Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, Sukan Sea dah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada pasuka Malaysia kerana mencapai sasaran emas.
Berita gembira juga kepada semua kerana PM telah mengumumkan Cuti Umum sempena kejuaraan Malaysia pada 4 September 2017....
Hoorey.. rehat sehari lagi....
Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan
Khamis, 31 Ogos 2017
Cuti-cuti : Melaka Hari ketiga ~Last day
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari terakhir di bumi Melaka. Pagi-pagi kami menguruskan barangan untuk daftar keluar. Biasanya, kami akan mengemas bilik dan buang sampah sarap yang ada dalam bilik kami duduki. Kami daftar keluar lebih kurang 9 pagi. Sempat juga bersembang dengn staff hotel. Kami dimaklumkan jalan banyak ditutup kerana raptai Hari Kebangsaan.
Lokasi pertama kami tuju, Kg Limbongan.. Sebabnya.. nak beli dan rasa kuih keria viral tu. Kami jadi pelanggan yang terawal, hehe takdelah beratur panjang sangat. Rasa kuih tu memang sedap hehe.
Sempat juga, Dieyna berjumpa dengan rakan alam maya, Lisa yang bekerja di kawasan sama. Malangnya tak dapat nak sembang lama- lama akibat kekangan masa masing-masing.
Kedai makan seterusnya berada di Kampung Bukit Katil. Kedai makan Hajah Rahmah. Makanannya banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Kami kena isi perut betul-betul sebabnya selepas ini nak menjelajah zoo pulak.
Total perbelanjaan itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Sebab dua ni kami guna kad bosi. hehe...
Next trip : Cameron Highlands in Shaa Allah....
Hari terakhir di bumi Melaka. Pagi-pagi kami menguruskan barangan untuk daftar keluar. Biasanya, kami akan mengemas bilik dan buang sampah sarap yang ada dalam bilik kami duduki. Kami daftar keluar lebih kurang 9 pagi. Sempat juga bersembang dengn staff hotel. Kami dimaklumkan jalan banyak ditutup kerana raptai Hari Kebangsaan.
Lokasi pertama kami tuju, Kg Limbongan.. Sebabnya.. nak beli dan rasa kuih keria viral tu. Kami jadi pelanggan yang terawal, hehe takdelah beratur panjang sangat. Rasa kuih tu memang sedap hehe.
Sempat juga, Dieyna berjumpa dengan rakan alam maya, Lisa yang bekerja di kawasan sama. Malangnya tak dapat nak sembang lama- lama akibat kekangan masa masing-masing.
Kedai makan seterusnya berada di Kampung Bukit Katil. Kedai makan Hajah Rahmah. Makanannya banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Kami kena isi perut betul-betul sebabnya selepas ini nak menjelajah zoo pulak.
menu pilihan... Asam pedas ikan tenggiri
ulam ulaman, tempe
Kami juga tapau popia dan karipap untuk bekalan dalam kereta.
Zoo Melaka
Bercuti sambil anak- anak belajar tentang haiwan. Ada pelbagai program disediakan pihak zoo untuk pengunjung. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Siap tak siap dapat bawa balik hadiah dan kupon Marrybrown. "Feeding rabbit" dan "Feeding Elephant" antara aktiviti yang kami join jugak. Anak- anak happy sangat.
Kami memilih untuk berjalan sahaja dalam zoo ni, lebih kurang 3.4km perjalanan kami. Trem disediakan tetapi kena bayar sekepala rm5 untuk dewasa manakala kanak- kanak RM3, kami rasa tak puas kalau naik trem sebab dimaklumkan trem tak berhenti pun. Rugi laaa tak leh tengok haiwan tu dekat- dekat.
Kami melawat tengahari, Kebanyakan binatang tak aktif. Semua pakat melepek dalam sangkar masing-masing. Apa-apa pun enjoy je dan sangat puas hati dengan tiket yang dibayar.
Berakhirlaa trip kami di Melaka dan kami pun memulakan perjalanan pulang pada pukul 4 petang....
Total perbelanjaan last day
Keria RM18
Makan tengahari RM42
Kudap2 RM10
Touch n GO RM30
Junkfood Mamee RM20 (berkenan kat beg sebenarnya)
Tiket Zoo RM67
Hat anak2 RM20
Baju RM20
Minuman RM10
Tiket RM5
Makan malam RM30
Total RM252
Total perbelanjaan itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Sebab dua ni kami guna kad bosi. hehe...
Next trip : Cameron Highlands in Shaa Allah....
Rabu, 30 Ogos 2017
Cuti-cuti : Melaka Hari kedua
Bismillahirrahmanirrahim..
Masih bersiaran dari Bumi Melaka. Pagi ni kami memilih bersarapan dalam bilik hotel sahaja. Semalam dah beli makanan siap-siap.
Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Anak- anak minta naik beca lagi tapi malas dah Dieyna nak melabur kat abang beca lagi jadi kita jalan kaki je ye anak-anak.
Rezeki kami.. Ada raptai Hari Kemerdekaan di dataran ini. Kesian pulak, tengok abang- abang askar tu. Panas tu leh terbaring atas jalan. Lama plak tu...
Masih bersiaran dari Bumi Melaka. Pagi ni kami memilih bersarapan dalam bilik hotel sahaja. Semalam dah beli makanan siap-siap.
Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Anak- anak minta naik beca lagi tapi malas dah Dieyna nak melabur kat abang beca lagi jadi kita jalan kaki je ye anak-anak.
Papan tanda ni macam kiut je... Hari ni kami team hijau.
Tak sah jika tak bergambar kenangan hadapan Kota A Famosa ni. Sebelum tu, kami memanjat ke atas bukit di belakang tu. Terasa benar diri ini kurang stamina. Terpaksa berhenti rehat jap kat atas bukit tu sebab mengah. Jantung bukan main lagi berdegup kencang. Hehe
![]() |
| Kapal terbang lama. |
adik takut bergambar dengan orang emas hehe
Kalau ada yang buka pintu tu, kes naya je dik... hehe
Malamnya, kami cuba nak naik bot. Tetapi ramainya umat manusia yang beratur. Jadi, kami decide balik hotel. Tidur....
Perbelanjaan hari kedua
Makan tengah hari di Sungai Udang RM37
Beli Cencalok RM8
Makan malam di Limbongan RM44
Cenderahati pakaian RM105
Keychain/ gelang RM10
Kuih Karas RM10
Mendobi RM10
Makan kudap2 RM10
Total RM234
Isnin, 28 Ogos 2017
Cuti-cuti Malaysia : Melaka Hari Pertama
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini Dieyna berpeluang bawa anak - anak bercuti ke Melaka.
Kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pg dari Paka. Sebelum itu, Dieyna membuat tempahan hotel terlebih dahulu menggunakan aplikasi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang sangat murah, RM48 semalaman.
Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini Dieyna berpeluang bawa anak - anak bercuti ke Melaka.
Kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pg dari Paka. Sebelum itu, Dieyna membuat tempahan hotel terlebih dahulu menggunakan aplikasi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang sangat murah, RM48 semalaman.
Hotel Prima terletak di Jalan Kee Ann berhampiran Riverside Kampung Mortem dan hanya 700 meter ke Bandar Hilir. Kiranya boleh jalan kaki je tetapi kalau bawa anak-anak macam kesian je kat diorang kan.
Bilik air
Dieyna rasa sangat berbaloi sangat dengan harga penginapan yang ditawarkan. Murah sesangat dengan kemudahan yang diberi. Bilik sangat luas, selesa, bilik air bersih cuma kain tuala tidak disediakan. Mungkin kena mintak di kaunter kot.
Memandangkan masing2 belum makan, maka selepas selesai check in.. jelajah diteruskan. Medan Ikan Bakar Sungai Duyung jadi tempat tumpuan kami. Medan ini dikatakan agak terkenal. Maka tidak hairanlah semasa kami sampai, kereta bersusun dan pelanggan memenuhi kedai.
Blur sekejap dengan sistem tempahan dalam kedai. Orang lain amik order minuman, tempahan makanan pula pelanggan kena pi beratur sendiri di booth yg disediakan. Ada banyak jenis ikan di booth.. tinggal pilih2 n timbang. Nasi putih pula ditempah kat pelayan kedai. Haha macam treasure Hunt je utk makan. Apa2 pun... makanannya mmg sedap.. kena dengan selera kami yang kelaparan. hehe
Malamnya, kami ke Bandar Hilir. Sewa beca Hello Kitty dengan bayaran RM
25. Seronokkan hati anak2 yang teruja naik beca berlampu.. hehe
Total perbelanjaan hari pertama perjalanan
Minyak kereta RM60+minyak sedia ada (full tank)
makan pagi RM21
Makanan kudap Rm20
Makan di Medan ikan bakar RM81
Sewa beca Rm25
Makanan standby utk breakfast pg esok RM27.90
Cukai bandar RM4
Total RM178.90
Ahad, 30 Disember 2012
Percutian yang sangat bermakna... PART II
Sambungan daripada entri INI...
Isnin, 17 Disember 2012
Waniey pun datang bukan dengan tangan kosong... Huhu tambah lagi terharu tu..Dieyna gak yang tak bagi apa-apa, sama macam kes Ai....jugakla..
Kedua- dua barang ni dah selamat digunakan.. Terima kasih Waniey... walaupun kita hanya berbicara sekejap, tetapi banyak cerita yang dapat dikongsikan... Terbayang pulak wajah Qalief masa menaip entri ni.. Mak dan adik beradik akak pun, ingat kat Waniey,, katanya Qalief Hensem.. hehe
Tesco Mergong
Sebenarnya sepanjang perjalanan tu, Dieyna memang sentiasa update perjalanan dalam group WASAP.. Malam tu, planning gi Tesco Mergong.. Bermesej pula dengan DEQ QIENZ.. Ingatkan kami dah tak jadi pi Tesco , last last minit.. jadi.. hoorey.. sukalah hati sebab nak jumpa dengan seorang lagi rakan blogger kan...
Dieyna dan DQ dating kat parking lot Tesco je... Ada juga buah tangan yang dibawanya... PISANG.. hehe PISANG apa, Dieyna tak tahu.. Pisang tu pun dah selamat diagihkan kepada adik beradik Dieyna.. Siap buat sira pisang lagi.. hehe Terima kasih DQ... Sayang sekali hehe
Tak ingat lak, nak ambil gambar pisang tu .. DQ... Masa jumpa DQ, dalam hati Dieyna berkata, "Muda n kecil molek lagi, anak dah besar.. untung sungguh,, nampak macam kakak dan adik je" hehe DQ sila jangan Kembangkan hidung anda ye.... haha
Apa- apa pun,, percutian Dieyna memang sangat2 bermakna... berjumpa insan- insan yang selama ni berhubung melalui maya sahaja... Sayang korang semua ketat-ketat..
Kenangan bersama korang, walaupun seketika takkan dapat dilupakan sampai bila bila.... Terima kasih
M(KYN YANIE), NISAH IDHAM, CIK AINI PINKY, WANIEY QALIEF DAN DEQ QIENZ.... kerana sudi melakarkan momen indah bersama Dieyna... Panjang umur berjumpa lagi ye ... Jemputlah ke Terengganu pulak.... hehe GSF yang bujang- bujang tu, tolong ambil perhatian jemputan ni ye...
Isnin, 17 Disember 2012
Hari ni lagi bersejarah, Dieyna jumpa tiga orang blogger sekaligus... Hehe bukan dalam masa yang sama tapi masa yang berlainan di lokasi yang berlainan.. Seronok sangat...
Jeti Feri Kuala Perlis
Semasa menginap di Langkawi lagi,, Dieyna berwasap dengan dia ni.. Katanya nak balik kampung pada hari Isnin.. Jadi, bolehlah plan nak berjumpa katanya.. Pucuk dicita ulam mendatang, Dieyna update perkembangan perjalanan pulang kami ... dan nampaknya memang ada jodoh kami berjumpa... Bersaksikan jeti Kuala Perlis.. Kami bertemu.. hehe yang penting, berhampiran papan tanda.. "AWAS, KERJA PEMBAIKKAN SEDANG DIJALANKAN".. Dieyna menunggu Si dia dengan penuh debaran... akhirnya, si comel dan si cute pun menjelma di depan mata... Tak kusangka.. ramah juga orangnya.. ahli keluarga Dieyna sibuk duk angkat barang, kami pulak sibuk bersembang hehe .. yelah bila lagi berpeluang nak sembang kan.. masing- masing kejar masa... sempatlah juga snap gambar sekeping dua.. tanda kenangan dan bukti pertemuan.....
| Masing2 bawak bodyguard hehe.. Salah posisi kita berdiri tu kan AI.. hehe |
Tak puas lagi bersembang sebenarnya.. tapi nak buat camne.. masa amat mencemburui kita kan Ai... Sempat lagi Ai hadiahkan Dieyna cenderamata kenangan... BROOCH... cantik.. sayang nak pakai.. hehe
Terima kasih banyak2 Ai...Akak lak tak standby apa pun.
Huhu termalu sendiri lak...Sayang Ai ketat2...
Taman Rasa Sayang, Jitra
Dalam perjalanan ke Jitra, tiba- tiba Dieyna teringat pada seseorang.. Rasanya dia pun duk Jitra gak..Maka, Dieyna pun mencuba nasib.. Dieyna hantar mesej WASAP kepadanya, mesej wasap tak berbalas, Dieyna fikir pasti dia sibuk... Tup tup.. Tak ku sangka tak kuduga, dia sudi datang mencari.. Walupun mungkin dirinya penat kerana baru pulang dari kerja, ditambah pula anaknya tidak sihat, dia sanggup datang ke homestay.. huhu sungguh terharu... Akak terharu sangat-sangat.. Waniey.. Terima kasih banyak2... sob sob sob
| Waniey dan Qalief... Tengok muka Qalief tu.. nak menangis dah tu... |
| Dompet syiling + klip rambut Hannah |
Tesco Mergong
Sebenarnya sepanjang perjalanan tu, Dieyna memang sentiasa update perjalanan dalam group WASAP.. Malam tu, planning gi Tesco Mergong.. Bermesej pula dengan DEQ QIENZ.. Ingatkan kami dah tak jadi pi Tesco , last last minit.. jadi.. hoorey.. sukalah hati sebab nak jumpa dengan seorang lagi rakan blogger kan...
Dieyna dan DQ dating kat parking lot Tesco je... Ada juga buah tangan yang dibawanya... PISANG.. hehe PISANG apa, Dieyna tak tahu.. Pisang tu pun dah selamat diagihkan kepada adik beradik Dieyna.. Siap buat sira pisang lagi.. hehe Terima kasih DQ... Sayang sekali hehe
| seorang baju hijau, seorang lagi baju biru.. hehe siapa kata hijau + biru takleh kamceng haha |
Rugi lak tak dipertemukan Qhayra dan Hannah kan.. Hehe mesti sama- sama lincah...
Apa- apa pun,, percutian Dieyna memang sangat2 bermakna... berjumpa insan- insan yang selama ni berhubung melalui maya sahaja... Sayang korang semua ketat-ketat..
Kenangan bersama korang, walaupun seketika takkan dapat dilupakan sampai bila bila.... Terima kasih
M(KYN YANIE), NISAH IDHAM, CIK AINI PINKY, WANIEY QALIEF DAN DEQ QIENZ.... kerana sudi melakarkan momen indah bersama Dieyna... Panjang umur berjumpa lagi ye ... Jemputlah ke Terengganu pulak.... hehe GSF yang bujang- bujang tu, tolong ambil perhatian jemputan ni ye...
Khamis, 27 Disember 2012
Percutian yang sangat bermakna... PART I
Dieyna nak skip sebentar entri pasal TRIP KE LANGKAWI... bukannya apa.. sebab Dieyna nak share cerita yang lebih berharga sepanjang trip tersebut....
Kepada rakan yang dah mengikuti entri TRIP tu, pasti tahu bahawa Dieyna ke Langkawi pada 13hb Disember... 14 Disember barulah kaki ini benar- benar menjejakkan tanah Langkawi.. Sebelum pergi, Dieyna contact dua orang blogger, seorang ahli GSF dan seorang lagi rakan yang sering singgah ke blog Dieyna...
15 Disember 2012
Dieyna dapat jemputan ke rumahnya... Malangnya Dieyna tak dapat pergi sebab ahli keluarga yang terlalu ramai.. Tak sesuai nak berkunjung... Petang tu, dia wasap Dieyna nak datang ke homestay yang Dieyna inap... Dalam hujan renyai.. Dia sampai bersama ahli keluarganya...Dia juga membawa buah tangan untuk Dieyna sekeluarga... Segan pulak rasanya .. Dalam segan- segan sekelip mata hidangannya abis... sejurus kepulangannya hehe...
| Terima kasih untuk hidangan lazat ni... |
| Sama pula tema baju kami kan??? hehe Terima kasih M @ KYN YANIE pemilik blog MAI NAK CERITA |
M datang bersama ibu , suaminya dan KHalish... Malangnya Khalish enggan masuk dalam rumah... Tak dapatlah mempertemukan Hannah dengan Khalish.. Terima kasih M, fridge Magnet pemberian M dah selamat melekat di peti sejuk rumah Dieyna.. Segan lakk tak bagi apa- apa pada M... huhu
| Nampak tak tu... Langkawi GEOPARK... M bagi tau... |
M pun ada kongsikan ceritakan kisah pertemuan kami dalam blognya... Lagi banyak gambar diletakkannya... Terjah lah ye... JUMPA JUGA AKHIRNYA..
Hari yang sama tetapi sebelah malam, Dieyna dating pula dengan blogger NISAH IDHAM... Asalnya dia berminat nak beli TEPUNG MAJIK dan kami pakat nak dating di Cable Car.. Namun disebabkan kekangan masa, Dating kami ditunda ke sebelah malam... Bersaksikan kedai Bebas cukai,, kami berdating.. Nisah sangat ramah dan kami beriringan menuju ke kedai HJ ISMAIL... Nisah menemani Dieyna memborong coklat.. Bersembang dengan Nisah macam kami dah kenal lama... Seronok sangat.... Nisah pun ada cerita tentang pertemuan kami dalam blognya.... PUNCA PERTEMUAN KAMI dan KISAH PERTEMUAN KAMI... Terjahlah blognya pula ye....
Pertemuan kami tidak berakhir pada malam itu sahaja, Dieyna mempelawanya menyertai kami ke MAKAM MAHSURI.. Dieyna juga turut mengajak M menyertai kami malangnya M tak dapat hadir... huhu Takpelaa M .. nanti kita dating lagi ye.... Maka, sewaktu melawat makam Mahsuri lagi sakanlah kami bergambar... hehe puas hati....
Seronok sangat2.. banyak yang kami ceritakan... Malamnya Kami sekeluarga nak ajak NIsah makan malam bersama.. Malangnya.. bateri hp Dieyna king kong (pinjam kata2 Deqla) hehe ... Tak dapat contact Nisah.. Ralat sangat2... Esoknya Nisah janji nak jumpa kitorang kat Jeti.. Malangnya turut tidak kesampaian kerana ada kematian dalam kejiranan Nisah.. hanya sms pengganti diri...
Hari yang sama tetapi sebelah malam, Dieyna dating pula dengan blogger NISAH IDHAM... Asalnya dia berminat nak beli TEPUNG MAJIK dan kami pakat nak dating di Cable Car.. Namun disebabkan kekangan masa, Dating kami ditunda ke sebelah malam... Bersaksikan kedai Bebas cukai,, kami berdating.. Nisah sangat ramah dan kami beriringan menuju ke kedai HJ ISMAIL... Nisah menemani Dieyna memborong coklat.. Bersembang dengan Nisah macam kami dah kenal lama... Seronok sangat.... Nisah pun ada cerita tentang pertemuan kami dalam blognya.... PUNCA PERTEMUAN KAMI dan KISAH PERTEMUAN KAMI... Terjahlah blognya pula ye....
| Pertemuan pertama kami.. dia berbaju hitam Dieyna pun sama.. Hehe (Sama kes dengan M- ikut warna tema Jodoh perhubungan berkekalan .. tak gitu ke M dan Nisah) |
Pertemuan kami tidak berakhir pada malam itu sahaja, Dieyna mempelawanya menyertai kami ke MAKAM MAHSURI.. Dieyna juga turut mengajak M menyertai kami malangnya M tak dapat hadir... huhu Takpelaa M .. nanti kita dating lagi ye.... Maka, sewaktu melawat makam Mahsuri lagi sakanlah kami bergambar... hehe puas hati....
| Hannah tengok arah lain pula.. hehe Dalam rumah Mahsuri |
M dan Nisah.. korang memang best.. Layan tetamu dari jauh ni SUPERB... Panjang umor kita kan berjumpa lagi.. Dieyna nak pi Langkawi lagi.. Bila?? Belum pasti ,, Insya Allah.. Pasti kaki ni menjejakkan bumi Langkawi lagi....
p/s : Next entry... PART II... jumpa blogger lagi... Sayang korang ketat2....
Sabtu, 22 Disember 2012
Trip ke Langkawi : Malam Pertama
Homestay yang kami diami sangat spesel... Nak tau kenapa spesel??? Sebabnya segala kelengkapan dapur dan bahan masakan sudah tersedia.. beras, minyak, garam, gula, serai, segala macam rempah disediakan.. Memang layanan kelas A la... Bagi menjimatkan kos, kami memilih untuk memasak untuk makan malam... Menunya simple sahaja yang penting semua orang kenyang... Dieyna masak tomyam ayam + telur dadar... Alhamdulillah..
| pinjam gambar dri sini : shw.aifa2007.fotopages.com |
| Tangkapan pertama Hannah |
Hari tu tengok dalam katalog,, memang sangat berkenan dengan set ni...
Satu set RM330.00..
Yang ni pun Dieyna berkenan jugak.... Vision 330 - RM279.00
aaargh.. mabuk sudah hatiku...
Cuci mata sekejap... Semua berkenan...
Memang rambang matalah.. konflik jiwa sekejap... CORELLE @ VISIONs... Yang Mana Satu pilihan kalbu??? Cuba korang teka, Dieyna beli yang mana??? Teka laa yer.... Dieyna beli bukan pada malam ni tapi malam yang ketiga yakni malam sebelum berangkat pulang....
Sudah cuci mata di Hj Ismail... Kitorang rancang beli TOTO @ NARITA.. memandangkan jumlah ahli yan ramai.. takkan kami nak tidur beralaskan mozek.. sejuk tu.... Maka, Dieyna beli juga toto NARITA pada harga RM50.00.... Selesa sikit tidur...
Malam yang sama, kami singgah sebentar ke NIGHT MARKET... Beli pakaian Hannah sepasang... RM14.00 ... Mana- mana pergi budak tu juga yang untungnya...
Masa ni Hannah tidor dalam van dengan ayahnya, kalau dia tengok pasti ada yang dibawa pulang... huhu
Selesai operasi meronda malam pertama.. Esoknya planning naik kereta kabel di Gunung Mat Chincang dan melawat Underwater World DAN YANG PALING BEST, FIRST DATE DENGAN SESEORANG HEHE (AHLI GSF, KORANG DAH TAHU KAN?) .... Semua ceritanya dalam entri berikutnya ye...
BERSAMBUNG LAGI....
Trip ke Langkawi : Perjalanan
Pulau Langkawi.. satu-satunya tempat yang femes yang belum pernah Dieyna lawati... Apabila diberi peluang untuk mengunjunginya .. pasti peluang itu takkan dilepaskan.. Lebih- lebih lagi jika ada yang nak sponsor perjalanan... Terima kasih KAK LAH sekeluarga... Pergi ke Langkawi ni bukan sekadar tujuan melancong tetapi nak menghantar anak saudara sulung Dieyna yang praktikal di MyHotel, Langkawi...
Pinjamm gambar google
Perjalanan kami bermula pada Khamis 13/12/2012 pukul 9 malam... Kami sengaja memilih perjalanan pada waktu malam dengan tujuan sampai pada pagi Jumaat tu.. Takdela membazir masa percutian kan... Lagipun Homestay dah ditempah.. rugi nanti... Perjalanan kami melalui beberapa buah negeri.. almaklumlah kami memilih lebuhraya untuk ke destinasi... Dari Terengganu-Pahang (lebuhraya Pantai Timur - kadar tol RM29.00)- Kuala Lumpur (Jalan Duta - Lebuh raya Utara Selatan) - exit Tol Juru (bayar tol rm41.00) - exit Tol Sungai Dua (RM13.00)... dan seterusnya singgah di JItra untuk solat subuh... Pada pukul 8.00 pagi, kami dah sampai ke Jeti Kuala Perlis... Punyalah ramai manusia yang hendak ke Langkawi.. Penuh jeti.. Beratur- ratur nak mendapatkan tiket..Kesian kat adik yang beratur untuk kami... hehe
Awal- awal sampai, kami dah kena kelentong dengan penjaga kereta.. Kadar bayaran RM10.00 dikenakan untuk sehari bagi sebuah kereta.. kami diberitahu bahawa kereta kami akan dibawa parkir ke kawasan rumahnya.. Setelah bayaran dibuat, abang ipar Dieyna pi parkir kereta... Rupanya kereta kami tu hanya diparkir di tepi jalan je.. bukan kawasan rumahnya pun... huhu Tak baik cari makan dengan menipu orang.. Kalau tau parking macam tu baik parkir sendiri je... huhu bayangkanlah kami pi 4 hari dan 3 buah kereta. berapa dah orang tu dapat untung?? Semoga jadi pengajaran selepas ni...
Kami menaiki feri Kenangan 2 pada pukul 9.30 pagi... Barang yang banyak dan orang yang bersesak.. bayangkanlah bagaimana struggle nya kami masa nak naik feri ...Alhamdulillah, selamat juga duk dalam feri tanpa sebarang kecederaan.. Feri bergerak hampir pukul 10.00 pagi gak.. hehe dalam feri apa lagi, Tidor lah ,,, bukan leh tidur lama pun cuma 45 minit je...
Pukul 11.00++ kami dah sampai ke jeti Pekan Kuah, van yang disewa dah sedia menunggu kedatangan kami seramai 21 orang termasuk budak - budak kecik dan remaja... Percutian keluarga kan??? Salah seorang ipar kami orang Kedah dan pernah datang Langkawi jadi pastinya dia yang akan membawa kami berjalan- jalan di sekitar Pekan Kuah untuk makan sebelum Check In Homestay pukul 2.00 petang..
Sampai di kedai makan, kami mentelaah makanan dengan penuh khusyuk.. laparlah kan sebab tenaga banyak abih bawa barang yang banyak hehe... Hampir pukul 2.00 petang, kami bergerak ke Taman Rima Emas, lokasinya berhampiran dengan IDAMAN SURI... Sampai homestay, kami berehat.. simpan tenaga untuk merayau pada waktu malam.....
BERSAMBUNG.......
Jumaat, 20 April 2012
Cuti....
Salam Jumaat semua ye.. Hari ini Dieyna cuti.. Lega skit,, kalau tak setiap pagi terkejar- kejar.. Memandangkan hari ini hari Jumaat.. Hari Jumaat, cuti kat belah pantai timur ni.. Jadi Dieyna umumkan Dieyna juga bercuti seketika dari Blogwalking.. Hehe nak rehat- rehatkan kaki je.. Lagipun macam tak sempat nk BW sebab nak keluar jalan- jalan lepas ni.. Apa2 pesanan tinggalkan je kat kotak komen ye... Sayang korang..
P/s : Ini adalah entri AUTO PUBLISH... :))
Rabu, 14 Mac 2012
Betul atau tidak???
Betul tak penyataan Dieyna ni
Suri rumah lebih banyak kerja daripada orang yang bekerja. Orang yang bekerja cuma kerja 8 jam sehari kadang- kadang je OT kan. Tetapi suri rumah pula, start keje seawal pagi hinggalah lelapkan mata tengah malam tu. Basuh kain, sidai kain, masak, kemas rumah, uruskan anak, masak petang pulak, lipat kain, masak lagi, basuh pinggan mangkuk lagi dan banyak lagilah adalah rutin harian seorang suri rumah. Kalau suri rumah yang bekerja pula, tanggungjawabnya lagi besarkan, pada urusan keluarga dan juga urusan kerjaya.Lepas o Jangan ada yang kata pulak, suri rumah takde keje. Sebenarnya suri rumah lah yang paling banyak keje...Betul tak??? Pendapat korang macam mana pulak???
![]() |
| Tugas seeorang suri rumah |
Ahad, 11 Mac 2012
Sarapan apa pagi ni???
Cuti sekolah.. Jadi fulltime housewife laa pulak.. Selalunya pagi- pagi macam ni, hantar Hannah ke rumah pengasuhnya kemudian bergerak ke sekolah sejauh lebih kurang 23km. Dan selalunya jugak, bersarapan di sekolah je.. tak yah nak fikir2 masak apa.. Ambil, makan dan bayar.. hehe
Jom makan sama- sama.
Korang sarapan apa ye pagi ni?? Ataupun korang breakfast sekali ngan lunch terus?? Hari ini kitorang makan roti canai telur... Hehe delicious..
![]() |
| Pinjam gambar en Google |
Sabtu, 10 Mac 2012
Rehat
Malam ni ngantuk sangat.. Sampaikan masa mengadap lappy pun boleh tertidur.. jarang sangat macam ni...
SELAMAT MALAM SEMUA... TUNTUTAN MATA PERLU DIPENUHI.. ESOK PULA MENJENGAH SAHABAT YER.... ZZZZ
Melaka with ❤❤ : 3rd Day
Last entri edisi promosi negeri Melaka... Hari ketiga.. kami cuma melawat Taman Buaya dan melawat Kg Mortem yang terletak di tebing sungai Melaka.. Korang tengok gambar jelah yer.. Malas pulak nak bercerita panjang- panjang... Biar gambar je lah bercerita ye.. Perjalanan pulang kami melalui Tangkak-Segamat- Muadzam Shah - Kuantan ... Sampai rumah pukul 11.00 malam
| Selamat Datang ke Taman Buaya Kadar bayaran masuk dewasa - RM10 Kanak- kanak separuh harga |
| riangnya bermandi manda |
| Ruang pameran dalam Living Museum .. Rumah orang dijadikan muzium.. Tengkiu tuan rumah kerana layanan 1st kelas anda |
Jumaat, 9 Mac 2012
BEN ASHAARI dan RAKAN BLOGGER
Bagus betul en Ben Ashaari ni, rajin bebenor dia buat segmen untuk followernya.. Boleh tumpang keglemerannya sekali hehe..
Hari ini dikira hujung minggu untuk penduduk negeri Terengganu ni.. Maka, kami menghabiskan masa hari ini dengan melakukan banyak perkara berfaedah.. Pagi2 Jumaat, kami dah ke Taman Bandar aka Padang Astaka, tujuan utamanya nak berjoging.. Sampai2 kat padang tengok ada senamrobik.. hehe Terjoin sekali senamrobik tu.. Syok tu, tak kisah dah orang nak pandang nak tengok ke.. Yang penting, bestnya bersenamrobik..
Petang Jumaat, bergerak ke Kuantan, menyelesaikan urusan pekerjaan en Somi.. Lepas tu singgah COWBOY.. Bukan main kuda tau... Tapi ini nama bagi sebuah pasaraya yang jual barang keperluan rumah secara borong..
Sekarang ni.. aktiviti blogwalking n join segmen pulak.. kira banyaklah aktiviti hari ni...
P/S : En Ben.. dah lebih 10 patah perkataan dah ni.. hehe :))
Khamis, 8 Mac 2012
Melaka with ❤❤ : 2nd Day
Entri ini kesinambungan daripada entri terdahulu.. Sesi promosi negeri Melaka tak bergaji..
Awal- awal pagi dah bangun.. bersiap- siap sambil mengemas homestay.. Kami kena keluar dari homestay ini sebab ada penyewa lain nak masuk lak.. Maka, kami perlu berpindah ke HS lain.. Dari rumah berpijak di bumi kepada rumah yang tinggi melangit.. hehe rumah flat..
Kami bersarapan di Kedai Ikan Bakar Malim.. Boleh panggil sarapan ke sebab menu yang dimakan ialah makanan tengahari, nasi putih + ikan pari asam pedas.. Memang lazat... Sungguh tak tipu..
| Ini kedainya.. Puas hati makanan kat sini dengan harga yang berpatutan.. pinjam gambar en Google |
Perut sudah mula berkeroncong.. Memainkan muzik Dondang Sayang.. Kami memulakan operasi mencari kedai makan.. Dah jumpa kedai makan tetapi sungguh menghampakan.. Kedai nampak glemer.. Tetapi makanan yang kami order takde.. Dah lama tunggu baru nak bagitau takde makanan.. tak ke sakit jiwa namanya.. Last2 kami angkat kaki, cari kedai lain.. barulah puas hati..kenyang perut balik tidur...
p/s : Boleh pelayan kedai makan yang kami pi tu kata, "telur dadar sini tak goreng"... huhu apa maksudnya itu..??
Selasa, 6 Mac 2012
Melaka with ❤❤ : 1st Day
Tiga hari bercuti di Melaka dimanfaatkan sepenuhnya.. Walaupun ada trajedi yang menimpa.. (boleh rujuk entri sebelum ni yer.. tetap rasa seronok .. Melaka bandaraya bersejarah, banyak sangat tempat yang boleh dilawati..
Hari pertama tiba di Melaka, kami menuju ke bandar MITC, Ayer Keroh untuk mendaftar masuk ke Homestay di Taman Tasik Utama.. Homestay yang agak besar dan siap dengan kelengkapan untuk memasak.. Kitorang memasak dan berehat selepas melalui perjalanan yang panjang.. Selepas maghrib, bermulalah proses lawatan kami.. tempat pertama yang dituju ialah Bandar Hilir.. Pengalaman yang sangat indah apabila dapat melihat keseluruhan bandar Melaka dengan menaiki Menara Taming Sari..
Selesai meninjau bandaraya Melaka, kami berjalan menyusuri bangunan- bangunan dan terus menuju ke Muzium Samudera.. dan tiba di stesyen Melaka River Cruise.. Tanpa melepaskan peluang, kami korbankan RM10 seorang untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam.. Memang berbaloi2, puas hati sangat dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit ini.
| Dari Menara Taming Sari Kadar bayaran masuk dewasa = RM 20.. okelah, walaupun agak mahal sebenarnnya |
Selesai meninjau bandaraya Melaka, kami berjalan menyusuri bangunan- bangunan dan terus menuju ke Muzium Samudera.. dan tiba di stesyen Melaka River Cruise.. Tanpa melepaskan peluang, kami korbankan RM10 seorang untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam.. Memang berbaloi2, puas hati sangat dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit ini.
![]() |
| Beberapa view yang diambil dari atas bot.. Bercahaya di waktu malam.. |
|
| Geng Ganu kiter.. hehe |
P/s : Tukang promosi negeri Melaka tak berbayar dah ni.. hehe
Isnin, 5 Mac 2012
~ Kembali dan Trajedi Percutian ~
Salam kembali.. Lamanya tak berblogging dan berblogwalking ke blog rakan- rakan.. Hehe bukannya apa, kitorang sekeluarga pergi bercuti ke Melaka.. Tak sempat nak berblog walaupun adik bawak laptopnya cuma dapat tengok komen rakan- rakan je..
Dalam syok- syok bercuti tu, ada jugak peristiwa pahit yang berlaku.. huhu.. Kitorang bergerak ke Melaka seawal pagi Jumaat, perjalanan lancar walaupun dalam hati sangat bimbangkan kondisi van yang dipinjam.. Mana tak bimbangnya, setiap kali masukkan gear, gear berbunyi dan sangat susah nak masukkan gear tu.. Menurut pomen kompeni, van oke.. boleh jalan je. Merayap van tu naik bukit Karak, tapi Alhamdulillah lepas kawasan berbukit..
Trajedi bermula di lebuhraya Utara Selatan, di KM237.3, bunyi meletup kuat terdengar, diikuti bunyi macam kaca pecah.. Hidung dah terhidu bau hangit.. En Somi memberhentikan van di lorong kecemasan. Kami semua turun dari van dan memeriksa keadaan van.. tengok tayar OKE.. tengok bawah van barulah nampak apa puncanya.. GEARBOX pecah dan batang penyambung GB tu hilang, mungkin itulah yang menghasilkan bunyi kuat.. Mujur sangat kitorang tak apa- apa.. Bila dah jadi macam tu banyak sangat perkara yang difikirkan bernasib baik.. Nasib baik, takde kereta lain follow van kitorang.. nasib baik jugak, besi penyambung tu tak hentam tayar van.. nasib baik van tidak out of control... banyaklah nasib baiknya.. ALHAMDULILLAH. Syukur sangat2..
Kitorang telefon PLUS untuk memohon bantuan.. Kemudian datang seorang lelaki India dan bertanyakan keadaan kami.. Dia menawarkan bantuan dan memberitahu kami bengkelnya ada di Senawang.. Kitorang berbincang apa2 yang patut dan bersetuju menerima bantuannya. Pihak plus sampai dan kutip besi- besi yang bertaburan atas jalan, diorang tanya lebih kurang dan letak kon sebagai tanda kecemasan... kitorang pulak, tunggu lori tunda sampai... Dalam sejam menunggu, lori sampai dan van pun selamat ditunda ke bengkel...
![]() | |
|
Mood bercuti spoil skit sebab peristiwa ini.. huhu tapi pulih semula, kakak minta orang bengkel sewakan kereta untuk kami bergerak ke Melaka.. Van tinggalkan pada diorang untuk dibaiki.. Mujur orang bengkel ni baik hati, siap berjanji nak hantar van ke Melaka apabila dah siap dibaiki.. Diorang kotakan apa yang dijanjikan.. Baik hati betul.. Terima kasih banyak ye tuan punya bengkel... Percutian kitorang kembali ceria hehe...
p/s : Story percutian dalam entri selepas ini yer.. hehe:))
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Assalamualaikum warrahmatulahi wabarakatuh.. Dengan lafaz Dengan ini Dieyna melancarkan " Wardah - Persona GiveAway Fever 2012 ...
-
SYARAT PENYERTAAN SENANG SAHAJA 1.Follow blog wardahilmu.blogspot.com 2. Like Fanpage D Hannah Shoppe (kat sidebar pun ada) ...
-
STICKY POS SEHINGGA 31 DISEMBER 2012 Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni.. Nak selitkan entry iklan sekejap. Siapa penggemar...























