Halaman

Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan

Khamis, 31 Ogos 2017

Cuti-cuti : Melaka Hari ketiga ~Last day

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari terakhir di bumi Melaka. Pagi-pagi kami menguruskan barangan untuk daftar keluar. Biasanya, kami akan mengemas bilik dan buang sampah sarap yang ada dalam bilik kami duduki. Kami daftar keluar lebih kurang 9 pagi. Sempat juga bersembang dengn staff hotel. Kami dimaklumkan jalan banyak ditutup kerana raptai Hari Kebangsaan.

Lokasi pertama kami tuju, Kg Limbongan.. Sebabnya.. nak beli dan rasa kuih keria viral tu. Kami jadi pelanggan yang terawal, hehe takdelah beratur panjang sangat. Rasa kuih tu memang sedap hehe.
Sempat juga, Dieyna berjumpa dengan rakan alam maya, Lisa yang bekerja di kawasan sama. Malangnya tak dapat nak sembang lama- lama akibat kekangan masa masing-masing.

Kedai makan seterusnya berada di Kampung Bukit Katil. Kedai makan Hajah Rahmah. Makanannya banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Kami kena isi perut betul-betul sebabnya selepas ini nak menjelajah zoo pulak.

menu pilihan... Asam pedas ikan tenggiri
ulam ulaman, tempe  
Kami juga tapau popia dan karipap untuk bekalan dalam kereta.

Zoo Melaka

Bercuti sambil anak- anak belajar tentang haiwan. Ada pelbagai program disediakan pihak zoo untuk pengunjung. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Siap tak siap dapat bawa balik hadiah dan kupon Marrybrown. "Feeding rabbit" dan "Feeding Elephant" antara aktiviti yang kami join jugak. Anak- anak happy sangat.

Kami memilih untuk berjalan sahaja dalam zoo ni, lebih kurang 3.4km perjalanan kami. Trem disediakan tetapi kena bayar sekepala rm5 untuk dewasa manakala kanak- kanak RM3, kami rasa tak puas kalau naik trem sebab dimaklumkan trem tak berhenti pun. Rugi laaa tak leh tengok haiwan tu dekat- dekat.

Kami melawat tengahari, Kebanyakan binatang tak aktif. Semua pakat melepek dalam sangkar masing-masing. Apa-apa pun enjoy je dan sangat puas hati dengan tiket yang dibayar.

Berakhirlaa trip kami di Melaka dan kami pun memulakan perjalanan pulang pada pukul 4 petang....


Total perbelanjaan last day

Keria RM18
Makan tengahari RM42
Kudap2 RM10
Touch n GO RM30
Junkfood Mamee RM20 (berkenan kat beg sebenarnya)
Tiket Zoo RM67
Hat anak2 RM20
Baju RM20
Minuman RM10
Tiket RM5
Makan malam RM30

Total RM252

Total perbelanjaan itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Sebab dua ni kami guna kad bosi. hehe...

Next trip : Cameron Highlands in Shaa Allah....

Rabu, 30 Ogos 2017

Cuti-cuti : Melaka Hari kedua

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih bersiaran dari Bumi Melaka. Pagi ni kami memilih bersarapan dalam bilik hotel sahaja. Semalam dah beli makanan siap-siap.

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Anak- anak minta naik beca lagi tapi malas dah Dieyna nak melabur kat abang beca lagi jadi kita jalan kaki je ye anak-anak.

Papan tanda ni macam kiut je... Hari ni kami team hijau.

Tak sah jika tak bergambar kenangan hadapan Kota A Famosa ni. Sebelum tu, kami memanjat ke atas bukit di belakang tu. Terasa benar diri ini kurang stamina. Terpaksa berhenti rehat jap kat atas bukit tu sebab mengah. Jantung bukan main lagi berdegup kencang. Hehe

Kapal terbang lama. 


Rezeki kami.. Ada raptai Hari Kemerdekaan di dataran ini. Kesian pulak, tengok abang- abang askar tu. Panas tu leh terbaring atas jalan. Lama plak tu...


adik takut bergambar dengan orang emas hehe

Kalau ada yang buka pintu tu, kes naya je dik... hehe

Malamnya, kami cuba nak naik bot. Tetapi ramainya umat manusia yang beratur. Jadi, kami decide balik hotel. Tidur....

Perbelanjaan hari kedua
Makan tengah hari di Sungai Udang RM37
Beli Cencalok RM8
Makan malam di Limbongan RM44
Cenderahati pakaian RM105
Keychain/ gelang RM10
Kuih Karas RM10
Mendobi RM10
Makan kudap2 RM10

Total RM234

Isnin, 28 Ogos 2017

Cuti-cuti Malaysia : Melaka Hari Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini Dieyna berpeluang bawa anak - anak bercuti ke Melaka.

Kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pg dari Paka. Sebelum itu, Dieyna membuat tempahan hotel terlebih dahulu menggunakan aplikasi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang sangat murah, RM48 semalaman.

Hotel Prima terletak di Jalan  Kee Ann berhampiran Riverside Kampung Mortem dan hanya 700 meter ke Bandar Hilir. Kiranya boleh jalan kaki je tetapi kalau bawa anak-anak macam kesian je kat diorang kan.
Bilik air

Dieyna rasa sangat berbaloi sangat dengan harga penginapan yang ditawarkan. Murah sesangat dengan kemudahan yang diberi. Bilik sangat luas, selesa, bilik air bersih cuma kain tuala tidak disediakan. Mungkin kena mintak di kaunter kot. 

Memandangkan masing2 belum makan, maka selepas selesai check in.. jelajah diteruskan. Medan Ikan Bakar Sungai Duyung jadi tempat tumpuan kami. Medan ini dikatakan agak terkenal. Maka tidak hairanlah semasa kami sampai, kereta bersusun dan pelanggan memenuhi kedai.
Blur sekejap dengan sistem tempahan dalam kedai. Orang lain amik order minuman, tempahan makanan pula pelanggan kena pi beratur sendiri di booth yg disediakan. Ada banyak jenis ikan di booth.. tinggal pilih2 n timbang. Nasi putih pula ditempah kat pelayan kedai. Haha macam treasure Hunt je utk makan. Apa2 pun... makanannya mmg sedap.. kena dengan selera kami yang kelaparan. hehe

Malamnya, kami ke Bandar Hilir. Sewa beca Hello Kitty dengan bayaran RM
25. Seronokkan hati anak2 yang teruja naik beca berlampu.. hehe




Total perbelanjaan hari pertama perjalanan
Minyak kereta RM60+minyak sedia ada (full tank) 
makan pagi RM21
Makanan kudap Rm20
Makan di Medan ikan bakar RM81
Sewa beca Rm25
Makanan standby utk breakfast pg esok RM27.90
Cukai bandar RM4

Total RM178.90

Catatan Popular