Halaman

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

Tahniah JOzan..

Malam ni final Maharajalawak Mega .. Dieyna cuma sempat tengok awal dan akhir je... Pertengahan siaran Dieyna dalam perjalanan pulang dari Kemaman ke Paka... Sempat tengok persembahan pertama Jozan dan persembahan kedua Saywho + Jambu je... Takpelaa yang penting, tau keputusannya.. esok pasti ada siaran ulangan....

Tahniahlah untuk Jozan kerana kemenangan itu, dapatlah rm500 k.... setengah juta tu.. hehe bahagi dua dapat rm250k sorang .. apa mau bikin??? Semua yang bertanding, hebat- hebat belake.. cuma ada lah keputusan yang Dieyna rasa kedudukannya bukan di situ... Apa- apapun... Keputusan dah diumumkan... Tahniah kepada semua pemenang.... hehe


p/s : Pendapat Dieyna lah kan berdasarkan prestasi malam ni ialah tempat  1. Jozan  2. Shiro  3. Saywho  4. Jambu  5. Boboi... Namun keputusan sebenarnya 1. Jozan 2. Jambu 3. Shiro 4. Boboi dan 5. Saywho...... 

Isnin, 9 April 2012

Anugerah Bintang Paling Popular 2012

 Tahniah untuk lelaki kacak.. Aaron Aziz untuk  Anugerah Bintang Paling Popular 2012.. Tahniah... Seperti yang dijangka lah ye...

Tahniah juga kepada pemenang- pemenang paling popular yang lain ye....

Penyanyi Lelaki
Hafiz

Penyanyi Wanita
Yuna

Artis duo/berkumpulan 
 Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis baru lelaki
Johan Ariff As’ari

Artis baru wanita
 Tasha Shilla

Pelakon filem lelaki
Aaron Aziz

Pelakon filem wanita
Maya Karin

Pelakon TV lelaki
Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita
 Fasha Sandha

Artis komedi lelaki
Johan

Artis komedi wanita
Didie Alias

Pengacara TV lelaki
Zizan Razak

Pengacara TV wanita
Fara Fauzana


Penyampai radio lelaki
 Faizal Ismail

Penyampai radio wanita
Fara Fauzana

P/s : Tak sejuk ke deme ni, duk genting pakai baju belah sana sini.. Dieyna pergi genting hari itu, siap dua lapis baju lagi pakai sebab sejuk.. Mood : Konfius???

Khamis, 22 Mac 2012

Adegan tak lojik Amukan Pocong

Malam ni layan TV3 slot SERAM.. Ada cerita baru yang ganti cerita SANTAU MERASUK.. Sebenarnya bukannya berani sangat nak tengok hehe tapi dah tertengok maka kenalah buat2 berani.. Lagipun dah takde cerita yang menarik nak ditengok.. haha banyaknya perkataan tengok Dieyna guna eik..

Entri ini ditulis pun semasa cerita ini masih lagi ditayangkan di tv hehe. Tak sabar nak luah ketidaklojikan cerita ini.. hehe Awal cerita, ada dua lelaki, Ezani dengan Iqram Dinzly membunuh dan letak mayat dalam bonet kereta kemudian tolak kereta masuk paya kot. (Masa ni tak fokus sangat). Datang IBLIS puja mayat tu, bonet terbuka mayat tu hidup semula. Habis babak tu..

Babak seterusnya, Nabila Huda pandu dalam kawasan kampung, tiba- tiba kereta terlanggar sesuatu dan dia nampak POCONG nak hempap kereta dia. Dia takut sangat2 dan baringkan diri dalam kereta. Kemudian suasana senyap, dia angkat muka dan perhati keliling.. 
Adegan ini laa. Pinjam gambar kat en GOOGLE
Maka bermulalah babak tak lojik pada pandangan Dieyna laa, Nabila yang takut sangat ni boleh keluar daripada kereta dan lari dalam semak. Kalau ikut lojik akal lah kan, tobat tak keluar kereta dah, start kereta terus lari dari situ.. Ini tak, boleh pulak dia keluar kereta n lari masuk semak kemudian jatuh, muncul plak POCONG tu bunuh dia.. haha betul tak DIeyna kata tak lojik??

Selepas itu, Dieyna alih channel lain sebab en Somi nak tido dah n sudah pasti Dieyna tak berani nak tengok sorang2.. haha koranglah pulak tolong tengok untuk Dieyna yer..

Jawapan Asah Otak : Teka-teki


Ramai yang datang jenguk teka- teki ni tetapi cuma Kazman / Sue, Ms Velentine, Cik Nur dan mzhany yang cuba jawab. hehe nak tau apa jawapan mereka, meh sini Dieyna vtau ye

haaa3x... sebab dia yakin kerana dia aje yang lepaskan bebas lembu tu ragut rumput kat situ ... yang talin semua ternak lembu dalam kandang....
sebab rumput yg di mkn tertulis nama pak dollah..hehe..tryy aja
ape ye..hihihi..
sebab pak dollah yang tolak lembu tu ke daalm perigi..hihih kan..?
sbb perigi tu pakdollah punya, ahaha otomatik jd lembu dia. ape punya jawapan daaa


Sebenarnya jawapan kepada teka-teki terbabit  ada kaitan dengan rumput yang Dieyna tunjukkan tu, nampak tak macam mana jadi rupa rumput tu... nak tengok rupa rumput tu ini dia 
JAWAPANYA IALAH
RUMPUT TU DIMAKAN OLEH LEMBU YANG RONGAK.. DALAM KAMPUNG TU HANYA LEMBU PAK DOLLAH JE YANG RONGGAK.. HEHE
hai semua, sayalah lembu Pak Dollah yang jatuh dalam perigi tu..hihihi

Selasa, 20 Mac 2012

Asah Otak Skit : Teka- teki

Jom jawab teka- teki ni ye kalau korang terer lah... Asah otak skit biar berfikir yer.. Ini teka- tekinya..

Alkisah dalam sebuah kampung, ada satu perigi yang sangat dalam, ibarat kata kalau kita jenguk ke dalam memang tak nampak apa-apa. Gelap gulita. Suatu hari, seorang budak muda ternampak seekor lembu sedang meragut rumput kat sebelah perigi tu, tiba- tiba lembu tu tersalah langkah lalu terjerumus ke dalam perigi yang gelap gulita tersebut. Anak muda tersebut berlari menuju ke rumah Tok Ketua dan melaporkan apa yang dilihatnya tadi. Maka, berduyun- duyunlah orang kampung pergi ke perigi berkenaan untuk membantu lembu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Untuk pengetahuan, dalam kampung tersebut ramai sangat yang menternak lembu jadi berlakulah kekonfiusan tentang MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU". Soalannya :-

SEBAB APA PAK DOLLAH BEGITU YAKIN KATA LEMBU DALAM PERIGI TU MILIKNYA, SEDANGKAN PERIGI TU GELAP- GELITA, TAK LEH NAMPAK PUN LEMBU YANG JATUH TU.. 
Lebih kurang beginilah keadaan rumput di sekeliling kawasan perigi tu..
Nampak tak kiri kanan macam ada laluan.


P/s : Jawapan dah ada ni, cuma nak uji ketereran korang menjawab soalan teka- teki yang panjang berjela- jela ni je.. haha cepat buktikan ketereran korang ye... Sapa2 yang menjawab dengan tepat dan padat, Dieyna akan REVIEW BLOG dia.. hehe oke tak hadiah tu???


Sabtu, 17 Mac 2012

Shiro menang Raja Lawak 6

Kumpulan ni memang menghiburkan hati, memang dah dijangka dari awal kumpulan ini mampu menang kerana kreativiti dan idea- idea lawak yang dipersembahkan out of box.. Tak pernah orang buat.. hehe 
Jom review skit, apa yang diorang buat malam tadi
Persembahan pertama mereka berkenaan anak murid dan Tok guru.. Dah kelakar sangat dah Dieyna rasa.. Gelak besar, nak2 tang parut  di muka, ingatkan kena parang tapi kena ampaian kain.. haha cara diorang bercerita tu yang jadikannya lawak.

Persembahan kedua pula kesinambungan lawak mereka dalam minggu ke berapa ntah, pasal orang gila yang dilayan baik punya oleh si pengemis.. Memang lawak habis laa... Kesimpulannya, mereka sangat2 layak memenangi piala tu, Selamat menyusuli jejak langkah senior mereka.. Ini adalah profil ahli kumpulan Shiro yang Dieyna ambil dari laman web budakbotak.com.

Peserta pertama: SHAHROL
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Bekerja sendiri
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6

Peserta kedua: AJAK
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6

Sumber:http://www.budakbotak.com/2012/01/biodata-kumpulan-shiro-raja-lawak-musim.html#ixzz1pKGuEKRJ
 



P/s : Dieyna biasa tengok si budak Shahrol tu berlakon drama tv, kalau tak silap cerita Hantu Gigi.. No wonderlah dia ni bersahaja di atas pentas. Apa-apa pun

TAHNIAH KUMPULAN SHIRO.. DAN  JUGA TAHNIAH KUMPULAN ZERO, CUIT DAN 2YOL JUGA... 
KORANG DAH CERIAKAN SEMALAM KU.. HAHA


Jumaat, 24 Februari 2012

Tahniah Yusri ~ Lisa & Kampung

Dua tajuk bermakna dua cerita..
Cerita pertama
Tahniah untuk pasangan pengantin baru Yusri dan Lisa Surihani
Semoga melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kesabaran.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. dunia dan akhirat
image
Ehsan gambar dari blog En. Ben Ashaari

Cerita Kedua
Kampung...
Sekarang Dieyna sekeluarga berada di kampung halaman..
Tiada line wifi streamyx.. cuma ada broadband kaler biru
Esok broadband ni dah dibooking untuk dibawa ke 
KARNIVAL PENGANTIN  KEMAMAN
DEWAN SERI AMAR


MAKNANYA,

Tak dapatlah Dieyna berblogwalking secara tegarnya
dan mungkin juga tidak dapat membuat entri terbaru
sebabnya TIADA LINE INTERNET
sob sob sob

P/s : Cuba curi masa sebelah malam, harap2 berkesempatanlah menjenguk para rakan..

Ahad, 19 Februari 2012

~Jujur Aku Dayus~

Semalam tak sempat tengok cerita ini..

Mujur hari ini Perekacerita.com dah
share download link
Lakonan mantap Nora Danish dan Beto Khusairy..
dan jalan cerita yang menarik...

Seksanya jiwa apabila sang suami diam seribu bahasa
Tidak tahu di mana salahnya..
Tidak tahu apa puncanya..
Hanya teka- teki menyelubungi..
Mulalah datang syak wasangka
Curiga mencurigai..
Sedangkan semua masalah ada penyelesaiannya..

Apa2 pun.. cerita ini mmg best..
Sesuai untuk tontonan para suami dan isteri
Ada mesej yang disampaikan
Para isteri..
JANGAN SESEKALI MELAKUKAN TINDAKAN TANPA IZIN SUAMI

para suami pula
JANGAN TERLALU MENGHUKUM TANPA MEMOHON PENJELASAN TERLEBIH DAHULU,
KADANG2 YANG TERSURAT ADA YANG TERSIRAT
KADANG2 YANG TERLIHAT ADA YANG TERLINDUNG..

Bertindaklah dengan akal yang waras..

Fikir- fikirkanlah...



Sabtu, 18 Februari 2012

Lojik Ke???

Idea utama entri hari ini
pasal watak dalam drama.. 
boleh ke???
Boleh ke tak boleh ke tetap nak ulas jugak.. hehe

Apa kaitan tajuk tu eik... 
Meh nak cite- cite skit..

Pertama
Lojik ke??? 
... Watak seorang perempuan kampung.. yang miskin.. duduk kampung..rumahpun ala- ala bangsal je..
tetapi bulu keningnya.. teratur rapi je.. ala- ala kena pisau cukur gitu...
Persoalannya, orang kampung yang dah veteren cukur kening ke???

sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye.

Kedua..
Lojik ke???
 Watak seorang perempuan yang tengah solat.. tetapi 
bibir munggilnya masih ada lipstik.. eye shadow pun ada lagi..
agaknya, dia pakai lipstik n eye shadow yang boleh bawak solat kot..
sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye. 
Ketiga..
Lojik ke???
Watak tengah tido..tetapi muka maintain cun..
bermake up lagi.. agaknya tak sempat cuci make up
terus tido kan...

Keempat..
Lojik ke???
Watak perempuan kampung..
Ada penyakit.. hidup memang susah melaratlah tetapi
pakai bulu mata palsu..nampak sangat ketidak originalan matanya
sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye. 
Kelima..
Lojik ke???
Wataknya duk rumah sewa bujang.. keje kilang tetapi
rumah sewanya ala- ala apartment.. siap ada set meja makan, set ruang tamu bagai
ibarat kata, rumah tu tak macam rumah orang bujang yang keje kilang secara realitinya..

Cukup sini sajalah... malas dah nak fikir benda yang tak lojik dalam drama or filem kita lagi
Buat tambah pening je hehe..
Walaupun sebenarnya memang banyak yang nampak tak lojik..
Kalau korang perasan,, korang tambah lagi eik. 
APA YANG TAK LOJIK DALAM DRAMA/FILEM KITA...??

Adioosssss

Isnin, 13 Februari 2012

Beribu sesalan

Salam petang semua.. Saja nak kongsi lagu yang Dieyna suka layan.. 

Dengar lagu ni rasa touching sangat.. hehe 
Gabungan tiga suara yang memukau.. dengan alunan muzik yang syahdu..
Memang bestlaa... Tak jemu lagi setakat ni mendengarnya..

Jom kita tonton sama2..

Surat Cuti

Hari ni Dieyna duk kemas- kemas meja kelas.. 
Terjumpalah satu surat..
Sebenarnya Dieyna pun pelik kenapalah budak ni dah dua hari tak datang.
Rupa- rupanya budak ni dah bagi surat beritahu ketidakhadirannya,,
Mungkin kawan- kawannya main letak je atas meja tetapi tak beritahu..

Inilah suratnya.. Surat cuti sekolah zaman sekarang.. Ikut suka dia je

Kalau ada sesiapa yang berminat nak tiru surat cuti pesen baru ni.. silakan laa... :)))

Ahad, 12 Februari 2012

Hafalan Shalat Delisa

Cerita ni dah lama berada di panggung wayang
ASTRO FIRST dah siap beli dah pun..
Hari ini tergerak hati nak tonton cerita ini sebab nampak sangat BEST..
Jadi, Dieyna ambil jalan mudah.. cuba cari cerita ni kat YOUTUBE.COM
dan hasilnya korang boleh tengok di sini


Ringkasan cerita daripada pandangan Dieyna

Delisa merupakan seorang anak kecil yang sangat pintar dan aktif. Dididik dengan baik oleh kedua ibu bapanya iaitu, Abi Osman dan Ummi Salamah serta dikelilingi oleh kakak- kakak, Fatimah, Aisyah dan Zahra yang sangat menyayanginya. Delisa diminta menghafal bacaan dalam solat dan dijanjikan dengan hadiah yang berharga oleh kedua ibu bapanya. Namun, tatkala amali solat sedang diadakan, bencana melanda.. Ombak tsunami menyelimuti perkampungannya dan turut membawa pergi orang- orang yang disayangi...Kerana kusyuk solatnya, Delisa dilindungi dan kerana tulus hatinya, Delisa redha dengan tragedi menimpa... 

Untuk tahu cerita ini dengan lebih lanjut.. korang tontonlah sendiri ye..
Sangat meruntun jiwa... huhuhu

Kepada para ibu bapa.. tontonlah cerita ini kerana ada ilmu mendidik anak diselitkan..

Credit to : YOUTUBE.COM

Khamis, 26 Januari 2012

Entri pasal Tandas Skodeng buatkan ramai pengunjung datang ke blog

Nak gelak pun ada

Semalam Dieyna tulis entri pasal Tandas Skodeng
Ramai pulak yang datang menyinggah membaca entri itu.

Suka hati rasenya sebab
blog Dieyna ni  biasanya terima pageview lebih kurang 100++ je
tetapi disebabkan entri tandas tu..
pageview semalam mencecah 254
Meningkat lebih dua kali ganda pulak

Apa- apa pun terima kasihlah
kepada yang sudi datang berkunjung ke blog yang suam- suam kuku ni..
Walau pun korang tak tinggalkan jejak
Walau siapa pun korang.
Kehadiran korang sangatlah dihargai

Terima kasih daun keladi
Kalau sudi singgahlah lagi..

Ini bukan gambar tandas skodeng ye.. hehe

Rabu, 25 Januari 2012

Review Blog : Tinta Pena

Selalunya orang review blog 

sebab buat segmen.. tetapi
Dieyna pula rasa suka- suka nak review blog orang
Harap dia suka lah ye.. :))

Blog Tinta Pena adalah blog
rakan sekerja Dieyna.
dunia bakeri.. 
Dieyna pun banyak cedok ilmu kuih- muih
daripadanya.
Tak kedekut ilmu..

Bukan sekadar soal makanan sahaja,
kadang- kadang dia juga mengulas
isu- isu yang berlaku di sekitarnya.
Kata- katanya agak berbisa pada
orang yang terasa pedasnya.. 
Memang sesuailah dengan prinsipnya
Berkata benarlah walaupun pahit...

so, ini antara link entri 
yang Dieyna rasa suka untuk 
membacanya

Kek Pandan Karamel

Kalau korang minat nak membacanya..
klik je gambar or tajuk2 yang Dieyna beri tu..
Entri lain korang boleh tengok dekat blognya sendiri ye

Sekian, ... Wassalam

p/s : kalau korang nak Dieyna review blog korang.. tinggalkanlah jejak.. Insya Allah, ader masa
Dieyna jenguk n review skit... Tapi untuk lebih adil, korang pun promote ler skit blog Dieyna ni yer. 



Selasa, 24 Januari 2012

Tandas skodeng...

Salam semua.. Hari ni nak share satu cerita..
Cerita tentang tandas... hehe
Selalunya orang skodeng orang dalam tandas kan...
Tapi kali ni orang dalam tandas leh skodeng 
Apa yang orang kat luar buat..

Korang sanggup ke menggunakan tandas ini..
Dieyna tak sanggup.. huhu

Jom kita tengok tandas skodeng ni
sama- sama
Dari pandangan luar.. hanya cermin..
Anda boleh berhenti sebentar untuk betulkan pakaian or rambut...
Sanggupkah anda begini??
huhu TIDAK TIDAK TIDAK

Dari pandangan dalam tandas..
Betul tak  Dieyna kata..
Kita boleh skodeng orang skang..

Pastinya tandas sebegini bukan di Malaysia..
Orang Malaysia belum begitu terbuka untuk tandas macam ni..

FAKTA
Tandas awam ini dibina berhadapan London's Tate Britain Gallery sebagai pameran seni. Dindingnya terdiri daripada cermin dua hala yang membenarkan "pengunjung"nya melihat kawasan luar, tetapi sebenarnya privasi dari pandangan luar. Orang di luar hanya boleh melihat diri sendiri sahaja, walau bagaimanapun ianya tetap menimbulkan kebimbangan untuk menggunakannya. Tandas sebegini juga ada dibina di Switzerland.

Sabtu, 21 Januari 2012

Cara mudah lipat kain

Cuti- cuti macam ini, 

agenda utama yang wajib dibuat ialah melipat kain baju
huhu aktiviti yang paling tak suka nak buat tapi kena buat jugak
sebab tak suka tengok longgokan kain baju yang tak berlipat..

Alangkah indahnya kalau ada mesin lipat pakaian ye
ala- ala macam mesin basuh tu
letak je kain baju dalam mesin
siap2 dah boleh susun dalam almari je..

Dalam keadaan kebosanan melipat baju
tangan ini dang lagi menekan pakcik google
dan jumpa video ini

kreatif jugak kan.. 



Ahad, 8 Januari 2012

Moneydrop dot com


Salam semua,
malam ni Dieyna nak main game ni
Biar tak dapat duit betul2 pun
hehe yang penting kepuasannya..

Jom ke sini


Kita pakat cuba sama2
dengan peserta dalam tv

Manalah tau kot2 kita
boleh dapat sejuta tu
walaupun di alam maya
huhu


Isnin, 2 Januari 2012

Ombak Rindu Download

Semalam layan ombak rindu bukan kat ASTRO 1ST
 tetapi 
download kat blog PerekaCerita. 


 kalau korang nak download gak 
boleh ar download di sini eik



DOWNLOAD OMBAK RINDU

sumber : PerekaCerita.


Catatan Dieyna : Bagi Dieyna cerita ni biasa2 je, mungkin sebab Dieyna terlalu terikat dengan jalan cerita novel Ombak Rindu.. so, banyak lah yang tak kenanya.. apa2 pun..


SELAMAT MENONTON

Selasa, 27 Disember 2011

Kebiasaan dalam Drama

Kita biasa tengok drama atau filem.. tak kiralah cerita melayu ke cerita Omputih ke, pasti ada sesetengah adegan yang biasa sangat kita lihat.. adegan tu kiranya macam adegan wajib ada, padahal kalau takde pun takpe kot...

Adegan Pertama
biasa kan tengok adegan macam ni.. adegan di meja makan...

Adegan Kedua

Adegan bilik tidur.. kalau dulu, adegan macam ni diharamkan sebab walaupun menjiwai watak hubungan antara kedua pelakon tetap bukan muhrim.. tetapi sekarang ni adegan begini berleluasa, tak kira cerita melayu ke cina ke india ke omputih ke.. mesti ada adegan mcm ni..
apa2 pun MATLAMAT TETAP TIDAK MENGHALALKAN CARA.. tak sesuai untuk tontonan umum..

Adegan Ketiga

Adegan berkemban.. kalau cerita mat salleh nak ada adegan mcm ni tak kisah sangat sebabnya dorang memang tak tahu malu n tak tahu hukum pun.. tapi yang kita patut kisah kalau adegan mcm ni dilakonkan oleh perempuan melayu yang sepastinya ISLAM.. :) sedih

Adegan Keempat

Adegan membeli- belah.. mesti ada, kalau dalam cerita itu orang kaya yang membeli- belah, mesti pergi shopping mall, bawak paper bag, keluar masuk kedai, kedai mahal2.. kalau cerita itu kisah orang miskin lak, ada gak adegan ni tapi keluar masuk gerai pakaian biasa je.. muka ala2 sedih sebab tak cukup duit nak membeli

Adegan Kelima
Adegan akhir yang saya nak kupas di sini ialah adegan dalam dapur.. dapur rumah ke dapur hotel ke mesti ada adegan ni kan..

Adegan2 yang dinyatakan di atas biasanya berlaku di dalam realiti kehidupan cuma ada yang boleh ditonjolkan dengan tidak sahaja.. setakat adegan makan, membeli dan memasak tu okelaa tapi kalau dah bab berkemban dan dalam bilik tidur tu.. takkan nak tonjolkan juga walaupun dalam realitinya ada.. fikir2 je laa...

Ahad, 25 Disember 2011

Bicara Hati VS Ombak Rindu


Dua- dua novel ada dalam simpanan.
Dua- dua novel dah banyak kali khatam..
Dua- dua novel ni buat aku menangis tersedu- sedan.. sob sob sob..
Dan sekarang,
Dua- dua novel ni dah diadaptasikan...
Satu telefilem dan satu lagi filem.. tengah meletup2 di pawagam..
Tapi yang pasti, aku tak sabar nak tunggu dua- dua cerita ni di TV..
Satu kat ASTRO PRIMA satu lagi kat ASTRO FIRST...
huhu tak sabar weh....

Nak review watak utama dalam drama Bicara Hati skit...

Sharnaaz sebagai Tengku Syahran

Tengku Syahran digambarkan seorang yang berpewatakan menarik, kadang- kadang serius, kuat cemburu, panas baran.. Kalau tengok raut wajah Sharnaaz, nampak sesuai sangat dengan watak tu.. Memang sesuai laa...

Christina Suzanne Stockstill sebagai Zahlia.

Zahlia berperawakan lemah lembut, mempunyai raut wajah yang cantik, bermata bundar dan berkaca, mempunyai anak mata berwarna hazel.. Seorang yang sangat baik hati namun tegas dan keras semangat..

Pemilihan pelakon- pelakon pembantu juga bersesuaian dengan karakter di dalam novel.
Linda - Marsha Milan Londoh
Raja Khalida - Zarina Zainuddin
Tengku Badariah - Azizah Mahzan

Lagi tambah bersemangat nak tonton ni.. Pendek kata semuanya sesuai laa....

Apa yang pasti aku akan terpacak depan tv pada
3 Jan 2012 pukul 9.00 mlm di ASTRO PRIMA...

Harap2 drama sebest novelnya....

Catatan Popular