing. Sebagai contoh : Permohonan dari Pengetua/Guru Besar hendaklah ditandatangni oleh Pegawai PPD masing-masing dan permohonan dari kakitangan yang lain hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Gurubesar.
  • 2 salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
  • Senarai tugas terkini.
  • Surat akuan pengesahan tempoh persaraan

Dah setel semua dokumen di atas , serahlah kepada kerani sekolah untuk urusan seterusnya. Sekarang ni tunggu jela keputusan permohonan pinjaman tu. Servey daripada kawan- kawan yang pernah buat, dalam sebulan juga prosesnya. Takpelaa asalkan lulus je dan harap- harap tahun depan boleh lah laptop baru pulak berkhidmat. 

Semoga urusan ini dipermudahkan. Aamin



Ahad, 8 November 2015

Apabila Laptop Rosak ...

Assalamualaikum dan selamat malam.....

Minggu ni minggu palling menyedihkan kerana laptop kesayangan yang dah berkhidmat hampir 8 tahun akhirnya terpaksa ku lepaskan jua... Bukan lepas jual tetapi lepas untuk tidak membaikinya lagi. Nak cari pengganti laptop dalam masa terdekat ini pun bukannya mudah. Kos mau mencecah RM 1k atau RM2k juga.

Sebelum ini, kalau laptop tu rosak , segigihnya saya hantar kat kawan untuk dibaiki. Tetapi rosak kali ini, bukannya tak boleh dibaiki dah tapi menurut kawan yang pakar bab- bab komputer ini baiki 3 bulan lepas tu rosak pulak. Membazir duit je kalau baiki. Saya sendiri google mengenai kerosakkan laptop itu, jawapannya sama BILA MOTHERBOARD ATAU CHIPSET ROSAK, tukar motherboard baru yang harganya boleh mencecah RM600 ++. Kalau pandai cari kedai yang murah oke lah

FIKIR PUNYA FIKIR... BIARLAH LAPTOP TU BERKHIDMAT SETAKAT INI SAHAJA....

Sedikit tips utk korang yg laptop rosak..
1. Kenal pasti kerosakan laptop tu terlebih dahulu. Banyak caranya.. salah satu tnya je encik google. Nak sahih lagi bawa jumpa pakar.. hehe

2. Risaukan dokumen2 yang korang simpan dalam laptop tu? Haha jangan risau dulu... in case bahagian yang rosak tu tidak berkaitan dengan hard disk maka dengan senang hatinya korang suruh je pakar tu keluarkan hard disk laptop korang. Kemudian, beli casingnya... Saya punya mcm ni
Tara... hard disk korang dah bertukar menjadi external hard disk. Kerja2 n dokumen korang masih boleh digunakan.

3. Sekiranya hard disk yg rosak maka jawapnya al fatihah je kat dokumen2  tu.

4. Sebagai lgkah sediakn payung seblm hujan...backuplh kerja2 korang tu di google drive. In shaa Allah selamat selagi google xbankrup haha

Apa pun saya abadikan gamabr laptop kesyg tu di sini... skang ni laptop ni dah tido senyap dalam beg. Pandang ke hadapan sekarang ni... tinjau laptop baru lalalala....

Catatan Popular