Isnin, 26 Julai 2010

Up Trafik Blog??

Salam semua, ari ni rase mcm nak berkongsi sesuatu plak di sini. Tak pernah lagi aku buat sebab bg aku, blog aku ni lebih kepada perkongsian info.. tapi apa yang aku nak share ari ni pun kira cam perkongsian jugakla.. selama aku berkecimpung dalam dunia blog ni.. banyak benda yang aku dapat.. ilmu berblog, pengetahuan am dan mcm2 laa tapi satu perkara yang aku tak paham.. kenapa semua orang nk up trafik blog yer..??

Ader tak sesapa leh tolong xplain kat aku ni, orang yang masih hijau dalam dunia berblog- blog ni.. plz plz plz... bagi aku la.. aku suka kalu ader orang menjenguk blog aku.. rase lebih syok kalu apa yang aku post.. ader orang komen.. maknanya ader laa rakan- rakan blogger yang prihatin ngan entri aku.. n yang paling penting objektif aku untuk berkongsi ilmu tu tercapailah...

Lagi aku bangga kalu ader rakan blogger yang sudi jadi follower aku n aku pun dengan rela hati menjadi follower diorang semula.. cuma dengan kenipisan ilmu blog yang aku ader ni aku tak mampu untuk bagi award mcm otai2 blog yang lain.. teringin juga nak blaja bagi award kat follower tapi tak reti mcmmana...

Kdg2 buntu jugak nak letak entry apa.. puas pkir,, belek2 majalah, survey laman2 web.. tujuannya apa.. nak update entry baru .. tak naklah orang melawat blog tapi still bace entry yang sama kan.. dan aku sendiri pun kadang2 seronok share sesuatu yang berguna..

Sesapa yang sudi baca entri luahan aku ni terutamanya otai- otai blog yang menjenguk sini, bagila sedikit infomasi kepada persoalan aku tadi.. Mengapa kita kena up trafik blog??? Bunyinya soalan tu mcm tak cerdik je tapi dr soalan tak cerdik aku ni, aku akan dapat sesuatu.. memecahkan kebuntuan di fikiran aku selama ni... sekian, wasalam

6 Blogger Bersuara:

izyanty collection berkata...

nak tau ek kenapa perlu up kan trafik blog,sebab kebanyak blog join iklan nuffnang...so dri c2 la trafik kena tinggi....kalau arang xclik iklan camna nak dapat duit hehehe...adk x join nuffnang g kan? sory nak complen sikit nie widget wlcome my blog nie,cam mengangu ar, nak baca en3 pun susah...nk tulis komen pun ssh gak...tukar letak sisi kanan le...jgn mrah ek just nak gtau je

Nur berkata...

salam

aku berblog kerana happy nak share info, tip, cerita, news pada satu dunia. kalau nak baca lah.

nak kejar trafik sape yg tak mau kan, nuff pun tak le asik nak tdo je. trafik tinggi pun ok rendang pun ok.. pokoknya semua ok

DieyNa berkata...

bute nuffnang skit.. kalu join nuffnang tu dapat apa yer,,, apa kelebihannya...

izyan : tq atas saranan tu, nti sy adjust..

izyanty collection berkata...

join nuffnang dapat duit...sambilberblog suka2 dapat duit ok pe...bukan harap duit sgat pun...sambil2 je...nak join nuffnang clik kat blog sape2...then dah msuk web nuffnang isi form dia...utk daftar..ikut arahan selanjutnye kat web 2 k.

Dieyna berkata...

thanks info... izyan

ybl berkata...

cara nak naikkan trafik kat blog kita kena rajin blogwalking dan tinggalkan pesan pada shoutbox.Ni salah satunya.Biasanya pemilik blog akan databg keblog kita.dan ada byk lagi....

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT