Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam entri lepas, saya ada kongsi berkenaan laptop kesayangan saya rosak kan? Memang meroyan sekejap sebab kebanyakan kerja saya melibatkan penggunaan laptop. Saya menulis RPH pun guna MS WORD, print dan tampal je dalam buku rekod mengajar tu. Jadi, laptop rosak memang buat saya macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Alhamdulillah saya dikurniakan sahabat yang super duper prihatin. Kak Rohana bagi saya pinjam laptopnya sehinggalah saya dapat pengganti laptop.
Nak cari cash money RM2000 dalam masa terdekat ni memang takde lah kot. Sembang dengan rakan sekerja semasa hantar laptop pada dia untuk keluarkan hard disk, saya diberi satu idea. Kakitangan awam memang ada keistimewaan iaitu boleh membuat pinjaman kerajaan untuk pembelian komputer. Balik rumah, bincang dengan en suami dan telek- telek kami punya komitmen bulanan maka layak dah nak buat loan ni.
Maka, tak berlengah saya isi borang. Borang yang dikirim oleh rakan yang pernah buat pinjaman yang sama. Cuma borang yang diberi kena ubah suai sebab borang yang terkini telah dikemaskini. Saya kongsikan di sini supaya senang menjadi rujukan akan datang.
Prosedur memohon pinjaman kerajaan untuk pembelian komputer
------------------------------------------------------------
1. Isi borang permohonan Kew.317 pindaan 1/2011.
Saya taip je borang ini, kemudian print sebanyak 3 salinan. Tandatangan hidup untuk ketiga- tiga borang. Jika ada yang berminat dengan borang ini. Korang boleh muat turun borang ini di sini.
2. Lampirkan borang ini bersama dokumen- dokumen berikut :-
- Sebutharga komputer daripada kedai komputer. Dokumen original yang diperlukan
- 2 salinan slip gaji yang telah disahkan dan yang terbaru.
- Bahagian 11 : (Diisi oleh Ketua Jabatan Hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Masing-masing. Sebagai contoh : Permohonan dari Pengetua/Guru Besar hendaklah ditandatangni oleh Pegawai PPD masing-masing dan permohonan dari kakitangan yang lain hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Gurubesar.
- 2 salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
- Senarai tugas terkini.
- Surat akuan pengesahan tempoh persaraan
Semoga urusan ini dipermudahkan. Aamin
2 ulasan:
baguslah boleh buat pinjaman..cikgu kan byk guna laptop..
kak, sy tag akak dlm giveaway AJ tau :)
kalau dah lulus, duit tu akan dimasukkan ke akaun mana ya
Catat Ulasan