Halaman

Memaparkan catatan dengan label laman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laman. Papar semua catatan

Selasa, 26 Jun 2012

Deko Laman

 

Cuti Jumaat dan Sabtu lepas, kami sekeluarga tak balik Kemaman sebabnya nak buat operasi membersihkan laman belakang dapur.. Seminggu lepas, en suami dah membuat operasi meracun mini zoo kami tu.. Lupa pulak nak tangkap gambar .. pinjam gambar pakcik google jap.. teruk skit keadaan tumbuh- tumbuhan belakang rumah kami daripada yang dalam gambar ini.. korang bayangkan jela ye hehe

Siap proses meracun.. kami pun menjalankan operasi mencabut, mencangkul dan membersihkan laman dapur kami. Mana- mana pokok makanan yang menjadi mangsa racun, kami buang. Padahal sebelum proses meracun tu, dah banyak kali pesan pada en suami, jangan sampai racun tu terkena pokok serai dan pokok bunga kantan yang ada.. Malangnya.. terkena juga.. Dah ajal dia kata suami huhu suka- suka dia je

Beginilah rupanya keadaannya selepas proses membersihkan…

DSCN3725

Nampak tak daun pandan tu ada kesan kuning2.. tempias kena racun laa tu.. harap2 tak mati daun tu.. huhu… Pokok kunyit, pokok limau purut, dan pokok bunga ros tu baru tanam dalam tanah .. sebelum ni pokok- pokok tu dalam pasu….

Bagi mengelakkan rumput tumbuh kembali.. Kami membuat keputusan menabur batu- batu kecil yang dipanggil batu chiping… (Tak pasti betul atau tak ejaan tu). Jadi, kami beli batu chiping 2 tan lebih dengan kos RM130.00.. Bagi Dieyna murah dah harga tu.,.

Sebelum menabur batu chiping, tanah tu perlu dialas dengan plastik hitam terlebih dahulu. Plastik hitam tu boleh dibeli di nursery.. Dieyna beli dengan harga RM2.00 semeter. Plastik ini sangat berguna untuk mengelakkan rumput naik di kawasan tersebut. Ada juga yang guna, plastik alas meja untuk alas tanah tu, tapi rasanya kos lebih tinggi.. Selesai mengalas tanah dengan plastik, kami pun memulakan kerja- kerja menabur batu- batu chiping dan tak lupa juga letak tapak kaki refleksologi untuk extra hiasan hehe…. dan inilah hasilnya… taraaaaa

DSCN3739[1]

Laman dapur nampak lebih kemas, risiko ada serangga atau binatang berbahaya kurang.. Nak bagi anak bermain pun takpe.. Tengok dah ada basikal kat situ… Serius.. Dieyna sangat suka tengok wajah baru laman dapur ni.. Tak risau nak buka pintu dapur …

Pendapat Dieyna, tabur batu ni tak perlu kita jaga sangat.. berbanding rumput karpet.. Kalau rumput naik pun, kita akan nampak .. Walau bagaimanapun, bahaya tetap ada.. Anak jatuh dan luka.. Kita kena berjaga- jaga jelah.. risiko ada di mana- mana kan…

DSCN3740[1]DSCN3741[1]

Model laman edisi terhad hehehe

p/s :

JOM JOIN PARENT POP QUIZ SAMA- SAMA.. BOLEH DAPAT SAMPLE LAMPIN DRYPERS.. KONGSI SAAT INDAH BERSAMA INSAN TERSAYANG…

Catatan Popular