Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kaunter Pertanyaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaunter Pertanyaan. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

Asah Otak Skit : Teka- teki

Jom jawab teka- teki ni ye kalau korang terer lah... Asah otak skit biar berfikir yer.. Ini teka- tekinya..

Alkisah dalam sebuah kampung, ada satu perigi yang sangat dalam, ibarat kata kalau kita jenguk ke dalam memang tak nampak apa-apa. Gelap gulita. Suatu hari, seorang budak muda ternampak seekor lembu sedang meragut rumput kat sebelah perigi tu, tiba- tiba lembu tu tersalah langkah lalu terjerumus ke dalam perigi yang gelap gulita tersebut. Anak muda tersebut berlari menuju ke rumah Tok Ketua dan melaporkan apa yang dilihatnya tadi. Maka, berduyun- duyunlah orang kampung pergi ke perigi berkenaan untuk membantu lembu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Untuk pengetahuan, dalam kampung tersebut ramai sangat yang menternak lembu jadi berlakulah kekonfiusan tentang MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU". Soalannya :-

SEBAB APA PAK DOLLAH BEGITU YAKIN KATA LEMBU DALAM PERIGI TU MILIKNYA, SEDANGKAN PERIGI TU GELAP- GELITA, TAK LEH NAMPAK PUN LEMBU YANG JATUH TU.. 
Lebih kurang beginilah keadaan rumput di sekeliling kawasan perigi tu..
Nampak tak kiri kanan macam ada laluan.


P/s : Jawapan dah ada ni, cuma nak uji ketereran korang menjawab soalan teka- teki yang panjang berjela- jela ni je.. haha cepat buktikan ketereran korang ye... Sapa2 yang menjawab dengan tepat dan padat, Dieyna akan REVIEW BLOG dia.. hehe oke tak hadiah tu???


Ahad, 11 Mac 2012

Tutorial Buang Word Verification


Tutorial ini khas untuk membantu seorang sahabat maya, ETUZA yang tidak pasti cara untuk membuang "Word verification" pada blog kepunyaannya. Harap entri ini dapat membantunya mengatasi masalah Word verification tersebut.

Caranya begini
Tukar dashboard ke "OLD BLOGGER INTERFACE" 
kalau pakai interface yang baru lah
Kemudian klik "SETTING"

Dalam SETTING TU  klik pada "COMMENT"
(BUKAN COMMENTS KAT SEBELAH POSTING YER)
Keluar macam ni kan..
Scroll down sampai bawah

sehingga jumpa ini
tengok kotak warna merah tu

Tertulis perkataan
SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS
Klik pada perkataan NO
kemudian SAVE SETTING.

Selepas ni, kotak komen akan bebas dari word verification. sekian, terima kasih.





Selasa, 28 Februari 2012

Apa Kelemahan Blog Ini??? Kritik Skit...

Tak tahu nak update apa
Tapi perasaan melonjak- lonjak nak update entri baru
Akhirnya,
Tajuk ini yang dipilih...

APA KELEMAHAN BLOG INI?? KRITIK SKIT

p/s : Kepada yang sangat prihatin dan sering berkunjung ke sini... komenlah skit.. Boleh perbaiki mana- mana bahagian yang rongak dan kosong tu.. hehe

Silent readers : Thanks for coming here.... hehe

Isnin, 27 Februari 2012

Urusan Kenaikan Pangkat

Suka suka suka
Hari ini dapat surat ini
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG2-1, DG2-2, DG2-3 dan DG2-5 Yang Memperoleh Ijazah
Semasa Dalam Perkhidmatan Untuk Dinaikkan Pangkat Ke DG1-1

Patutlah baru- baru ni kecoh SPP bekukan kenaikan pangkat ke dg41 (DG1-1)
rupanya berlaku pindaan di bawah skim baru yang diperkenalkan baru- baru ini iaitu
Skim Baru Perkhidmatan Awam.
Di bawah pelaksanaan SBPA, skim PPPLD dan PPPS dipinda menjadi
skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Skim baru ini juga memperkenalkan sistem kenaikan pangkat tanpa
dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dengan syarat
penjawat awam memilih SBPA.

Lebih kurang macam ni lah suratnya..
Pinjam gambar daripada en.google

Bagus betul rasanya, selama ini temuduga SPP boleh buat kecut perut dah..
Takut tak lepas, takut ditanya soalan yang memang kita tak tahu.
Tetapi dengan sistem ini.. lepas satu bebanan.
P/s : Tengah membelek fail perkhidmatan untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk urusan ini. Syukur Alhamdulillah... Semoga segala urusan dipermudahkan.. amiin.

Sabtu, 21 Januari 2012

Setahun 5 bulan

Ini Si Manja saya..
Dhia Hannah
14 Jan 2012 yang lepas genap usianya setahun 5 bulan.
Sedar tak sedar, dah besar pun anak ibu..

Dah banyak perkara, yang dia mampu kuasai
Sangat aktif orangnya dan suka menari
pantang dengar lagu mesti nak joget2,,



Sebenarnya bukan nak cerita pasal
Si Hannah ni sangat.. tapi nak buat review
tentang apa yang patut dia n kanak- kanak seusianya
patut capai.

1. Dia sudah mula faham dan tahu menggunakan satu dua perkataan bagi menunjukkan kehendaknya. Alhamdulillah, Hannah dah boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah difahami.. bukannya bahasa Jermannya lagi.

2. Lebih bersikap berdikari, ingin menyikat rambut sendiri, memakai baju sendiri, serta nak makan sendiri.
Bab nak pakai baju belum tahu lagi tapi kalau bab sikat tu sangat sinonim dengan Hannah. Orang dah ikat rambutnya elok2, jumpa sikat terus dia sikat rambutnya, maka kusut masai semula. Nak makan sendiri, tapi makanan yang masuk dalam mulut lagi sedikit dari yang bertabur atas lantai.. bila kita suakan makanan ke mulutnya, pandai lak menjawab "takmbuh" (bahasa dialek Terengganu)

3. Berupaya menyusun permainan mengikut rupa, bentuk dan warna. Yang penting, ibu bapa perlu ada bersamanya sewaktu meneroka permainan sebegini.
Hannah dah mengenal bentuk tapi masih perlu bimbingan, berdasarkan permainan masukkan bentuk ke dalam lubangnya. Usaha lagi ye sayang.

4. Semakin kurang tidur.. kalau dulu tidur siang sampai dua tiga kali.. tetapi sekarang, waktu tidurnya hanya sekali.. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan si kecil mempunyai waktu tidur mencukupi. Nak semak, sila klik sini.
Sangat- sangat bersetuju, dahulu Hannah tidur dua kali pada waktu siang, pagi dan petang. tetapi sekarang, dia cuma tidur waktu pagi je petang dia main. Namun malamnya, dia akan tidur awal , bangun semula keesokan pagi = bermula episod bekerja.


5. Seorang yang sangat cerewet dalam memilih makanan.
Berdasarkan pengalaman sendiri, Hannah nak makan makanan yang berbeza untuk waktu pagi, tengah hari dan petang. Kalau sama, alamatnya makan dua tiga suap sahajalaa.


Janganlah terlalu risau sekiranya anak anda masih belum menguasai beberapa perkara di atas kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza.. Cepat atau lambat, mereka akan menguasainya juga.

Sumber ; Babycenter,




Khamis, 5 Ogos 2010

Exchange Link..Award


Hari ini saya nak keluarkan entry pertanyaan lagi.. Dulu saya dah pernah keluarkan entry pertanyaan dalam topik UPTrafik Blog.. hasilnya saya mendapat jawapannya hasil komen rerakan blogger.. terima kasih kepada yang memberikan komen tersebut.. sebagai perhargaan saya listkan nama- nama blogger yang memcahkan kebuntuan saya ialah
1. Izyanty collection
2. Nur
3. Nur
4. Ybl
.. terima kasih lagi sekali.. (saya tak pandai buat award untuk dihadiahkan) sorry yer. Sekarang, saya ada pertanyaan baru iaitu

1. Exchange Link
Jalan- jalan blog kekawan.. Ramai yang buat exchange link. Memandangkan saya ni kategori blogger baru, terfikir juga nak buat.. Cuma saya keluarkan post ni sebab nak tau.. apa fungsi exchange link ni.. Tolong explain ye rakan- rakan bloggerku yang baik hati lagi hensem2 atau jelita2 belaka... Sebenarnya saya dah buat pun EXCHANGE LINK ni.. hasil tengok blog orang n ambil alamat widget dan inilah hasilnya... hehe jomlah support sy dalam membuat exchange link ni ye.. Terima kasih di dahulukan....

imej award ni dari pakcik google
2. Award
Macam mana nak buat award.. contohnya award untuk follower. ade laman web tak yang boleh bantu kita buat award tu... berdasarkan pemerhatian saya selama berblog ni, saya perhatikan award ni macam satu trend n kebanyakan rakan blog suka terima award.. (kalau ada yang tak suka saya tak pastilah pulak)..so, ada yang leh bantu saya tak?? harap2 adalah ya..

Akhir kata,
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...

Salam sayang dari Terengganu... Dieyna

Isnin, 26 Julai 2010

Up Trafik Blog??

Salam semua, ari ni rase mcm nak berkongsi sesuatu plak di sini. Tak pernah lagi aku buat sebab bg aku, blog aku ni lebih kepada perkongsian info.. tapi apa yang aku nak share ari ni pun kira cam perkongsian jugakla.. selama aku berkecimpung dalam dunia blog ni.. banyak benda yang aku dapat.. ilmu berblog, pengetahuan am dan mcm2 laa tapi satu perkara yang aku tak paham.. kenapa semua orang nk up trafik blog yer..??

Ader tak sesapa leh tolong xplain kat aku ni, orang yang masih hijau dalam dunia berblog- blog ni.. plz plz plz... bagi aku la.. aku suka kalu ader orang menjenguk blog aku.. rase lebih syok kalu apa yang aku post.. ader orang komen.. maknanya ader laa rakan- rakan blogger yang prihatin ngan entri aku.. n yang paling penting objektif aku untuk berkongsi ilmu tu tercapailah...

Lagi aku bangga kalu ader rakan blogger yang sudi jadi follower aku n aku pun dengan rela hati menjadi follower diorang semula.. cuma dengan kenipisan ilmu blog yang aku ader ni aku tak mampu untuk bagi award mcm otai2 blog yang lain.. teringin juga nak blaja bagi award kat follower tapi tak reti mcmmana...

Kdg2 buntu jugak nak letak entry apa.. puas pkir,, belek2 majalah, survey laman2 web.. tujuannya apa.. nak update entry baru .. tak naklah orang melawat blog tapi still bace entry yang sama kan.. dan aku sendiri pun kadang2 seronok share sesuatu yang berguna..

Sesapa yang sudi baca entri luahan aku ni terutamanya otai- otai blog yang menjenguk sini, bagila sedikit infomasi kepada persoalan aku tadi.. Mengapa kita kena up trafik blog??? Bunyinya soalan tu mcm tak cerdik je tapi dr soalan tak cerdik aku ni, aku akan dapat sesuatu.. memecahkan kebuntuan di fikiran aku selama ni... sekian, wasalam

Catatan Popular