Ahad, 8 April 2012

Dari Dapur Dieyna: Homemade Cheezy Wedges

Semalam tak makan nasi pun.. Cuma buat bubur sayur campur untuk Hannah, my little princess.. Dia batuk- batuk, mana boleh makan makanan berminyak sangat kan.. Jadi, bubur adalah pilihan terbaik buatnya.. hehe ibu dan ayahnya pulak makan ini.. Sekali- sekali makan makanan western apa salahnya kan?? 

Bukalah mata korang luas- luas ye... HOME CHEEZY WEDGES,... Senang sahaja tapi banyak proses... Resepinya di bawah yer..

Korang nampak tak Sos Cheezy yang warna Kuning emas tu.. Hehe
Kalau minat, boleh beli dengan Dieyna ye.. Setanding KFC tau..
Bahan-bahannya
1 kg ubi kentang - dibuang kulit dan setiap sebiji dipotong 6 - 8 bahagian..
Tepung serbaguna Tempura
Sedikit garam
1sudu besar serbuk kunyit 
Air

Caranya
Rebus ubi kentang yang siap dipotong separuh masak. Toskan. Gaulkan tepung serbaguna, garam, kunyit dan air. Masukkan ubi kentang dan gaul rata. Goreng sehingga kuning keemasan.

Untuk sos Cheezy yang warna kuning keemasan tu pula

2 senduk serbuk cheese
2 senduk air panas

Cara membuatnya
Korang tengok gambar ye...

Dah siap proses menggoreng, bolehlah dihidangkan di atas pinggan n tuangkan sos cheezy dan mayonis.. Jadi macam ini... tadaaa
Saat-saat terakhir sebelum tinggal pinggan sahaja hehe

P/S : Berminat dengan serbuk cheese ala Cheezy KFC tu, boleh contact Dieyna yer.. FB Best Shop atau tinggalkan komen di entri ini...

21 Blogger Bersuara:

deno berkata...

thanks berkongsi! boleh cuba lepas nie... :)

Yana Libra berkata...

wah, nampak macam sedap je serbuk cheese tu~~

etuza berkata...

Pulamak! bertuah suami tu ya, class!. Resipipun mudah nak dapat..terima kasih nak bagitau mama sebelah.

Arina Shamsul berkata...

wah kak resepi yang nampak sedap dan simple..cam nak try buat sekarang je..ngeee.

Arina Shamsul berkata...

kak,serbuk cheese tu ada jual kedai ke?haha..nampak sangat aaku tak tahu..hihihi

9n0L4 berkata...

amboihhhhhhh kak dieyna. nnt balik kemaman, buat la lagi eh. nak jugak. hee.

Muhammad Zulhafiz Abdul Tahir berkata...

sedapnya!..........akak ni buat saya terliur....dh la mood nk makan cheezy wedges ni membuak2...hehehe....thanks kak inform...kne rebus dulu rupanya... nyum....

Chic Na berkata...

wahhh cheese!!! nak buat jgk. nnti sy tgk kat fb best shop tu ea. :)

Dieyna berkata...

cuba jangan tak cuba.. kalau takde serbuk cheese tu order ngan akak..

Dieyna berkata...

hehe yana minat ke?? memang sedap, macam makan yang kfc dah.. hehe

Dieyna berkata...

singgah rumah kat Paka... hehe

Dieyna berkata...

Takde serbuk cheese tu boleh order ngan Dieyna ye cikgu hehe

Dieyna berkata...

tak pastilaa.. susah2 sangat, order je ngan akak.. hehe

Dieyna berkata...

ye Chic Na,, datang FB akak tau...

Chic Na berkata...

kak, dh add akak kt fb. fb saya Chic Stuff.
tepung tempura tu mmg ada jual kt kedai ke? brand ape kak?

Yana Libra berkata...

akak jual ke??

berapa harganye??

Dieyna berkata...

oke.. memang best tau..

Aine Ainun berkata...

Brpa harganya?dieyna...

Cik Nur berkata...

wahh..mcm sos keju KFC..bape harganya kak...?

Dieyna berkata...

Yup, yana.. akak jual... add fb akak ye....

9n0L4 berkata...

kak, nak rebus separuh masak tu, brape minit eh? huhu.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT