Halaman

Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

Selasa, 3 April 2012

Akibat Terpengaruh..

Suka tengok cerita kartun tak?? Dieyna memang penggemar cerita kartun, tapi bukan semua jenis kartun Dieyna tengok.. Tom & Jerry, Tweety, Popeye... Wonder Pet.. dan banyak jugak laa... Tu semua cerita kartun feveret ar tu.. Sanggup langgan channel Fun n Learning, ASTRO hanya kerana nak layan cerita kartun.

Bagi Dieyna, tengok cerita kartun boleh hilangkan tension, sebabnya memang dah kita tau kartun kan, sah-sahlah benda yang diorang buat tu tak lojik jugak.. Kena langgar ngan steamroll, leper jadi kertas melayang- layang lepas tu oke semula... Kena bakar siram air, hidup balik.. Sebut kartun. memanglah tak lojik, tengok contoh ni jelaa.. 

Tetapi kan, sebenarnya ada buruknya tengok cerita kartun ni.. Ianya berkait ngan otak kita...  Korang perasan tak, adegan dalam cerita TOM n Jerry kalau tak salah, Tom nak terjun bangunan sebab nak kejar Jerry, dia capai payung n turun bangunan tu guna payung.. kononnya payung tu jadi payung terjun lah kan... daripada cerita tu terjadilah perbualan ni

"Kak Cah, boleh dok kita terjun bangunan guna payung, mesti boleh ork, kita wat payung tu macam payung terjun"  (A)

"Mung belajo mana boleh guna payung wat terjun bangunan tu" (B)

" Kang dalam citer kartun ada, dia guna payung tu.. Mesti boleh kan?? Sebab payung tu kan spesis payung terjun gok kan" (A)

"Hahahaha kuat ngguh pengaruh kartun mung, cube mu try dulu jadi dok, kalu jadi pun patoh riok doh tulang mu" (B)

"errrr...." (A)

Baru sedar.. sudah terpengaruh rupanya... Perbualan di atas tu berdasarkan kisah benar ye.. Siapa?? Takyah citer sini wat malu je... Bukannya budak- budak yang fikir gitu, dah tua bangka pun.. tapi nak buat macam mana dah jadi otak kartun...

Itu orang tua, kalau budak2 lagi cepat terpengaruh.. so awasilah anak- anak anda.. Jangan dibiarkan sangat tengok citer kartun, takut terpengaruh susah jadinya.. 

Khamis, 22 Mac 2012

Adegan tak lojik Amukan Pocong

Malam ni layan TV3 slot SERAM.. Ada cerita baru yang ganti cerita SANTAU MERASUK.. Sebenarnya bukannya berani sangat nak tengok hehe tapi dah tertengok maka kenalah buat2 berani.. Lagipun dah takde cerita yang menarik nak ditengok.. haha banyaknya perkataan tengok Dieyna guna eik..

Entri ini ditulis pun semasa cerita ini masih lagi ditayangkan di tv hehe. Tak sabar nak luah ketidaklojikan cerita ini.. hehe Awal cerita, ada dua lelaki, Ezani dengan Iqram Dinzly membunuh dan letak mayat dalam bonet kereta kemudian tolak kereta masuk paya kot. (Masa ni tak fokus sangat). Datang IBLIS puja mayat tu, bonet terbuka mayat tu hidup semula. Habis babak tu..

Babak seterusnya, Nabila Huda pandu dalam kawasan kampung, tiba- tiba kereta terlanggar sesuatu dan dia nampak POCONG nak hempap kereta dia. Dia takut sangat2 dan baringkan diri dalam kereta. Kemudian suasana senyap, dia angkat muka dan perhati keliling.. 
Adegan ini laa. Pinjam gambar kat en GOOGLE
Maka bermulalah babak tak lojik pada pandangan Dieyna laa, Nabila yang takut sangat ni boleh keluar daripada kereta dan lari dalam semak. Kalau ikut lojik akal lah kan, tobat tak keluar kereta dah, start kereta terus lari dari situ.. Ini tak, boleh pulak dia keluar kereta n lari masuk semak kemudian jatuh, muncul plak POCONG tu bunuh dia.. haha betul tak DIeyna kata tak lojik??

Selepas itu, Dieyna alih channel lain sebab en Somi nak tido dah n sudah pasti Dieyna tak berani nak tengok sorang2.. haha koranglah pulak tolong tengok untuk Dieyna yer..

Catatan Popular